CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Langkawi Kenakan Caj Bayaran Penginapan Setiap Bilik Kepada Pelancong

20-6-2016 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 4774| Komen: 5

Description: Bayaran tersebut bukanlah suatu bentuk kutipan baharu ke atas pelancong
Oleh Izzah Abbasy

Kerajaan negeri Kedah akan mengenakan caj ke atas pelancong ke Langkawi bagi penginapan mereka selama berada di pulau peranginan tersebut bermula 1 Julai ini.

Exco Pelancongan Kedah, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid berkata, caj yang dikenali Bayaran Penggalakan Pelancongan Langkawi ini akan dikutip oleh Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Raya Pelancongan (MPLBP).

Katanya, bayaran tersebut bukanlah suatu bentuk kutipan baharu ke atas pelancong di negara ini dan dijangka dapat memantapkan lagi pendapatan kerajaan negeri untuk memajukan industri berkenaan.

Mohd. Rawi berkata, di bawah Bayaran Penggalakan Pelancongan Langkawi itu, caj RM1 dikenakan ke atas setiap satu malam bagi setiap bilik untuk kemudahan penginapan bertaraf satu hingga dua bintang.

Kata beliau, caj RM3 dikenakan ke atas setiap malam bagi setiap bilik untuk penginapan bertaraf tiga dan empat bintang, RM5 untuk penginapan lima bintang, RM7 untuk yang bertaraf enam bintang dan RM9 untuk tujuh bintang.

Beliau berkata, pelaksanaan caj bayaran tersebut di Langkawi bermula Julai ini akan menjadi titik permulaan sebelum diperluaskan lagi secara berperingkat ke lain-lain tempat-tempat di Kedah.

"Kadar bayaran yang dikenakan ini bukanlah satu jumlah yang besar. Kalau kami tak mengenakan caj pelancongan ini, saya rasa kami tak menuju ke arah yang ke hadapan untuk memajukan sektor pelancongan Kedah," kata Datuk Mohd. Rawi. - CARI Infonet




Kredit : Utusan


23

Bagus
21

Marah
14

Terkejut
22

Sedih
12

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namirulmukminin 20-6-2016 11:19 AM
"Kutipan seperti ini sudah pun dilaksanakan di Melaka dan Pulau Pinang sejak lebih dua tahun lalu. Ianya juga telah dilaksanakan di Kuala Lumpur,"

Maka keputusan terkini :

UMNO 3 - DAPig 1


Quote Changa 20-6-2016 11:22 AM
paris pun ada kutip charge galakan pelancongan ke apa kejadah mereka panggil itu
Quote misscendol 19-7-2016 04:24 PM
xpelah untuk meningkatkat taraf ekonomi langkawi
Quote krustykrab 19-7-2016 04:39 PM
kalau gitu x yah la ke mana2...duk rumah je la...percuma...
Quote Peterpan17 19-7-2016 05:13 PM
Changa replied at 20-6-2016 11:22 AM
paris pun ada kutip charge galakan pelancongan ke apa kejadah mereka panggil itu

City tax rassnya. Austria pun ada city tax

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.051880 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top