CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Elak Bazir, Grup Cycle Jual Makanan Hampir Tarikh Luput Dengan Murah

9-9-2016 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7964| Komen: 29

Description: Pelanggan Grub Cycle langsung tidak kisah mengenai makanan yang hampir tamat tempoh kerana mereka akan terus makan.
Oleh Izzah Abbasy

Kenapa jual makanan hampir tamat tempoh? Ia boleh mengakibatkan keracunan. Ha, tidak semua makanan yang hampir dengan tarikh luput tidak boleh dimakan. Bahkan, jika masih elok ia boleh digunakan dan dimakan tanpa ragu-ragu.  

Sebuah perusahaan sosial iaitu Grub Cycle, berjaya menyelamatkan 70 kilogram makanan daripada pembaziran, dalam masa hanya dua bulan.

Sasaran Grub Cycle adalah menyelamatkan 7,000 kg makanan dalam tempoh setahun.


Melihat pembaziran makanan yang terlampau banyak di negara ini, sekumpulan anak muda tempatan mendapat idea menjual produk makanan yang hampir tamat tempoh, pada harga lebih murah.

Ditubuhkan pada awal tahun ini, Grub Cycle kini sudah bekerjasama dengan lima pasar raya besar, pasar-pasar borong dan kedai bakeri.

Pelanggan Grub Cycle langsung tidak kisah mengenai makanan yang hampir tamat tempoh kerana mereka akan terus makan.

Bagi setiap penjualan, Grub Bag diberi subsidi yang mengandungi bahan makanan asas seperti garam, gula, telur, beras dan minyak masak. Harga satu beg adalah RM30 tetapi Grub Cycle akan subsidi separuh daripada beg berkenaan. Jadi, anda boleh membeli dengan harga RM15.

Sebahagian daripada hasil penjualan disalurkan sebagai subsidi pembelian barangan runcit bagi keluarga yang kurang berkemampuan.

Sejumlah RM500 subsidi makanan berjaya disalurkan dalam tempoh dua bulan kepada 15 keluarga di sekitar Lembah Kelang.

Pengasas Bersama Grub Cycle, Redza Shahid dan Hawanisa Roslan

Pada masa sama, orang ramai juga boleh membeli barangan pada harga lebih murah, sekaligus membantu meringankan bebanan kos sara hidup.

Anda berminat untuk membeli? Penjualan dilakukan di atas talian menerusi laman Facebook "Grub Cycle" dan penghantaran adalah percuma di sekitar Lembah Klang. - CARI

Sumber : Awani

4

Bagus
7

Marah
7

Terkejut

Sedih
16

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 9-9-2016 11:47 AM
Menarik usaha mereka ni mengelakan pembaziran sambil membantu golongan yang memerlukan.  Hanya barangan ni kena le digunakan dengan segera dah memang tak boleh disimpan lama.
Quote lnakass 9-9-2016 04:07 PM
Bagusnya idea dorang ni.
Quote jazaa100 9-9-2016 04:49 PM
Giant ada buat kann....

Ada satu rak kat tepi tu jual brg nk habis tarikh luput...
Quote makkenits 9-9-2016 05:22 PM
org kata kalo brg 'best before' tu still ok lg tu utk dimakan.. cuma rasa adaa beza skit la.. yg tulis 'expired' tu la yg x blh mkn sbb takut keracunan... n kalo di us, siap ada kedai jual bhn mknn yg dah expired ni... murah giler tp risiko??? sendiri tanggung la...
Quote missDollie 9-9-2016 05:29 PM
Bagus La..sempat gak merasa kan tapi azab gak La klo memborong tapi takde mulut nak makan..ni kalau buat keraian elok La beli..jimat Dan murah..
Quote kiramira 9-9-2016 06:23 PM
Mula2 i igt grup cycle ni pasal basikal basikal....

Tp i sokong inisiatif anak2 muda mcm diorg.. good idea
Quote iu12 9-9-2016 08:25 PM
Suka usaha yabg macam ni. Harap2 ramai yang buat dan teruskan!
Quote gigahertz 9-9-2016 09:44 PM
eh ada awek.
Quote missinpiece 10-9-2016 12:13 AM
Bagusla. At least boleh meringankan beban sape2 yg tersepit dgn kenaikan kos sara hidup skarang.
Quote hanisbunny 10-9-2016 07:58 AM
good job! elakkan pembaziran n dlm wkt yg same dpt membantu org lain..
Quote emelia1509 12-9-2016 12:47 AM
Bagusnye usaha dia orang...At least takdela sangat pembaziran..
Quote FARRAZOOL 12-9-2016 01:18 AM
Wow....bagus bagus
Quote FARRAZOOL 12-9-2016 01:18 AM
Wow....bagus bagus
Quote Lagubestbest 12-9-2016 05:08 AM
Harap dia jual half price coklat gak. Penah kat epot beli yg dekat expire date harga murah giler2.

Quote CrowneGlory 12-9-2016 07:27 AM
Dah ada kat sini...sebelum ni da kat us dgn uk je....tp kat sana lg bagus siap dgn fresh produce lg....sini aku rasa fresh produce serupa sampah pun tesco, super market lain masih nk jual dgn normal price lg..
Quote xtravaganza 12-9-2016 10:05 AM
Bgs usha diorg ni..
Quote dyllabubble 13-9-2016 01:12 PM
Alhamdulillah, bagus ada inisiatif mcm ni, elak pembaziran & boleh bantu org yg x mampu
Quote ikinbest 13-9-2016 02:43 PM
Patut diperluas.. rakyat marhein yg x mampu senang nk beli.. da la harga barang makanan mahal nak mam skrg..
Quote bianglala 13-9-2016 02:46 PM
okaylah juga untuk berjimat, bajet pun ketat...

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.200694 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top