CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cara-Cara Membuat Bubur Siam @ Bubur Nasi Berlauk Like A Pro

20-9-2016 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21705| Komen: 8

Description: Bubur nasi merupakan antara bubur yang popular di kebanyakan negara Asia...

Oleh : Dean BZ


Bubur nasi merupakan antara bubur yang popular di kebanyakan negara Asia termasuk Malaysia.

Untuk menambahkan lagi keenakkan, lauk pauk turut dihidangkan bersama bubur nasi. Antara bubur nasi berlauk yang popular adalah bubur nasi Siam yang merupakan sajian ringkas dan mudah disediakan.

Bagi yang hilang selera makan, bubur nasi Siam sangat sesuai dijadikan makanan ketika demam atau sakit. Kepada yang ingin mencuba membuat bubur nasi Siam dirumah, ikut cara-cara dibawah ini.




Untuk bubur nasi bahan-bahannya ialah
1 pot beras ( boleh ditambah atau dikurangkan)
10-15 ekor udang dibuang kulit serta dibelah belakang (boleh ditambah atau dikurangkan)

3 cawan air
1 ketul kiub ayam
Secubit garam

Cara membuatnya
Masak nasi bersama-sama udang sehingga mendidih. Kemudian masukkan kiub ayam dan secubit garam. Biarkan nasi masak sehingga menjadi bubur. Air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan bubur nasi yang diinginkan.

Paling penting untuk menikmati bubur siam ialah, bawang putih goreng. Cara membuatnya ialah.

1 labu bawang putih ditumbuk hancur. Kemudian goreng di dalam minyak sehingga kekuningan. Bawang putih tadi hendaklah diambil sekali dengan minyaknya.

Setelah semuanya siap, bubur nasi tadi boleh dihidangkan bersama-sama sayur, contohnya cendawan sos tiram, kailan ikan masing, sawi goreng dan sebagainya, bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Lauknya pula sangat sedap dinikmati bersama ikan bilis goreng, telur masin dan juga pekasam. Boleh juga hidangkan bersama ayam goreng kunyit, juga bergantung kepada selera masing-masing.

Cara menikmatinya pula ialah, hidangkan bubur nasi bersama-sama lauk dan juga sayur. Jangan lupa taburkan bawang putih goreng, daun sup, daun bawang dan gaul rata. Kalau anda sukakan masam, boleh perahkan limau nipis, kalau sukakan pedas boleh taburkan lada sulah, cili flakes ataupun hidangkan bersama cili potong. Selamat Mencuba! - CARI



16

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che_kembang 20-9-2016 06:35 PM
nyum2..bubur nasi..comfort food
Quote cikputih15 20-9-2016 10:05 PM
terliur nye
Quote Rainrein 21-9-2016 12:54 AM
I love love love bubur tapi suami ngan anak anak x suka so jarang la buat. X kuasa nak buat last2 i sorang makan.
Quote hanisbunny 21-9-2016 06:15 AM
sedapnyee...I suke makan bubur nasi simple just dgn kicap +telur masin je pon dh kira sedap sgt..
Quote irlene_hana 27-9-2016 11:14 AM
aku sukaaaa sangat bubur siam.... lg2 rasa & bau minyak bawang putih tu... terangkat!!
Quote Ethernet 27-9-2016 12:01 PM
sedappp... letak kicap
Quote AppleJack 29-9-2016 01:34 PM
thanks for sharing ...boleh try buat
Quote puteri_lz 30-9-2016 02:34 PM
Thank you for the info

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.057056 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top