CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Namron Hampir Bunuh Diri?

29-8-2013 10:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16769| Komen: 87

Description: Pelakon Dan Pengarah, Namron Mengakui Karya Pertamanya, Psiko Pencuri Hati Bersifat Peribadi Dan 60 Peratus Daripada Jalan Cerita Dalam Filem Ini Kena Mengena Dengan Dirinya Sebelum Ini



PELAKON dan pengarah, Namron mengakui karya pertamanya, Psiko Pencuri Hati bersifat peribadi dan 60 peratus daripada jalan cerita dalam filem ini kena mengena dengan dirinya sebelum ini.

"Sejujurnya saya tidak menjadikan mana-mana filem sebagai rujukan, sebaliknya garapan filem ini adalah daripada pengalaman saya sendiri.

"Ini kerana sebelum ini, saya pernah terfikir untuk terjun bangunan, melintas jalan dan membiarkan diri dilanggar kenderaan berat. Tetapi seorang rakan telah menasihati saya agar menzahirkan kesakitan dan pengalaman saya dalam bentuk karya.

"Maka inilah hasilnya-Psiko Pencuri Hati, yang turut dibintangi oleh pelakon handalan, di samping skrip yang cukup bagus," katanya ketika ditemui di majlis pratonton filem Psiko Pencuri Hati di The Curve, Kuala Lumpur, kelmarin.

Ujar Namron, lebih istimewa, filem ini tidak seperti kebanyakan filem lain kerana para pelakon iaitu Bront Palarae, Sharifah Amani, Syed Hussain dan Ameerul Afendi menjalani sesi latihan babak demi babak sama seperti sesi latihan pementasan teater.

Justeru daripada situ, setiap pelakon diberi kebebasan untuk membentuk watak masing-masing dengan bantuan daripada penulis skrip dan dia sendiri.

“Filem ini merangkumi 46 babak yang panjang dan memerlukan kekuatan seseorang pelakon itu sendiri untuk menghidupkan setiap babak. Ini kerana setiap karakter itu mempunyai persoalan yang membuatkan skripnya juga didorong oleh setiap watak,” katanya.

Memulakan penggambaran pada bulan September tahun lepas, Namron mengakui dia sengaja bereksperimen dengan filem berbajet rendah ini bagi menarik minat penonton tempatan menyaksikannya.

“Jika kita tidak berani untuk melakukan eksperimen, maka sampai bila-bila kita tidak akan jumpa penyelesaiannya. Bukan filem syok sendiri namun pendekatan yang diambil ini filem ini adalah bertujuan untuk menarik minat penonton datang ke pawagam,” jelasnya yang turut mengubah skrip asal yang diberikan oleh pihak penerbit.

Secara ringkas, filem ini mengisahkan tentang Sidi (Bront Palarae) yang merupakan seorang penulis novel. Untuk memastikan kemantapan karyanya, Sidi menyelidik seorang pembunuh bersiri. Kemunculan Wani (Sharifah Amani) yang bertemu dengan Sidi di sebuah pulau berakhir dengan tragedi. Siapakah yang terbunuh? Siapakah yang membunuh?


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dadadi 29-8-2013 08:46 AM
senduuuuuu
Quote Minami_Kotaro 29-8-2013 08:46 AM
saiko pye citer
Quote akakbosan 29-8-2013 08:51 AM
Akak minat Namron ni. Walaupun wajah tak sekomersil seperti abangla Remy/Haron/Ady... amat2 berbakat and ada charisma. Suka lakonan dia. Moga dia mendapat hidayah dan tak terpikir lagi la nak bunuh diri lagi.. Astaghfirullah.
Quote musangcomel 29-8-2013 08:52 AM
agak2 best tak movie die ni?
aku dah lame tak tgk filem melayu
klu sungguh best bagai di kata ingin jugak aku menontonnye..
Quote chicmushroomkd 29-8-2013 08:55 AM


Oleh kerana ada bront...
Aku sokong pilem ini...
Quote nurfariezza 29-8-2013 08:59 AM
Ini kerana sebelum ini, saya pernah terfikir untuk terjun bangunan, melintas jalan dan membiarkan diri dilanggar kenderaan berat. Tetapi seorang rakan telah menasihati saya agar menzahirkan kesakitan dan pengalaman saya dalam bentuk karya.


mcm btol2 ade msalah mental je
Quote myakayina 29-8-2013 09:02 AM
Bront berlakon citer ni?
Quote tomet05 29-8-2013 09:20 AM
nak kasi laku filem ke nih
Quote sekel 29-8-2013 09:27 AM
Namron mmg superb bab lakonan walau x menang anugerah bintang fofular
Quote cikatilia 29-8-2013 09:41 AM
namron adalah serog pelakon berbakat

i like him
Quote BurungBiru 29-8-2013 09:42 AM
ada bront ..ada amani.. ada besttt..ihiksss..boleh gak layan kalau dah tayang nanti..jom la kasi support filem msia
Quote myakayina 29-8-2013 10:10 AM
BurungBiru posted on 29-8-2013 09:42 AM
ada bront ..ada amani.. ada besttt..ihiksss..boleh gak layan kalau dah tayang nanti..jom la kasi sup ...

aku pun mcm nak gi tengok citer ni selain citer Tanda Putera tu..

Quote AngieJo 29-8-2013 10:10 AM
akakbosan posted on 29-8-2013 08:51 AM
Akak minat Namron ni. Walaupun wajah tak sekomersil seperti abangla Remy/Haron/Ady... amat2 berbakat ...

kalu baca article sampai habis, namron ckp dia dah tak buat dah bende2 mcm tu.

org seni kak.. diorg ni kan mcm tortured soul gitu. sampai nak terbunuh2 diri kunun.
Quote shahirakay 29-8-2013 10:11 AM
akakbosan posted on 29-8-2013 08:51 AM
Akak minat Namron ni. Walaupun wajah tak sekomersil seperti abangla Remy/Haron/Ady... amat2 berbakat ...

Amiinnnn... aku pun doakan dia dapat hidayah. berlakon best dah. tapi duk mikir benda bukan bukan. nauzubillah.
Quote whadda 29-8-2013 10:12 AM
bawak2 la gi jumpa pakar sakit jiwa klo rase jiwa kacau... takpon sujud menyembah dan ngadu kat Allah... bagi tenang jiwa tu... ape la sampai nak bunuh diri... cam berilusi jek...
Quote whadda 29-8-2013 10:12 AM
cam mane pon aku suke tengok die belakon...
Quote raihaneem 29-8-2013 10:23 AM
namron ni mmg pndai berlakon..mmg bersahaja ja..
klau jd jahat tu, geram..rasa nak pijak2 ja
Quote addamnor 29-8-2013 10:36 AM
Bagus lah hadap cerita cerita jiwa psycho sebegini berbanding cerita kisah bercinta dialogue tepi jalan d kl or cerita lawak bodoh yang xnampak pengisian.. Bila lagi nak buat filem bau bau silence of the lamb, the beautiful mind, black swan? Sasau pelakon nak bawak watak2 berat sebegitu
Quote paanz 29-8-2013 10:40 AM
dia ni berlakon boleh tahan,
ada jiwa walaupun muka xbrape market


Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.070687 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top