CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Pengundi Bermaruan Harus Tolak Bn

28-10-2013 11:22 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4211| Komen: 16

Description: Katanya, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Bercita-Cita Menjadikan Kedah Ini Sebagai ‘Serambi Belanda’ Yang Cukup Maju Dalam Pertaninan Sekali Gus Melihat Para Petani Di Sini Boleh Maju Seperti Negar ...



JERAI: Penduduk N20 Sungai Limau khususnya di UPU Sedaka harus menjadi pengundi bermaruah dengan menolak BN dalam pilihan raya pada 4 November ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata pengundi Sedaka yang kebanyakannya adalah pesawah atau petani sering dikaitkan dengan taraf hidup yang rendah.

Namun, katanya kerajaan BN seolah-olah tidak mahu melihat para petani ini setaraf dengan petani-petani di luar negara.

"Kalau kita pergi ke luar negara seperti Belanda sebut sahaja kerja sebagai petani, merekalah orang paling kaya.

"Di Malaysia sebut sahaja orang buat bendang dikenali taraf hidup yang rendah. Kalau dahulu bila tahu orang yang datang meminang anak kita orang bendang cepat-cepat cakap anak kami tak pandai masak. Kalau cikgu yang datang terus kata bagai pinang dibelah dua," ujarnya ketika berkempen di UPU Sedaka malam tadi.


Katanya, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan bercita-cita menjadikan Kedah ini sebagai ‘Serambi Belanda’ yang cukup maju dalam pertaninan sekali gus melihat para petani di sini boleh maju seperti negara-negara lain.

Namun, katanya kemajuan negara jiran Thailand dalam pertanian wajar dijadikan contoh oleh Malaysia iaitu bagaimana pokok durian sentiasa berbuah dan tidak bermusim.

Justeru katanya, walaupun undi mereka kepada calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat tidak boleh menukar kerajaan tetapi ianya sebagai usaha untuk mempertahankan maruah para petani di sini.

Walaupun hujan lebat turun sebaik dalam ceramah berkelompok itu namun penduduk di sini masing-masing tidak berganjak dan terus mendengar ucapan Mohamad Sabu.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bangcak 28-10-2013 10:37 AM
saja nak peringat semula janji2 manis mu
khas buat puak2 'mudah lupa'



Quote akughi 28-10-2013 11:02 AM
bangcak posted on 28-10-2013 10:37 AM
saja nak peringat semula janji2 manis mu
khas buat puak2 'mudah lupa'

ko mmg tak abis2 lari tajuk kan.......

ni je la kemampuan ko bangcak......
Quote bangcak 28-10-2013 11:25 AM
akughi posted on 28-10-2013 11:02 AM
ko mmg tak abis2 lari tajuk kan.......

ni je la kemampuan ko bangcak......

tajuk u pasal pengundi bermaruah tu mmg kene la dgn apa yg i bagi.
kalu pengundi bermaruah, diorang taktertipu lagi dgn janji2 kosong.

sejak menang pru-13, sapai skang janji brim rm1200 tak tertunai.

janji minyak tak naik pon
lepas pru, tros naik 20sen.



Quote akughi 28-10-2013 11:44 AM
bangcak posted on 28-10-2013 11:25 AM
tajuk u pasal pengundi bermaruah tu mmg kene la dgn apa yg i bagi.
kalu pengundi bermaruah, diora ...


masih nak pusing lagi......otak ko betul2 dah beku....ini thread pasal PRK sg.limau la budak....

jadi bincang la pasal PRK sg.limau......tak payah la nak menyimpang mcm mat sabu.....
Quote redseven 28-10-2013 04:38 PM
pilih wakil rakyat yg boleh tolong selesai & bantu masalah penduduk....bukan parti semata-mata....ikut le cara Nabi pilih pemimpin.....bukan sebab keturunan...kabilah....dlll
Quote Defcon2 28-10-2013 04:46 PM
akughi posted on 28-10-2013 11:44 AM
masih nak pusing lagi......otak ko betul2 dah beku....ini thread pasal PRK sg.limau la budak.... ...

Aku setuju dgn akughi perbincangan harus tumpu pd PRK Sg. Limau saje. Dan aku lebih setuju dgn mat sabu, pengundi bermaruah harus tolak BN di PRK Sg. Limau.

Time ni la mencurah-curah projek pembangunan/bantuan Kerajaan Persekutuan turun dari langit di Sg. Limau. Sama macam di Kuala Besut tempoh hari. Dalam masa 10 hari kempen Kerajaan BN luluskan 10 projek membabitkan peruntukan berjumlah RM377 juta.

Jadi persoalannya adakah time PRK je baru rakyat berhak menikmati pembangunan/bantuan? Nampak sangat Kerajaan BN ni tak pentingkan rakyat. Hanya pentingkan rakyat/pengundi time PRK saje. Time lain buat dek aje. Macam mana machai boleh sokong Kerajaan jenis macam ni?

Quote bangcak 28-10-2013 11:53 PM
sama2 kita tolak amalan rahsuah
harap sprm mampu benteras gula2 prk sg limau
(pemberian milo,beras,gula/ projek2 segera)
Quote akughi 29-10-2013 09:21 AM
Defcon2 posted on 28-10-2013 04:46 PM
Aku setuju dgn akughi perbincangan harus tumpu pd PRK Sg. Limau saje. Dan aku lebih setuju dgn mat ...

bro...ni lumrah org berpolitik........yg pegang kerajaan pusat akan guna ape yg ade tuk tarik pengundi......kalo PAS ke PKR ke DAP ke tentu akan buat bende yg same tuk kepentingan politik.....belajar la terima permainan org politik.....sape2 pun yg duk atas tu same je perangainye, lagi pun untung kat rakyat la.....ape2 pun pade tangan pengundi.....
Quote bangcak 29-10-2013 11:09 AM
akughi posted on 29-10-2013 09:21 AM
bro...ni lumrah org berpolitik........yg pegang kerajaan pusat akan guna ape yg ade tuk tarik peng ...

lumrah umat akhir zaman rahsuah umpama makanan harian.
Quote Defcon2 29-10-2013 11:31 AM
akughi posted on 29-10-2013 09:21 AM
bro...ni lumrah org berpolitik........yg pegang kerajaan pusat akan guna ape yg ade tuk tarik peng ...

Bro.. aku kurang bersetuju. Matlamat tak boleh menghalalkan cara. Menggula-gulakan rakyat adalah salah. Bagaimana nasib rakyat lain yg tidak terlibat dengan PRK? Kenapa hak mereka dinafikan? Kenapa mereka perlu menunggu PRK baru boleh merasa nikmat pembangunan? Ini membuktikan pimpinan BN tiada keikhlasan dalam membela rakyat.

Aku rase satu andaian salah untuk mengatakan 'sape2 pun yg duk atas tu same je perangainye'. Pembangkang di Malaysia belum pernah pegang tampuk persekutuan. Jadi tidak adil untuk membuat andaian sebegitu. Kalau mereka pernah memerintah persekutuan, dan terbukti perangai sama macam BN, maka barulah kenyataan tersebut betul dan mereka (pembangkang kini) pun wajar ditukar dengan kerajaan yang lebih baik.  
Quote boyagombak 29-10-2013 12:01 PM
akughi posted on 29-10-2013 09:21 AM
bro...ni lumrah org berpolitik........yg pegang kerajaan pusat akan guna ape yg ade tuk tarik peng ...

lumrah orang yang berpolitik tak ikut sunnah nabi, tapi cuma mengejar duniya shj
Matlamat menghalalkan cara, ikut kitab ameno
Even Jepun, Korea dan negara maju lain pun x ikut cara memperbodohkan rakyat tu yang dah lapok
Jadi dah lima puloh tahun lebeh ameno memperbodohkan rakyat, kunon itulah cara politik.
Nak jadi negara maju, rakyat kena dicerdikkan bukan diperbodohkan
Pilih parti pun kena pilih parti yang cerdik baru dapat gomen yang cerdik
Bila gomen cerdik, baru dapat jadi negara maju dan berpendapatan tinggi.
Bukan gomen yang asek2 nak naikkan harga minyak, harga barang, kenakan GST dan bermacam2 tekanan ke atas rakyat
menteri Kewangan cerdik macam bung Nuart akan dapat tingkatkan hasil pendapatan negara dan hutang luar negeri yang rendah.
Menteri Kewangan x cerdik, asek2 nak lari luar negara bila lepas selesai bentang bajet,takut kena banyak soal jawab

Quote jkkkj 29-10-2013 01:27 PM
Mohd. Sabu ni sapa ek?

Quote tintabiru73 29-10-2013 02:45 PM
Sebab Undang-undang dalam Al-Quran bukan berpaksikan realiti.. tetapi hanya suatu fantasi..

http://bit.ly/HdoRIi
Quote bangcak 29-10-2013 09:16 PM
yg sorang kempen rahsuah
yg sorang lagi kempen quran fantasi

jaoh menyimpang dah puak2 umno nih
Quote Al-Patih 17-12-2013 06:35 AM
Pengundi bermaruah harus tolak BN – Mohd Sabu

meke mano ado maruah lagi Mat ...dah gadai seumur hayat ...


Quote Jerambut 17-12-2013 09:20 PM
cerita cerita masa sebelum pru kecil macam ni, kalau check balik, seronok pun ada. Dengan janji kedua belah pihak, dgn fitnah...last2 menang kalah. sonyap.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.063351 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top