CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumpa Mayat Dah Reput

30-10-2013 11:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9851| Komen: 51

Description: Pasir Puteh, 30 Oktober : Mayat Seorang Lelaki Yang Telah Reput Ditemui Dalam Parit Di Tepi Jalan Selising-Kok Lanas Di Kampung Bukit Bidang Di Sini Hari Ini.
PASIR PUTEH, 30 Oktober : Mayat seorang lelaki yang telah reput ditemui dalam parit di tepi jalan Selising-Kok Lanas di Kampung Bukit Bidang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Kamal Zainal berkata mayat Mohamad Lokhman Mohamad, 20, ditemui dalam parit sedalam satu meter itu pada pukul 1 tengah hari oleh seorang pelajar sekolah yang melalui kawasan itu.

"Bapa mangsa membuat aduan kehilangan anak lelakinya itu pada malam 11 Oktober lepas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Balai Polis Selising di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa disyaki terbabas ketika menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan ke pekan Kok Lanas pada waktu malam dan motosikal yang ditunggang mangsa ditemui berdekatan mayatnya.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk bedah siasat, katanya

Gambar hiasan

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mommymonster82 30-10-2013 03:26 AM
Innalillah
Quote Kassim_Patalon 30-10-2013 03:56 AM
Kelantan Darul reput
Quote clarizsa 30-10-2013 04:42 AM
takziah... mesti arwah terseksa tggu xde org tolong...
Quote nw111 30-10-2013 04:50 AM
Kenapa lama sgt baru jumpa...jalan tu org kurang lalu ke..
Quote nw111 30-10-2013 04:50 AM
Kenapa lama sgt baru jumpa...jalan tu org kurang lalu ke..
Quote MissNigga 30-10-2013 07:12 AM
kasihannya....

sayu jer hati parent ....  meliat jasad anak dah mereput keseorangan ....
Quote nexusys 30-10-2013 07:17 AM
Kassim_Patalon posted on 30-10-2013 03:56 AM
Kelantan Darul reput

Dol, orang mati camtu pun boleh kata Kelantan Darul Reput ka? cer hurmat sket pada orang yang mati, tu belum time kita sendiri yang mati tuh.
Quote yayah8989 30-10-2013 08:06 AM
sedihnye mak pak dia.. innalillah]
Quote batmana 30-10-2013 08:09 AM
nw111 posted on 30-10-2013 04:50 AM
Kenapa lama sgt baru jumpa...jalan tu org kurang lalu ke..

bkn kurang org lalu, tapi jln bersemak, rumput byk, kalu ada tulang dinosaur kt situ, org pun tk perasan..

Quote kakZue 30-10-2013 08:38 AM
Kg ku ni dulu..byk memori kt kg ku ini...
Quote famri7 30-10-2013 08:46 AM
Inalillah..mohon parent mansa bertabah.amin
Quote cik.ijaw 30-10-2013 08:47 AM
innalilah..Alfatihah..kesian nya mati dah lama xde org jumpa
Quote ogata 30-10-2013 08:55 AM
al-fatihah...

sedih i dengar.
Quote ladyfree 30-10-2013 08:56 AM
takziah.....
Quote belita 30-10-2013 08:58 AM
Innalillah.....kesiannya

Tu nasib arwah. ....mcm mana lah nasib kita nanti
Quote vv2005 30-10-2013 09:05 AM
alfatihah untuk arwah
Quote nurfariezza 30-10-2013 09:10 AM
alfatihah...sayu hati mak bapak tgk keadaan mayat anak dia cm2...
Quote Odyman 30-10-2013 09:12 AM
nexusys posted on 30-10-2013 07:17 AM
Dol, orang mati camtu pun boleh kata Kelantan Darul Reput ka? cer hurmat sket pada orang yang mati ...

Betul tu, orang macam ni akal dia kat kepala lutut, tak boleh nak beza soal kematian dengan lawak bodoh.
Quote siti_kus 30-10-2013 09:13 AM
takziah..

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.053955 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top