CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Teruskan AES, Kurangkan Kesalahan Trafik

5-12-2013 06:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5387| Komen: 28

Description: Atas Komitmen Itu Juga Kerajaan Mengambil Alih Operasi Dan Penguatkuasaan Aes Daripada Dua Syarikat Yang Menguruskannya Sebelum Ini - Ates Sdn Bhd Dan Beta Tegap Sdn Bhd, Katanya Di Dewan Rakyat Hari ...

Kerajaan Teruskan Aes Kerana Yakin Dapat Kurangkan Kesalahan Trafik


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk teruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)sebagai langkah menambah baik dan memantapkan penguatkuasaan terhadap kesalahan lalu lintas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata kerajaan yakin sistem itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesalahan trafik seperti melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju yang menyumbang kepada 30 peratus kematian akibat kemalangan.      

Atas komitmen itu juga kerajaan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan AES daripada dua syarikat yang menguruskannya sebelum ini - ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd, katanya di Dewan Rakyat hari ini.      
      
Kini AES diambil alih oleh syarikat milik penuh kerajaan, AES Solutions Sdn Bhd, katanya semasa membentangkan usul untuk kerajaan membuat pelaburan memperoleh 10,000,000 unit saham biasa AES Solutions Sdn Bhd pada nilai RM1 bagi seunit saham.

Ahmad berkata kes kemalangan jalan raya bagi tempoh lima tahun dari 2008 hingga 2012 menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 22,338 kes (5.5 peratus).

"Kematian akibat kemalangan juga meningkat daripada 6,527 pada 2008 kepada 6,917 (2012)," katanya.

Ahmad berkata jumlah kenderaan yang meningkat setiap tahun turut menyumbang kepada kesalahan lalu lintas di negara ini. Pada tahun 2008 sebanyak 18 juta kenderaan didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan meningkat kepada 22.7 juta pada 2012.      

"Ini menunjukkan peningkatan jumlah kenderaan yang berdaftar dengan JPJ sebanyak 6.03 peratus bagi tempoh lima tahun (1.8 juta)," katanya.

Menyedari perkara itu, menurut Ahmad, kerajaan mengambil langkah melaksanakan sepenuhnyanya AES pada penghujung tahun lepas bagi menangani kesalahan lalu lintas, kemalangan serta mengurangkan kematian pengguna jalan raya.

"AES merupakan kaedah terbaik berdasarkan sistem penanda aras penguatkuasaan lalu lintas yang diamalkan di Sweeden, Perancis, United Kingdom  dan China," katanya.

Ahmad berkata AES dipasang di 310 kawasan kerap kemalangan yang dikenal pasti hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) yang dapat membantu mendisiplinkan pemandu dan meningkatkan persepsi keberangkalian ditangkap sekali gus membawa kepada amalan pemanduan yang lebih berhemah.

Katanya AES membantu meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya terhadap persepsi ditangkap melakukan kesalahan (POBC).

"Berdasarkan kajian antarabangsa, pelaksanaan penguatkuasaan secara elektronik dapat mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya antara 17 hingga 71 peratus, dan menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 40 peratus," katanya. - BERNAMA

3

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tykarib 5-12-2013 05:20 PM
pulok demi mngaut k'untungan
Quote slyfynx 5-12-2013 05:37 PM
Perbaiki sistem jalanraya dulu
Traffic light letak timer
Pastikan condition jalan ok
Then nak saman those yg menyalahi undang2 silakan
Quote shahx 5-12-2013 06:59 PM
Patutla td aku nampak org repair aes kat sungkai. Hehe..
Quote AHMADVW 5-12-2013 07:02 PM
antara yg layak duk dlm list pengampu MT macai tertinggi

ahmadmaslan
shahidankasim
bungmokhtar
nohomar

anda tambah lg
Quote bluberi 5-12-2013 07:24 PM
ah iyeeeee
sile turap jalan cantik cantik dulu
pastu pasang la aes jahanam tu
Quote mrseller 5-12-2013 07:30 PM
Nak harommm....
Quote Al-Patih 6-12-2013 05:43 AM
@tongkatwaran75   
MARANG - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggerakkan kira-kira 15,000 anggota Skuad Muda 1JPJ, bagi melaksanakan tugasan pertama mereka menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada Februari depan.
http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=771046

abih yang ni buek apo ...jadi perhiasan jalan raya ke ...



Quote AdsMsia 6-12-2013 05:57 AM
sapa nak pi tebang tiang AES ni.....

hehehe
Quote skyreds 6-12-2013 06:06 AM
AdsMsia posted on 6-12-2013 05:57 AM
sapa nak pi tebang tiang AES ni.....

hehehe

langgar je tiang tu..

aku suke tengok time flash AES tu on..
Quote AdsMsia 6-12-2013 06:09 AM
skyreds posted on 6-12-2013 06:06 AM
langgar je tiang tu..

aku suke tengok time flash AES tu on..

rugi la insuran keta aku
elok2 55% NCD teruih jadik 0%

pinjam keta nko bley kut....
Quote skyreds 6-12-2013 06:13 AM
AdsMsia posted on 6-12-2013 06:09 AM
rugi la insuran keta aku
elok2 55% NCD teruih jadik 0%

bley kot..kete aku tu kalau bayar 0% ncd pun baru dalam 1k

body pun dah nak kene spray baru nih..upah spray pun dah lebih 2k...
Quote AdsMsia 6-12-2013 06:18 AM
skyreds posted on 6-12-2013 06:13 AM
bley kot..kete aku tu kalau bayar 0% ncd pun baru dalam 1k

body pun dah nak kene spray baru nih ...

ko nak kami ramai2 tolong spray keta ko tak
free je la
khidmat masyarakat gitu
Quote skyreds 6-12-2013 06:22 AM
AdsMsia posted on 6-12-2013 06:18 AM
ko nak kami ramai2 tolong spray keta ko tak
free je la
khidmat masyarakat gitu



habesla belang2 kete aku nanti...
Quote abdulariff 6-12-2013 06:40 AM
shahx posted on 5-12-2013 06:59 PM
Patutla td aku nampak org repair aes kat sungkai. Hehe..

Kiranya dah ada balik la? Aku baru pergi utara jumaat lepas, pelik gak aes xde.. ingatkan xnak pasang dah.. adoii
Quote MengkuduMasam 6-12-2013 07:30 AM
knapa AES xdipasang kat area yg excident pront.... mcm kat karak.. genting sempah ... jalan persekutuan yg lebih relevan....

ini kat jalan lurus.. 3 lane... dibantainya speed 90kmh....

org blakang gegeh nak tekan break sbb suma suddently nak plahankan keta...
Quote Dovahkiin 6-12-2013 08:05 AM
Pastikan AES dipasangkan di tempat2 yg selalu berlaku kemalangan dan pastikan juga kawasan dipasang tu, had lajunya munasabah. Had laju lebuhraya Utara Selatan belah Melaka telah pun dinaikkan dari 90kmh kepada 120kmh. Lepas tu kalau nak pasang, pasang la. Klu ada yang bangkang jugak, tu mmg 'setan' jalanraya.
Quote ais_kosong 6-12-2013 08:20 AM
abdulariff posted on 6-12-2013 06:40 AM
Kiranya dah ada balik la? Aku baru pergi utara jumaat lepas, pelik gak aes xde.. ingatkan xnak pas ...

ada la kat slim river ngan taiping kalau hala ke utara...
kat situ aku bawa 60 ja..
pas menatang jahanam tu aku speed la balik

kalau hala ke kl, abg polisi dok celah jejambat men tembak2..
siut sungguh.. sib bek ada yg sudi bgtau..
Last edited by ais_kosong on 6-12-2013 08:22 AM

Quote abdulariff 6-12-2013 08:39 AM
ais_kosong posted on 6-12-2013 08:20 AM
ada la kat slim river ngan taiping kalau hala ke utara...
kat situ aku bawa 60 ja..
pas menatang ...

Tu la masalahnya, aku tau kat sana ada tp jumaat lepas aku lalu semua dah hilang? Termasuk signboard aes pon dah takdak? Pelik2
Quote ais_kosong 6-12-2013 08:43 AM
abdulariff posted on 6-12-2013 08:39 AM
Tu la masalahnya, aku tau kat sana ada tp jumaat lepas aku lalu semua dah hilang? Termasuk signboa ...

aik.. hilang?
ubah tempat kot sbb situ org dh tau..
ala xleh nk speed la balik kali ni nk survey aes tang mana..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.066067 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top