CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Syamsul, Puteri Sarah Nikah Mac Ini

15-1-2014 03:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 74637| Komen: 479

Description: Penyebaran Dua Keping Gambar Yang Menunjukkan Ibu Kepada Pengarah Filem, Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail Menyarungkan Cincin Ke Jari Puteri Sarah Liyana, Akhirnya Menjawab Segala Persoalan Mengena ...
Syamsul, Puteri Sarah nikah Mac ini


PENYEBARAN dua keping gambar yang menunjukkan ibu kepada pengarah filem, Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail menyarungkan cincin ke jari Puteri Sarah Liyana, akhirnya menjawab segala persoalan mengenai hubungan kedua pelakon ini.

Datuk Yusof Haslam menerusi temu bual bersama Zass mengakui beliau dan isterinya telah merisik Puteri Sarah pada Ahad lalu, di kediaman keluarga Puteri Sarah selepas Zohor.


Katanya, jika tiada aral melintang, Syamsul memilih untuk disatukan dengan gadis pilihannya itu pada Mac ini.

"Syamsul beritahu ibunya dia mahu mengahwini Puteri Sarah dan meminta kami masuk merisik. Setelah perbincangan dilakukan, Insya-ALLAH bulan Februari atau Mac ini mereka akan disatukan.

"Kemungkinan akan diadakan pada Mac. Ini juga merupakan permintaan Syamsul yang mahu menyegerakan majlisnya," ujarnya.

Yusof berkata, beliau tidak kisah siapa pun yang menjadi pilihan anaknya itu dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

"Sebagai bapa, saya doakan yang terbaik untuk kehidupan dan perkahwinannya. Kami juga tidak pernah menghalang siapa pun yang menjadi pilihannya waima wanita itu orang putih sekali pun (ketawa). Semoga segala perancangan ini akan berjalan dengan lancar," akhirinya.

Ammar dedah rahsia

Hubungan kedua selebriti ini didedahkan sendiri oleh bekas kekasih Puteri Sarah, Ammar Alfian Aziz yang juga seorang pelakon dan model, kira-kira empat bulan selepas mereka disahkan berpisah.

Ammar mendakwa hubungan Syamsul dan Puteri Sarah mulai rapat sekitar Oktober 2012, biarpun hubungannya dengan Puteri Sarah hanya berakhir pada Disember tahun yang sama.

Ammar dan Puteri Sarah sebelum itu, bercinta selama lima tahun.

Manakala Syamsul dalam temu bual bersama sebuah akhbar juga turut menafikan dia bercinta dengan Puteri Sarah dan mengklasifikasikan hubungan mereka sekadar kawan biasa.

Sementara itu, menerusi sebuah laporan akhbar mingguan pada Mei tahun lalu, Syamsul dan Ammar dilaporkan hampir bertumbuk ketika menyelesaikan masalah yang melanda mereka berdua berkaitan Puteri Sarah.

Namun, dalam segala cerita pahit berkaitan mereka bertiga, Puteri Sarah mengejutkan peminat apabila membuat keputusan untuk bertudung dan meninggalkan industri lakonan bagi mengelakkan dia bersentuhan dengan bukan muhrim.

Bagaimanapun Puteri Sarah dilaporkan tidak keberatan untuk menerima tawaran dalam bidang pengacaraan, asalkan sesuai dengan imej baharunya itu.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazsh 13-1-2014 11:37 AM
Tahniah laaaa klu betul..
Quote cemolot 13-1-2014 11:38 AM
kompang dipalu~~
pengantin malu~~

hihi iols suka je kalau betul2 ada orang nak membina masjid ni
Quote noraidil_06 13-1-2014 11:38 AM
tahniah
Quote reenz013 13-1-2014 11:40 AM
tahniah lau betul
Quote mommymonster82 13-1-2014 11:43 AM
Tahniah....sesuwai....
Quote amiraira 13-1-2014 11:45 AM
tapi compom ke ni....
Quote cmf_shya 13-1-2014 11:46 AM
rsanya betul..sbb adik puteri sarah..puteri sofea..study skali ngan adik shya kat melbourne..dia amik medic kat monash n bru grad dis aritue..adik shya ada jumpa puteri sarah n family kat melbourne masa graduation day adik puteri sarah..siap p mkn2 lagi..n puteri sarah mmg ada kecoh2 pasal nk plih cincin..my sister bgtau..dia sgt lembut..baik..
Quote ogata 13-1-2014 11:51 AM
tahniah kalau betul....


soft reminder: jangan nak ungkit kisah silam sapa sapa k..
Quote NHolmes 13-1-2014 11:52 AM
bagusla, puteri sarah pun skrg macam comel je lepas berhijab, peminat pun dah lupa zaman dia dgn si ammar tu.. lagipun DD pun dah kahwin dgn FK n dah ada anak dah pun, so skrg turn sol sol sol la pulak.. congrats
Quote Lavender_Violet 13-1-2014 11:52 AM
cmf_shya posted on 13-1-2014 11:46 AM
rsanya betul..sbb adik puteri sarah..puteri sofea..study skali ngan adik shya kat melbourne..dia ami ...

Tapi sebenarnya Datuk Usop pening dgn pilihan & kehendak Sol nih sebab bad track record Puteri sarah ni dulu.

Teringat twitter ex bf dia si Ammar Alfian tu, terang2 bgtau cerita dia dulu dgn si Sarah ni, si Sol ambik bekas2 dia aje. Sangat jahat beliau itu membuka aib diri sendiri dan org lain dlm laman sosial Last edited by Lavender_Violet on 13-1-2014 11:54 AM

Quote NHolmes 13-1-2014 11:55 AM
Lavender_Violet posted on 13-1-2014 11:52 AM
Tapi sebenarnya Datuk Usop pening dgn pilihan & kehendak Sol nih sebab bad track record Puteri sar ...

erkk yeke uols.. jahatnye lahai si ammar ni..patutla ramai tak suke dia.. tp kan ke dah lepas hal tu.. manusia berubah kan..
Quote mawarputih2612 13-1-2014 11:59 AM
wah bestnyaa tahniah la..
tak kenal sangat dua artis ni tapi kalau org nak kahwin, tumpang happy ler
Quote myakayina 13-1-2014 12:00 PM
Lavender_Violet posted on 13-1-2014 11:52 AM
Tapi sebenarnya Datuk Usop pening dgn pilihan & kehendak Sol nih sebab bad track record Puteri sar ...

sial sangat kan pangai budak tu..paling tak bole lupa ayat dia depan belakang dah rasa katanya.. harap2 jantan ni tak moyan lagi la klu betul sol dgn sarah ni nak kawen..

Quote miawpink 13-1-2014 12:00 PM
tahniah la....suka dengar berita ni
Quote edoraixora 13-1-2014 12:01 PM
tahniah.....yg dah lepas tu biarlah berlalu
yg penting waktu sekarang & akan datang
happy fr them
Quote bungalisa 13-1-2014 12:03 PM
  i loike...
Quote lady_rara 13-1-2014 12:03 PM
tahniah utk depa berdua kalau berita ni betul..

nampak macam dua2 pun dah berhijrah ke arah kebaikan..

suka tengok, sepadan.. sama cantik sama manis..
Quote kokocrunch 13-1-2014 12:06 PM
tahniah la....
Quote NHolmes 13-1-2014 12:08 PM
myakayina posted on 13-1-2014 12:00 PM
sial sangat kan pangai budak tu..paling tak bole lupa ayat dia depan belakang dah rasa katanya..:m ...

jahatnyeeee.. eee iols pulak yg geram tau! ape pun hrpnya si ammar tu move on la jgn komen ape2 lagi dah.. dia pun kan dah jadik personal trainer ke hape, so bolehla jumpe aweks cun kt gym.. hehe

Lihat semua komen(479)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.368353 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top