CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Honda City 2014 Antara Lima Model Baharu

28-2-2014 05:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25074| Komen: 15

Description: Honda Malaysia Bakal Melancarkan Lima Model Baharu Pada Tahun Ini. Itu Kenyataan Yang Disahkan Oleh Pengarah Urusan Dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno, Petang Tadi Semasa Sempen ...


Honda City 2014 antara lima model baharu yang bakal diperkenalkan oleh Honda untuk tahun ini

Honda Malaysia bakal melancarkan lima model baharu pada tahun ini. Itu kenyataan yang disahkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno, petang tadi semasa sempena Majlis Bersama Media.

Menurut Ueno, lima model yang bakal diperkenalkan itu termasuklah model FMC (full model change/model yang mengalami perubahan penuh) dan MMC (minor model change/model yang mengalami sedikit perubahan). Ini termasuklah dua daripadanya merupakan kenderaan hibrid pemasangan tempatan (CKD) yang diproduksi di kilang milik Honda yang terletak di Melaka.

“Bagi tahun ini, kami mensasarkan untuk menjual sebanyak 76,000 unit termasuk dengan 9,000 unit bagi kenderaan hibrid. Sasaran ini disifatkan sebagai suatu yang optimis memandangkan pada tahun lalu jumlah jualan bagi kenderaan Honda di Malaysia sangat memberangsangkan iaitu sebanyak 51,550 unit. Malah kami mahu terus memasarkan kenderaan yang mampu milik, bersifat mesra alam dan nilai terbaik untuk wang,”ujar Ueno.

Sambungnya lagi, “Dengan tiga teras utama yang diperjuangkan iaitu memperkenalkan model baharu dengan harga yang kompetitif, keupayaan kilang pemasangan No.2 Line yang baharu dilancarkan pada pertengahan Januari lalu mampu memasang kenderaan bersaiz kecil dan hibrid serta pertambahan jumlah pengedar di seluruh negara (daripada 73 pengedar pada tahun lalu menjadi 80 pengedar untuk tahun ini), kami yakin mampu mencapai sasaran jualan tersebut pada tahun ini.”

Dalam majlis yang sama, Honda Malaysia turut mengambil kesempatan untuk mendedahkan model baharu Honda City 2014 kepada pihak media. Model sedan generasi keempat ini bakal dilancarkan pada pertengahan Mac ini dan tempahannya telah pun dibuka sekarang.

Ditawarkan dengan empat varian iaitu S, S+, E dan spesifikasi tertinggi V, City serba baharu ini dijanakan oleh enjin 1.5 liter SOHC i-VTEC empat silinder 16-injap. Ia mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 120 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm pada 4,600 rpm.




Ia turut dipadankan dengan kotak gear CVT bagi menggantikan transmisi automatik lima kelajuan seperti mana yang digunakan pada model terdahulu.

Antara elemen baharu yang diterapkan pada model ini ialah mod ECON, butang penghidup enjin, kawalan pemanduan, penyaman udara belakang, jeriji hadapan platinum, rim aloi bersaiz 16 inci, enam beg udara (termasuk beg udara sisi) dan Bantuan Kestabilan Kenderaan atau VSA .

Selain daripada itu, turut disertakan ialah ISOFIX, sistem kunci pintar, butang kawalan audio pada roda stereng, meter kluster bercahaya, shark fin antenna dan sistem audio dengan lapan pembesar suara berserta skrin paparan bersaiz tujuh inci.

Walau bagaimanapun, Honda Malaysia masih mengunci mulut mengenai harga bagi model ini dan ia akan diumumkan secara rasmi pada majlis pelancarannya kelak.

Bagi yang berminat untuk melihat secara lebih dekat Honda City serba baharu ini, Honda Malaysia bakal mengadakan promosi bergerak di tempat-tempat berikut.

-Paradigm Mall, Kelana Jaya (21-23 Februari 2014)
-The Curve, Mutiara Damansara (24-26 Februari 2014)
-East Coast Mall, Kuantan (27 Februari-2 Mac 204)
-KSL City, Johor Bahru (4-6 Mac 2014)
-Tesco Ipoh Garden, Ipoh (7-9 Mac 2014)
-Queensbay Mall, Penang (10-12 Mac 2014)


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote winsonquik 25-2-2014 09:50 PM
Honda City baru lauching 13/3/2014 stock hanya ada V dan S+ sahaja.
E dan S bulan mei baru ada stock.
saya ialah Honda salesman di bangsar, boleh call saya untuk booking.
012-5656096 winson
Quote muhammadfaisal 4-3-2014 02:33 PM
intai jugak honda ni..tp tak minat..haha jazz or civic
Quote dark28angel 22-5-2014 09:21 AM
tgh berbelah bagi nak amik city or jazz...hurmmm...
Quote mofisa 22-5-2014 09:37 AM
dark28angel posted on 22-5-2014 09:21 AM
tgh berbelah bagi nak amik city or jazz...hurmmm...

kalo guna dalam bandar je boleh la amik jazz. tapi kalo selalu travel @ guna utk balik kampong better city la. walopon jazz lg comey aku rase.
Quote dark28angel 22-5-2014 10:21 AM
mofisa posted on 22-5-2014 09:37 AM
kalo guna dalam bandar je boleh la amik jazz. tapi kalo selalu travel @ guna utk balik kampong bet ...

itulah..kalo boleh nak pakai kete ni lama..malas da nak tuko2..
skg pakai saga blm manual..tu yg tingin nak pakai auto plak..
Quote mofisa 22-5-2014 10:24 AM
dark28angel posted on 22-5-2014 10:21 AM
itulah..kalo boleh nak pakai kete ni lama..malas da nak tuko2..
skg pakai saga blm manual..tu yg  ...

kalau rasa nak pakai lama baik amik city. berbaloi.
Quote dark28angel 22-5-2014 10:29 AM
ok..tq..rs nyer dalam hati pon terbekenan plak kat city..
arini plan nak p showroom honda..pagi ni nak p keje saga plak wat hal xley start..
batt kong plak dah..macam taw2 jer plan nak tuko kan dia..terus majuk..huhu
Quote flarengirl 23-5-2014 03:15 PM
cantik btul design baru city ni
Quote ctaz 24-5-2014 01:13 AM
sudah beli...tunggu kereta jer sampai....
hahahaha...
HAR
Quote Armoury 28-5-2014 09:50 PM
Tengah tunggu Honda City Hybrid...

http://paultan.org/2014/03/20/ho ... msia-first-details/

http://paultan.org/2013/11/21/city-hybrid/ Last edited by Armoury on 28-5-2014 09:51 PM

Quote ryumaira 2-6-2014 11:40 AM
dark28angel posted on 22-5-2014 10:21 AM
itulah..kalo boleh nak pakai kete ni lama..malas da nak tuko2..
skg pakai saga blm manual..tu yg  ...

laki aku baru belikan saga blm utk ayah die..baru 2 bulan guna..keylock dh rosak...
ko punye ok ke?mmg protonnye kete cenggitu ke..

Quote dark28angel 1-7-2014 10:16 AM
ryumaira posted on 2-6-2014 11:40 AM
laki aku baru belikan saga blm utk ayah die..baru 2 bulan guna..keylock dh rosak...
ko punye ok k ...

ok lagi..tp benda lain yg rosak..
puas g hantar servis..
last2 br ok
Quote mofisa 1-7-2014 11:37 AM
ryumaira posted on 2-6-2014 11:40 AM
laki aku baru belikan saga blm utk ayah die..baru 2 bulan guna..keylock dh rosak...
ko punye ok k ...

2nd hand ke? BLM tak kuar dah..
Quote ryumaira 1-7-2014 11:59 AM
mofisa posted on 1-7-2014 11:37 AM
2nd hand ke? BLM tak kuar dah..

barula...kalau seken..xdela aku bising

Quote mofisa 2-7-2014 11:02 AM
ryumaira posted on 1-7-2014 11:59 AM
barula...kalau seken..xdela aku bising

saga BLM mana ada model baru skang ni kak oi...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.061965 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top