CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15713|Reply: 51

All About Thailand History (merged)

[Copy link]
Post time 28-7-2005 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Not all the maps & images still exist on this site:-

http://www.websitesrcg.com/border/maps.html


HomePage:-

http://www.websitesrcg.com/border/index.html

[ Last edited by chumpon at 22-12-2005 01:57 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2005 08:03 PM | Show all posts
oo ni dia ropanya..aku tak masuk pun link tuh..saja nambah kredit
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 02:56 PM | Show all posts

Suvarnabhumi

Suvarnabhumi


Originally posted by ijad1986 at 30-12-2005 01:34 AM

Lebih teruk lagi, pihak-pihak berkenaan mengatakan orang India adalah penduduk asal Tanah Melayu hanya dengan memberikan bukti sejarah yang tidak kukuh & tidak berasas iaitu nama asal Tanah Melayu adalah 'Suvarnabhumi'. Pengasas kesultanan Melaka, Parameswara dikatakan orang India hanya kerana namanya (Parameswara) adalah nama orang India sedangkan Parameswara adalah orang Melayu yang beragama Hindu. Pihak-pihak ini juga telah mengemukakan teori-teori yang menyokong kenyataan orang Melayu Malaysia berasal dari negara lain & teori-teori ini semuanya adalah ciptaan orang Barat.






Saya nak tanya, apakah maksud/definisi Suvarnabhumi yg sebenar ?? adakah ianya satu kerajaan termasyhur satu ketika dahulu ?? kalau tak silap saya Lapangan Terbang yg sedang rancak dibina di Bangkok, Thailand  dinamakan Suwannaphum (Suvarnabhumi) Airport !.


Sekian ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 03:25 PM | Show all posts
Suvarnabhumi tu  maksudnya semenanjung emas yerk?
silaberi tunjuk ajar...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 04:54 PM | Show all posts
bermaksud golden peninsula or golden land
Reply

Use magic Report

ijad1986 This user has been deleted
Post time 6-1-2006 08:41 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 6-1-2006 02:56 PM

Saya nak tanya, apakah maksud/definisi Suvarnabhumi yg sebenar ?? adakah ianya satu kerajaan termasyhur satu ketika dahulu ?? kalau tak silap saya Lapangan Terbang yg sedang rancak dibina di Bangkok, Thailand  dinamakan Suwannaphum (Suvarnabhumi) Airport !.


Sekian ...


Suvarnabhumi bermaksud 'bumi emas' atau 'Semenanjung Emas'. Gelaran ini diberikan oleh saudagar-saudagar India kepada Tanah Melayu pada masa lampau.

Sumber : Buku Siri Teks Sejarah STPM
- Kertas 2 (Bahagian A): Sejarah Malaysia
Cetakan Pertama 1999.

Mengenai Lapangan Terbang Suwannaphum (yang diSiamkan dari nama 'Suvarnabhumi') di Thailand, ia memang membawa maksud yang sama iaitu 'bumi emas'. Kebudayaan Thailand banyak dipengaruhi oleh budaya India seperti Bahasa Sanskrit, agama Buddha dll. Malahan, Srivijaya (nama sebuah kerajaan Melayu-Hindu di Sumatera disebut dalam bahasa Siam sebagai 'Sriwichai'.

[ Last edited by ijad1986 at 6-1-2006 08:55 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2006 11:44 AM | Show all posts
Originally posted by ijad1986 at 6-1-2006 08:41 PM


Suvarnabhumi bermaksud 'bumi emas' atau 'Semenanjung Emas'. Gelaran ini diberikan oleh saudagar-saudagar India kepada Tanah Melayu pada masa lampau.


Mengenai Lapangan Terbang Suwannaphum (yang diSiamkan dari nama 'Suvarnabhumi') di Thailand, ia memang membawa maksud yang sama iaitu 'bumi emas'.

Kebudayaan Thailand banyak dipengaruhi oleh budaya India seperti Bahasa Sanskrit, agama Buddha dll. Malahan, Srivijaya (nama sebuah kerajaan Melayu-Hindu di Sumatera disebut dalam bahasa Siam sebagai 'Sriwichai'.
Sumber : Buku Siri Teks Sej ...



bukan sriwichai tp siwichai klu ikut sebutan lidah diorang ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2006 11:48 AM | Show all posts

Reply #4 ijad1986's post

kat dalam buku teks PMR pon dah ada swarnabhumi... bhs sanskrit tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ijad1986 This user has been deleted
Post time 7-1-2006 09:36 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 7-1-2006 11:44 AM

bukan sriwichai tp siwichai klu ikut sebutan lidah diorang ..


Eh, mana adalah. Mengikut catatan di dalam buku sejarah mereka, ia disebut 'sriwichai'. Di dalam Bahasa Siam pun memang ada bunyi 'sri'.

Bahasa Siam/Thai adalah bahasa yang mempunyai 5 tona bunyi yang berbeza & ia ditandakan dengan 5 penanda tona di dalam tulisan Thai. Contohnya:-

1) Ko kai -> ayam (sebutan tak sama dengan 'kho khai')
2) kho khai -> telur (sebutan tak sama dengan 'Ko kai')
3) kho khwai -> kerbau
4) kho khuad -> botol
5) kho khon -> orang

Bunyi 5 perkataan Siam di atas adalah hampir sama namun ia membawa maksud yang berbeza. Bahasa Thai dipengaruhi oleh tulisannya. Nenek Ijad tau cakap bahasa Thai (tapi tak fasih sgt) sebab arwah moyang perempuan Ijad dari Yala. Dia cakap, kita kena berhati-hati ketika bertutur bahasa Thai & kena peka terhadap bunyi yang kita sebut kerana setiap bunyi & ejaan membawa maksud yang berbeza. Silap haribulan kita tercakap bahasa lucah atau kotor kat orang Siam (walaupun sebenarnya kita nak cakap benda lain). Naya orang Siam tu sembelih kita...:kant::kant:

Kalau chumpon cakap bukan sriwichai tp siwichai, itu dah salah. Sriwichai & Siwichai lain maksudnya. Ada orang Melayu yang baru dengar lagu 'sabai-sabai' panggil lagu tu sebagai 'sepai-sepai' hanya sebab ikut sebutan lidah orang Thai. Bahasa Thai tak sama dengan Bahasa Melayu & Inggeris sebab Bahasa Thai ada tona bunyi yang berbeza. Sebab itu kalau kita tgk citer Siam kat tv, kita boleh dengar bahasa Siam tu berlagu-lagu, berlenggok-lenggok dan berslang-slang atau ada bunyi naik & rendahnya. Kekadang kita rasa macam pelakon tu dah sebut sesuatu perkataan tu byk kali tapi kita tak perasan sebenarnya perkataan yang disebut diorang tu membawa maksud yang berlainan.

Kesimpulannya, kita tak boleh pakai hentam jer bila bercakap Bahasa Thai. Berhati-hatilah ketika bertutur bahasa tersebut... :gila::gila::gila: hehehehe...

[ Last edited by ijad1986 at 7-1-2006 09:48 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2006 12:16 AM | Show all posts
sawadikapp...khap bung kap...huh...btol ker??
Reply

Use magic Report

ijad1986 This user has been deleted
Post time 9-1-2006 05:35 AM | Show all posts
Originally posted by MOONkerBULAN at 9-1-2006 12:16 AM
sawadikapp...khap bung kap...huh...btol ker??


hehehe lebih kurang la tapi ejaan salah. Bukan sawadikapp tapi sawadee kab. Sebutan di tu dipanjangkan skit lalu dieja sebagai 'dee'. Bukan kap tapi kab. Dalam tulisan Thai, penggunaan huruf b & p pada perkataan boleh membawa maksud yang berlainan (tengok betapa susahnya Bahasa Thai sebenarnya sebab benda yang remeh-temeh macam ni pun diorang amik kira...).

yang psl khab bung kap tu, tak pasti sangat cemana ejaannya --> khab bun kab atau kab bun kab. Nenek Ijad kat kg. Nak tanya cemana... hehehe...:stp::stp::dia::dia:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2006 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by ijad1986 at 7-1-2006 09:36 PM

Kalau chumpon cakap bukan sriwichai tp siwichai, itu dah salah. Sriwichai & Siwichai lain maksudnya. Ada orang Melayu yang baru dengar lagu 'sabai-sabai' panggil lagu tu sebagai 'sepai-sepai' hanya sebab ikut sebutan lidah orang Thai. Bahasa Thai tak sama dengan Bahasa Melayu & Inggeris sebab Bahasa Thai ada tona bunyi yang berbeza. Sebab itu kalau kita tgk citer Siam kat tv, kita boleh dengar bahasa Siam tu berlagu-lagu, berlenggok-lenggok dan berslang-slang atau ada bunyi naik & rendahnya. Kekadang kita rasa macam pelakon tu dah sebut sesuatu perkataan tu byk kali tapi kita tak perasan sebenarnya perkataan yang disebut diorang tu membawa maksud yang berlainan
...



minat jugak ijad kat Thongchai ye   .
Reply

Use magic Report

ijad1986 This user has been deleted
Post time 9-1-2006 01:54 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 9-1-2006 09:25 AM

minat jugak ijad kat Thongchai ye   .


ahaks... boleh la lyn jugak... kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 09:37 AM | Show all posts
[ Sejarah Bang Rajan ] - Semangat Patrioritisme yang terus diingati


Sekiranya anda masih ingat sejarah sekolah menengah, dua kerajaan yang besar di bahagian utara asia tenggara ketika pertengahan kurun ke-17 ialah Kerajaan Ayuthayya(Siam) dan Kerajaan Burma...Walaubagaimanapun dua kuasa besar ini sering bertelagah...Burma berusaha meluaskan empayarnya dengan menggempur tanah Kerajaan Ayuthayya...ramai rakyat jelata menjadi mangsa peperangan ini...ratusan nyawa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak akibat kezaliman tentera Burma.

Bang Rajan merupakan sebuah kampung yang masih terselamat daripada pencerobohan tentera Burma...ramai pelarian daripada desa-desa yang telah diserang datang mencari perlindungan disini. Ketika ini, sekumpulan anak muda telah bersepakat untuk bersama-sama mempertahankan kampung tersebut dari serangan. Pada mulanya mereka menghantar utusan ke pusat kerajaan Ayuthayya untuk memohon bantuan senjata seperti meriam, malangnya bantuan tersebut tidak diperkenankan...sungguhpun begitu, semangat penduduk Bang Rajan tidak pernah luntur...mereka bertekad untuk melindungi diri dengan apa sahaja yang tertinggal, dengan harapan keamanan akan muncul selepas itu....


kisah-kisah keberanian penduduk Bang Rajan terus menjadi sebutan penduduk Thai sehingga hari ini..."Sekiranya semua rakyat Thai memiliki sikap dan keberanian seperti penduduk Bang Rajan, pasti misi menakluk kerajaan Ayuthayya menjadi lebih sukar..." begitulah petikan kata-kata seorang jeneral tentera Burma selepas melihat kesudahan pertempuran tersebut...

Sebuah tugu peringatan yang dibina untuk 11 pemuda berani yang mempertahankan desa Bang Rajan...yang tersergam megah di sebuah kota di negara Thai hari ini...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 09:38 AM | Show all posts
#2


Bang Rajan merupakan satu cerita tentang keberanian dan semangat patriotisme yang diketahui oleh semua kanak-kanak sekolah di Thailand, sama seperti anak-anak kita tahu akan cerita tukang ampu diraja bernama Hang Tuah yang sanggup mengkhianati kawannya sendiri yang mahu melawan seorang raja yang zalim (dan produk mitos mengarut seperti ini, kita juga).


Bang Rajan bukan satu cerita yang melibatkan kerabat-kerabat di raja dan pembesar istana, sebuah cerita tetapi tentang rakyat jelata yang daif hidupnya.


Pada pertengahan abad ke-18, terdapat beberapa jajahan di Burma yang memberontak melawan pemerintahan kerajaan Burma. Jajahan-jajahan ini telah mendapat bantuan dari Siam. Apabila Burma digantikan dengan seorang raja yang baru, perkara pertama yang dilakukan oleh beliau adalah untuk menghukum Siam kerana telah menyokong pemberontakan ini. Pada tahun 1765, beliau telah menghantar dua ketumbukan tentera ke Siam untuk menyerang Ayudhaya, ibu negeri Siam pada ketika itu. Walau bagaimanapun, hanya sebuah ketumbukan tentera sahaja yang akhirnya tiba ke Ayudhaya. Sebuah ketumbukan lagi terpaksa berhadapan dengan tentangan hebat dari penduduk-penduduk dari kampung Bang Rajan. Nama kampung Bang Rajan dan penentangan dari penduduknya masih disebut-sebut dan diingati sehingga ke hari ini.

Seorang ketua bernama Taen telah dipilih untuk melawan kemaraan tentera dari Burma. Penduduk-penduduk kampung Bang Rajan juga telah memilih seorang orang luar bernama Chan, yang bermisai tebal, bertubuh tegap dan mempunyai kekuatan dan kebolehan luar biasa untuk melawan musuhnya. Dalam pada itu, Chan membawa beberapa orang pemuda bersamanya untuk melatih orang-orang kampung untuk melawan menggunakan senjata.


Dalam masa yang sama, orang-orang kampung juga telah meminta tolong dari Ayudhaya untuk melawan pihak musuh dalam bentuk pemberian meriam, tetapi Ayudhaya tidak dapat membantu. Walaupun begitu, mereka tetap tidak berputus asa, lebih-lebih lagi setelah pihak Ayudhaya memberi mereka 'blueprint' untuk membina meriam mereka sendiri.


Dengan pertolongan Chan dan rakan-rakannya serta meriam yang terpaksa mereka bina sendiri, dapatkan penduduk-penduduk kampung Bang Rajan melawan bala tentera dari Burma yang cukup terlatih dan dilengkapi senjata ini?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 09:39 AM | Show all posts
#3


Menonton filem 'Bang Rajan' membuatkan saya berfikir kembali tentang sejarah Thailand dan mengapa negara itu tidak pernah dijajah. Setelah saya selidiki betul-betul, saya dapati orang-orang Thailand, sejak dahulu lagi akan melakukan apa sahaja asalkan mereka dapat hidup bebas tanpa dibelenggu oleh mana-mana kuasa asing. Kebebasan bagi mereka adalah satu perkara yang amat penting dan mereka juga sedar untuk mendapatkan kebebasan ini, perlu ada pengorbanan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2006 07:00 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 17-2-2006 09:39 AM



Menonton filem 'Bang Rajan' membuatkan saya berfikir kembali tentang sejarah Thailand dan mengapa negara itu tidak pernah dijajah. Setelah saya selidiki betul-betul, saya dapati orang-orang Thailand, sejak dahulu lagi akan melakukan apa sahaja asalkan mereka dapat hidup bebas tanpa dibelenggu oleh mana-mana kuasa asing. Kebebasan bagi mereka adalah satu perkara yang amat penting dan mereka juga sedar untuk mendapatkan kebebasan ini, perlu ada pengorbanan.


Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan Thai tidak pernah dijajah oleh mana2 kuasa asing. Gabungan faktor dasar buka pintu yang dijalankan oleh Siam, pembaharuan, dasar lalang siam, kedudukan siam sendiri menjadikan ia merdeka dan tidak pernah dijajah oleh mana2 kuasa asing

nanti mok nik ulas satu persatu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2006 07:02 PM | Show all posts
Faktor2 Thai tidak pernah dijajah

Abad ke-19 terutamanya sejak pertengahan abad ke-19 merupakan zaman imperialisme kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia, khususnya di Asia Tenggara. Akibat dasar imperialisme ini, British telah menjajah Burma dan Tanah Melayu, Perancis di Indo-China, Belanda di Indonesia, Sepanyol dan kemudiannya Amerika di Filipina. Siam merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidka dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. Sejak Perang Dunia Kedua, Siam juga terselamat daripada penjajahan Jepun walaupun semua negeri di Asia Tenggara dikuasai oleh Jepun. Ahli-ahli sejarah berpendapat kejayaan Siam mengekalkan kemerdekaannya disebabkan oleh kebijaksanaan raja-rajanya sejak Mongkut, kesediaan mereka untuk bertindak sewajrnya dan perkembangan yang menguntungkan Siam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2006 07:02 PM | Show all posts
1. Dasar buka pintu

Sejak Mongkut, Siam menamatkan dasar isolasi dan seterusnya mengamalkan dasar buka pintu kepada orang-orang asing terutamanya pedagang-pedagang. Langkah ini diambil kerana Mongkut menyedari sekiranya Siam meneruskan dasar isolasi, kuasa-kuasa Barat akan membuka Siam secara paksa seperti yang berlaku ke atas Burma, Vietnam dan China. Dalam usaha untuk melaksanakan dasar buka pintu, Siam telah menandatangani beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat. Perjanjian pertama ditandatangani dengan British pada 18 April 1855 yang dikenali sebagai Perjanjian Bowring. Seterusnya Siam menandatangani perjanjian dengan Amerika (1856), Perancis (1856), Portugal (1859), Holand (1860), Prusia (1862), Norway, Belgium, Itali, Sweden (1868), Jerman (1872), Perancis (1893), British (1909) dan sebagainya. Mengikut perjanjian-perjanjian tersebut, kuasa-kuasa Barat telah diberi pelbagai keistimewaan di Siam. Selain kebenaran berdagang, kuasa-kuasa Barat juga dibenarkan menempatkan konsul, menyebar agama Kristian, membeli/menyewa tanah di Siam, mendapat hak wilayah asingan, berlabuh di pelabuhan Siam dan sebagainya.

Siam telah menerima perwakilan asing yang dihantar ke Siam sejak pemerintahan Mongkut. Antara perwakilan itu ialah Perwakilan British yang diketuai oleh Harry Parkes dan James Brooke serta perwakilan Amerika yang diketuai oleh Joseph Ballestier. Selain itu, Siam juga telah menghantar perwakilan ke Eropah. Misalnya, pada Ogos 1857, perwakilan Siam yang diketuai oleh Chao Phraya Montri Sri Suryawongse telah dihantar ke Eropah.

Semasa Chulalongkorn, hubungan Siam dengan kuasa-kuasa Barat bertambah erat kerana Chulalongkorn juga mneruskan dasar buka pintu yang dimulai oleh Mongkut. Semasa Chulalongkorn bukan sahaja konsul asing terdapat di Siam, tetapi kedutaan-kedutaan Siam juga didirikan di negara-negara Barat seperti di New York, London, Paris, Brussels, Tokyo dan sebagainya. Chulalongkorn juga telah mengadakan hubungan peribadi dengan pemimpin-pemimpin Barat seperti Raja William II (Jerman), Tzar Nicholas II (Rusia), Prince of Wales (England) dan Presiden Lawbet (Perancis). Chulalongkorn juga mengadakan lawatan ke Eropah dan beliau merupakan Raja Siam yang pertama melawat ke Eropah sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1897 dan 1907.

Dasar buka pintu yang dimulai oleh Mongkut telah diteruskan oleh raja-raja Siam selepasnya. Akibatnya, Siam bukan sahaja berjaya mewujudkan hubungan perdagangan tetapi juga hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat. D.G.E. Hall dalam bukunya “A History of South East Asia” menegaskan Siam terhutang budi kepada Mongkut daripada raja-raja lain kerana dasar buka pintu yang dimulainya telah menyelamatkan kemerdekaan Siam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2006 07:04 PM | Show all posts
2.  Pembaharuan

Sejak Mongkut, Siam telah melaksanakan pembaharuan-pembaharuan politik, ekonomi dan sosial berdasarkan idea Barat. Mongkut menyedari pembaharuan ini bukan sahaja dapat meninggikan taraf hidup orang Siam tetapi juga dapat mengurangkan campur tangan asing dalam hal-ehwal Siam.

a.  Pembaharuan politik

Dalam usaha untuk menyusun semula pentadbiran Siam mengikut sistem Barat, Mongkut telah mengambil orang-orang Barat dan mereka berasal dari pelbagai negara serta ditempatkan di pelbagai jabatan. Secara umumnya, British diberi tugas untuk menguruskan pendidikan, kewangan, polis dan pelabuhan; Amerika dalam perkhidmatan kastam dan Perancis serta Itali dalam ketenteraan. Tindakan Mongkut ialah supaya tidak ada sebuah kuasa yang mempunyai pengaruh yang kuat di Siam.

Semasa Chulalongkorn, lebih ramai pegawai Barat yang diambil bagi memodenkan pentadbiran Siam. Secara umumnya, British telah ditugaskan dalam pendidikan dan kewangan, Perancis dalam undnag-undang, Jerman dalam perkhidmatan keretapi, Denmark dalam angkatan laut dan polis wilayah, manakala Itali dalam kerja-kerja pembinaan. Selain itu, Chulalongkorn juga menubuhkan 2 buah majlis pada tahun 1874 untuk menasihatinya dalam pentadbiran. Majlis-majlis itu ialah Majlis Penasihat Tertinggi Negeri dan Majlis Penasihat Rendah Negeri. Chulalongkorn telah berjaya mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang moden pada 1 April 1892. Sistem pentadbiran lama telah duhapuskan dan digantikan dengan 12 kementerian. Setiap kementerian akan diketuai oleh seorang menteri.

b.  Pembaharuan ekonomi

Dasar buka pintu oleh Mongkut telah memajukan ekonomi Siam. Kedatangan orang Barat telah membuka Siam kepada perdagangan antarabangsa. Perkembangan ekonomi telah meruntuhkan ekonomi sara diri dan mewujudkan sistem ekonomi komersil. Selain itu, sistem tukar barang juga digantikan dengan sistem ekonomi wang. Beras, gula dan kayu jati menjadi eksport utama. Perkembangan ekonomi berlaku akibat daripada penetapan cukai import sebanyak 3% dan cukai eksport 5%. Dalam masa yang singkat, Siam telah menikmati imbangan pembayaran yang memuaskan (contoh). Dalam usaha untuk menyusun semula sistem kewangan Siam mengikut sistem kewangan Barat, Mongkut telah menubuhkan Royal Mint pada tahun 1861.

Semasa Chulalongkorn pula, baginda telah mewujudkan perbendaharaan Siam yang moden dengan bantuan pegawai-pegawai British. Jabata kastam dan hasil dalam negeri telah ditubuhkan pada tahun 1875. Kementerian Kewangan telah diwujudkan pada tahun 1892 dan mulai tahun tersebut, sistem cukai secara langsung dilaksanakan. Jabatan kastam dan hasil dalam negeri tersebut telah disusun semula pada tahun 1892. Pada tahun 1896, Chulalongkorn mengeluarkan arahan untuk membaiki perkhidmatan pelabuhan Siam. Sistem audit dan akaun yang teratur telah dilaksanakan dan pada tahun 1901, belanjawan Siam yang pertama dikeluarkan. Selain itu, Chulalongkorn juga menggalakkan perkembangan ekonomi moden di Siam. Bank-bank British mula didirikan antara tahun 1888-1894 dan sebuah bank Perancis didirikan pada tahun 1897. Di samping itu, baginda juga menggalakkan perdagangan asing di Siam serta pembukaan tanah-tanah baru untuk penanaman padi bagi tujuan eksport.

c. Pembaharuan sosial

Dari segi sosial pula, pelajaran Barat telah diperkenalkan di Siam. Semasa Mongkut, ia hanya diadakan di istana dan hanya untuk golongan bangsawan. Semasa Chulalongkorn, pelajaran Barat bukan sahaja diadakan di istana tetapi juga di luar istana dan bukan sahaja untuk anak-anak golongan bangsawan tetapi juga anak-anak rakyat jelata biasa selepas penubuhan sekolah harian sejak tahun 1884. Selain itu, semasa Chulalongkorn pelajar-pelajar Siam juga mendapat pelajaran Barat di sebarang laut.

Semasa Mongkut, sistem buruh paksa atau corvee telah mula dihapuskan dan digantikan dengan sistem buruh bergaji. Sistem ini hanya dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873. Pada tahun 1874, sistem penghambaan mula dihapuskan dan berjaya dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1905.

Di samping itu, pemerintah-pemerintah Siam juga berusaha menghapuskan adat yang dapat menghalang kemajuan Siam. Rakyat biasa dilarang melarikan diri apabila bertembung dengan raja. Adat yang melarang rakyat melihat muka raja juga dihapuskan. Semasa Mongkut, orang-orang asing tidak dipaksa sujud di hadapan raja. Mereka diberi kebebasan untuk menghormati raja mengikut cara sendiri. Semasa Chulalongkorn, adat sujud di hadapan raja dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873.

Mubaligh-mubaligh juga diberi kebebasan untuk menyebarkan agama Kristian. Banyak sekolah Kristian dan gereja mula didirikan di Siam. Sistem perhubungan juga diperbaiki di mana lebih banyak jalan raya dan jalan keretapi dibina. Perkhidmatan yang lebih moden seperti telegraf, telefon dan pos mula diperkenalkan.

Dasar liberal raja-raja Siam telah menghapuskan sebab-sebab yang memungkinkan campur tangan kuasa-kuasa Barat ke atas Siam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.098021 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list