CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20076|Reply: 176

Kau Yang tercinta -Nor Rafishah Md. Hassan

[Copy link]
Post time 18-6-2007 11:12 AM | Show all posts |Read mode


Sinopsis:

Dikhianati oleh lelaki yang dicintai membuatkan rasa dendam menggunung di hati bukannya dia tidak cuba memujuk hati berharap agar naufal muncul di ruang mata semula. tetapi penantian yang tidak kunjung tiba, membuahkan hampa yang mendera sukma. naufal yang pergi itu, sedikit pun tidak mengingati diri yang setia menanti. harapan yang kian pudar, membuatkan warna cinta dihati kencana semakin samar. tatkala ingin melepaskan segala memori, lelaki itu kembali. antara cinta yang menagih tempat di hati dan budi yang mengikat diri, dia tersepit antara dua lelaki antara naufal dan rashdan. antara kenangan silam yang memilukan dan masa hadapan yang belum tentu gemilang. kedua-kedua mereka adalah lelaki yang dicintainya... lelaki yang disandarkan harapan untuknya meraih bahagia buat kali kedua. biar pun siapa pilihannya,nyata akan ada hati yang terluka. tetapi dia yakin,pilihanya tepat. dan keputusanya muktamad.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Love and marriage had been arranged on the heaven, but it had to be maintained on the earth"...m/s 150

Karya pertama dr Nor Rafishah Md. Hassan yg wa baca.. ceritanya  menarik, plot yg cukup kemas, teratur serta persembahan cerita juga tidak membosankan malah membuat pembaca teruja utk mengetahui kisah seterusnya hingga ke akhir cerita...........buat penulis 4 bintang dr wa.....tahniah, semoga terus menghasilkan karya2  yg menarik di masa hadapan...:clap: :pompom:

Kencana Nadim a.k.a Ana "gadis hulu" dr daerah pedalaman Padang Terap, Kedah berkahwin lari di sempadan Thai bersama Naufal Tan Sri Muzaffar  ketika masih menuntut di universiti akibat keengganannya menurut permintaan ibu bapa yg ingin beliau berkahwin dgn tunangannya yg juga sepupunya sendiri Soffian. Keengganan berpunca dr terbongkarnya rahsia kecurangan Soffian yg terlanjur bersama Melinda. Perkahwinan yg ditentang oleh kedua2 ibu bapa mereka terutama keluarga Naufal kerana perbezaaan darjat yg ketara membawa kepada permasalah demi masalah yg menimpa pasangan muda tersebut. Ana langsung tidak diterima keluarga Naufal malah dituduh menggunakan ilmu utk mendptkan Naufal serta mahu membolot harta mereka...tanpa sebab dan pesanan, Ana ditinggalkan Naufal ketika hamil. Puas mencari dan merisik Naufal tapi Ana gagal menemuinya.Terpaksa mengharungi saat getir sendirian dan disaat selesai melahirkan, Ana dikejutkan dgn kehadiran surat cerai dr Naufal!!!...

Rashdan teman sepengajian Ana & Naufal sejak dulu menaruh hati pada Ana. Dr saat Ana ditinggalkan, beliau menjadi teman utk Ana  berbicara, teman mengadu dan dia juga menjadi ayah angkat pada anak2 kembar Ana, Yana  & Imad. Dia lah juga penguat semangat utk Ana bangkit semula meneruskan kehidupan dgn membuka kedai dobi utk Ana usahakan. Kisah silam membuatkan Ana ragu2 utk menerima Rashdan yg  terlalu byk berbudi deminya dan anak2.

Tanpa Ana ketahui, Rashdan dan Naufal saling berhubungan malah mereka adalah rakan kongsi dan Rashdan mengetahui hasrat Naufal utk mendptkan Ana & anak2 nya kembali. Kemunculan Naufal setelah 6 tahun menghilang amat mengejutkan Ana. Tanpa mahu menjelaskan sebab2 kehilangannya dahulu, Naufal terus menerus memujuk Ana utk rujuk semula.Bagi Ana, sukar utk mempercayai Naufal semula. Hasrat Naufal utk rujuk kembali ditentang hebat oleh ibunya yg amat membenci dan memandang rendah status Ana. Hasrat ibunya utk menjodohkan Naufal dan Tasha menjadi rumit bila Naufal enggan menurut telunjuk ibunya. Akibatnya Ibu bapa Ana diserang oleh ibu Naufal & Tasha...

Ana membalas dengan menyerang Tasha. Tindakan Ana mengejutkan Naufal dan Ana diminta memohon maaf pada Tasha. Akibat terlalu kecewa dengan sikap Naufal yg dianggap menyebelahi Tasha dan ibunya, Ana mengambil tindakan untuk menyakitkan hati Naufal....Ana menerima lamaran Rashdan dan mengahwininya...

Nak tahu kisah seterusnya...........baca sendiri wei, penat laa wa tulis ..........

[ Last edited by  aprilsnow at 18-6-2007 12:13 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2007 11:28 AM | Show all posts

Reply #1 aprilsnow's post

Dier dah ader beberapa buah novel seblom ni..tak pernah cuba bac buku dier...teringin gak nak mencuba..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by aprilsnow at 18-6-2007 11:12 AM


Sinopsis:

Dikhianati oleh lelaki yang dicintai membuatkan rasa dendam menggunung di hati bukannya dia tidak cuba memujuk hati berhar ...


Speechless aku.... ko memang dasat kira sama level ngan sil la ko ni kuc pasal summary ni....tabik spring la ngan nko

kira bertmbah la list aku....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2007 12:38 PM | Show all posts

Reply #3 jujun's post

:nyorok: ..malulah wa otroman....wa bagi ringkasan ikut kepala wa jer, Sil tu dah tahap Sifu beb...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 01:07 PM | Show all posts
tambah dlm list lagi........april..keluaran mana tu?.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2007 01:11 PM | Show all posts

Reply #5 ikz's post

NHF Media ikz...beli jgn x beli....ahaaaks
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2007 04:23 PM | Show all posts
buku ni mmg best...
tk rugi beli...puas ati sesangat..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 04:23 PM | Show all posts
buku ni mmg best...
tk rugi beli...puas ati sesangat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2007 05:10 PM | Show all posts
oleh krn kawan2 semua dh kata buku ni best
nampknya kena pegi beli ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 05:25 PM | Show all posts
betul ke buku ni best...
april....camne nagn ending dia?
happy ke x?
malas nak beli buku yg sad ending ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2007 05:43 PM | Show all posts

Reply #10 tudung_bawal's post

bagi penilaian wa yg jiwang karatz giler nie best laa...org lain wa x tau ler..

hepi ending beb, dun wori k....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 07:40 PM | Show all posts
fuh.....kena beli ni....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 04:41 PM | Show all posts

Reply #11 aprilsnow's post

brp bintang ko bg kat buku ni?
ati aku dah tergoda ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 08:59 AM | Show all posts

Reply #9 haizaiza's post

nAK BELI.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2007 05:47 PM | Show all posts

Reply #14 tudung_bawal's post

kan wa dah tulis kat atas....sila lihat semula...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 05:59 PM | Show all posts
Originally posted by jujun at 18-6-2007 11:32 AM


Speechless aku.... ko memang dasat kira sama level ngan sil la ko ni kuc pasal summary ni....tabik spring la ngan nkohttp://forum.cari.com.my/images/smilies/solute.gif

kira bertmbah la lis ...


:setuju:
dulu kita cuma ade sorang je Pakar Sinopsis Diraja
la nie sekarang dah dua
:pompom:
caya lah Kuc
teruskan usaha murni
:pompom:
Hi Sil
awat lama tak buat review buku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2007 08:37 AM | Show all posts
Originally posted by NickyAzrai at 19-6-2007 05:59 PM


:setuju:
dulu kita cuma ade sorang je Pakar Sinopsis Diraja
la nie sekarang dah dua
:pompom:
caya lah Kuc
teruskan usaha murni
:pompom:
Hi Sil
awat lama tak buat review buku


sil bertapa kat jepun
mengasah ilmu yg ada

hai sis lindu la sama lu.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 12:52 PM | Show all posts

Reply #17 jujun's post

nak jd otroman jgk ke
sampai Jepun kentalan
kita sorang nie bertapa
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 12:58 PM | Show all posts
btw.. Kuc
aku tgh mengadap buku nie
cover cantik
100 pg yg pertama... best
ayat simple & gaya penulisan masih smooth lg
tak sabar rasanya nak habiskan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 01:04 PM | Show all posts
Originally posted by NickyAzrai at 20-6-2007 12:58 PM
btw.. Kuc
aku tgh mengadap buku nie
cover cantik
100 pg yg pertama... best
ayat simple & gaya penulisan masih smooth lg
tak sabar rasanya nak habiskan


best ke nic...teruja aku aiseh kena beli ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.073109 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list