CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3564|Reply: 6

[Tempatan] Cuepacs sokong syor PM tahan kenaikan pangkat jika rasuah tak dilaporkan

  [Copy link]
Post time 10-6-2024 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Diterbitkan:  Jun 10, 2024 3:35 PM




Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam dan Awam (Cuepacs) menyokong syor Anwar Ibrahim supaya tiada kenaikan pangkat bagi ketua jabatan jika wujud salah laku penjawat awam di bawahnya dan tidak dilaporkan.

Presidennya Adnan Mat berkata syor perdana menteri harus dilihat secara positif.


“Syor yang disarankan oleh perdana menteri meletakkan suatu tanggungjawab kebersamaan dalam setiap peringkat jawatan di sesebuah jabatan untuk memastikan tadbir urus dilaksanakan dengan baik dan berkesan tanpa pelanggaran integriti.

“Syor ini sekiranya dilaksanakan kelak akan melahirkan penjawat awam yang sentiasa cakna terhadap tanggungjawab dan amanah yang digalas terutama dalam memastikan jabatan yang diselia sentiasa melaksanakan urus tadbir yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Adnan berkata, Cuepacs berharap semua penjawat awam, tanpa mengira pangkat, melihat langkah ini secara positif terutama dalam memastikan perkhidmatan awam sentiasa berada dalam tahap yang terbaik.

Anwar membuat syor itu pada Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Jun di Putrajaya, hari ini.


Katanya, tanggungjawab untuk mencegah amalan salah laku tidak hanya terletak pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja, malah pada ketua jabatan dan ketua unit juga.

“Kalau nampak terang salah laku, kenapa ketua jabatan tidak lapor, kenapa ketua unit tidak tahu, saya kadang-kadang fikir kerana amalan ini sudah berlaku bertahun-tahun, mustahil tidak tahu,” katanya.


Bagaimanapun, Adnan dalam kenyataannya berkata, pembaharuan yang mahu dilaksanakan oleh perdana menteri itu tidaklah menggambarkan salah laku yang tinggi dalam perkhidmatan awam.

Sebaliknya, katanya, ia sebagai suatu usaha untuk mentransformasikan perkhidmatan awam ke arah yang lebih baik.

Dia juga menekankan kepentingan ketelusan dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam.


“Tidak wajar untuk pihak yang mempunyai kuasa menyembunyikan pelanggaran tadbir urus hanya semata-mata untuk menjaga nama baik sendiri atau individu tertentu.

“Perkara ini hanya akan memburukkan lagi keadaan dan tidak menyelesaikan permasalahan yang berlaku. Sebagai penjawat awam tidak kira peringkat jawatan harus mempunyai kesedaran untuk membanteras salah laku dengan apa jua tindakan termasuklah melaporkan perkara tersebut untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2024 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang dah dilaporkan siap pakej prima facie apesal dpt naik pgkt tpm? Cer citer sket
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 05:20 PM | Show all posts
buang je la....duit tepi pun dah bnyk tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
WAK LU ......tersenyum sinis.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Iol juga setuju penjawat awam termasuk politician yang merangkap muntri dan timbalan muntri juga jangan dilupakan. Mari kita beramai-ramai report sprm, polis dan juga bpa. Jangan lupa siapkan kronologi dan fakta. Kalau tak release report boleh viralkan dalam fb dan sewaktu dengannya
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani ke jadi whistle blower? Muahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2024 07:33 AM | Show all posts
kalau camtu baik apply position kat jabatan yang tak menguntungkan.jabatan yang menperabiskan duit jabatan kerajaan lain yang bertungkus lumus mengutip hasil negara. duduk diam2 naik pangkat. tak jumpa pelanggan, tak buat meeting. cukup masa naik pangkat. walhal jabatan yg berisiko tinggi dinafikan hak kenaikkan pangkat sebab anak buah seketul dua amik rasuah. imagine berapa ratus pegawai di bawah seliaan ketua jabatan nak check satu2 tiap2 hari?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.072747 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list