CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13951|Reply: 61

[Tempatan] Kalau tak bayar cukai, geledah dan ambil tindakan' - PM Anwar

  [Copy link]
Post time 1-3-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Menteri Kewangan itu menambah, agensi berkenaan tidak perlu takut untuk mengambil tindakan termasuk jika perlu menggeledah ke atas mereka yang tidak membayar cukai - Astro AWANI/Shahir Omar

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) perlu terus bersikap tegas dan berani dalam 'memburu' pembayar cukai yang culas tanpa menggira kedudukan dan pangkat termasuk dalam kalangan 'mahakaya' atau syarikat-syarikat gergasi.

Saranan itu diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Hasil ke-28 LHDN hari ini.
BACA: Hanya 435,000 daripada 1.5 juta syarikat berdaftar bayar cukai - PM Anwar


Menteri Kewangan itu menambah, agensi berkenaan tidak perlu takut untuk mengambil tindakan termasuk jika perlu menggeledah ke atas mereka yang tidak membayar cukai.

"Supaya jangan ada rasa kerana pengaruh dan kedudukan mereka, terlepas membayar cukai. Ada ke tidak, ada. Ada keperluan lebih tegas, ya.

"Kerana kita tidak boleh bagi gambaran yang atas paling mahakaya itu terselamat daripada tindakan.
"Mesti ada kesungguhan dan keberanian... saudara tidak kira kaitannya dengan kedudukan (pembayar cukai).
Saya selalunya sebut, apakah dia Ahmad atau Ah Sin atau (pangkat) tan sri atau tun, saudara tidak kira.
Saudara hanya kira dia bayar cukai atau tak, kalau tak bayar geledah dan ambil tindakan, barulah hebat," kata Perdana Menteri dalam ucapannya pada Jumaat.

Berucap pada majlis sama, Perdana Menteri turut mengimbau sejarah ketika menjawat jawatan dalam Kabinet sebelum ini, yang mana menerima laporan terdapat puluhan syarikat gergasi dalam negara yang sukar membayar cukai.

"...ada yang bayar setengah, ada yang bayar suku. Hal ini kerana mereka itu terlalu besar.. gergasi, naga, siapa berani singgung.

"Tetapi ini saya bicara dengan pimpinan pengurusan jabatan ketika itu, mereka kata kalau ada kesediaan menteri untuk beri laluan, beri kami tempoh beberapa bulan dan mereka laksanakan sebaiknya," kongsi Anwar.
Perdana Menteri menambah beliau menghormati sikap berani tersebut yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan LHDN ketika ini.

"Mereka pergi secara berani tanpa menggira peringkat bawah, gergasi dan dalam perniagaan. Buat pertama kali, (LHDN) berjaya kutip (cukai daripada kumpulan berkenaan) kerana sikap dan ketegasan kita bersama," kata beliau.

Perdana Menteri sekali lagi mengulangi pendirian agar negara perlu mengutamakan tata kelola yang baik dan beralih daripada keselesaan dengan 'mengizinkan' ketirisan atau membiarkan para pemimpin menggaut kekayaan yang bukan hak mereka.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar semua jentera kerajaan dan penjawat awam bersama-sama menyelamatkan bangsa dan negara dengan menghentikan amalan terseb

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Officemate iols ckp bulan ni deduction tax dorang terlalu tinggi berbanding biasa. Sdgkan gaji dorang lg rendah dari iols.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 02:19 PM | Show all posts
hutang org lain, org lain jugak yg terpaksa tanggung.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang deraih mmg kelass.

Seolah2 selama ni lhdn tak reti buat kerja until dialah jadi PM
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
PH menang rakyat senang

Pencacai PH yg selama ni culas bayar cukai & mudah berguling kalau dengar apa2 rate nak naik, pasti terlalu kecewa. Ingatkan PH jadi kerajaan semua benda jadi free Cukai langsung takde dah
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 03:00 PM | Show all posts
Pergi uruskan warga asing berlambak yg tak bayar cukai tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2024 03:03 PM | Show all posts
Perah selagi boleh..Dulu kemain lagi konon nak tolong rakyat..hanya mampu ketawa..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 03:04 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 1-3-2024 01:16 PM
Officemate iols ckp bulan ni deduction tax dorang terlalu tinggi berbanding biasa. Sdgkan gaji doran ...

ye betul..why eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2024 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji 10k tax dekat 2k.. kesian org buat sales..  dah ler takde pokok. Harap duit sales.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Jibun x byr tax lek2 je dpt ampun
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapok tua tiru najib lagi.
Hang tak bayaq cukai, hang pengkhianat negara- versi bapok nuart
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 1-3-2024 03:04 PM
ye betul..why eh?

X sure iols suruh dorang refer lhdn. Dorang ckp almost 1/5 gaji bulan ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin mencekik dieni..
Yg terkesan.. yg sederhana
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 1-3-2024 05:16 AM
Officemate iols ckp bulan ni deduction tax dorang terlalu tinggi berbanding biasa. Sdgkan gaji doran ...

PCB ke sis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2024 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 1-3-2024 08:36 PM
PCB ke sis

X sure pula.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 1-3-2024 06:55 PM
X sure iols suruh dorang refer lhdn. Dorang ckp almost 1/5 gaji bulan ni

Malahan lebbbihh.. bebbeyy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2024 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku settlekan zakat dulu then cukai walaupun cukai potong tiap bulan. Bila sampai masa claim, kita claim balik cukai. Anggap la mcm simpanan dlm lhdn
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ka kalau tak cukup untung utk kampeni, tak perlu bayaq cukai? Kampeni itik tu loss ka untung?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejarla tiktoker2 yg sembang dapat puluh riban tiap bulan tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kutip la pada wargaasing yg kerja secara haram tu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.953343 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list