CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5617|Reply: 51

[Jenayah] Retak tulang dibelasah 25 orang senior sekolah berasrama penuh Negeri Sembilan

[Copy link]
Post time 21-8-2012 11:54 AM | Show all posts |Read mode
kena buat undang2 baru. klu kes buli yg naik tangan/kaki (body contact) ni harus buang terus.  

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/retak-tulang-buku-lali-dibelasah-senior-1.77848


TUAN NUR SUHAILA RAJA MUHAMMAD
21 Ogos 2012

Buku lali Muhammad Faris retak selepas dibelasah 25 pelajar senior di sebuah sekolah asrama penuh di Negeri Sembilan.
PUTRAJAYA - Seorang pelajar lelaki tingkatan dua sebuah sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan terpaksa menanggung kesakitan lebih enam jam akibat retak tulang buku lali selepas dibelasah 25 pelajar senior jam 2.30 pagi, 5 Ogos lalu di asrama lelaki sekolah berkenaan.

Mangsa, Muhammad Faris Anuar, 14, ketika kejadian mendakwa sedang tidur di biliknya sebelum dikejutkan sekumpulan pelajar senior yang memanjat masuk ke biliknya dan membawanya pergi ke bilik lain.

Ibu mangsa, Salina Shahri, 39, berkata, pelajar berkenaan bertindak menendang dan menumbuk anaknya selepas tidak mengaku menconteng dinding tandas dengan perkataan yang mengejek pelajar berkenaan.

“Hanya kerana insiden menconteng nama di dinding bilik air sekolah anak saya disepak, ditumbuk dan diterajang malah mungkin berhadapan kecacatan kekal berikutan tulang buku lali sebelah kanan retak.


“Anak saya terpaksa menanggung kesakitan lebih enam jam kerana tidak berani untuk mengadukan kepada warden selepas diugut agar tidak melaporkan kejadian berkenaan jika tidak mahu dicederakan lagi,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Presint 9, baru-baru ini.

Salina berkata, namun kira-kira jam 9 pagi anaknya tidak dapat menahan kesakitan dan memaklumkan warden bahawa dia jatuh bilik air bagi mengelakkan kejadian tersebut diketahui pihak  asrama.

“Warden membawa anak saya ke Klinik Kesihatan Jempol untuk rawatan sebelum anak saya menghubungi saya supaya mengambilnya berikutan kakinya terlalu sakit dan tidak dapat berjalan.


“Pada mulanya saya menyerahkan perkara ini kepada pihak sekolah untuk menyelesaikan kes ini namun selepas mendapat keputusan perubatan daripada doktor memaklumkan anak saya mungkin berdepan dengan kecacatan kekal, saya bertindak akan membuat tuntutan sivil,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol.


"Namun berikutan kejadian ini, dia ketinggalan pelajaran  lebih sebulan kerana cuti sakit sehingga 27 Ogos dan akan menjalani rawatan susulan,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2012 11:54 AM | Show all posts
benar la teguran sahabat sy ni...
Jenayah meningkat, jangan sorok fakta - Musa Hassan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 12:11 PM | Show all posts
padan muke dua2. yg sekor tu vandalism, yg sekor lagi seniorism.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 12:22 PM | Show all posts
tobby posted on 21-8-2012 11:54 AM
benar la teguran sahabat sy ni...
Jenayah meningkat, jangan sorok fakta - Musa Hassan.

sahabat tobby ke musa hassan ni?

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 12:27 PM | Show all posts
Tamparan undang sivil, bela & biarkan samseng dari kecik, lepastu sibuk dgn nkra negara selamat

mengikut Syariah mereka yg sudah akil baligh wajib dihukum, 25 pesalah ni elok rotan dikhalayak ramai, atau ditentukan majlis syura
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 12:38 PM | Show all posts
Budaya pukul2 ummah setinggan pprt dunia ketiga sudah didedahkn sedari kecil lagi. So di mana salahnya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-8-2012 12:38 PM | Show all posts
jenayah si cilik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2012 12:38 PM | Show all posts
jenayah di mana2. di jalanraya, di sekolah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2012 12:51 PM | Show all posts
n9.. budak sdar ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 12:58 PM | Show all posts
rasanya budak SBPIJ...sebab dorang refer klinik kat jempol....agaknya laaa....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 01:38 PM | Show all posts
i rasa xyah buang undang2 kene buang sekolah lagi...masuk penjara terus...budak2 sekolah sekarang ganas lain macam...agaknya diorg berani buat sebab tau undang2 sekarang takkan masukkan mereka ke penjara...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 01:48 PM | Show all posts
Orange1 posted on 21-8-2012 12:38 PM
Budaya pukul2 ummah setinggan pprt dunia ketiga sudah didedahkn sedari kecil lagi. So di mana salahn ...


Bab pukul pukul belasah2 ni...straight away aku terbayang an imbasan BUKIT SERENE.....naper eh?

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 01:56 PM | Show all posts
bila sebut jempol cm dah tau dah je
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 01:59 PM | Show all posts
stinger_attack posted on 21-8-2012 01:48 PM
Bab pukul pukul belasah2 ni...straight away aku terbayang an imbasan BUKIT SERENE.....naper eh?
...

Sinonim kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 02:45 PM | Show all posts
Hmmm, tak tau nak komen mcm mana? Asal sebut melayu je, mesti kes gangster beramai-ramai... Bila sorang2, semua kecut... Buat malu bangsa jewk... Hahaha, rindu zaman aku pi serang sekolah seorang diri cari budak yg pow duit belanja adik aku... Sampai polis datang... kalau tak mmg dah lunyai budak tu kena tinju dgn aku... hahaha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2012 04:02 PM | Show all posts
exclusive_vvip posted on 21-8-2012 01:38 PM
i rasa xyah buang undang2 kene buang sekolah lagi...masuk penjara terus...budak2 sekolah sekarang ga ...

klu ke penjara rosak pulak masa depan pembelasah & bakal2 pembunuh ni.  arwah baik orangnyerr...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2012 04:04 PM | Show all posts
budakgraphic posted on 21-8-2012 02:45 PM
Hmmm, tak tau nak komen mcm mana? Asal sebut melayu je, mesti kes gangster beramai-ramai... Bila sor ...

melayu memnag suka pukul2 ni...kan melayu dikaitkan dgn amok.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 04:06 PM | Show all posts
Sepatutnya  ibu bapa pun tak boleh pukul anak. Barulah kepimpinan melalui tauladan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 05:59 PM | Show all posts
kalau sy pemimpin negara ni mmg saya wujudkan pasukan pembanteras penjenayah. diulangi, pembanteras penjenayah. bukan banteras jenayah. sy dah tak boleh sabar dgn mcm2 kes ragut, rogol, bunuh. ni samseng skolah mula2, 20tahun lagi jadi ape pulak. dgn pemimpin negara yg tak reti2 mengaju jenayah semakin meningkat dan teruk. :@
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 08:05 PM | Show all posts
Orange1 posted on 21-8-2012 04:04 PM
melayu memnag suka pukul2 ni...kan melayu dikaitkan dgn amok.


Huhuhu, bangsa lain pun ada gak yg pukul2 nih... Tapi kes tak banyak... aku pernah kenal sorang gangster (bukan melayu)... Dia ni semua org respek sebab kalau nak gi settle apa2, dia akan pergi dgn org yg terlibat jewk... Penah sekali dia sorang belasah 5 org... Hahaha, tapi skang ni dia dah mati lorr... Dgr citer kena tembak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.108472 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list