|
Sabtu ni, kat cerekarama akan ditayangkan cite Rabun. kalo tak silap aku director cite ni Yasmin Ahmad, yg selalu buat iklan2 petronas yg best2 tu. actually, rabun ni mmg dah masuk byk festival. dengar kabarnye sampai ke Turin, Italy. so, feel free lah to watch that telefilem pastu kita sembang kat sini ok! |
|
|
|
|
|
|
|
-[Filem Rabun]- menyertai Festival International kali ke-3 dan bakal ditayangkan
Yasmin Ahmad - namanya sudah sinonim dengan iklan-iklan Petronas yang cukup menyentuh perasaan....bagaimanakah pula dengan filem cereka arahan pertamanya ? inilah dia Rabun...sudah mennyertai 2 festival filem antarabangsa....satu di Singapura dan satu lagi di New Delhi kalau tak silap.....lebih membanggakan ia mendapat sambutan yang cukup hangat dari kalangan penonton dua festival tersebut.....sudah beberapa kali Rabun ditayangkan secara terhad di sekitar Kuala Lumpur, tapi aku sering terlepasnya....baru-baru ini juga...ia ditayangkan di auditorium DBD, sayang sekali lagi aku terlepasnya.....filem ini bakal dijadualkan di TV kita...menerusi slot cerekarama di TV3.....tapi lambat lagi...khabarnya bulan 12.....agaknya apa yang lebih menaikkan taraf filem ini lebih tinggi daripada mana2 cerekarama yang sedia ada ? ikutilah ulasan kedua mereka ini.....
[ Last edited by GAIA on 27-9-2003 at 01:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Rabun
Ulasan oleh Zulhabri Sufian (http://habri.blogspot.com/2003_05_01_habri_archive.html)
Malam semalam telah berlangsung tayangan perdana filem Rabun yang juga filem pertama arahan pengarah iklan komersial terkenal, Yasmin Ahmad di HELP Institute untuk ahli Kelab Seni Filem Malaysia. Kehadiran penonton yang saya anggarkan lebih kurang 70 orang juga amat membanggakan dan saya perhatikan ramai dari mereka ini mendaftar untuk menjadi ahli kelab pada ketika itu juga sekaligus secara tidak langsung, bertambah ramailah ahli kelab ini. Penulis bebas, Fathi Aris Omar dan rakan-rakannya serta pengacara 3R, Low Ngai Yuen antara yang hadir.
Filem ini pada mulanya tersenarai di dalam filem/telefilem yang akan ditayangkan pada slot Odisi di NTV7. Walaubagaimanapun, oleh kerana siri ini tidak dapat menayangkan versi penuh filem ini, Yasmin telah menarik filem ini keluar dan memberinya kepada TV3 untuk ditayangkan sepenuhnya sedikit masa lagi. Rabun juga telah ditayangkan di hadapan 憄acked audien |
|
|
|
|
|
|
|
Filem Rabun Filem Yasmin Yang Tak Pernah Rabun
Ulasan daripada : http://tontonfilem.blog-city.com
Sebenarnya kadang-kadang aku takut, takut nak bercakap tentang sesuatu filem kalau filem itu sekuat yang ini. Aku takut sebab orang semacam aku, atau sesiapa yang memanggil diri mereka pencinta filem, lambat laun akan terjumpa filem sebegini yang menggoncang bahu kita, suruh kita bangun, macam kena pula dengan tajuk filem ini - "Hey, jangan rabun", ataupun sebenarnya "Takpe rabun mata asal hati tu celik".
Jadi biarlah aku kata yang pendek-pendek saja dan apa yang aku rasa aku mampu nak kata.
Kau orang tahu kan, Yasmin Ahmad (minta-minta aku tak salah eja namanya), sutradara kebanyakan 'award winning' iklan Petronas yang asyik dipaparkan waktu Aidilfitri atau perayaan-perayaan lain di Malaysia. Biar aku ambil quote Azwan, yang tonton filem ni sama-sama dengan aku tentang iklan-iklan arahannya :"Iklan Petronas dia buat aku tonton iklan macam tonton drama atau filem. Filem yang baik."
Yasmin Ahmad juga ada menolong Dr. Yem presiden MERCY (she is there that day, it is actually a charity event in DBP for MERCY), tanpa apa-apa permintaan kos (diberitahu Azwan) untuk iklan-iklan MERCY yang dipertontonkan untuk tatapan orang bisnes, orang awam dan sesiapa saja.
Sumbangan dia sahaja dah buat aku kagum, macam scene dalam Waynes World 2 waktu Wayne jumpa Van Halen (?) - "We're unworthy, we're unworthy".
Biar aku quote lagi kata-kata Azwan tentang Rabun: "Filem ni mengingatkan aku pada cerekarama-cerekarama yang kita ada, hanya ia mempunyai taraf lebih tinggi kerana cara sentuhan Yasmin. Ada sebuah filem China yang sudah mempunyai tema yang sama seperti Rabun, tentang cinta dua orang tua yang 'timeless'. Tapi apa filem ini buat... Tengoklah, Mat Salleh sebelah aku, cukup meneliti, khusyuk dan terhibur dengan mis-en-scenes Yasmin. Dan tengok penonton-penonton Melayu kita kat belakang tu, yang layan drama-drama Melayu, jenis mereka pun terhibur!! Ketawa gila dengan gelagat dan dialog Kartina Aziz dan M. Rajoli! Ini kekuatan filem ni!"
Yelah, aku sokong itu, tapi mana ko tau Wan, penonton-penonton tu jenis penonton 'mainstream'? Mungkin mereka juga layan art cinema di Sobranie atau pawagam nombor 14, 15, 16, 17 di GSC, mana kita tau? Yang aku tahu, filem ini, seperti Wan juga kata, sebuah filem yang aku tak malu untuk pertonjolkan pada dunia, "Biarlah ia terus meneruskan perjalanannya, ke festival-festival filem, ke hati-hati penonton dunia, kerana ia perlu, perlu kerana ia adalah kita"-Quote Azwan.
Kenapa? Pasal 'isi' cerekarama itu, yang ditemukan dengan kuasa universal dan humanisme Yasmin. Dan aku berani katakan, akhirnya ada juga sebuah filem Malaysia yang boleh dibanggakan sebagai 'Malaysia' (kita banyak filem Malaysia tapi banyak pada pecahan budaya suatu kaum sahaja). Ada satu teknik (ya Wan, kita tak boleh lari dari bercerita teknik filem) yang digunakan oleh Yasmin dengan amat-amat teliti dan menarik sekali. Pernah dilakukan oleh pengarah-pengarah cerekarama (belum lagi filem) tapi tidak sepanjang yang dilakukan Yasmin, menangkap suatu scene, penuh dialog antara dua watak (yang penuh melodrama atau mencuit perasaan, juga bermaknan setentunya) dengan hanya LATAR tempat watak itu diambil dan bukan watak-wataknya yang melakonkan. Kita hanya dapat mendengar suaranya saja dan bukan mimik atau gerak fizikal wataknya.
Satu yang cukup jelas, sewaktu Orkid dan Yasin, kekasihnya dalam kereta BMW di mana kereta mereka berada di tengah-tengah jalan sedang di kiri dan kanannya ada kereta yang berderet beratur, sedang 'park' di situ. Ada juga beberapa kereta yang 'melaluinya' kerana kereta BMW sedang di tengah-tengah jalan. Yasin dan Orkid sedang bergaduh atau sebenarnya Orkid menyuruh Yasin, "Jangan berleter dengan saya". Mainan simbolik Yasmin jelas, untuk melihat perbezaan manusia (seperti arah tentangan kereta BMW itu dengan kereta-kereta lain yang mendepani kita) kita janganlah perlu dengan prasangka atau mengutuk, tapi MEMAHAMI.
Satu lagi, sewaktu konflik antara Kak Nor dengan anak tirinya, Yem kerana api rumah terpotong. Hanya dua lampu tanah malap yang keterasingan kelihatan dalam rumah kampung yang serba kelam, sedang dua anak beranak itu ber'gaduh'. Ini dikontrakan dengan hidup tiga beranak (serta Yasin kekasih Orkid as an outsider/society witness) yang ditunjukkan pada rumah teres batu yang penuh cahaya yang kelihatan ceria dan hidup. Ada banyak makna bila kita lihat perbezaan antara shot itu. Tapi biarlah aku huraikan yang di kampung itu kerana, ia berdiri sendiri, menonjolkan bagaimana terasing dan malapnya hati Cik Nor (lakonan penuh berkuasa Rozie) dengan dirinya, pada anak tirinya, serta manusia kelilingnya. Ada banyak lagi simbolisme yang boleh diperkatakan tapi biarlah aku ke situ saja.
Scene yang paling aku suka pula, scene apabila bapa Orkid (lakonan bersahaja, berstruktur dari M Rajoli, you'll never see him like this anymore!) yang terduduk sakit, lelah sedang isterinya (lakonan penuh meyakinkan dari Kartina Aziz) menyapu tanah dari badannya, lalu si suami tua itu menyanyi (!) lagu nyanyian P Ramlee "Tanjong Katong" (dari filem Bujang Lapok)... Ia satu scene yang 'magical' dan amat menyentuh perasaan, di mana emosi wataknya tidak lagi dikeluarkan dengan kata-kata, tapi kuasa nyanyian (di sini, lagunya sayu tapi makna lagu itu sendiri 'ironically' penuh optimis dan indah). Kalau kau orang tak percaya, tontonlah!
Scene kedua yang aku suka pula, scene terakhir apabila semua 'orang' termasuk Yem yang banyak membuat 'celaka' pada keluarga Orkid ada di situ, bermain dan ketawa bersama (semangat muhibah). Wan kata, inilah idealis dan permintaan 'utopia' yang diingankan oleh Yasmin dari kita orang Malaysia. Aku pula lain, aku ingatkan bapa Orkid sudah mati lalu ini 'syurga' yang diidamkannya, samalah makna itu dengan utopia, yang sedih ia hanya boleh dirasai waktu kita mati saja. Tapi Yasmin amat pandai bermain dengan emosi kita, dia tulis sarikata, mengatakan bapa Orkid sakit teruk kerana kencing manis, tapi kemudian menulis: HE SURVIVED. Ia memberi kekuatan pada aku kerana Yasmin ingin sampaikan, Ia bukan belum berlaku, TAPI SUDAH PUN DAN AKAN MASIH BERLAKU. Inilah falsafah Yasmin yang paling menyentuh dan subtle dalam filem ini.
Jadi di sini terletaknya perbincangan aku dan Wan tentang filem ini. Kebanyakan scenenya adalah scene-scene penciptaan idealisme yang subtle dan bagaimana ia boleh hidup atau mati atau disergah lalu kita sedar, bukan semua orang inginkan perkara yang sama dengan kita (Seperti scene di atas yang dihuraikan). Filem ini juga berjaya dalam unsur politiknya, yang penuh kelembutan dan kena pula dengan isu politik kini di Malaysia (itulah aku suka filem ini, dapat dilihat dari pelbagai perspektif!). Tapi akhirnya, setentunya ia bersifat peribadi (Filem mana yang tak? Yasmin memberitahu: "I made this filem for my mom and dad, and no one else for that matter"), penuh sifat, falsafah dan jiwa Yasmin tersendiri yang berjaya digarapnya (dengan cara simplicity tapi tidak menyakiti sensitiviti dan intelek penontonnya...Oh, jangan lupa dengan feminisme dan semangat dan juang para wanita yang digarap dalam filem ini) dan bermain dengan emosi kita, serta perkara-perkara yang kita buat endah tak endah tentang sekeliling kita. Akhirnya, Azwan juga memberi kesimpulan yang terbaik: "Ini adalah filem Yasmin, filem riwayat hidupnya dan orang-orang yang dia kenal dan sayang. Ini cerita dia.."
Tanjong Katong,
Airnya biru,
Tempat mandi,
nak dara jelita...
Yasmin memberitahu penonton sewaktu di DBP, sebelum tayangan filem ini bermula, Rabun akan dipertontonkan mungkin Bulan Oktober di TV. Mungkin dalam siri Odisi NTV7, atau cerekarama TV3. Aku hanya tunggu untuk dikeluarkan dalam bentuk VCD atau DVD (tulen!), sebab ia dah tertulis dalam senarai 'collector's item' aku untuk dibel
[ Last edited by GAIA on 15-9-2003 at 10:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Yang reviu kedua tu pelik betul. Apahal, macam schizo je... Aku belum tengok rabun ni, sibuk, mungkin bila tayang kat TV nantilah...
M- |
|
|
|
|
|
|
|
taklah pelik sangat...hanya catatan pribadi di Blog sendiri....aku saja je sebut review...... |
|
|
|
|
|
|
Redwolf This user has been deleted
|
Mesti best giler citer nie kalu dah menang dua award a'bangsa tu!
Ni kalu main kat panggung mesti box-office, kalah pilem Usop Selam! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Redwolf at 17-9-2003 08:02 AM:
Mesti best giler citer nie kalu dah menang dua award a'bangsa tu!
Ni kalu main kat panggung mesti box-office, kalah pilem Usop Selam!
Takdeklah dengar khabar yg ia menang....hanya menyertai 2 festivall filem itu sahaja....dan mendapat sambutan yg baik daripada audience yg menonton di sana....maknanya cerita itu berjaya sampai kepada audience dan mereka menyukainya..... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang aku tau kat Singapore Fest Big Durian ada menang something, hari tu Amir gi tayang piring pilem kaler silver kat kitaorang dengan penuh rasa rendah hati konon...
M- |
|
|
|
|
|
|
|
....teringin nak tengok
...ari tuh terbace gak kat utusan malaysia criter rabun nieh.......arap dapat ler tengok criter nieh.... yelah yasmin kan dah meruntun banyak ati dan perasaan dgn iklan petronas ...jgnlak jadik cam criter jOHNNY BIKIN fILEM @ dARI jEMAPOH kR mANCHESTER.... gembar gembur kater bst..berkualiti...generasi filem malayu baru...tapi apesal tak dikeluarkan untuk ditonton sekurang2nyer untuk version tv... |
|
|
|
|
|
|
|
macam best... mesti tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
Berita terbaru mengatakan filem Rabun yang bakal disiarkan di slot Cerekarama di TV3 menjelang Oktober ini ditunda sekali lagi tarikh siarannya kerana pihak GSC dikatakan berminat untuk menayangkan filem ini di pawagam rangkaian GSC...sekarang ini perbincangan masih dijalankan....agak2nya filem Rabun ini bakal mengisi slot International Screen di GSC kot...memandangkan ia sudah beberapa kali menyertai Festival Filem Antarabangsa....akan datang filem Rabun bakal menyertai festival filem Torino di Italy, dikhabarkan kali ini ia akan masuk bertanding dengan filem2 dari seluruh dunia yang dihasilakan oleh para pengarah yang baru menghasilkan filem....sekiranya benar, nama Yasmin Ahmad nampaknya sudah tersenarai sama dengan pengarah2 tersohor didunia seperti Chen Kaige, Takeshi Kitano, dan Tsai Ming-Liang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Berikut adalah petikan daripada Utusan Malaysia Jumaat 26 September...
Rabun ke Festival Filem Torino
Oleh NOOR AZAM SHAIRI
TELEMOVIE Rabun arahan Yasmin Ahmad yang asalnya dihasilkan untuk slot Cerekarama TV3 terpilih untuk menyertai Festival Filem Torino (TFF) di Itali, 13 hingga 21 November ini.
Pemilihan ke TFF ini menjadikannya sebagai festival filem antarabangsa ketiga yang disertai oleh filem itu tahun ini.
Rabun sebelum ini terpilih untuk ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Singapura April lalu dan Festival Filem Asia Cinemaya di New Delhi, Julai lepas.
``Alhamdulillah, saya tidak sangka Rabun mendapat perhatian yang meluas seperti ini,'' kata Yasmin dalam satu pertemuan di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Berita pemilihan Rabun ke TFF itu sampai ke kotak e-mel Yasmin hanya beberapa hari selepas filem sulungnya itu menang Filem ASEAN Terbaik di Anugerah Video Malaysia Kelapan yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
TFF yang bermula pada 1982 merupakan festival filem yang diiktiraf oleh Persekutuan Persatuan Pengeluar Filem Antarabangsa dan merupakan anggota Penyelaras Festival Filem Eropah.
Sehingga beberapa tahun lalu, jika bercakap tentang festival filem di Itali, orang akan ingat kepada Festival Filem Antarabangsa Venice yang penuh berprestij itu.
Tetapi dalam sejarah perfileman Itali, kota Turin merupakan denyut nadi tumbuh dan berkembangnya industri seni dan budaya itu di negara tersebut. Tarikan utama di Turin ialah Muzium Filem Nasionalnya yang merakamkan kegemilangan seni dan budaya filem di bandar itu yang berakar dari tahun 1896.
Dalam tempoh dua dan tiga tahun ini, sebagai festival filem kedua terbesar di Itali, TFF semakin diperhatikan kerana ia memberi tumpuan kepada pengarah yang menghasilkan filem yang pertama atau kedua - pengarah yang baru muncul tetapi ada potensi yang cerah untuk berkembang.
Antara pengarah terkenal hari ini yang pernah diangkat di TFF termasuk pengarah kelahiran Kuching, Sarawak yang mencipta nama di Taiwan, Tsai Ming-liang dan Takeshi Kitano dari Jepun.
Mereka pernah menang di TFF melalui Rebels of the Neon God (1993) dan Boiling Point (1991), kedua-duanya merupakan filem kedua arahan masing-masing.
Pengarah dari China, Chen Kaige yang sangat dihormati juga menempa nama pada zaman awalnya melalui festival seperti TFF melalui filem keduanya, The Big Parade pada 1987.
Rabun pula merupakan filem arahan pertama Yasmin selepas lebih 20 tahun terlibat dalam dunia pengiklanan.
Yasmin adalah Pengarah Eksekutif Kreatif agensi pengiklanan Leo Burnett yang bertanggungjawab menghasilkan iklan mesej masyarakat Petronas sempena musim perayaan dan hari kemerdekaan.
Menurut Yasmin, sehingga hari ini beliau masih menunggu jawapan daripada pihak penganjur sama ada Rabun akan menyertai pertandingan atau hanya dipertontonkan di festival itu.
``Daripada e-mel terakhir yang saya terima beberapa hari lalu, mereka menyatakan minat untuk mempertandingkan Rabun.
``Tetapi itu pun bergantung kepada format mana yang akan dihantar, sama ada dalam 35mm atau DVD,'' kata Yasmin.
Sementara itu, Utusan Malaysia turut difahamkan bahawa Rabun juga mendapat perhatian daripada Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd., (GSC), rangkaian pawagam terbesar di negara ini yang sedang mengintai kemungkinan untuk menayangkan filem itu.
Sehubungan itu, sumber pengurusan TV3 mengesahkan bahawa tayangan Rabun untuk slot Cerekarama yang dijadualkan pada 11 Oktober ini ditangguhkan sekali lagi sementara menunggu perbincangan dengan pihak GSC selesai. |
|
|
|
|
|
|
|
ble tgk kartina aziz berkemban..kan?kan?dah kene cut kot |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by juanalisa81 at 2004-1-20 12:44 AM:
ble tgk kartina aziz berkemban..kan?kan?dah kene cut kot
:eek: |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya tak kena cut, sbb tgk iklan dia gitu lah jugak. takpe.. kita tgk nnt yer!:2cool: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by juanalisa81 at 2004-1-20 12:44 AM:
ble tgk kartina aziz berkemban..kan?kan?dah kene cut kot
itu yg ko nak tengok...
tengok la cara yasmin ahmad mengarahkan filemnya, sampai bole tercalon sampai ke peringkat festival filem antarabangsa.
harap-harap yusof haslam & razak mohideen sila tengok filem ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by juanalisa81 at 2004-1-20 12:44 AM:
ble tgk kartina aziz berkemban..kan?kan?dah kene cut kot
itu yg ko nak tengok...
tengok la cara yasmin ahmad mengarahkan filemnya, sampai bole tercalon sampai ke peringkat festival filem antarabangsa.
harap-harap yusof haslam & razak mohideen sila tengok filem ni |
|
|
|
|
|
|
|
Lama gila tunggu Rabun nak muncul....dulu terlepas tayangan dia kat DBP..ingat nak kuar kat GSC, tak jadi rupanya.... |
|
|
|
|
|
|
kay_k This user has been deleted
|
A'a la. Dulu pernah gak dengar pasal pengarahnya @ penerbitnya tgh bincang ngan tv3 utk tangguh dulu filem ni dr disiar kat tv coz planning nak siar kat wayang - at last siar gak kat tv...
Citer ni mesti best, kalau tak tak kan boleh calon sampai festival antarabangsa.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|