CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
hafizi This user has been deleted
Post time 29-12-2004 01:25 PM | Show all posts
Matlamat terakhir adalah bahawa Allah itu adalah Tuhan yang mesti manusia sembah hendaknya' manusia meminta tolong dari Nya. Itu kemuncak kepada pengenalan dari didikan secara tadarruj  tadi atau yang beransur-ansur. Matlamat tuhan ialah supaya orang akui Dia Tuhan dan mesti sembah Dia. Di awal surah, Dia tidak terus kenalkan diri Nya. "Aku Tuhan." Tapi Tuhan perkenaikan diriNya secara sedikit demi sedikit, iaitu :       

1.   Tuhan kenalkan diri Nya dengan secara gembira atau tabsyir: Dalam "Bismillah", dikenalkan Tuhan itu maha pemurah dan Maha Penyayang. Dirasakan nikmat yang terlalu banyak. Ada nikmat   rohaniah. maknawiyah dan ada nikmat lahir. Bila disebut begitu, ada 2 yang tersirat  yakni:        .   .                 
a) ' Ada khabar gembira. Nikmat itu adalah khabar gembira.
b)   Tidak ada nikmat melainkan yang Tuhan beri. Tidak ada saluran selain dari Tuhan sama ada nikmat maknawi atau yang lahir.       


Mungkin kita tidak terasa kerana kita sudah lama menjadi orang islam dan sudah sering mendengar Fatehah sehingga kita sudah lali. Orang Arab, waktu mula-mula datang wahyu itu 1500 tahun lalu. bila turun 'Bismillah. mereka terkejut. Sebelum turunnya ayat itu, mereka fikir nikmat-nikmat itu dari jin, malaikat atau bagi hamba sahaya, dia ingat nikmat itu datang dari tuannya. Dengan turunnya ayat 'Bismiilah,. mereka terkejut dan tersedar, rupanya nikmat itu datangnya dari Tuhan. Jadi dia terasa bahawa rupanya Tuhan itu baik.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 30-12-2004 03:07 PM | Show all posts
2.    Bila sudah faham bahawa nikmat ini khabar gembira dari Tuhan maka Tuhan mengajak  memuji Dia dengan ayat "alhamdulillah. " Bagaimana kalau tidak sebut nikmat, tidak sebut nikmat , tidak sebut  khabar gembira tetapi terus disuruh memuji Allah? Tentu orang akan rasa, kenapa hcndak puji Tuhan? Begitulah cantiknya cara Tuhan mendidik manusia.

3.    Selanjutnya. manusia disedarkan bahawa Pujian itu tidak boleh dikongsi. Hanya untuk Allah. Raja atau orang besar tidak boleh kongsi pujian itu dengan Tuhan. Kalau kongsi dengan Tuhan itu dosa paling berat. Bila dikatakan nikmat itu dari Tuhan. jadi layaklah Tuhan sahaja yang boleh dipuji. Tuhan kenalkan lagi diri Nya bahawa Dia, "Rabbul 'alamin, " yang mentadbir seluruh alam, dunia dan akhirat. Orang yang mula-mula dengar ayat ini, 1500 tahun merasa terkejut. "Hebat Tuhan ya. Bukan sahaja Dia beri nikmat dan Dia yang patut dipuji, rupanya Tuhan itu mentadbir." Lagi terasa besarnya Tuhan itu. Bukan sahaja Dia mentadbir dunia, bahkan akhirat pun Dia tadbir.

4.   Kemudian Tuhan perkenalkan diri Nya lagi dalam "Arrahmanir rahim ", diulang lagi tentang khabar gembira dan ada tanzir yang menakutkan. Cara Tuhan beri nikmat pada manusia ada iaitu dengan cara : pemurah dan cara kasih sayang. Kadang-kadang atas nama kasih sayang Dia beri sedikit sahaja nikmat. Atas nama pemurah, Dia beri banyak. Tetapi nikmat yang diberi atas nama pemurah, itu secara istidraj. Tuhan beri banyak itu secara murka. Di sini orang naik takut dan akan berfikir, adakah nikmat dari Tuhan itu dia dapat atas dasar istidraj atau atas dasar rahmat. Di sini ada tanzir, ada didikan untuk menakutkan. Sehingga bila seseorang dapat nikmat Tuhan, dia tak akan lupa diri. Tuhan beri sedikit kepada orang yang Dia sayang, ai dasar rahmat juga. Seolah-olah Tuhan kata, "Buat apalah Aku beri banyak di dunia. Beri kepada hamba yang aku sayang. Aku hendak simpan nikmat untuknya di akhirat." Tetapi manusia tidak faham. Bila dapat sedikit, rasa sedih sangat. Bila Tuhan beri atas dasar pemurah kadang Tuhan beri banyak. Di situlah murka dan laknat Tuhan. Di situlah istidraj.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 31-12-2004 09:19 AM | Show all posts
5.    Kemudian Tuhan kenalkan lagi diri Nya agar cinta dan takutkan Tuhan itu  bertambah "Malikiyau middin. " Dia kenalkan diri Nya bahawa Dia miliki akhirat. Tidak sebut dunia. Di sini juga ada didikan iaitu :   

     
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 1-1-2005 06:50 PM | Show all posts
BAB 7

WAHAI TUHAN, TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS



Ertinya:
'Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka,
danbukanlah jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
Perkenankanlah. (Kabulkanlah permintaan kami Ya Allah).


Kalau kita rujuk balik pada ayat-ayat yang sebelumnya, setelah Allah kenalkan diri Nya dan kita benar-benar yakin dengan Nya. barulah Allah suruh kita sembah dan meminta pada Nya. Meminta itupun Tuhan ajar kerana jika Tuhan tidak ajar. manusia hendak meminta pun tidak pandai. Bagaimana Tuhan suruh meminta itu? Tuhan suruh minta jalan yang lurus iaitu jalan yang telah diberikan kepada para Rasul dan para Nabi. Walaupun Tuhan tidak sebut dalam ayat itu jalan para Rasul, Nabi atau wali-wali. tapi kalau kita lihat. hadis ada menyebut. Hadis itulah yang mentafsir ayat itu. Quran itu kadang-kadang di tafsir oleh ayat lain dalam Quran, atau di tafsir oleh hadis atau di tafsir oleh atshar (pendapat sahabat). Kalau tidak ada tafsiran yang dapat diambil langsung dari itu semua maka orang bersandarlah dengan ulama-ulama yang ilmunya mantap dan dia seorang yang bertaqwa. Jadi kalau orang berkata, tidak ada pun dalam ayat itu, ("Jalan mereka yang Engkau beri nikmat") menyebut nama Rasul-rasul nabi-nabi atau wali-wali, tetapi sebenarnya perkara itu ada di tafsirkan oleh hadis yang memaksudkan. Ayat itu umum namun mengikut ahli tafsir. berdasarkan hadis, ada menyebut bahawa yang dimaksudkan jalan yang lurus itu adalah jalan Rasul-rasul, nabi-nabi dan wali-wali.

Tuhan suruh minta pada Nya, yakni meminta cara hidup para Rasul, nabi-nabi, wali-wali atau paling tidak orang-orang soleh. Sama ada kehidupan orang soleh itu di sudut akhlaknya. ibadahnya dan lain-lain. Itupun pengertiannya masih umum. Bagaimanakah yang dikatakan jalan Rasul, Nabi atau orang soleh itu? Sebab itu, dalam mentafsirkan ayat-ayat Quran, yang mana Quran tidak mentafsirkan, terpaksa cari hadis. Di sini nampaknya tidak dikhususkan kehidupan nabi-nabi di sudut apa. Adakah dimaksudkan dengan ibadahnya. ilmunya, akhlaknya? Itu tidak ditetapkan. la perlukan huraian. Kalau Al Quran tidak menyebut maka kena lihat hadis.

Bila dikatakan jalan, watak jalan ini. walaupun dalam apa bentuk dan sifatnya tetapi baik buruknya sama. Cuba tengok jalan untuk menuju dunia. Yang tadi jalaii menuju Tuhan dan akhirat. Untuk mudah difaham, kita akan bahas. Cuba kita bayangkan, kita hendak lihat jalan di dunia. untuk menuju dunia. Jalan-jalan di dunia ini kita tempuh untuk dapal mencapai matlamat dunia. Mungkin untuk tujuan ekonomi, politik, kebu dayaan. Bila dikatakan jalan. di jalan raya :

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 3-1-2005 06:41 PM | Show all posts
昜b]    Ada papan tanda-tanda, rambu-rambu yang ada maksudnya,
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 4-1-2005 10:52 AM | Show all posts
Kalau jalan raya yang bersifat maddi itu ada peraturan yang cukuplah sekali seseorang itu belajar, lalu setiap orang menjadi mursyid bagi dirinya. Tidak perlu tanya orang pun dia boleh selamat. Tetapi jalan Tuhan ini bersifat maknawi maka setiap orang tidak boleh menjadi mursyid bagi dirinya. Mesti ada mursyid yang memimpin setiap diri. Alangkah sulitnya. Kalau boleh jadi mursyid untuk diri masing-masing, senang lah tetapi orang terpaksa mencari mursyid. Siapa yang hendak tempuh jalan raya Tuhan, mesti ada mursyid. Seolah-olah untuk kita berjalan, mursyid ada di depan. Kalau mursyid tidak ada di depan, jangan berjalan! kerana kita akan masuk gaung yakni masuk api neraka. Maha Besar Tuhan. Kalau orang faham jalan Tuhan, dia akan terasa amat sulitnya. Tetapi kebanyakan orang, dalam menempuh jalan Tuhan yang bersifat rohani dan maknawi. dia hendak menjadi mursyid bagi dirinya. Mesti accident. Jalan di dunia boleh tanpa mursyid, tetapi jalan ke akhirat tidak boleh begitu.

Jadi bila kita katakan jalan rohani dan maknawi maka ia tidak boleh dilihat oleh mata. Jalan itulah jalan rasul-rasul. nabi-nabi dan wali-wali. Paling tidak jalan orang soleh.

Kemudian. oleh kerana Rasul sudah tidak ada di depan kita, nabi juga sudah tiada, orang soleh pun sudah payah untuk ditemui sedangkan jalan orang-orang itulah yang hendak kita tempuh. Betapa sulitnya. Sudahlah jalannya tidak boleh dilihat oleh mata kerana bersifat maknawi, orang yang hendak diikut pun tidak ada, bagaimana hendak buat? Kita perlu tahu ilmunya dahulu. Bila ada ilmu yang difahami dan dihayati, barulah ada contoh. Peringkat awal perlu ada ilmu tentang apakah jalan yang bersifat maknawi dan rohani itu. Jalan Tuhan itu merupakan 1 pakej yang terdiri dari 3 aspek yakni:
1.        yang bersifat maknawi,
2.        yang bersifat rohani dan
3.        sedikit yang bersifat zohiri.


Ketiga-tiga ini mesti selaras. Ertinya ketiga-tiga jalan ini adalah jalan para Rasul, nabi nabi, wali-wali dan orang-orang soleh. Ketiga-tiga jenis jalan ini mesti dalam satu yang tidak boleh terpisah antara satu sama lain.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2005 02:17 PM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 4/1/05 10:52 AM:
Kalau jalan raya yang bersifat maddi itu ada peraturan yang cukuplah sekali seseorang itu belajar, lalu setiap orang menjadi mursyid bagi dirinya. Tidak perlu tanya orang pun dia b ...


Pembentangan ilmu yg sgt menarik, disertakan dengan tamsilan-tamsilan agar mudah difahami.Teruskan usaha murni sdr,org2 diluar spt saya ni sentiasa dahagakan ilmu spt ini..
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 5-1-2005 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by tarbiah at 4-1-2005 02:17 PM:


Pembentangan ilmu yg sgt menarik, disertakan dengan tamsilan-tamsilan agar mudah difahami.Teruskan usaha murni sdr,org2 diluar spt saya ni sentiasa dahagakan ilmu spt ini..



Alhamdulillah..segala puji bagi Allah SWT...

tugas saya menyampaikan minda Abuya...kita serahkan kepada forumner untuk menilainya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 5-1-2005 09:18 AM | Show all posts
1.   Jalan yang bersifat maknawi,
Secara maknawi, kita kena lihat ilmunya. Kita kena mengetahui ilmu yang pernah dimiliki oleh para rasul, nabi dan wali-wali. Ilmu yang dimiliki oleh mereka mesti ilmu   yang   berasaskan   Quran   dan   hadis.    Sama ada   dari   segi   ibadah,   akhlak, perjuangannya,    masyarakatnya, ekonominya, pendidikan, pentadbiran dan lain-lain. Itu jalan maknawi Tuhan, mestilah ilmu itu bersumberkan wahyu dan sunnah.   Kalau  begitu, Quran beritahu ada yang halal. ada yang haram, ada yang wajib, yang sunat, yang harus. Ilmu ini berjalan dalam semua aspek. Dalam ibadah, ada yang wajib dan ada yang sunat, ada fardhu ain dan fardhu kifayah, ada yang haram, kena tinggalkan. Begitulah juga dalam aspek lain seperti kebudayaan, politik. ekonomi dan lain-lain. Yang disuruh kena buat dan yang tidak disuruh. kena tinggalkan. Itulah yang dikatakan jalan Tuhan yang bersifat maknawi. Bila dilaksanakan, nampaklah kita bertindak.  Mata akan nampak bila kita berbuat dalam apa-apa aspek pun. Bagaimana mereka ini berfikiran, begitulah juga kita hendak berfikiran.


2.   Jalan yang bersifat rohani,
Jalan yang bersifat rohani ertinya perjalanan rohani kita adalah jalan juga. Jalan jalannya hendaklah sebagaimana perjalanan rohani rasul-rasul dan nabi-nal Sebagaimana para Rasul dan nabi-nabi berperasaan, begitulah kita hendaknya berperasaan. Bila kita hurai lagi perasaan mereka yakni bagaimana berperasaan sebagaimana yang Tuhan hendak. Bagaimanakah perasaan yang Tuhan hendak itu? Iaitu rasa bertuhan, rasa takut dengan Tuhan, rasa cinta dengan Tuhan, rasa hamba, rendah diri, sabar, rasa berdosa, rasa sensitif dengan dosa, rasa timbang rasa, kasih sayang sesama manusia, rasa susah dengan kesusahan manusia, senang deng kesenangan mereka dan lain-lain. Itulah jalan Tuhan yang bersifat rohani, yang ada pada mereka itu.


3.   Jalan yang bersifat lahiriah,
Bagaimana perjalanan hidup lahir para Rasul, nabi dan wali-wali itu, begitulah juGA  sepatutnya perjalanan hidup lahiriah kita.

Inilah satu pakej yang selari. yang datang dari Tuhan yang telah ditempuh oleh para Rasul, nabi-nabi  dan wali-wali. Itu maksudnya  perjalanan akal  atau  fikiran  yang semuanya bersumberkan wahyu. atau Quran dan sunnah Rasulullah saw. Hendak tempuh jalan itu, alangkah sulitnya. Sudah belajar ilmunya. perjalanan maknawi sudah tahu tetapi contohnya pula tidak ada. Rasul, Nabi dan wali sudah tiada. Alangkah sulitnya. Sebab itu banyak yang gagal. Kebanyakannya berjalan, hujungnya ke neraka. Nauzubillah. 90% yang menempuh jalan ini, hujungnya ke neraka dan sedikit yang ke syurga.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 5-1-2005 09:22 AM | Show all posts
Bila kita sudah bahas tentang jalan yang bersifat maknawi, jalan inilah yang Tuhan maksudkan, yang Quran beritahu,
"Sesungguhnya jalan Aku ini adalah jalan yang lurus maka hendaklah engkau tempuh. Jangan tempuh jalan-jalan yang banyak kerana kamu akan berpecah belah dari jalan Tuhan. "


Apa maksudnya jalan Tuhan yang lurus? Iaitu satu jalan yang bersumberkan Quran dan sunnah dari Tuhan kepada Rasul, kemudian kepada umatnya. Satu line. Sama ada bersifat maknawi, rohani atau lahir, ia satu. Itu yang dikatakan lurus. Jalan lurus inilah yang hendak ditempuh. Kemudian Tuhan beri amaran,
"jangan tempuh jalan yang banyak kerana kamu akan berpecah belah dari jalan Tuhan. "


Apakah yang dimaksud dengan jalan yang banyak dalam ayat di atas itu? Jalan yang banyak itu juga ada yang bersifat rohani. maknawi dan lahir. Ayat ini ditujukan kepada setiap generasi sebab generasi 1400 tahun dahulu, tidak sama dengan generasi 1300 tahun lalu dan tidak sama dengan 1200 tahun lalu. Ertinya kurun pertama dan kedua tidak sama. Apa maksud tidak sama? Bila manusia berkembang. makin ramai manusia, kemajuan makin berkembang, kebudayaan makin banyak, ajaran bertambah. Kalau di zaman Rasulullah ingatan untuk generasinya, waktu itu jalan yang sesat ini tidak banyak. Masa itu jalan sosialis, demokrasi dan komunisme belum ada. Yang kita dengar adanya feudalisme dan kapitalisme. Seolah-olah di zaman itu dikatakan janganlah ikut feudalisme dan kapitalisme sebab isme-isme lain belum ada. Itu yang bersifat politik. Yang bersifat agama, waktu itu ada Yahudi. Kristian, Hindu dan Buddha. Itulah jalan-jalan yang tidak boleh ditempuh waktu itu. Nanti akan berpecah belah dari jalan Tuhan dan lari dari jalan Tuhan. Tetapi hari ini, entah berapa banyak jalan. Agama banyak, fahaman politik pun banyak. Sedangkan ia juga bersifat maknawi, rohani dan lahiriah. Jadi kalau zaman Rasulullah ada 6, 7 jalan, sekarang ada 30 jalan yang mengganggu jalan Tuhan. Sebab itu di akhir zaman ini lebih banyak orang sesat dibandingkan dengan orang di zaman dahulu.

Jalan-jalan yang wujud, selain jalan Tuhan di zaman itu, yang mana makin ke hujung zaman, makin banyak maka makin susahlah untuk umat Islam selamat. Sedangkan jalan yang lurus itu hanya satu. Jalan yang sesat itu banyak dan bercampur aduk. Betapalah susahnya. Katalah jalan di dunia ini ada 40 jalan. Kerajaan suruh pilih 1 dan jangan pilih yang 39 lagi. Kita akan takut tersalah jalan maka tentulah kita akan belajar bersungguh.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 5-1-2005 10:18 AM | Show all posts
Setakat ini sudah 9 tajuk kuliah Abuya di dalam thread ini....

TUHAN PENGHIBUR AGUNG
ISLAM ITU SELAMAT DAN MENYELAMATKAN
PERBEZAAN RASA BERSALAH DAN TAHU SALAH
Tazkirah  ABUYA Selepas Subuh : Sungguh Besar Erti Hidup Dan Mati Bagi Orang Yang Bertaqwa (  Merujuk Kepada Doa Bangun Dari Tidur )
JUDUL: "HENDAKLAH KAMU MEMBACA ATAS NAMA TUHAN-MU"
Judul : Umat Islam Umat Pertengahan
Tajuk: MARI MENGENAL MANUSIA
Tajuk : Pengorbanan Hak
Topik: Gambaran Kehidupan Manusia Umat Islam Akhir Zaman

Marilah kita sama-sama memeriahkan lagi kuliah Abuya di dalam FORUM ini...
Akasyah, bila nak sambung lagi?
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 5-1-2005 10:22 AM | Show all posts
Jalan Tuhan Mesti Ditempuh dengan Mujahadah

Kita hendak baca satu ayat lagi iaitu,
"Dan mereka yang bermujahadah di jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan kepada  mereka jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang melakukan kebaikan."       


Jadi hendak ikut jalan Tuhan ini, setelah faham ilmunya sama ada yang bersifat maknawi setelah roh bersedia, hendak dihalakan kepada apa yang Allah hendak dan hendak faham apa yang Tuhan tidak hendak, ia ada hubungan dengan mujahadah. Bagi jalan-jalan dunia ini, selalu berlanggar kerana driver tidak sanggup mujahadah. Patutnya mujahadah itu jalan perlahan-lahan dan sabar. Tetapi kerana tidak sanggup mujahadah, lambat sang maka kita rempuh. Jadi hendakkan jalan Tuhan itu ada hubungan dengan mujahadah. Kalau tidak mujahadah, tidak akan berjaya. Tidak akan jadi orang baik. Tuhan hanya bersama dengan orang yang berbuat baik. Orang yang bermujahadah menempuh jali Tuhan, maka itu dikatakan orang yang berbuat baik. Tuhan bersama orang yang berbuat baik. Tuhan tidak kata, "Aku tolong orang yang buat baik," tetapi Tuhan kata, "Allah bersama orang yang buat baik." Bersama ini maksudnya rapat sangat. Kalau Tuhan kata "Aku tolong orang yang buat baik," itu jauh.

Menolong seseorang itu, kita boleh sampai-sampaikan (dikirim) sahaja. Bila dikata kita bersama, begitu rapatnya persahabatan. Orang bertaqwa seolah beriring-iringan. Kalau hidup rohnya, di mana pun tidak terasa takut sebab ada Tuhan. Tetapi kita tidak rasa. Kalau tolong, itu jauh sebab dari jauh pun boleh tolong. Jadi bila dikatakan bersama dengan orang yang berbuat baik, bererti dekatnya dengan Tuhan. Jangan pula digambarkan dekat secara fizikal. Seolah-olah Tuhan pun berfizikal macam kita. Maha suci Tuhan daripada berdekatan secara fizikal dengan kita. Sebab Tuhan bukan fizikal. Itu menunjukkan terlalu karibnya tetapi tidak secara fizikal.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2005 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 5/1/05 10:18 AM:
Setakat ini sudah 9 tajuk kuliah Abuya di dalam thread ini....

TUHAN PENGHIBUR AGUNG
ISLAM ITU SELAMAT DAN MENYELAMATKAN
PERBEZAAN RASA BERSALAH DAN TAHU SALAH
Tazkirah  ABUYA Selepas Subuh : ...


Makin lama baca terasa makin kecil diri ini disisi Tuhan.Ya Allah, kasihanilah kami....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2005 11:35 AM | Show all posts
ff:Betulke abuya nak buat perjumpaan dgn ex2?Bila dan di mana?Saya teringin nak jumpa abuya,dulu masa dlm jemaah tak de peluang....
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 5-1-2005 11:51 AM | Show all posts
Originally posted by tarbiah at 5-1-2005 11:35 AM:
ff:Betulke abuya nak buat perjumpaan dgn ex2?Bila dan di mana?Saya teringin nak jumpa abuya,dulu masa dlm jemaah tak de peluang....


Dengar-dengar begitulah...sila Private Message pada Akasyah atau Mawar Merah.....insyaAllah dia akan uruskan...

saya ini bukan orang yg tepat utk ditanya sebab saya bukan org Rufaqa', cuma org luar yg simpati dengan perjuangan Arqam/Rufaqa'.:ah:

..jadi seperti sdr jugalah tak pernah jumpa dengan Abuya...cumanya sdr dah pernah terlibat dalam jemaah...saya belum lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2005 11:56 AM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 5/1/05 11:51 AM:


Dengar-dengar begitulah...sila Private Message pada Akasyah atau Mawar Merah.....insyaAllah dia akan uruskan...

saya ini bukan orang yg tepat utk ditanya sebab saya bukan org Rufaqa', cuma o ...


Sdr bukan org Rufaqa'?Saya ingat sdr org Rufaqa',apapun tahniah sebab sentiasa follow-up dgn minda abuya:solute:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 5-1-2005 12:37 PM | Show all posts
Jadi kejayaan menempuh jalan Tuhan ditentukan oleh mujahadah. Boleh mujahadah selamat. Kalau tidak boleh mujahadah, tidak selamat. Cuba lihat kalau orang yang peka dengan ayat tadi, "Mereka yang bermujahadah di jalan kami, kami Tuhan akan tunjukkan jalan-jalan kami' Seolah-olah ada double standard. Tadi ayat siratol mustaqim, seolah olah jalan Tuhan itu hanya satu. Tapi dalam ayat ini, jalan Tuhan itu macam banyak. Kalau orang tidak faham, tidak perasan pun. Tetapi bagi orang yang tahu bahasa Arab, bahayalah. Tadi kata jalan Tuhan itu satu. Yang ini banyak pula. Kan betapa sulit hendak tafsirkan Quran, ayat demi ayat. Jalan yang satu itu walaupun satu, ia merupakan satu pakej yang sumbernya dari Tuhan dan Rasul. Maksudnya, sumbernya satu. Manakala  'Jalan-jalan
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 5-1-2005 12:38 PM | Show all posts
Golongan yang dimurkai dan golongan yang sesat

Sebagai kesimpulan. kalau kita flashback, sebab ayat itu berangkai-rangkai, satu sama lain ada hubungan. Dia tidak terputus. Berhubung kait. Kita kaji tentang Tuhan, berdasarkan ayat dalam Bismillah. Hinggalah Tuhan memerintah kita menyembah dan meminta tolong dari Nya. Tuhan mengajarkannya bertahap-tahap hinggalah kita disuruh menyembah Nya. Itu kemuncak. Seolah-olah setelah orang sudah yakin betul dengan Tuhan, barulah Tuhan perintah sembah.


"lyakanakbudu waiyakanasta'in". Kita bukan sahaja disuruh menyembah, bahkan meminta pun dengan Nya. Sebelum kita minta, Dia ajar juga apa yang hendak diminta. Meminta pun Dia ajar. Dengan itu kita minta sesuatu yang Tuhan pernah berikan, iaitu nikmat-nikmat yang Tuhan beri kepada Rasul dan Nabi. Inilah asas memintanya. Selepas itu baru minta yang lain. Tapi asas meminta. mintalah apa yang Tuhan beri pada Rasul dan nabi. Kerana itulah yang menjadi asas kebahagiaan dunia dan akhirat. Yang lain itu seperti makan minum. pakaian dan lain-lain lagi, itu sampingan.

Oleh itu "an'amta'alaihim" itu, him itu dimaksudkan pada nabi-nabi dan Rasul-rasul. Sayang, kebanyakan orang meminta yang sampingan. Patutnya minta yang asas dahulu. Jadi Tuhan suruh kita minta nikmat-nikmat yang diberi kepada Rasul-rasul, nabi dan wali-wali serta orang soleh.


Patutnya cukuplah dengan "an'amta'alaihim" tetapi Tuhan kuatkan lagi. Sepatutnya kalau setakat itu pun kita sudah cukup maklum dan faham. Tetapi kerana surah ini penting dan supaya tidak ada campur aduk langsung. jadi Tuhan pun menguatkan lagi permintaan itu dengan mensyaratkan. "Tidak jalan-jalan yang Engkau murkai dan jalan yang sesat." Itu menunjukkan yang asas ini kuat dan penting. Penentu kebahagiaan dunia dan akhirat. Yang lain itu hanya sampingan dan tambahan sahaja. Itu maksudnya. Tuhan ajar kita dan syaratkan permintaan itu. Kita tidak mahu jalan yang Tuhan murka dan sesat. Pada saya orang yang sesat, itu orang yang Tuhan murka. Kalau orang yang dimurkai, itu orang sesat. Kalau tidak banyak pun, sedikit bezanya. Orang yang dimurkai itu juga orang sesat. Namun di mana perbezaannya yang sedikit itu?

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 5-1-2005 04:02 PM | Show all posts
Topik : Mengapa Manusia Beragama Tetapi Tidak Menguntungkan Umat.

Bismillahirrahmanirrahim. Moga2 melalui kuliah ini Allah anugerahkan kita perkara2 yg kita sangat perlukan untuk dunia dan akhirat kita. Abuya hendak ajak para hadirin berbincang dan menggunakan akal fikiran kita.

Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud:

" Tidak ada agama bagi orang yang tidak berakal"

Maksud hadis ini ialah, kalau kita beragama tanpa menggunakan akal, tanpa ilmu, tanpa logik, tanpa faham, ia tak indah, tak logik, tak lazat dan tak sedap. Kita tak boleh bertahan lama dengan benda yang tak sedap. Tapi kalau kita ada benda yang indah, kita akan hendak lagi dan hendak lagi. Kita beragama perlu ada ilmu, mesti ada hujah, mesti berdasarkan akal dan berdasarkan kefahaman.

Dari situ datang penghayatan. Ia akan membangunkan jiwa dan roh kita, jadi darah daging kita, itulah jati diri kita. Itulah keindahannya. Di situlah kita boleh tahan berhadapan dengan berbagai-bagai ujian dan cabaran-canbaran hidup. Kita ada kekuatan dari penghayatan itu.

Kita hendak berbincang tentang agama Islam yang kita anuti ini. Ilmunya, logiknya, rasionalnya dan faham supaya kita hayati. Bila dihayati akan lahir akhlak mulia seprti pemurah, berkasih sayang, tawaduk, rasa bersama, bekerjasama. Ini manusia yang peri kemanusiaannya tinggi. Mengutamakan orang lain dari diri sendiri. Rasa susah dengan susah orang lain dan senang dengan kesenangan orang lain.

Kalau Islam ini diambil tanpa ilmunya, logiknya, tanpa kefahaman maka ia tak boleh dihayati sehingga lahir buahnya. Disinilah kita bincangkan mengapa Islam di seluruh dunia tidak berbuah. Kalau ada pun hanya golongan yang sedikit. Tidak cukup untuk memberi berkat kepada seluruh dunia dan seluruh umat.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 5-1-2005 04:05 PM | Show all posts
Sambungan...

Selama ini kita sudah mengaji Tauhid, atau tentang aqidah atau sifat 20 mengikut cara-cara tersendiri. Kebanyakannya mengikut kaedah Abu Hassan Ashaari, mujadid kurun ketiga. Itulah pegangan ahli sunnah waljamaah.Kalau kita rasa ada kaedah lain yang sesuai untuk diamalkan pada zaman dan kurun ini, tidak pula jadi masalah untuk digunakan.

Setelah kita belajar tentang sifat 20, tentang aqidah dan tauhid, kita faham Tuhan itu Maha Sempurna. Setelah dibahaskan kita dapati Tuhan sempurna. Ertinya tidak lagi bertambah dan berkurang. Kalau berkurang ertinya tidak sempurna. Kalau bertambah ertinya sebelum itu tidak sempurna. Itulah logiknya. Itulah fahaman falsafah. Yang sempurna tidak akan berkurang dan tidak akan bertambah lagi. Kalau bertambah ertinya pernah tidak sempurna.

Maha Suci Tuhan. Tuhan itu dari azali, hingga sampai bila-bila masa, Dia stabil. Apa maksudnya? Kebesaran Tuhan sudah sempurna, kuasa Tuhan juga sempurna. Tidak berkurang dan tidak bertambah. Begitu juga ilmu Tuhan, kehendakNya, keadilan dan kehebatan Tuhan, semuanya sudah sempurna.

Kalau itu yang kita faham, itulah yang akan kita pakai, begitulah yang akal faham, begitulah yang kita yakin bahawa Tuhan itu sudah sempurna;
Mengapa Tuhan minta kita sembah Dia?
Mengapa Tuhan minta kita agungkan Dia?
Mengapa Tuhan minta kita sucikan Dia dan berbagai-bagai lagi permintaan Tuhan?


Kalau sudah sempurna, mengapa berhajat? Padahal kita sudah belajar aqidah, Maha Suci Tuhan dari berhajat. Mengapa Tuhan minta itu dan ini daripada kita seperti minta kita sembahyang, puasa, zakat, naik haji, suruh buat baik, minta kita tinggalkan kejahatan, berjuang, berkorban sedangkan Dia sudah Sempurna?

Bersambung....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
YgBenarSaya sokong penuh koc wanita. Tapi yang
Views : 24781 Replies : 19
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 274513 Replies : 6781
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15069 Replies : 32
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24498 Replies : 16
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106554 Replies : 2915
Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online
ultra78Orang Kota Bharu paling ramai dicekup te
Views : 2783 Replies : 23
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20181 Replies : 94
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27532 Replies : 113
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10576 Replies : 53
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10329 Replies : 89

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.611342 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list