CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mbhcsf

HANG TUAH (merged:orcish,tyrone,senyum_77,TimahMulia,redsinner,aji & botet)

[Copy link]
Post time 20-12-2005 05:57 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 20-12-2005 17:09
abah aku : bukan ape.. bila datang melaka nampak kapal portugis, kapal belanda. kapal hang tuah takde ke? kata, hang tuah belayar sampai negeri china. takkan lah takda kapal, takkan dia belayar pakai sampan pulak.. kita dok bangga kapal orang asing, tapi kapal melayu kita tak pamerkan. tak ditunjukkan pada orang asing. camner tu tok?
ali rustam : ..... (diam n tersenyum)

aku tanya ngan member aku yg keje muzeum kenapa tak buat kapal hang tuah. dia cakap ermm takde rujukan lah.. kapal potugis tu pon agak agak.

so banyak bende sejarah kat negara kita leh meragukan sebab takde fact yg tepat... tu jer..

sekian terima kasih  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2005 08:20 AM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 20-12-2005 05:09 PM
terpulang lah pada diri memasing nak caya hang tuah ni ade ke idak... tapi aku cam was was yg hang tuah ni wujud... hehhehe
citer pasal hang tuah nih aku ade satu citer
bapak aku ade pi perhimpu ...



Antara kelemahan sejarah bangsa kita dulu ialah tidak mencatatkan secara terperinci apa yang berlaku dizaman itu. Tidak banyak catatan tentang sosio politik, sosial, infrastruktur atau apa sahaja tentang yang berlaku di masyarakat zaman itu. Keadaan lebih teruk apabila penjajah Inggeris, Belanda bahkan Portugis bukan sahaja mengangkut khazanah emas dari istana Melaka, tetapi juga buku bersejarah.

Dan ada juga teori bahawa bukan sahaja emas dan buku yang dilarikan, anak gadis dan jejaka yang tampan juga akan dibawa ke Goa atau Portugal sendiri, dimurtadkan dan menjadi hamba kepada bangsa penjajah. Barangkali, ada susur galur yang berbangsa melayu di Portugal hari ini. Begitu juga teori tentang bangsa Portugis yang ada di Melaka hari ini. Ketika mereka menjajah Melaka, mereka tidak membawa kaum wanita bersama. Soalannya, siapakah kaum wanita yang melahirkan bangsa Portugis dulu jika bukan bangsa melayu yang dimurtadkan dan dipaksa menjadi hamba kepada bangsa penjajah ini?

Lantaran itu, macam-macam pihak memberi pelbagai teori. Teori Hang Tuah berbangsa cina juga bukanlah aneh sejarah banyak pakar sejarah mendakwa bahawa Mahsuri juga berbangsa cina, Tun Perak juga berbangsa cina dan ada yang mendakwa Hang Nadim juga berbangsa cina.

Realitinya, banyak nama zaman dulu tidak lagi digunakan pada hari ini, kecuali nama yang mempunyai nila estetika seperti Nik, Meor, Syed, Wan dsb. 'Hang' juga barangkali adalah sebahagian nama yang telah ditinggalkan berasaskan kepada suku bangsa itu sendiri.

Pengajaran dari peristiwa Hang Tuah ialah, jika negara itu tumbang, maka sejarah bangsa juga lenyap. Warisan bangsa akan hilang ditelan zaman. Budaya bangsa hanya akan menjadi igauan dan misteri yang tidak pernah akan terjawab. Bukan sahaja bangunan diruntuhkan, bukan sahaja kubur dimusnahkan, tetapi anak bangsa akan menjadi hamba yang akan diperdagangakan untuk seks dan kepuasan. Bangsa akan luput, teraba-raba mencari identiti sendiri.

Samada mahu percaya atau tidak, itu persoalan lain. Persoalan yang harus kita kembangkan ialah bangsa kita juga sama hebat dengan bangsa lain. Jika ada yang berkata raja melayu kejam dan zalim, maka raja Siam dan Cina juga kejam dan zalim. Jika bangsa lain ada pahlawan mereka sendiri, bangsa  kita apa kurangnya.

Bagi saya, Hang Tuah wujud dan terus wujud dalam diri bangsa melayu itu sendiri. Kecuali, kita malu untuk mengakui bahawa bangsa kita adalah bangsa yang terbilang, sekurang-kuranngnya satu ketika dulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2005 09:48 AM | Show all posts
takkan melayu hilang di dunia.. yaaa aku sokong
melayu kat afrika, melayu kat australia, melayu kat bangladesh.. merata melayu dok kat seluruh dunia ni..
ermm teringat sejarah tingkatan 6 dedulu...
orang melayu jati adalah penduduk asal yang datang dari china dan india.. (dalam buku sejarah sebelumtahun94 kalo tak silap aku)
tapi kengdian diorang ubah.. org melayu jati adalah org yg berasal dr kepulauan melayu..
kenapa leh ubah yerk! tak tepat sejarah yg memula tu.... (cikgu/member aku yg bagitau)
kenapa sejarah yg memula tu lame tulis dalam buku, baru nak tukar?

orang melayu? cikgu aku pernah bagitau.. dedulu dlm kamus british diorang tafsirkan malay= satu bangsa yg bijak, pandai dan suka kepada hiburan
suka kepada hiburan? tepat sekali aku rase .. hehhehehe
takkan melayu hilang di disco... hehhhehe
jangan marah yerkk
bende nih sekadar untuk kajian dan renungan
tapi hari nih ramai org melayu/islam dah maju, dah kaya
hidup melayu! hidup orang bentayan (tun perak pernah test fight ngan orang bentayan), hidup bugis kembayat!
sekian terima kasih....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2005 10:31 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 21-12-2005 09:48 AM
takkan melayu hilang di dunia.. yaaa aku sokong
melayu kat afrika, melayu kat australia, melayu kat bangladesh.. merata melayu dok kat seluruh dunia ni..
ermm teringat sejarah tingkatan 6 dedulu. ...



aah...memang betul tu melayu suka pada hiburan...

tengok lah citer melayu dari zaman dulu sampai sekarang mesti diselitkan tarian/menari
dari zaman dulu-menari twist/joget lambak/disco 70's
sampai skarang-dangdut/adengan menari kat disco

sampaikan aku rasa aku nak buat video clips filem2 adengan melayu berpesta dlm pilem...kelab malam ke clubbing
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2005 11:42 AM | Show all posts
ASM. Hal suka kepada hiburan ni bukanlah terhad kepada orang Melayu sahaja. Tidak keterlaluan kalau kita kata semua orang, semua keturunan, suka kepada hiburan. Malah yang membuat hiburan jadi lara dan hancur lebur, bukanlah orang Melayu tetapi orang lain. Cuma yang malangnya, orang lain yang buat hiburan hancur lebur, yang hancur lebur, Melayu...Memang tak salah untuk meniru, menjadikan orang lain sebagai contoh. Tetapi orang Melayu tak tahulah, mungkin sudah sifatnya, suka merosakkan diri sendiri. Alhamdulillah, ramai lagi yang tak suka rosakkan diri sendiri tetapi mana yang sudah rosak, mungkin akan merosakkan yang belum rosak. Itu yang menjadi masalah. Moga orang Melayu jadi berjaya dan meneraju...bukan jadi golongan yang rugi.
Kalau Hang Tuah hidup sekarang, mungkin sangat dia kecewa bila melihat ramai orang Melayu yang menyusahkan diri sendiri. Tetapi dalam masa yang sama, dia boleh juga berbangga kerana ramai anak Melayu yang sudah berjaya. Inilah harga kemajuan. Apabila dunia jadi semakin "global", semua jadi tiada batas lagi. terpulang kepada diri untuk menilai dan menentukan jalan. Cuma yang kita elok jadikan contoh, dahulu DLHTuah telah menjalankan tugasnya sebagai manusia biasa, hulubalang, Laksamana, sahabat, suami, murid, guru, orang istana, pendokong jalan rohani dll. lah, dengan sebaik yang dia mampu. Elok kalau kita tanya diri kita, adakah kita telah menjalankan tugas kita sebaik-baiknya....Bukanlah untuk keburukan, tetapi sekurang-kurangnya untuk kebaikan diri sendiri.
Siapa tahu, seribu tahun lagi, orang akan perlekeh kita pula dan menuduh kita begitu begini menurut latar belakang, dan cara mereka pula berfikir. Dan tidak mustahil, orang akan berkata...anda dan saya tidak pernah wujud, hanya metos semata-mata. WaAllahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2005 11:59 AM | Show all posts
wah.... best nya argument korang.....
aku amik sejarah sampai tingkatan 3 je....
so x boleh nak ulas apa2...

anyway seingat aku .....
Hang Tuah berbangsa Melayu.....

teruskan.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2005 05:03 PM | Show all posts
orang melayu kene berubah...
memang tak dinafikan ramai org melayu yg berjaya skang nih...
tapi berapa ramai yg membantu melayu lain untuk berjaya?
berapa ramai yg membantu melayu yg susah?
kene kira jugak tu.. mungkin ramai....

cume aku kecewa sket bila...
melayu dok jual tanah kat bangsa lain
melayu terpakse kuar dlm tv nak mintak bantuan (mana adun? mane ahli parlimen? mane wakil rakyat? tido ke?)
ramai melayu isap dadah
ramai pompuan melayu/islam jadik awek pusat (pakai baju nampak pusat)
ramai melayu dok lepak disko/dangdut dan seangkatan dengannya
ramai melayu dok rosak akhlak...

semua tu kene jadik sejarah... walaupon buruk.. tapi leh dijadikan pedoman pade mase depan
jgn amek sejarah yg besttt jerk..
jgn ubah/putar belit fakta..
hehehhe aku nih dah lari topik
sori yerk..!
anyway.. banyak lagi kajian yg perlu dijalankan mengenai hang hang berlima
han ji fat, han lee kiu, han lee kee, han tu ah, dan juga kasturi(bukan nama sebenar) .. siapa diorang sebenornya..
jgn kaji dr satu fakta jer..
cam aku baca dlm paper td... ade org muzium cakap keris taming sari lenyap bersama hang tuah
istana perak dakwa keris taming sari kat sane
waris sultan melaka dakwa dia ade keris taming sari..
mane satu yg betul?
tapi aku rase semua betul
taming sari tu org majapahit... seorang pembuat keris yg terulung
dia mesti buat banyak keris
takkan lah pembuat keris wat satu keris jer..
ye tak?
sekian terima kasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 10:01 AM | Show all posts
ASM. Memang betul, ramai orang Melayu sudah jadi haru biru. Tak dapat nak kata salah siapa, mak bapak kah, gurukah, masyarakatkah, mediakah, apa kah, tapi yang pasti, ramai orang Melayu yang tergelincir seperti mana yang saudara-saudari telah tulis dalam bincang-bincang kita ini. Moga yang masih belum tergelincir dapat menjaga diri dan keluarga, insyaAllah. Jangan tambahkan lagi apa yang sudah menjadi rosak. Untuk memulihkan yang rosak pula bukan satu urusan mudah, malah mungkin juga sudah sampai ke peringkat mencegah yang baik dari menjadi rosak, yang rosak biarkan saja...kalau ditegur akan meronta, melenting dan kalau diusik akan melibas balik. Memang sudah lumrah, orang mabuk tidak akan mengaku mabuk. Kerana itu, selagi belum diri sendiri melihat dirinya silap,...selagi itulah dia akan buat apa yang dia rasa seronok. Walau bagaimana pun, tentu usaha untuk membaiki, menasihati tidak boleh berhenti. Moga Allah beri kekuatan kepada siapa yang berbuat kebenaran...
DLHTuah dan sahabat-sahabatnya memang watak yang menarik untuk dibincang. Kalaulah generasi sekarang dapat menjadikan kebaikan mereka sebagai teladan dan keburukan sebagai sempadan, tentu banyak manafaat dapat kita gunakan untuk kehidupan sehari-hari. Rajin berusaha untuk mencari dan menimba Ilmu misalnya, kalau ramai yang buat begitu, insyaAllah ramailah orang yang cerdik pandai. Gagah berani sejak dari kecil pula boleh dilihat sebagai sifat pemimpin. Melayu ini sebenarnya pendekar. Dia gagah di mana-mana pun. Hormat orang padanya, merujuk orang padanya. Sebab dia seorang yang boleh dipercaya, boleh membela, pengasih dan adil. Mainannya keris, lembing tetapi adat jadi sandarannya. Balik dia ke rumah, didodoi sang isteri kerana dia juga manja. Tetapi jika diusik haknya, terang tanah kerana amuknya. Dia mati kerana apa yang dia percaya dan dia dikenang kerana jasa...jasa kepada diri, jasa kepada apa yang dikelilingnya, jasa kepada Allah, tuannya...itulah Melayu.
Sekarang, dunia telah berubah tetapi Melayu tetap sama jati dirinya...tak pernah berubah. Yang mengubah, hanya orang yang tidak kenal siapa dirinya dan apa tanggung jawabnya hidup di dunia ini. Begitulah dahulu DLHTuah dan sahabat-sahabat, yang hidup dalam zaman yang memerlukan kepada apa yang mereka telah buat. Urusan kita sekarang bukanlah untuk mempersoal tetapi untuk menjalin yang terurai, merapat yang sudah jauh. Saya secara peribadi amat menghormati Hang Tuah dan juga sahabat-sahabatnya. Kisah hidup mereka boleh dijadikan neraca untuk panduan yang amat berharga. Baik atau buruk, kita terima semua kerana kalau ingin yang baik sahaja, itu bukan manusia namanya. Moga generasi sekarang juga mahir sebagai pendekar untuk dia mampu melihat DLHTuah dari satu perpektif yang hanya pendekar sahaja dapat melihatnya.
Saya berkata begitu kerana banyak ayat-ayat, istilah-istilah serta peristiwa-peristiwa yang dinyatakan dalam hikayat Hang Tuah misalnya, hanya difaham oleh segelintir orang yang mahir dalam urusan yang sama. Jadi logik orang yang membaca sebenarnya berbeza mengikut Ilmunya. Kalau dalam hikayat HT, dia telah ditanya apa yang dia gunakan untuk menewaskan musuh, HT telah memberitahu begitu dan begini. Ramai yang juga membaca ayat yang sama tetapi fahamnya amat berbeza. Orang Akademik fahamnya lain, orang lain pula, lain fahamnya. Cuma yang pasti, tidak ada apa yang peliknya tentang apa yang dinyatakan dalam hikayat itu kerana semuanya "perkara biasa" sahaja bagi sesetengah orang. Yang lebih penting, apa yang dinyatakn oleh HT adalah Ilmu yang memang wujud dan bukan mainan sebarangan...
Untuk anda yang telah berjaya dalam hidup, syukurilah nikmat dan sayangilah apa yang kita ada. Untuk anda yang masih belajar dan masih mencari makna, jangan putus asa kerana kesukaran tidak datang melainkan disusuli kesenangan. Bagi yang sudah tersilap langkah, mengapa tidak berubah, sedang masa tidak pernah berpakat dengan anda. Dan bagi kita semua kebaikan dan keberkatan...
WaAllahua'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2005 11:26 AM | Show all posts
wa byk gak tgk discovery channel, byk gak nama org dari china yg nama dia Hwang, Hun,tapi Hang tuah , tak dipasti kan, mungkin nama dia tuah jer kot, tambah hang kat depan utk menunjukkan semangat setiakawan kot?

nama melayu dulu2 si Luncai,pak pandir, pak kadok,

tapi tak de pun org claim si luncai , pak pandir tu cina? ada apa org China nama Pak,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 11:53 AM | Show all posts

Reply #13 muor76's post

mcm mana le nak nampak kapal hang tuah tu lagi...
kapal tu kurun ke berapa?
dibuat drpd kayu
logik akal... reput ler..

kalu dilukis kan pon kapal hang tuah tu... lukisan tu dah terbenam kat dasar laut selepas raffles hangkut semua khazanah seni melayu ke eropah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 03:31 PM | Show all posts
pasal kapal hang tuah (kalo ade) sebenornya sindiran pada org melayu dok agongkan bende dr luor/barat.. tu jer... bukannye ape.. kire cam kes bapak aku tanya kat ali rustam lah tu..
kalo takde rujukan pon (sebab zaman dulu org melayu tak reti nak lukis kapal agaknya) aku rase kalo perzim/ jabatan antiquitiq wat satu kapal (yg berbentuk melayu) pastu declare 'camni lah kapal hang tuah' org ramai akan percaya, walaupon tipu.. tapi banggalah ngan kapal hang tuah (kalo ade).. ini tak.. dok wat kapal portugis, kapal belanda. mendeee....? walaupon kapal portugis tu dok agak-agak aje..
banggalah sket ngan melayu... macam tak bangga jer ngan org melayu... kalo p melaka.. perigi hang tuah, kubur hang tuah... tu jer lah..
lagi satu... kat ner yerk tapak umah hang tuah? dah jadik trafic light ker? katanya kampung kat sungai duyong.. tapi kat ner? wat lah satu (yang tipu) kekonon rumah hang tuah.. bagi tourist datang tengok...
baru lah diorang dok citer kat negara diorang pasal hang tuah...
org kita bila dok tengok patung william wallace kat scotland, diorang cakap 'dia nih hero scottish lwn england..' tapi kita tak tau william wallace tu wujud ke idak..
hehehehhe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 03:49 PM | Show all posts
salah satu kelemahan bangsa kita... kurang peka dgn hal2 sejarah
bahkan pensejarahan melayu byk dibuat oleh orientalis spt winstedt, dsbnya.
byk buku2 sejarah ditulis oleh org putih.. kalau ada yg melayu hanya boleh dibilang dgn jari..
di sini ilmu mengkonstruksi semula bhn2 sejarah secara saintifik belum begitu prolifik kpd org melayu.

tgg kapal hang tuah.. sara percaya pernah wujud, sbb drpd segi logik akal, pengangkutan utama pada zaman itu ialah kapal, tongkang dsb...
lihat saja penceritaannya dlm buku sulalatus salatin yg dikarang oleh tun sri lanang dan diselenggara semual oleh w.h. shellabear

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 04:21 PM | Show all posts

paste

SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG HANG TUAH YG SAYA PEROLEHI.

Kenyataan melalui ilmu kerohanian.


1. Kota Sejarah Melayu Melaka sebenarnya berasal di Kuala Linggi Melaka dan bukannya di Bandar Hilir. Buktinya, kisah jong Cina masuk Melaka. Masakan sungai yang begitu cetek dan bermuara cangkat dan sempit mampu menampung ribuan kapal pedagang yang menjangkau 3000 kapal pada satu-satu masa? Kuala Linggi mempunyai muara dalam dan terlindung dan bentuk kampungnya amat mirip kepada pembangunan bandar pinggir laut. Peninggalan sejarah pembangunan bandar Melaka banyak terdapat di sana. Pendaratan Sheikh Maulana Ibrahim, Mubalik Islam Pertama di Tanah Melayu adalah di Kuala Linggi dan hinggakan hari ini makamnya tersemadi di sana. Disebabkan kubu pertahanan kuat di Linggi maka Portugis mencari lokasi lain untuk di buat kubu pertahanan dan tempat yang paling sesuai ialah Bukit St Paul Melaka.



2. SIAPA KATA HANG JEBAT MATI

DIBUNUH SAUDARANYA

HANG TUAH?



Ketika pertelingkahan, dan pertarungan di dalam istana Raja Melaka, para talibarut dan kroni Datuk Kamawijaya asyik mengendap untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Tuah dan Jebat bertarung berhari-hari dan sebenarnya mereka hanya berlatih sambil mencari akal untuk mengatasi masalah pada kerajaan Melaka. Akhirnya Jebat mencederakan jari kelingkingnya di dalam gulungan langsir dan Tuah berpura menyerang. Jebat memekup perutnya dengan tangan kiri yang berlumuran darah dan mengikat dan merenjiskan darah tersebut di kain itu.



Dengan itu bolehlah Jebat mengamuk 7 hari 7 malam membunuh hanya para kroni pembesar yang zalim dan katanya mati di rumah Tuah. namun tidak seorangpun dibenarkan melihat Jebat. Tuah memandikan dan menyembahyangkannya sendiri. Tuah ghaib selepas itu dan tinggal bersama guru mereka Adi Putra. Ada berita yang mengatakan Tuah dilihat di Pahang.



Keris Taming Sari dilemparkan Tuah ke dalam laut di Tanjung Tuan dan hingga kini pusaran air di sana tidak pernah henti. Ada beberapa penyelam yang dilantik kerajaan mendapati bahawa terdapat tidak kurang dari 7 buah kapal karam bersemadi di dasar laut tersebut dengan muatan emas, perak dan emas putih yang bernilai berbillion-billion ringgit. Saya telah melihat contoh harta karun tersebut yang merupakan duit lama berbentuk penyu yang dibuat daripada emas putih. Namun menurut lapuran, pihak penjajah Portugis telah berjaya melarikan 60 tan emas ketika pencerobohan keatas Melaka dan membakar tidak kurang daripada 60,000 buah rumah, gudang dan istana di Melaka.



Sama-samalah kita cari kebenaran cerita ini.

Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 04:22 PM | Show all posts

paste #2

CErita dari yg empunya cerita, anak Raja kerabat Perak dan N.Sembilan. Semasa kecil selalu bermain dgn Tah nya di Istana Bukit Chandan. Banyak buku dan kitab lama ditemui dan dibacanya kerana hak milik Sultan yg tulis tangan serta menjadi rahsia istana. Dlm istana lama katanya banyak Jin Karjai/n. Tengoklah bagaimana pertabalan Sultan2nya.

1. Hang Tuah Al-Khatasidin

Ilmu pendekarnya dikatakan ampuh dan sukar ditandingi, penuh dengan tipu muslihat dalam menewaskan musuh. Perintah raja semua ditunaikan walaupun salah disisi syarak. Yg penting kehendak Sultan dipenuhi walau dengan apa cara sekalipun. Yg penting menjadi orang kanan kepercayaan Sultan.

Namun begitu ramai juga gundik yg di kemasnya. Biasalah.... sang pencerita akan mengagungkan buah hati raja, pengarang pula mesti 'melambungkan' kehebatan dan pekerti Laksamana. Bila diuar-uarkan kehebatannya ke serata benua khususnya kepulauan tanah melayu akan menjadi besarlah nama Tuah dan akan menjadi nama digeruni....itulah strategi, maka tengelamlah nama Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu.

Andainya.... hebatnya dan tingginya kedudukan Hang Tuah, di manakah kuburnya. Ghaib? Mungkin tidak. Jebat yg 'Derhaka' itu pun dimakamkan dan masih kekal di Melaka. Di manakah makam Tuah? Hebat macamanakah si Tuah ini.... sedangkan Nabi Muhammad pun dimakamkan di Madinah... Tuah?

Menurut cerita dari alam ghaib, Jebat ditikam curi ketika sudah bertahiyyat akhir solat Asar dan sedang memberi salam pertama. Jebat ditikam ditengkuk kiri kerana Hang Tuah kidal orangnya. Dari situlah mulanya "Tikam Belakang, Kawan Makan Kawan,musuh dalam lipatan dll" Akibat rasa bersalah serta berdosa dan Melaka sudah huruhara, Tuah hilang pedoman dan menghala ke GL. Ketika dalam hutan Tuah bertemu seekor harimau betina bunting yg kelaparan.... Dgn binatang buas kebal tak jadi. Tuah dibaham dan segala jin yg menjadi perewang 'mati' bersama badan serta menyurup masuk ke anak harimau.

Maka ramailah yg jumpa Hang Tuah. Hakikatnya, siang harimau mlm jelmaan Tuah - maka bermulalah harimau jadian dan yg bersangkutan dengan harimau. Ramailah Tok Guru yg diberitakan menemui beliau bagi 'meletakan status' selepas Tuah.

2. Keris Taming Sari, sebenarnya tiada hebatnya. Diperbuat dari tahi besi yg diambil dari kaki perut gunung berapi oleh seorang ulama selepas mendapat mimpi. Tahi besi itu bertujuan untuk dijual dan hasilnya untuk dikongsi bersama org kampung yg susah ketika itu.

Lama kelamaan akibat usaha ulama tadi beliau menjadi saudagar dan lebihan besi dilebur untuk dijadikan keris - lambang melayu. Ketika ulama tersebut meninggal keris diambil oleh anaknya juga seorang ulama dan saudagar yg kemudian mengislamkan Parameswara yg juga berasal dari Indonesia.

Dengan helah serta sihir yg tinggi Tuah berjaya 'duplicate' dan meghaibkan keris dari tahi besi itu. yg mempunyai ilmu mistik faham, senjata diperbuat dari tahi besi boleh di'masukkan' ayat atau sihir - Tuah pilih sihir. Untuk menjadikan keris itu berpuaka (kebal pada pemiliknya) dampingan disurupkan ke dalam keris. Untuk tampah power setiap bulan mengambang, keris harus dimandikan darah dan diberi puaka 'puteri' Gunung Ledang untuk menjilatnya.

Dari situlah helah timbul bila manusia & puaka berganding untuk mencapai hasrat - Memerintah Melaka! Melalui alam ghaib pula 'puaka' menjadi 'puteri' dan meminta siapkan perkara yg bukan2 seperti dlm hikayatnya termasuk 'waris tunggal' anak lelaki berumur 9 tahun. Menurut cerita semua persiapan mampu Sultan adakan melainkan DARAH anakandanya.

Ini memang kuasa Allah, kanak2 berusia 9 tahun ke bawah dilindungi malaikat maka sultan gagal membunuh anakandanya. Jika kehendak 'puaka' dipenuhi yg akan berkuasa ialah Tuah dan Puteri 'Puaka' Gunung Ledang. Tak tahulah apaakan berlaku pada sejarah Melaka.

Nota kaki: Ayat2 Al-Quran boleh dibacakan pada tahi besi, minyak, air, kayu jati, batu cincin begitu juga sihir.

2. Hang Jebat - Jebat Khalala'uddin, melayu tulin, seorang yg kuat ugama teguh imannya, seorang ulama, related kepada Pak Kunyit, ulama melayu berasal dari Bali (Kg. Sedeman) (anak Pak Kunyit mengislamkan Parameswara-Sejarah dan salahsilahnya disimpan oleh warisnya di Lombok).

Jebat jauh sekali nak disamakan dengan Tuah. Raja punya dia pun sama lapah dan cicah. Ilmu pengasih cukup hebat termasuk ilmu sihir yg lain.

3. Taming Sari - Hanya satu nama bagi menambah gah orang yg menewaskannya

4. Puteri 'Puaka'Gunung Ledang - Takkan puteri raja duduk dalam hutan kat gunung kot? Digambarkan puaka GL sungguh mengerunkan, lidah bercabang dan akan menjilat darah pada keris Taming Sari setiap bulan mengambang (40 bulan menjadi syarat).

5. Gunung Ledang - Pusat satelite jin yg terbesar. Tempat dimana puaka bersembunyi di sebuah gua. P. Ramlee pernah sampai hingga ke mulut gua semasa membuat cerita Hang Tuah. Sehingga kini tiada seorang manusia yg berani masuk melainkan Hang Tuah.

Setelah Jebat dibunuh 4 sahabat Jebat yg Ulama ke GL mencari punca mengapa Tuah sering ke sana. Ternyata yg ada di gua memanglah puaka, bukan puteri. Mereka pun bernekad tinggal di GL berlawan degan segala puaka/jin - musuh Allah sehingga ke akhir hayat. Ketua antara ulama meninggal di bawah puncak GL - Sebelum meninggal beliau sudah membuat batu nesan 'bersurat' dan masih ditempatnya.

Nota kaki: Batu misteri itu pernah dibuat liputan oleh Misteri Nusantara. Nama ulama tersebut tidak dinyatakan kerana dikhuatiri ada yng memuja.

SEBAGAI MANUSIA KITA TIDAK SEMPURNA, BEGITU JUGA TUAH. USAH DIPUJA. Sedekahlah fatehah kepada JEBAT penegak syiar, pejuang bangsa yg jujur bersahabat dan menyangah kemungkaran yg selama ini difitnah.

1511-2011 (500 tahun). Jika terdapat seorang 'mcm Hang Tuah' maka bermulalah episod baru. Maka sebab itu segala amalan khurafat,sihir lagi syirik harus kita bersihkan dalam kehidupan orang melayu. Semuga lagi 500 tahun akan datang generasi melayu akan kurang bergantung dengan perkara mistik dll.

Kepada sdr/i, dengan hati yg tenang dan lapang serta fikiran yg waras semua cuba kita lihat dari perspektif lain. Mungkin kita akan menemui kebenaran dan jawapan untuk dikongsi bersama. Apabila timbulnya Hak maka yg Bathil akan hilang. Insya-Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2006 12:07 AM | Show all posts
:no:ina tak penah rase hang tuah niey satu dongeng..tp:kerek:
time ina form 3..cikgu ina kater..:hmm:
sejarah akan ditulis smula..:kerek:
krana kemungkinan besar hang tuah adalah ORG CINA..:
hang tuah bukan warisan melayu...:jeling:
'HANG'.....kater cikgu history ina...diklasifikasikan sbg panggilan ORG2 cina..
benda nih still baru..jadik...wait n see la perubahannya nanti..
:dia:baru maksudnya benda nih baru ditemui dan bukti2 sdang dikumpulkan..:ah:
sekian..:nyorok:

[ Last edited by evita_ina at 25-2-2006 11:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2006 03:14 PM | Show all posts
Hang Tuah tu wujud. TAPI tak lah sehebat seperti yang digembar gembur kan.Hang tuah tu memang handal. tapi penulis dahulu kala seperti tun sri lanang  terlalu mengagung agung kan pahlawan terbilang seperti Hang Tuah. bila terlalu mengagungkan , banyak lah dia punyer jasa diperbesar besarkan.:gado:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2006 11:24 AM | Show all posts
hang tuah? ade?
makan hang tuah?
dah lame tau ade makam hang tuah ade kat tanjung kling..
arwah atuk aku asal dr area tu..
dlm tahun 92 aku ade pi makam tu...
dlm hati aku tertanya... 'ade ke han tuah? cikgu aku cakap hang tuah takde... tun perak ade lah' tu cikgu aku yg cakap...
pastu terbaca laks buku 'hikayat hang tuah' kat library sekolah
tak baca abes.. tapi ade bende bended yg menarik lah..

dlm buku tu..
hang tuah terror.. handal...
hang tuah... laksama... taat pada raja/sultan
pernah korek bekas tahi sebab cincin/something kepunyaan raja jatuh dlm tu...
tipu tun teja sebab nak disuruh kawin dengan raja/sultan
pastu gune ubat/sirih jampi supaya tun teja lupakan dia (tun teja nih syok kat hang tuah)
pastu ade laks hang tuah ngan seseorang (maybe tun teja- tak ingat lah) tidak berpakaian/tak berbaju dok sesama.. siap tulis cam buah manggis.. ni yg buat aku dan kengkawan aku gelak..
dan member aku pon tanya pada aku...
'hang tuah camni ker?' aku pon dok gelak ajer...

aku tak tau lah buku hikayat hang tuah yg aku baca tu buku tipu ker aper.. sori yerk kalo buku yg aku baca tu bukan buku sebenor hang tuah... mungkin buku hang buah, tak pon hang terror, tak pon hang power..
hehehheh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2006 03:41 AM | Show all posts
takde keturunan hg tuah yg berforem ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 02:30 PM | Show all posts

Hang Tuah

ada oang kata dia ni hikayat jek..so hikayat ni buleh btui buleh tidak so saya nak tau camna kuat kebenaran wujud dia nih? ada info tak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 03:29 PM | Show all posts
En Aji orang yang bernama Hang Tuan ini memang wujud dan hidup semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Banyak catatan China menulis mengenai Hang Tuah ini sebagai Laksamana yang mengetuai utusan Melaka menghantar ufti ke China.

Cumanya 'watak' Hang Tuah ini diwarnakan begitu rupa. Kegagahan, keperkasaan dan kepahlawanan Hang Tuah ini ditokok tambah hingga tidak logik kepada kewarasan akal kita. Ini ada sebabnya mengapa dalam  Sejarah  Melayu maupun dalam Hikayat Hang Tuah digambarkan Hang Tuah ini terlalu perkasa. Saingan utama kepada Kesultanan Melayu Melaka pada masa itu  ialah Kerajaan Majapahit yang terkenal dengan pahlawannya yang perkasa iaitu  Gajah Mada. Jadi untuk mengerunkan Kerajaan Majapahit dan sekutunya, maka digambarkanlah Melaka juga mempunyai pahlawan seperkasa malah lebih hebat dari Gajah Mada.

p/s sebenarnya tajuk pasal Hang Tuah ini sudah banyak dibincang lah En Aji..kalau rajin selak ke belakang akan jumpa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.837820 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list