CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freekey

Watie (Elite) Keliru Mahu Kahwin Joey..

  [Copy link]
Post time 18-9-2011 11:47 PM | Show all posts
kalau dah kata Keliru.. indirectly macam tak mahu kawin la..  kesian si Joey.. dah la dah bercerai..bakal bini pulak kata keliru..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2011 01:01 AM | Show all posts
hihihihihi ............!!! padan muka 2-2 ekor mmg aku benci dan dilaknat ...!! sblm ni statement bukan main lagi, kata si jantan si betina tu bukan punca rumahtangga dia musnah la apa siap sanggup usung balik rumah tunjuk kat parents bakal bini baru skrg ni tak malu ka bila tak jadi ...???? itulah, blm ada apa-apa lagi dah dok heboh merata siap dok mempertahankan diri masing2 konon baik sangat mcm lah semua org tak tau sejarah u mcm mana ...!!! org ingatkan u dah berubah dan insaf tapi nampaknya u masih tak berubah atau u mmg taknak berubah ?!!! hmmm dulu masa ditemuramah MELODI u kata u takkan sekali-kali ambik laki org,tunang org atau bf org skrg ni apa dah jadi, pi makan taik sendiri la ckp tak serupa bikin hahaha aku teremo plak .. bukan apa geram dgn manusia yg ckp tak serupa bikin .. sedarlah awak tu menjadi perhatian masyarakat kerana awak tu selebriti ... jadi tunjukkan lah sifat dan akhlak yg mulia jangan tunjukkan sangat nafsu awak yg tak boleh dicontrolkan dah tu hmmmmmmm .. org mcm ini lah yg dok membiakkan maksiat ...!! contoh-robohnya rumah tangga hanya kerana si suami terkejar kejar perempuan yg tak bermaruah !!!! chooooooooooooiii !!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 06:51 PM | Show all posts
Reply 197# jejakajambu


    Kalu tak silap dia pun perampas kan dulu?Wut goes round comes round la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 09:51 AM | Show all posts
Selasa Oktober 11, 2011

Joey Hasrat Nikah Watie (Elite) Januari 2012
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI



Joey berhasrat memperisterikan Watie pada Januari tahun depan. - Foto Ihsan Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR: Selepas melalui kontroversi dalam rumah tangganya, pelakon dan penyanyi, Joey telah memutuskan untuk bernikah dengan bekas anggota kumpulan Elite, Norwati Sadali (Watie Elite) pada Januari tahun depan.

Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud berkata, keputusan untuk mengambil Watie sebagai isterinya adalah tepat kerana merasakan penyanyi dan pelakon popular itu memenuhi ciri-ciri yang diingininya selama ini selain menganggap ia sebagai jodoh.

"Pertemuan kami seperti telah ditentukan untuk hidup bersama. Saya merasakan Watie adalah orang yang dapat membahagiakan hidup saya hingga ke akhir hayat," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Maharaja Lawak Mega di sini, Isnin.

Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungan mereka berdua, Joey menjelaskan ia semakin bertambah baik dan dia mengagumi ketabahan kekasihnya itu.

"Dengan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya sudah tentu dia akan berasa tertekan dan runsing. Tetapi kami sering berbincang bagi menyelesaikan masalah yang berlaku dan Alhamdulillahlah semuanya kembali okey.

"Tambahan pula kami berdua pernah mengalami detik hitam kehancuran rumah tangga jadi kami lebih memahami antara satu sama lain," ujarnya.

Baru-baru ini, Watie ketika ditemui menjelaskan dia sedang keliru sama ada ingin meneruskan hasrat untuk berumah tangga dengan Joey ataupun tidak kerana tertekan dengan tohmahan sesetengah pihak terhadapnya.

Watie meluahkan dia amat kecewa dengan tuduhan orang yang mengaitkannya sebagai dalang kepada keretakan rumah tangga Joey walaupun kes penceraian pelakon itu dengan bekas isterinya, Noraini Mohamad Nasir sudah selesai.

Sementara itu, ditanya lanjut mengenai perancangan mendirikan rumah tangga dengan Watie, Joey menjelaskan dia tidak berfikir untuk mengadakan majlis besar-besaran tetapi lebih menumpukan kepada ikatan yang bakal terjalin nanti.

"Saya tidak begitu memikirkan tentang majlis perkahwinan secara besar-besaran kerana sebaliknya yang lebih penting ialah kehidupan selepas berkahwin nanti, Insya-Allah," jelasnya.

  ~mstar~
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 03:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by beatgirlX at 11-10-2011 15:49

Joey Merancang Kahwini Watie Elite Januari, Syukur Dengan Hubungan

Malam malam begini, kita layankan kisah artis yang ringan ringan sudah’lah ya? Kepala pun sedikit pening.

Awal petang tadi selepas berlangsung’nya majlis pengumuman peserta untuk program Maharaja Lawak Mega, kami sempat bertemu dengan Joey.

Apa lagi soalan yang boleh kami ajukan sebagai ‘wartawan kontroversi’ bak kata salah seorang peserta selain isu perkahwinan beliau dengan kekasih tersayang, Watie Elite.

Joey atau nama sebenar beliau Zulkifli Daud berkata dengan izin Allah, Januari 2012 merupakan tarikh yang di’tetapkan untuk mendirikan rumahtangga bersama Watie Elite.

Namun begitu, Joey turut menyerahkan semuanya kepada takdir untuk menentukan sama ada perancangan beliau untuk hidup bahagia sebagai suami isteri yang sah bersama Watie Elite tercapai dalam waktu sasaran.

Bagus juga Joey mempunyai perancangan sebegitu dan kami sentiasa doakan mereka berdua akan bersatu Januari ini. Jangan lupa layangkan kad jemputan buat kami di’sini.

Source:Rotikaya

-------------------------------------------------------------------------
Kahwin ler...moga berbahgia la hendaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 04:07 PM | Show all posts
cepat2 la kawen tuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2011 04:15 PM | Show all posts
Baru jumpa Joey kt supermarket Giant Ulu Klang kelmarin... Tolak troli sorang2... x nampak plak awek diaa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 04:16 PM | Show all posts
bagos lah...cepat2 sket nikah...
jangan asek nak confuse jek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2011 02:34 AM | Show all posts
dah jemu ler tuh
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2011 07:40 AM | Show all posts
la...keliru ke??/ aritu  masa arwah kakak joey meninggal..watie ada je balik johor sama2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.183404 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list