CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: siva_nes1

Gangguan akibat amalan atau peninggalan nenek moyang mertua

  [Copy link]
Post time 6-8-2012 12:46 PM | Show all posts
siva_nes1 posted on 30-6-2012 11:55 PM
Post Last Edit by siva_nes1 at 2-7-2012 12:06

Reply 155# Luckman

Saya org mandailing marga nasution dari chemor.... Adakah kita bersaudara huhuhu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2012 10:10 PM | Show all posts
milay posted on 6-8-2012 12:27 PM
tidak dapat saya bayangkan bagaimana saudara melalui hari2 saudara tanpa isteri dan anak2 di sisi.. sabarla ya..hanya hamba allah yg terpilih sahaja diberi ujian yg hebat2....hidup kita hanya mencari keredhaan Allah sahaja..sabarlah ya....may allah bless u and family...

Doadan kata semangat dari milay memberi kekuatan kepada saya untuk menghadapi dugaan ini dengan hati yang lapang, terbuka dan tabah. Terima kasih, milay. Sesungguhnya Allah saja yang mampu membalas keikhlasan anda. Saya tidak akan mengalah dan berhenti berusaha selagi Allah SWT memberi saya kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini.

(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)



Last edited by siva_nes1 on 7-8-2012 11:11 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 10:59 PM | Show all posts
Arissa_Adaj posted on 6-8-2012 12:46 PM
Saya org mandailing marga nasution dari chemor.... Adakah kita bersaudara huhuhu

Tidak mustahil kalau kita ada pertalian keluarga kerana Mandailing ni macam mana pun selalunya bersaudara. Seperti isteri dan saya masa mula kenal dulu tak tahu pun ada pertalian keluarga. Bila sudah lama mengenali baru tahu isteri ada pertalian saudara melalui bapanya yang merupakan seorang Nasution dari Langat. Ibu isteri pula adalah dari kaum Bugis. Poyang ibulah yang isteri pernah terlepas cakap merupakan seorang pawang istana. Makhluk halus yang hadir itu juga berlaku pada ibu isteri.

Pada hari perkahwinan saya dan isteri ramai juga saudara mara isteri dari sebelah bapanya saya kenali adalah saudara mara saya. Kalau dari Chemor pernah juga seorang saudara dengan panggilan 'Kak Ijo' dan beberapa saudara maranya melawati rumah ibu bapa saya semasa saya berumur belasan tahun. Mereka ini ada pertalian saudara dengan Adam Malik, yang satu masa dahulu adalah Menteri Luar Negara Indonesia dalam tahun 60an. Adam Malik dulu pernah dibesarkan di Chemor.


(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)


Last edited by siva_nes1 on 8-8-2012 12:09 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 01:41 AM | Show all posts
siva_nes1 posted on 4-8-2012 09:53 PM
Amin. Terima kasih kerana mendoakan agar sya dpt kembali bersama gan isteri dan anak-anak. Sya ama ...

dah fikir jalan nak selesaikan masalah family ni? kalau ada perkembangan,rajin2 la share.saya pun tumpang gembira kalau kehidupan family you bertambah baik.
kalau kita ikut perintah Allah,rajin beribadat kepada Allah,insyaAllah Allah akan tolong kita.cepat ke lambat tu mungkin dugaan dari Allah sebab nak uji kita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2012 11:41 AM | Show all posts
ixora6 posted on 7-8-2012 01:41 AM
dah fikir jalan nak selesaikan masalah family ni? kalau ada perkembangan,rajin2 la share.saya pun tumpang gembira kalau kehidupan family you bertambah baik.  kalau kita ikut perintah Allah,rajin beribadat kepada Allah,insyaAllah Allah akan tolong kita.cepat ke lambat tu mungkin dugaan dari Allah sebab nak uji kita.

Tiada apa-apa perkembangan setakat ini. Proses masih berterusan dan akan berusaha sehingga berhasil. Buat masa ini belum nampak ada apa-apa tanda perubahan kerana di pihak sana pun ada buat sesuatu untuk menghalang sebarang usaha. Setiap kali berjaya membersihkan entiti-entiti yang mengawalnya ia berganti dengan entiti-entiti yang bertambah banyak dan kuat.

Pengaruh jahat terlalu kuat hingga isteri langsung tidak terbuka hati untuk mengambil tahu langsung tentang diri saya baik dari segi makan minum mahupun kesihatan dalam bulan Ramadan ini. Dia memang tidak kisah pun bagaimana saya menguruskan makanan untuk berbuka dan  bersahur. Terpaksalah saya membeli nasi bungkus setiap hari untuk berbuka dan bersahur di rumah. Dia  pula bergilir-gilir ke rumah adik beradik berbuka puasa pada hari minggu.

(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)


Last edited by siva_nes1 on 12-8-2012 07:07 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 06:40 PM | Show all posts
salam abg siva,
insyallah sy turut sama doakan abg agar sentiasa dberi keteguhan & kekuatan dalma mhadapi rintangan ni
sesungguhny ad hikmah disebalik semua ni

Kesembuhan itu bg sy seperti rezki ... belom masany diizinkan allah untukny
Sampai masa dikatakan & direncanakan robb insyallah ketemu jua
jgn mudah ngalah ... sy sendiri berusaha mencari kesembuhan bt keluarga sy yg dsantau almost 20 tahun

Soal bergabung itu xmudah, sedangkan jika biase berubat tidak disarankan utk berubat dgn perawat berlainan dalam satu masa
Mereka punya method yg berbeza yg memungkinkan psilangan yg mungkin akn mgakibatkan keadaan lg teruk
Masing2 punye ilmu masing2 namun tunggakny tetap pgantungan pd yg satu insyallah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2012 11:04 PM | Show all posts
Kes :

Rumah isteri sekarang tak tahu di mana ( lokasinya terlalu luas dalam satu daerah perbandaran )
Talian hayat keluarga tidak mahu memberi maklumat terperinci berkenaan kedudukan isteri dan mak mertua.

Dari segi bukti gambar foto dan video dan sipnosis dah ada...

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 11:07 PM | Show all posts
Kalau di scan terdapat halangan pendinding kuat dan di lencungkan ke arah lain.

Jika di buat pelantun sihir harus bertemu ngan pesakit iaitu isteri ( empunya diri ) yang mana sehingga sekarang tidak memungkinkan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2012 11:15 PM | Show all posts
Mungkin :
Dengan mengumpan penjaga sihir untuk datang mengadap. ( jin )
Mengumpan dengan mengadakan tali arus ( memberitahu bahawa ada ancaman ) terhadap sihir tersebut yang mengakibatkan jin jin akan mengamuk dan menyerang perawat.

Situasi pesakit : tiada kelemahan fizikal ( atau kesakitan fizikal )
Ini bermakna sihir ini bolehlah di perangi secara brutal attack !

Jika ada perawat yang setuju dengan saranan saya , boleh hubungi TT secara langsung atau ( P M )

Seandainya berhasil maka insyaAllah TT akan dapat berHari Raya bersama dengan insan tercinta..
dan juga suatu kejayaan buat perawat di MPS ini dalam membenteras gejala sihir ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 05:39 AM | Show all posts
siva_nes1 posted on 13-7-2012 04:39 PM
Laaaa……. camne le tersilap tulis sampai salah org. chenta_dewi nak tulis mak mentua ke yg ta ...

nak tanya...cam mana nak ambil gambo dari satelit tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2012 05:12 PM | Show all posts
[size=10.5]shiri posted on 7-8-2012 06:40 PM [size=10.5]
[size=10.5]
insyallah sy turut sama doakan abg agar sentiasa dberi keteguhan & kekuatan dalma mhadapi rintangan ni
sesungguhny ad hikmah disebalik semua ni

Kesembuhan itu bg sy seperti rezki ... belom masany diizinkan allah untukny
Sampai masa dikatakan & direncanakan robb insyallah ketemu jua
jgn mudah ngalah ... sy sendiri berusaha mencari kesembuhan bt keluarga sy yg dsantau almost 20 tahun

Soal bergabung itu xmudah, sedangkan jika biase berubat tidak disarankan utk berubat dgn perawat berlainan dalam satu masa
Mereka punya method yg berbeza yg memungkinkan psilangan yg mungkin akn mgakibatkan keadaan lg teruk
Masing2 punye ilmu masing2 namun tunggakny tetap pgantungan pd yg satu insyallah


Salam shiri,

Terima kasih kerana mendoakan untuk saya, shiri. Sesungguhnya ujian Allah SWT itu tidak akan membebani hambaNya kerana ujian yang diberikanNya itu bersesuaian dengan kemampuan setiap hambaNya. Saya berhadapan dengan ujian yang amat berat. Memang ujian yang datang ini tidak bertanda dan tidak kira masa. Inilah hakikat yang saya tempuhi tetapi perlu saya terima dengan tabah. Redha dengan apa yang terjadi terhadap saya kerana ini adalah ketentuanNya. Akan tetapi itu tidak bermakna saya hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh.

Saya setuju dengan nasihat shiri agar tidak mengalah. Saya akan teruskan dengan usaha saya hingga berhasil kerana sesungguhnya usaha itu pasti akan membuahkan hasil dengan izin Allah SWT. Segala usaha yang dilakukan pasti tidak sia-sia kerana segala sesuatu itu akan berlaku mahupun tidak berlaku hanya kerana izin Allah SWT. Sebagaimana shiri nyatakan kesembuhan itu belum masanya diizinkan Allah SWT untuknya. Allah SWT tidak akan menghampakan hambaNya yang bersungguh-sungguh berusaha dan meminta kepadaNya. Saya perlu cekalkan hati kerana hasil dari usaha itu akan saya perolehi juga satu hari nanti. Yang pasti apabila saat yang dinantikan itu tiba, saya akan mengenang kembali segala kesusahan yang telah saya alami sepanjang ujian yang Allah SWT berikan kepada saya.

Saya doakan semoga shiri juga akan memperolehi kesembuhan buat keluarga satu hari nanti. Amin.


(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)


Last edited by siva_nes1 on 11-8-2012 02:24 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 06:54 PM | Show all posts
siva_nes1 tak jawab soalan saya...jgn terkejut saya memang tak berapa ikuti perkembangan gadjet atau IT...google map ke...pernah dengar juga...tapi tak pernah guna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2012 09:06 PM | Show all posts
mat_jenin posted on 9-8-2012 06:54 PM
siva_nes1 tak jawab soalan saya...jgn terkejut saya memang tak berapa ikuti perkembangan gadjet atau IT...google map ke...pernah dengar juga...tapi tak pernah guna

Salam. Cuba mat download google earth dulu di sini http://www.google.com/earth/index.html. Lepas tu boleh lah menjelejah tempat yang mat nak tenguk dengan menggunakan google. Perlu ketahui bahawa gambar dari satelit ini bukanlah lintas langsung tetapi yang diambil beberapa bulan yang lalu.

Last edited by siva_nes1 on 9-8-2012 09:14 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2012 09:55 PM | Show all posts
rdzaccess posted on 7-8-2012 11:04 PM
Kes :

Rumah isteri sekarang tak tahu di mana ( lokasinya terlalu luas dalam satu daerah perbandaran )
Talian hayat keluarga tidak mahu memberi maklumat terperinci berkenaan kedudukan isteri dan mak mertua.

Dari segi bukti gambar foto dan video dan sipnosis dah ada...

Benar apa yg dinyatakan oleh saudara rdzaccess. Rumah isteri tidak diketahui mana kerana telah dirahsiakan. Talian hayat keluarga juga tidak berani memberitahu lokasi rumah isteri yang sebenar kerana dari awal lagi semuanya telah dipaksa bersumpah dengan menjunjung al-quran untuk tidak mendedahkan kedudukannya.

Alasan isteri dan emak mertua ialah untuk mengelakkan saya tuju apa-apa kepadanya sehingga ia lembut hati dan pulang ke rumah kami. Jadi talian hayat berpegang kepada sumpah yang telah diamanahkan kepada mereka hingga takut untuk memberitahu lokasi rumah isteri. Saya sendiri telah puas mencari merata-rata untuk beberapa hari tetapi telah gagal menemuinya.


(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)

Last edited by siva_nes1 on 16-8-2012 07:08 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2012 10:30 PM | Show all posts
rdzaccess posted on 7-8-2012 11:07 PM
Kalau di scan terdapat halangan pendinding kuat dan di lencungkan ke arah lain.

Jika di buat pelantun sihir harus bertemu ngan pesakit iaitu isteri ( empunya diri ) yang mana sehingga sekarang tidak memungkinkan.

Sdr. rdzaccess bila scan dapat melihat yang isteri mempunyai benteng pendinding kuat yang melencungkan apa-apa sahaja ke arah lain. Memang betul benteng pendinding ini kuat kerana belum ada sesiapa lagi setakat ini yang berjaya menembusinya sejak 3 tahun yang lalu.  Pada tahun 2009 pernah seorang perawat melakukan scan pada isteri dan melihat hati isteri tidak ada satu ruang putih pun. Semuanya hitam. Perawat ini telah mencuba mendapatkan ruang putih dalam hati isteri walau ia satu titik pun untuk memudahkan  ia meneruskan rawatan tetapi apa yang ia tuju telah pulang balik kepada perawat ini berbentuk serangan. Beberapa  cubaan selepas ini juga menemui kegagalan.


(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)


Last edited by siva_nes1 on 10-8-2012 11:23 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2012 10:55 PM | Show all posts
rdzaccess posted on 7-8-2012 11:15 PM
Mungkin :

Dengan mengumpan penjaga sihir untuk datang mengadap. ( jin )
Mengumpan dengan mengadakan tali arus ( memberitahu bahawa ada ancaman ) terhadap sihir tersebut yang mengakibatkan jin jin akan mengamuk dan menyerang perawat.

Situasi pesakit : tiada kelemahan fizikal ( atau kesakitan fizikal )
Ini bermakna sihir ini bolehlah di perangi secara brutal attack !

Jika ada perawat yang setuju dengan saranan saya , boleh hubungi TT secara langsung atau ( P M )

Seandainya berhasil maka insyaAllah TT akan dapat berHari Raya bersama dengan insan tercinta..
dan juga suatu kejayaan buat perawat di MPS ini dalam membenteras gejala sihir ...

Amin. Semoga makbul doa ini. Tahun ini adalah kali ke-4 saya tidak bersama keluarga. Pesakit tiada apa2 kesan yang memudaratkan kepada dirinya pun. Kalau pesakit lain mungkin sudah tewas dan mengalami kelemahan fisikal seperti rasa tertekan, menung atau tidak tenteram. Cuma pesakit kelihatan marah dan bengis pada satu2 masa seolah mengetahui atau merasai ada usaha untuk merawatnya.  Jadi tiada halangan sihir ini di perangi secara brutal attack seperti yang dinyatakan jika ini berhasil untuk memulihkan pesakit dan menghapuskan jin2 yang telah merosakkan kedamaian suami isteri.


(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)


Last edited by siva_nes1 on 9-8-2012 11:05 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2012 01:06 AM | Show all posts
kalau awal melayu,islam..

try le tgok nih..

ilmu asmaulhusna..

insyaallah serbe sedikit boleh membantu..
http://assabiqun.tripod.com/index.html
atau

"Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan
jin, jin syaitan & sebagainya.

"Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.


"Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.


"Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.



Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 01:27 AM | Show all posts
bertahan selagi boleh bertahan...  namun, jika bertahan akan menimbulkan pelbagai dosa, lepaskanlah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2012 06:44 AM | Show all posts
arel_ahmad posted on 11-8-2012 01:06 AM
kalau awal melayu,islam..

try le tgok nih..

ilmu asmaulhusna..

insyaallah serbe sedikit boleh membantu..

Terima kasih, arel. Boleh juga saya amalkan selain amalan-amalan yang lain. Saya melayu islam. Mungkin arel keliru sedikit dengan nick saya itu. Sebenarnya 'siva_nes' adalah singkatan untuk 'Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story'.

Last edited by siva_nes1 on 11-8-2012 08:33 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2012 12:53 PM | Show all posts
eyansss posted on 11-8-2012 01:27 AM
bertahan selagi boleh bertahan...  namun, jika bertahan akan menimbulkan pelbagai dosa, lepaskanlah. ...

Terima kasih atas nasihat eyansss. Setuju dengan apa yang dinyatakan oleh eyansss itu. Saya memang bertahan selagi boleh bertahan. Alhamdulillah, Allah masih memberi saya fikiran, kekuatan dan kesabaran untuk bertahan. Jika Allah tidak memberikan semua ini mana mungkin saya boleh terus bertahan.  Tidak ada satu manusia pun boleh melawan kehendak Allah ini. Tanda-tanda yang diberikanNya kepada saya juga sudah beberapa kali menunjukkan supaya saya tidak melepaskannya. Dosa itu datangnya dari manusia sendiri dan Allah sahaja akhirnya yang mengetahui dan menentukan apa pembalasannya untuk dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia itu.

Iradah Allah atau kehendak Allah ada dua iaitu iradah kauniyah dan iradah syar'iyah. Iradah kauniyah ialah sesuatu jika apa yang dikehendaki oleh Allah ia pasti akan terjadi. Tetapi ini tidak bermakna apa yang terjadi itu disukai dan diredhai oleh Allah. Manakala iradah syar'iyah ialah kehendak Allah yang berkait dengan perkara yang Allah suka dan redha. Jangan sesekali sesiapa meneka-neka dengan berkata Allah takdirkan dia ini dan itu maka inilah yang terbaik untuk dia. Contohnya apabila seseorang mengatakan dia sudah tidak ada jodoh maka perceraian adalah jalan yang terbaik. Ini adalah istidraj untuk menyesatkan kerana apa yang baik dan buruk itu hanya Allah yang tahu kerana apa yang yang baik bagi seseorang itu mungkin ianya tidak pada Allah dan sesuatu yang baik bagi Allah pula mungkin tidak baik pada fikiran manusia. Malangnya ramai yang berlagak lebih Tuhan daripada Tuhan. Mendahului Allah dengan pendapat sendiri menyokong dan mengalakkan perceraian kerana pada fikirannya ia adalah takdir dan ketentuan Allah. Siapakah kita untuk mengalakkan penceraian dan berlagak seperti seseorang yang lebih mengetahui daripada Allah? Adakah seorang insan bersedia menjawab di hadapan Allah di akhirat nanti sebagai salah seorang yang menyokong dan mengalakkan perceraian?

Apakah benar perceraian itu kehendak Allah sedangkan ianya walaupun halal adalah sesuatu yang dibenciNya? Memanglah bercerai tu halal tetapi ia satu perbuatan yang dibenci oleh Allah. Kalau ia adalah sesuatu yang dibenciNya, elok kah kita mengalakkannya? Bertambah banyak lagilah umat Islam yang bercerai berbanding penganut-penganut ugama lain di negara ini. Sekarang pun yang memegang rekod dalam hal ini orang Melayu. Yang banyak masalah sosial juga anak Melayu. Iblis pernah memohon agar dipanjangkan nyawanya sehinggalah hari kiamat untuk menyesat dan menipu manusia dan permintaan ini diperkenankan oleh Allah. Di antara jalan atau tipu helah iblis terhadap manusia ialah menghasut untuk memecahbelahkan rumahtangga sehingga berlakunya perceraian. Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Jabir r.a yang menyebutkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, ‘Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan dan mengirimkan bala tentera mengadapnya. Ahli bawahan yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang telah menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia.’ Salah satu ahli bala tentera ini datang dan berkata, ‘Aku telah lakukan ini dan itu.’ Lalu iblis menjawab, ‘Engkau belum melakukan apa-apa lagi yang besar.’

Rasulullah SAW melanjutkan, ‘Lalu datanglah ahli lain daripada mereka dan berkata, “Aku mengikuti manusia sehingga aku tidak meninggalkan mereka melainkan aku telah berhasil memisahkan seorang suami dan isterinya.’ Lalu iblis memanggilnya agar dia dijadikan dekat dengan iblis dan berkata, ‘Sebaik-baik fitnah adalah usaha yang telah engkau lakukan.’ (Hadis Sahih Riwayat Muslim No. 2813). Hadis ini menunjukkan bahawa iblis meletakkan pesuruh-pesuruhnya iaitu syaitan dan jin yang telah berhasil memisahkan seorang suami dan isteri sebagai mereka yang paling hampir dengannya. Syaitan itu juga boleh bermaksud jin mahupun manusia. Kerjanya menghasut dan memperdayakan manusia hingga mengalakkan perbalahan suami isteri dan menyokong perceraian. Mereka inilah yang paling dekat dengan iblis mengikut apa yang telah diriwayatkan dalam hadis ini. Anak-anak menderita kerana penceraian ibu dan ayah langsung tidak dipedulikan.

(Siva_Nes .......... Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)


Last edited by siva_nes1 on 16-8-2012 07:09 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.619125 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list