CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HUSSAINTAHIR

UMRAH III

 Close [Copy link]
Post time 13-7-2008 08:49 AM | Show all posts


Keep smiling All Day...
Senyuman itu sedekah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2008 08:51 AM | Show all posts
Originally posted by lemons at 12-7-2008 11:36 AM
alahhh..jealousnya.....lemon tak dapat pergi tempat ni..


Insyaalh kalau lemon berpeluang pergi lagi Umrah..
Pastikan dalam itinery tu ada pergi melawat Masjid Terapung..
Betul cakap Kak Ros...duduk rehat makan ice cream kat tepi Masjid tu
sambil merenung jauh ke Laut Merah...
Tenang n nyaman...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 09:04 AM | Show all posts
Originally posted by lemons at 12-7-2008 10:39 AM
eemmm..kak zie ..lemon nak jugak...

bestnya kak zie....sebulan duk kat sana...
kak zie tanya penaja kak zie tu...tak der nak taja org2 lain ke.??heee..heee



Kakak suka tengok orang tua tua Malaysia especially orang Pantai Timur.
Dia orang dok pakat ramai ramai pergi duduk sebulan kat Mekah masa
bulan Ramadan...seronoknya.
Yalah kan..Anak dah besar dan tak ada Uzur syarie yg menghalang utk beribadah.
Macam kita ni...susah sikit..
Ada yang anak kecil...uzur syarie...
Tak dapat nak ibadah cukup sebulan..
Insyallah niat dihati tu memang ada.
Nak duduk sebulan kat Mekah pada bulan Ramadan...
Aminnnnnn....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 11:01 AM | Show all posts


Berikut adalah gambar yang dikatakan Nabila Huda  ( Anak Amy Search )
yang dirakamkan ketika dia berada di mekah mengerjakan umrah.
Tak boleh nak komen panjang-panjang. Sekeping gambar membawa 1001 maksud.
Moga Pekerjaan Umrah itu akan membuat dirinya memikir sejenak.....
Allah Maha Pengasih dan Penyayang..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 11:26 AM | Show all posts


UTUSAN MALAYSIA ONLINE
:flower: 5 pekerja Leong Hup ditaja tunai umrah:flower:


FRANCIS Lau (tiga dari kanan) beramah mesra dengan lima pekerjanya yang bakal menunaikan umrah
(dari kiri), Aida Abdul Jalil, Othman Washim, Normah Abdul Rahman, Abdul Rahim Ismail dan Noraini Arib (kanan).
Turut kelihatan ialah Dr. Maamor Osman (dua dari kanan) di Muar, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------



MUAR 2 Julai - Bekerja dengan sebuah syarikat bukan Islam tidak menghalang lima pekerjanya untuk
menunaikan umrah selama 12 hari dan yang lebih menggembirakan semua perbelanjaan mereka
itu ditanggung oleh syarikat tersebut.

Bagi lima pekerja Leong Hup Holdings Berhad, sebuah syarikat ternakan ayam bersepadu terkemuka di negara ini,
mereka cukup bertuah kerana dipilih di kalangan ribuan pekerja di syarikat itu
untuk mengerjakan umrah mulai 9 hingga 21 Julai ini.

Mereka ialah Othman Washim, 49; Aida Abdul Jalil, 47; Normah Abdul Rahman,
48; Abdul Rahman Ismail, 47, dan Noraini Arib, 42.

Majlis meraikan kelima-lima pekerja itu diadakan di sebuah hotel di sini malam tadi dan dihadiri

Pengarah Urusannya, Tan Sri Francis Lau serta lebih 100 pekerja syarikat tersebut.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung Persatuan Pengguna-Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Maamor Osman.

Francis pada majlis itu turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada kelima-lima pekerjanya itu
yang rata-rata telah berkhidmat lebih 20 tahun dengan syarikat tersebut.

Menurutnya, sejak lebih 10 tahun lalu, syarikat berkenaan telah membiayai pekerjanya dengan

menghantar sekurang-kurangnya empat pekerjanya bagi menunaikan umrah setiap tahun.

"Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai ramai pekerja Islam, kita amat menghormati tuntutan agama para pekerja
dan ini merupakan sumbangan yang diberikan di atas pengorbanan mereka dalam melaksanakan tugas selama ini.

"Diharapkan lima pekerja yang dipilih kali ini dapat melaksanakan ibadat mereka dengan sempurna dan
dapat mendoakan kesihatan dan kehidupan yang lebih baik ketika berada di sana," katanya.

Sementara itu Othman berkata, beliau terharu kerana dipilih untuk menunaikan ibadat itu oleh syarikat pada tahun ini.

"erasaan saya sukar untuk digambarkan, terharu dan bersyukur kerana dapat menunaikan ibadat dan
  berterima kasih kepada pengurusan yang memilih saya kali ini,"
  katanya yang telah berkhidmat hampir 30 tahun di kilang ternakan ayam syarikat itu di Parit Sulung dekat sini.

Katanya, segala persiapan untuk pergi menunaikan ibadat sedang dibuat dan dia berharap dapat
menyempurnakan ibadat tersebut dengan sebaik mungkin.

Sementara itu, Normah memberitahu, dia terkejut apabila namanya diumumkan terpilih
menunaikan umrah pada tahun ini sempena majlis berbuka puasa tahun lalu di kilangnya di Gersik, dekat sini.

"Saya bertuah kerana dipilih dan merasakan segala pengorbanan dan khidmat saya selama ini dihargai oleh syarikat,"
katanya yang berkhidmat selama 22 tahun di kilang syarikat yang sama di Gersik.

Selain Othman dan Normah, tiga lagi pekerja yang dipilih iaitu Aida, Abdul Rahim dan Noraini
masing-masing berkhidmat selama 29, 25 dan 23 tahun dengan syarikat berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 11:28 AM | Show all posts


Bestnya...rezeki dapat pi Umrah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2008 12:39 PM | Show all posts


Nampaknya hari ini semua orang sibuk dgn program bersama keluarga.
Alhamdulillah....
Kita pun sibuk juga...sibuk dgn keluarga petang nanti.
Pagi duduk depan pc..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 12:40 PM | Show all posts
untung nyer diorang. moga byk lagi syarikat yang taja mcm nie. aritu dalam rombongan kami, ada staff dari gamat mas klu tak silap. diorang pun ditaja coz dapat meet sales target
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2008 12:54 PM | Show all posts


Gambar Siti Nurhaliza bersama peminatnya ini diambil ketika Siti berada di Jeddah
untuk menunaikan ibadah haji di Mekah.
Cantiknya Siti Nurhaliza kalau mengenakan tudung
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by nanas at 13-7-2008 12:40 PM
untung nyer diorang. moga byk lagi syarikat yang taja mcm nie. aritu dalam rombongan kami, ada staff dari gamat mas klu tak silap. diorang pun ditaja coz dapat meet sales target


Kalau Pengarah Syarikat tu orang Islam , dia pun akan
dapat pahala juga menghantar staff dia pi Umrah..
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 01:15 PM | Show all posts


Assalamualaikum Azie, dan semua.

Bangunan yang terdapat di atas bekas tapak rumah kelahiran Nabi SAW yang sebelum ini dijadikan Perpustakaan.
Kini kita tidak dapat lagi melihat bangunan ini  dan bergambar di hadapannya seperti dahulu.
Semuanya kini tinggal kenangan.

Kakak suka berada di sini, merenungi zaman silam.  Mengingati bagaimana Nawi SAW berjalan dari kawasan sekitar, merentasi  kawasan lapang imenuju ke  Babul Salam, ketika Nabi SAW memasuki kawasan Masjidil Haram.

Kini dataran  lapangan berhadapan Babul Salam pun agaknya telah menjadi tinggalan sejarah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 01:23 PM | Show all posts


testing, testing
Page mendapppp.  Tak habis-habis penyakitnya
Malaslah nak layan kalau macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 01:27 PM | Show all posts
:flower: PERTANYAAN MENGENAI MEKAH DI KONGSI BERSAMA:flower:

Roboh tempat sejarah

Soalan:
Saya pernah mengerjakan umrah beberapa tahun lepas dengan hasrat dan harapan yang menggunung
untuk melihat dan melawat tempat-tempat bersejarah selain Kaabah,
seperti rumah kediaman Rasulullah bersama isteri pertamanya Khadijah dan kesan sejarah yang lain.
Sebaliknya saya sedih dan kecewa bila diberitahu semuanya telah musnah dirobohkan atas alasan tempat itu
banyak berlaku bidaah dan khurafat. Angkara siapakah kerja itu semua?

- Amran

Batu Pahat, Johor

JAWAPANNYA:
Anda tidak perlu bersedih kerana itulah peristiwa sejarah yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
Sudah nasib umat Islam akhir zaman di mana telah muncul dari timur negara itu satu gerakan pembaharuan
kononnya untuk memerangi bidaah dan khurafat.
Mereka dibawa oleh satu fahaman tajdid untuk kembali mengikuti salafu Saleh.
Namun menurut ulama Salaf yang sebenar kerjanya tidak pernah meruntuhkan tempat -tempat bersejarah seperti itu.
Ini sesuai dengan firman Allah bermaksud,:

"Siapa yang membesarkan tanda (lambang kebesaran agama) Allah maka itulah (lahir) dari hati yang bertaqwa "
  (Surah al-Hajj ayat 32).

Malahan tempat tersebut dapat dikawal dan dijaga dengan baik dan penuh amanah sebagai kesan sejarah
dan lambang kebesaran agama-Nya. Kesan sejarah tersebut tidak pernah diusik sejak dari masa sahabat,
tabi'in-tabi'in sehingga tiba pada masa mereka itu (gerakan pembaharuan),
barulah tempat dan lambang agama seperti itu dirobohkan atas alasan untuk memerangi perbuatan bidaah dan khurafat.

Bukankah kerja merobohkan tempat sejarah itu adalah kerja bidaah dan khurafat
yang lebih besar lagi dari apa yang disangka?
Apa salahnya jika tempat-tempat bersejarah tersebut dipagar dan dikawal dengan baik
untuk disaksikan dari jauh oleh generasi kemudian hari nanti sebagai bukti
dan lambang kebesaran agama dan mukjizat Rasulullah.
Sebagai contoh seperti kesan Rasulullah dan tapak kijang yang terdapat di Taif.
Bagi kita kerja bidaah itu (meruntuhkan kesan sejarah) lebih menguntungkan musuh Islam
yang cuba untuk menghapuskan sinar atau cahaya agama (lambang keagungannya) dari muka bumi ini.

Dalam hal ini Allah berfirman bermaksud:
"Mereka ingin memadamkan cahaya (tanda pertunjuk) agama Allah
  dengan siaran berita (propaganda dan fitnah) mereka
  sedangkan Allah tidak ingin selain menyempurnakan cahaya-Nya
  sekalipun tidak disukai orang bukan Islam, (Maksud Surah As-Saf ayat 8).

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 01:30 PM | Show all posts


Ya..Allah page mendap..
Baru nampak Kak Ros masuk tapi page mendap..
Tak dapat tengok..
Hari ni saya seorang aje pagi tadi..
Nasib baik ada nanas menyampuk sikit..
Ok Kak Ros nak pi dulu...
Nak solat Zohor dan melawat anak kat Asrama...
Assalamualikum..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 01:58 PM | Show all posts
  MMMMMMMM
  E
  N
  D
  A
  P

MENDAPPPPPPP........

Boleh senyum lagi Kak Ros..he he
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 02:20 PM | Show all posts
percubaan upload gmbr tak menjadik hehehe

[ Last edited by  nanas at 13-7-2008 02:22 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2008 02:23 PM | Show all posts
sy dah upload gmbr kat photobucket tp tak reti nak link kat thread. anyone bley ajar?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 02:24 PM | Show all posts
tak menjadik la jugak
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 03:31 PM | Show all posts
Gambar persekitaran kota Makkah yang diambil dari jendela hotel penginapan semasa mengerjakan haji tahun 1992.
  Suatu pemandangan yang tak akan dapat dilihat kembali pada masakini.



Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 04:09 PM | Show all posts
assalamualaikum ibu,kak aziefa,kak lem,hussain,ustaz dan semua..minta maaf
byk2 rina tak masuk lama..rina amat sibuk dgn kerja...sibik teramat sgt..
ni curi2 online ni kat airport changi singapore masa tunggu flight..miss semua..nanti rina balas email ok.....
kak azie,ibu jaga diri ok..kalau miss  rina mknlah ayam...
hussain...kenapa umah hussain takder aircond
adoi panasnya rumah ni.......

jap nak nyanyi......
sepohon kayu daunnya rendang
lebat buahnya serta bunganya,.....
(kat umah org kena jaga tatatertib takleh nak merapu rapu dah dgn lagu2 merepek).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.061212 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list