Seperti yg diduga peminat fanatik artis ni mcm mat pon gitu kan, teringat zaman Dato' Ct saman peminat Arwah Dato' Sharifah Aini. Tak pasal-pasal masuk jail, lecturer pulak tu. Minat boleh tapi jgn melampau
Post time 22-2-2019 01:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
zoe1511 replied at 22-2-2019 11:29 AM
chuols tau ke bila tiket DFP tu nak jual bila? iols almost everyday check takde pun lagi sedih bet ...
Idok ler tau chuolls. Sebab memang tak mencari pun. Just tunggu pengumuman dari IG Kak Mitch kot. Nanti for sure dia announce. Most probably hujung bulan la kot tunggu org dah masuk gaji. Oh tapi yg Dayang punya last time, 4 bulan before konsert baru diorang jual. Tapi this time xtau la macam mana planning dfp kan. Ok, bila check balik tiket Dayang dfp tu, xde maknanya lepas gaji. Jual tiket tengah2 bulan
Post time 23-2-2019 02:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kes dh settle tp dan2 plk ceta psl Sarah kluar...bg statement kalah d ajl. Mcm geng2 forumers/youtubers ckp mmg sheols aim trofi vokal terbaik tp apakan daya persembahan & vokal senduzzz sbb demam katanya...lps tu bg statement poyo,ckp redha tp bunyi mcm x redha... x pnh berubah yach sheols? Selayaknya selama-lamanya di blkg kak mitch.
Post time 24-2-2019 06:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
RatuDunia94 replied at 23-2-2019 06:46 PM
Drpd perabis beras buat konsert soul sister baik buat konsert gabungkan 3 times winners vokal terbai ...
Tiket soul sistah tu belum sampai 50% pun terjual untuk both days.
Sebab itu juga tiket konsert kak mitch di dfp belum dibuka sebab nak bagi laku soul sistah dulu. Besar kemungkinan mula dijual slps konsert soul sistah itu la kot.
Post time 24-2-2019 11:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
'Saya yang cipta, bukan beli'
KUALA LUMPUR: Pelawak yang mula berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu, Shuib menafikan single Semakin dendangan isterinya, Siti Sarah tidak asli atau mirip lagu Agnes Monica, Matahariku, hingga kecundang di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33.
Malah, Shuib, 34, mempertahankan lagu itu adalah hasil ciptaannya sendiri, bukannya dibeli.
“Saya yang tulis lirik dan menghasilkan lagu itu... Tak timbul soal lagu itu dibeli.
“Apa yang berlaku (pada AJL 33) berpunca kesilapan kita sendiri kerana susunan muziknya mirip lagu Matahariku,” katanya kepada BH Online.
Menghuraikan lebih lanjut kontroversi lagu Semakin, Shuib berkata, ketika ia dirakamkan, Sarah meminta susunan single itu mirip lagu dendangan penyanyi Indonesia itu.
“Sarah beritahu Aepul Roza agar muzik lagu Semakin dihasilkan sebegitu. Tetapi, apabila di pentas final AJL 33, kita tukar susunan muzik lagu itu agar tidak kedengaran sama.
“Namun, ada pihak yang mempertikaikan kenapa diubah,” katanya.
Shuib berkata, sebelum ini, dia pernah membangkitkan kepada Sarah mengenai isu lagu itu yang mirip Matahariku.
“Sarah beritahu, ini lagu dia, jadi dia nak ada ‘bunyi-bunyi’ macam lagu Matahariku,” katanya.
Shuib berkata, dia tidak merajuk atau berkecil hati dengan komen juri AJL 33, sebaliknya belajar daripada kesilapan itu.
Malah, penyampai stesen radio Hot FM itu merancang menghasilkan single baharu untuk Siti Sarah dengan kemungkinan sebuah lagu dipertandingkan pada AJL 34.
“Saya tak cakap terima bulat-bulat komen juri. Cuma, kesilapan kita sendiri daripada segi susunan muzik.
“Kita sudah belajar daripada kesilapan itu... Saya tak berkecil hati atau merajuk untuk menghasilkan lagu buat Sarah,” katanya.
Shuib berkata, ketika ini, ada dua hingga tiga lagu baharu yang akan diberi kepada isterinya itu.
“Single kedua lebih kurang sama dengan Semakin. Ada satu lagi single dihasilkan untuk dipertaruhkan di pentas AJL akan datang,” katanya.
Lebih selesa memberikan lagu ciptaannya kepada isteri berbanding artis lain, Shuib mengaku segan menyerahkan karyanya kepada penyanyi lain.
“Ini kali pertama kita masuk AJL dan harapan hendak menang memang ada.
“Tetapi tidaklah kecewa teruk kerana kalah... Kita gembira pada masa itu. Ini kerana saya tak sangka, beginilah kalau masuk AJL di mana kita ada pasukan daripada menjaga tata rias hinggalah buat rambut.
“Selepas selesai AJL, kita duduk berbincang dan kalau ada rezeki lagi tahun depan, hendak rasa lagi,” katanya yang hadir pada majlis kesyukuran dan doa selamat Hot FM dan Kool FM di sini, malam tadi.
Post time 24-2-2019 11:33 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sarah yg beriya2 nk lagu semakin ada bunyi2 matahariku.. lol..
Walhal soeb dh warning awal2 sbb bau2an matahari terlalu kuat yach... heols pon cuak kot obvious sgt jiplakkan nya.. haha.
Tp sarah yg keras kepala nk juga.. yihhhh