CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7690|Reply: 9

[Tempatan] Program Kewarganegaraan Pulau Pinang bukan 'JPN swasta' - EXCO

[Copy link]
Post time 9-6-2024 09:02 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari ini menjelaskan Program Kewarganegaraan Pulau Pinang (PKPP) bukan bertindak mengeluarkan kad pengenalan, sebaliknya berperanan sebagai perantara antara orang awam dan kerajaan.

EXCO Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Lim Siew Khim, berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan PKPP pada 1 Februari 2013 bertujuan membantu penduduk Pulau Pinang serta lahir di Pulau Pinang yang berdepan masalah permohonan kewarganegaran.

"Antaranya seperti masalah daftar lewat sijil lahir, daftar lewat kad pengenalan, permohonan kewarganegaraan Malaysia, permohonan MyPR (pemastautin tetap), MyKas (pemastautin sementara) dan permohonan lain yang berkaitan dengan status kerakyatan Malaysia.

"PKPP bukan unit baharu atau beroperasi secara rahsia memandangkan ia ditubuhkan sejak 2013 dan telah dibentangkan dalam mesyuarat EXCO dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) justeru semua orang sedia maklum mengenai unit ini dan ia tidak pernah menjadi isu sebelum ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Siew Khim berkata, program berkenaan membantu ramai orang yang layak mendapatkan kewarganegaraan mereka mengikut undang-undang dan inisiatif itu diambil kerana ramai wakil rakyat menerima kunjungan berkaitan isu terbabit di pusat khidmat mereka melibatkan banyak dokumentasi dan pemeriksaan yang teliti.

Beliau yang juga pemantau program itu turut menegaskan PKPP bukan sebuah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) swasta, sebaliknya ia bertujuan membantu penduduk yang dilahirkan di Pulau Pinang yang tidak mempunyai taraf kerakyatan Malaysia dalam menyelaraskan pelbagai permohonan berkaitan status kerakyatan di JPN.

"PKPP turut membantu rakyat Malaysia yang lahir di Malaysia tetapi tidak memperoleh taraf kewarganegaraan kerana bapa berwarganegara Malaysia tidak mendaftarkan perkahwinan dengan ibu warganegara asing di JPN.

"Ramai telah menerima manfaat dari program ini termasuk kaum Melayu, Cina, India India dan kami telah membantu mereka mengemukakan permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia di JPN dengan seramai 101 orang telah berjaya memperoleh taraf kewarganegaraan," katanya.

Beliau turut menegaskan, PKPP telah membantu ramai penduduk Pulau Pinang dan jika permohonan tidak memenuhi syarat di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, pihaknya akan menasihati golongan terlibat mengenai langkah sewajarnya yang perlu diambil.

"PKPP bukanlah sebuah JPN swasta. Kami membantu penduduk yang dilahirkan di Pulau Pinang yang tidak mempunyai taraf kerakyatan Malaysia dalam menyelaraskan pelbagai permohonan berkaitan status kerakyatan di JPN," katanya.

Media sebelum ini melaporkan JPN menafikan terbabit dengan program permohonan kewarganegaraan yang tular di Facebook sejak semalam.

JPN berkata, program itu bukan anjuran bersama pihaknya, malah tiada jemputan penyertaan JPN ke program terbabit.

Sumber: Berita Harian (9 Jun 2024)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jpn swasta mender pulak ni? Suka suki korang kan?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2024 09:08 PM | Show all posts
Cakap jela, perantara antara tanah besar dgn kerajaan nak dpt ic, alamakk.. dan2 selit permohonan MYPR. Senang2 je ko nak kasi kerakyatan. Dalam "101 orang berjaya" tu mesti 99 orang berbangsa cHina, seorang Melayu dan India
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Iya percaya sgt

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 02:54 PM | Show all posts
Saya juga sangat percaya dengan itu, Semoga ia berguna untuk semua orang
subway surfers
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 09:12 AM | Show all posts
Penjelasan oleh EXCO Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Lim Siew Khim, tentang Program Kewarganegaraan Pulau Pinang (PKPP) amat penting untuk mengelakkan salah faham dalam masyarakat. Program ini bukan untuk mengeluarkan kad pengenalan tetapi berfungsi sebagai perantara antara orang awam dan kerajaan bagi membantu mereka yang berdepan masalah permohonan kewarganegaraan. PKPP juga bukanlah sebuah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) swasta, sebaliknya ia bertujuan membantu penduduk yang lahir di Pulau Pinang yang menghadapi masalah status kewarganegaraan. Inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu-isu kerakyatan yang berlarutan dan membuktikan kepentingan peranan PKPP dalam menyelaraskan permohonan berkaitan status kerakyatan di JPN. [url=https://magicexhibit.org/][/url]

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2024 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kepala bapak kau lahir di Pulau Pinang selepas merdeka masih tiada kad pengenalan
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 10:15 AM | Show all posts
1.2 JUTA....
ITU SEMUA SEDALA MAAAAA.....
ITU NENEK MOYANG SAYA PUNYA SEDALA PUNYA JILAN PUNYA NENEK TIRI MAAA...
MESTI ADA KENA MENGENA MAAAA....
MESTI KENA KASI WALGANEGALA LAAAAA...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak boleh tiru modus operandi indon sebab cina tak suka kerja gomen. Tak dapat keturunan pati prc nak kerja jpn dan bagi terus ic biru. Jadi guna badan perantara macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 10:48 AM | Show all posts
Penang ni dah boleh tendang kasi keluar Malaysia la. Jadi 2nd Singapore.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.074215 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list