CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syeikhbelalang

PENGHARAMAN DARUL ARQAM DAN BERMULANYA PENUBUHAN RUFAQA

 Close [Copy link]
Post time 25-11-2006 08:10 AM | Show all posts
Corak pakaian tu hak ko orang. Terpulanglah pada diri ko orang. Tak mau pakai apa pun tak per.: Join tetap join kecuali kalau ko orang nak tarik diri atau ada hal lain

Cuma ada garis panduan yang telah ditetapkan agama. Tepuk selera tanya iman di dada.


:tq::tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2006 08:45 PM | Show all posts
Sifat MALU adalah pakaian wanita.

Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang , seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang
bermaksud: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.

Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak seperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 06:20 AM | Show all posts
Originally posted by BatuApi at 24-11-2006 05:46 PM


Tak perlu besar-besarkan soalan yang remeh temeh. Dah habis modal ka?


nama Allah itu remeh temeh?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 11:44 AM | Show all posts
UTUSAN MALAYSIA - 26 Nov 2006

Rufaqa
Reply

Use magic Report

sherry221 This user has been deleted
Post time 26-11-2006 03:02 PM | Show all posts
Alhamdulillah...bersyukur kepada Allah. Harap JAIS bertindak lebih tegas lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 10:01 PM | Show all posts
Bukan Mudah Menjadi Pejuang


Sebuah jemaah kebenaran yang berjuang untuk mendapat kemenangan,
bukan mudah dan senang
Ia terpaksa melalui liku-liku perjuangan yang lama dan panjang
Setidak-tidaknya melalui puluhan-puluhan tahun baru menang
Kemenangan yang akan diberi adalah kepada pejuang-pejuang yang telah melalui proses saringan
Mereka telah dilengkapkan dengan berbagai-bagai kekuatan lahir dan batin
Setelah mereka melalui ujian yang kecil dan besar di dalam perjuangan yang ditempuhnya
Mereka perlu menguasai ilmu yang cukup lebih dahulu
Mesti telah melalui proses pembersihan jiwa
Setelah ibadahnya baik dan istiqamah di dalam beribadah
Boleh menjadi abid di malam hari dan pejuang di siangnya
Kemudian akhlak mereka pun tinggi dan mulia sebagai bunga diri
Sudah terlatih tabah dan sabar di dalam perjuangan
Berkasih sayang sesama sendiri laksana satu keluarga
Sanggup mentaati pemimpin tidak berbelah bahagi
Rasa bertuhan benar-benar bertapak di dalam jiwa
Hingga rasa kehambaan memenuhi jiwa setiap pejuang
Mereka penuh berdisiplin di dalam beribadah dan bekerja
Berkorban apa sahaja telah menjadi budaya mereka
Kerana itulah mereka terpaksa menempuh masa yang lama dan panjang
Kerana untuk memiliki itu semua ia bukan boleh dapat dua tiga hari
Tetapi melalui didikan, pimpinan dan latihan yang panjang dan berterusan
Hingga pengikut yang setia tinggal sedikit
Mereka benar-benar menjadi orang Tuhan atau rijalullah di zamannya
Mereka membawa rahmat dan barakah dari Tuhan
Barulah mereka diberi kemenangan
Begitulah berlaku perjuangan kebenaran sepanjang zaman
Dari semenjak zaman para rasul hinggalah di zaman pemimpin berwatak rasul
Oleh itu sabarlah menunggu kemenangan



31.12.99


Reply

Use magic Report

Follow Us
sherry221 This user has been deleted
Post time 26-11-2006 11:15 PM | Show all posts
Abuya kan bani tamim, try suruh dia buat sajak Arab skit.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 02:25 AM | Show all posts
Originally posted by sherry221 at 26-11-2006 03:02 PM
Alhamdulillah...bersyukur kepada Allah. Harap JAIS bertindak lebih tegas lagi.


Video khalwat milik JAIS terbocor di Internet?

[ Last edited by  paranormal_85 at 27-11-2006 02:29 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2006 06:29 AM | Show all posts
alah, jgn ubah topik paranormal.entah2 yg lainpon dah kene tangkap.yg saki baki ni tunggu masa je, hehehe..kali ini NO MERCY.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 06:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 07:31 AM | Show all posts
Video khalwat milik JAIS terbocor di Internet?


PETALING JAYA:  Beberapa klip video menunjukkan aksi-aksi berkhalwat pasangan remaja sewaktu ditahan pihak berwajib yang didakwa sebahagian koleksi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini disebarkan di Internet dan mendapat sambutan hangat orang ramai.


Video-video pendek itu, semuanya sekitar 20 hingga 30 saat, memuatkan saat-saat pasangan disoal siasat oleh seseorang, dipercayai penguatkuasa agama, untuk menentukan sama ada mereka suami isteri yang sah.

Dalam klip-klip tersebut, pasangan yang ditahan kelihatan cemas apabila didekati oleh beberapa lelaki dan diminta memperkenal diri masing-masing.

Tiga daripada klip video tersebut didakwa berasal daripada koleksi bahagian penguatkuasaan JAIS dengan nombor fail 23, 28 dan 172.

Sementara satu klip tersebut pula menunjukkan seorang gadis yang didakwa sudah insaf dengan keterangan "syukur, ada peluang bertaubat. Tahniah JAIS & majlis perbandaran!"

Semua klip video ini dimasukkan ke sebuah portal video terkenal di dunia sejak awal bulan ini oleh seorang ahlinya.

Sementara seorang ahli lain memuatkan satu klip video satu pasangan remaja yang dipercayai mengadakan hubungan seks yang lebih intim.

Berdasarkan dialog dalam klip itu, sepanjang 51 saat, lelaki yang menyoal siasat mengesyaki pasangan ini menyentuh bahagian sulit masing-masing.

Walaupun ahli ini tidak menyebut sumber video tersebut diperolehi daripada JAIS, teknik soal siasat itu sama seperti klip-klip video yang didakwa diperolehi daripada jabatan tersebut.



Sewaktu dihubungi mStar Online hari ini, penolong pengarah sektor operasi Bahagian Penguatkuasaan JAIS mengesahkan pihaknya membuat rakaman video sewaktu operasi tangkapan khalwat.

Akmal Senin berkata JAIS merakam adegan-adegan seperti itu sebagai bahan bukti dalam sesetengah kes khalwat yang dibicarakan di mahkamah syariah negeri itu.

"Tapi tidak semua video yang dirakam digunakan sebagai bukti dalam perbicaraan, hanya kadang-kadang saja digunakan dalam kes tertentu. Apabila selesai perbicaraan, pihak peguam bela boleh mohon untuk lupuskan bahan bukti, tetapi ada juga yang kita simpan," katanya.

Ditanya kewujudan klip-klip video di Internet yang didakwa berasal daripada JAIS, beliau berkata: "Kami belum dapat sahkan atau nafikan kerana kami pun belum tengok lagi video-video ini dan saya rasa mungkin bukan datang daripada JAIS dan kita pun belum pernah dapat maklumat mengenai video sebegini."

Beliau memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai berkenaan jika terbukti video tersebut diperolehi daripada sumber jabatan agama itu.

"Ini soal etika. Jika kita dapati ada anggota kita yang terlibat, kita akan kenakan tindakan tatatertib kerana mereka adalah kakitangan awam," kata Akmal.

Beliau menjelaskan, unit teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) jabatan tersebut terlibat dalam operasi khalwat kerana tidak semua pegawai penguatkuasa mempunyai kemahiran mengendalikan rakaman.

"Kita ada satu unit ICT yang mengendalikan laman web jabatan dan juga perkakasan multimedia. Anggota unit ini, akan turut bersama dalam operasi kita kerana bukan semua anggota penguatkuasa tahu menggunakan peralatan itu," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 08:53 AM | Show all posts
bagus jais nih, ajaran sesat depa pantau, khalwat pon pantau. syabas!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 09:13 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 27-11-2006 08:53 AM
bagus jais nih, ajaran sesat depa pantau, khalwat pon pantau. syabas!



kalau khalwat mereka pantau , takkan tersebar video tu kat umum.

Tu bukan pantau, tu sebagai hobi isi masa lapang, samada video terlepas atau tidak, depa buat tak tau.



lol
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 09:48 AM | Show all posts
erm, dah sibuk 'uruskan' rufaqa. takper, satu2.arqam dah berapa kes khalwat hangpa settlekan?
habis satu batch nih , satu batch lagik. munkin ada satu kedai komputer kat kamunting pon kami akan serbu. tarik dari akar umbi. yg mana2 IP kami dapat tangkap, insyallah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 01:19 PM | Show all posts
[quote]


Berita Harian, 27.11.2006 --
http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 1126221931/Article/


Tindakan tegas jika hidupkan al-Arqam


PM beri amaran berikutan penahanan 100 pengikut Rufaqa'


SERDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap sebarang cubaan memulihkan semula kumpulan al-Arqam yang diharamkan pada 1994.

揋erakan al-Arqam memang sudah dianggap tidak sah, sudah diharamkan. Dengan itu soal untuk memulihkan ajaran al-Arqam tentu akan menghadapi tindakan dari segi undang-undang,
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 07:32 PM | Show all posts
Kena tukar tajuk

PENGHARAMAN DARUL ARQAM DAN BERMULANYA PENUBUHAN RUFAQA YG DIHARAMKAN BALIK

uuhuhuhuhuhuh, cian korang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2006 07:58 AM | Show all posts
Kekadang termenung jugak aku dengan peranan Pegawai Agama Islam DiMalaysia. Sesat sangat ker Darul Arqam@ Rufaqa nie?

Bagaimana pulak dengan umat Islam yang murtad, bohsia, bohjan, black metal, budaya bebas, free thinker, sumbang mahram, mat rempit, mat fit ( penagih dadah ) khalwat, berzina, tak bersolat dan 1001 macam gejala sosial  dikalangan umat Islam.

Takkan pehak berwajib bersikap pilih kasih dalam membendung kegiatan mereka?

Alih-alih pada Kumpulan Arqam dan yang terbaharu  Rufaqa sahaja . Hanya kumpulan itu sahaja yang buat maksiat dikalangan umat Islam di Malaysia?

Nie semacam ada agenda yang tersembunyi atau konspirasii sejak zaman TDM lagik. Atau Ulamak dah jadi Harimau Sarkis, ikut cakap Tuan dan bukan Takut Pada Tuhan?




MasyaAllah, masyaAllah, masya Allah.


Ya Allah peliharalah kami dari Fitnah akhir zaman.






:pray::pray:
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 01:16 PM | Show all posts
Originally posted by Hari2mau at 28-11-2006 07:58 AM
Kekadang termenung jugak aku dengan peranan Pegawai Agama Islam DiMalaysia. Sesat sangat ker Darul Arqam@ Rufaqa nie?

Bagaimana pulak dengan umat Islam yang murtad, bohsia, bohjan, black metal,  ...



Jangan tau bercakap je beb.....Allah murka kpd org yg berkata tapi tidak mengotakannya.  

Awak pun tahu Jab Agama ni terlalu banyak kerja yg hendak dibuat. Oleh itu saya menyeru semua pengamal ajaran sesat ni...berilah kerjasama. Korang kan dah tahu majlis fatwa sudah haramkan ajaran asaari....maka antara cara korang boleh tolong mereka ialah...berhentilah dari buat kerja sia-sia tu lagi. Patuhilah keputusan majlis fatwa.

Jadi jab agama dan kami juga tak perlu nak membuang masa untuk membenteras ajaran sesat ini.....malah kami boleh tumpukan untuk membenteras dan berdakwah kpd umat Islam yg murtad, bohsia, bohjan, black metal....etc.

Boleh tak beri kerjasama dgn rela hati? :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 02:36 PM | Show all posts
Alah...benda ni akan berlalu cepat saja. Man nak sama denga orang yang makan gaji dengan orang yang buat kerja dakwah secara ikhlas.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 02:55 PM | Show all posts
amin. biar cepat SEMUA kene tangkap. yg kat forum nih pon. amin amin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 274665 Replies : 6782
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
YgBenarSaya sokong penuh koc wanita. Tapi yang
Views : 24781 Replies : 19
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15069 Replies : 32
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24498 Replies : 16
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106554 Replies : 2915
Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online
ultra78Orang Kota Bharu paling ramai dicekup te
Views : 2783 Replies : 23
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20181 Replies : 94
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27532 Replies : 113
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10576 Replies : 53
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10329 Replies : 89

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.057967 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list