CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pinkeyz

Exclusif!! Gambar Bayi Baru Arni Nazira & Hazrie...

[Copy link]
Post time 10-7-2010 10:59 AM | Show all posts
syukur alhamdulillah...
tumpang gembira tengok kebahagiaan family baru Arni ni.
syukur dapat suami yang bleh membimbing n dikelilingi anak2 yg soleh n solehah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 02:45 PM | Show all posts
xtau ada org tepek ke x lg...
neh pic mase cukur jambul anak arni..
sgt santeq n berseri2 ok..
alhamdulillah tgk arni bahagia..
budak hazrie neh kawan adik aku masa skolah rendah dulu..
then dia smbung blaja kt itm dungun..
aku dgr2 gak citew sal dorg bercinta..
then putus..tp alhamdulillah kan..da jodoh tu x ke mana...
semoga bahagia hingga akhir hayat...



  







Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 04:29 PM | Show all posts
Alhamdulillah.....seronok tengok Arni & Awie bahagia dengan kehidupan masing-masing......apa yang penting2 anak-anak tak menjadi mangsa....malah lebih bahagia sebab ada dua mak...dua ayah.

Mereka contoh yang bertindak ikut akal bukan emosi.

Mudah-mudahan menjadi contoh buat artis2 yang tak habis2 turun naik mahkamah perihal rumahtangga terdahulu.....kat paper terpampang cerita jadi jutawan...empayar perniagaan sana-sini, pakai kereta mewah.....bila part bayar nafkah anak LIAT!!! DAYOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOSSSSSSSSSSSSSS
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 04:37 PM | Show all posts
Reply 5# puteri-jelmaan


    sejuk mata memandang couple ni. mintak2 biarlah kekal sampai akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2010 04:39 PM | Show all posts
tahniah ani n hezry..smgo korang akn bahagia selamanya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2010 08:10 PM | Show all posts
tahniah kak arnie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2010 10:28 PM | Show all posts
bila hubby arni tu sejuk ati tgk..mmg lelaki yg baguskan...penceraian pertama tu dulu mmg ada hikmahnya kan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 03:00 AM | Show all posts
geramnyer tgk baby tuh...cumil n gebuss jer...nak jer aku cubit2 manja gitu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2010 07:51 AM | Show all posts
congratz to baby arni
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 08:36 AM | Show all posts
Pernah tgk gmbo famly baru awie ngan rozana with their childrens (termasuk anak awie n arni)
Yang gmbo pakai baju semua kaler merah tu....
Dun knw y... tgk gmbo tu... rasa "semak" mata...
Tapi... masa tgk tu... aku ingat... mayb.. aku tgk gmbo sekumpulan famly pakai baju satu kayu kaler merah....

Tapi... bila tgk gmbo arni, hazrie with their children (termasuk anak arni n awie)
Sejukkkk jekkk bijik mata ni...
Rasa mcm damai jekkk rumahtangga diorg...
And then... tgk air muka anak2 dara awie yg 2 org tu pun...
Mcm "cool" dengan mak diorg...
Mayb... didikan 2 famly ni yang kita blh tgk dari air muka bebudak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 05:55 PM | Show all posts
geram tgk anak! cumel!! teringat anakku di rumah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 11:01 PM | Show all posts
sejuk mata tgk arni ngan suaminya...ni... kalo yg dulu semak mata d buatnya...anak pun comeiiii sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 01:36 AM | Show all posts
bagus dapat suami yg boleh membimbing ke arah yg betul
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 02:45 PM | Show all posts
Allah itu maha adil... kalau kita ikhlas terima ketentuannya ada hikmah disebaliknya.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 05:32 PM | Show all posts
comey baby..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 01:04 PM | Show all posts
Arni Nazira Tidak Pernah Menyesal




Wajahnya masih seperti dahulu. Cuma badannya sedikit sahaja berisi selepas melahirkan anak ketiganya. Sekian lama tidak muncul di mana-mana pentas hiburan mahu pun kaca tv, Arni Nazira yang pernah mencipta nama sebagai penyanyi dan pelakon pada tahun 1997 mengakui darah seni yang mengalir dalam jiwanya tidak pernah terhenti sebaliknya keadaan tidak mengizinkan untuk dia meneruskan karier seninya.

Dia yang mencipta nama melalui album Cinta Antara Benua pada tahun 1997 sebelum mengambil keputusan berkahwin dengan penyanyi rock, Awie dan memperoleh dua anak iaitu Putri Aleeya Antasha, 12 dan Putri Aleefa Antasha, 10 tahun.

Namun jodohnya tidak berpanjangan. Begitu pun suratan takdir menemukan dirinya dengan seorang ahli perniagaan, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar, 34 tahun yang kini menjadi suaminya. Perkahwinan bahagia itu dikurniakan seorang anak, Wan Mohd Mu’adz yang kini berusia dua tahun.

Dalam pertemuan yang berlangsung di studio Kumpulan Media Karangkraf baru-baru ini, ujar Arni minat dalam bidang seni tidak pernah hilang. Tipulah kalau kata Arni tak suka menyanyi atau berlakon kembali tetapi buat masa ini Arni banyak menumpukan perhatian kepada rumah tangga selain menjaga anak yang masih kecil.

“Dalam usia Mu’adz yang masih kecil, rasanya tidak berapa sesuai untuk Arni kembali berlakon atau menyanyi. Namun Arni banyak memberi tumpuan kepada bidang peragaan dengan menjadi model bagi pakaian muslimah. Jika ada yang panggil, Arni akan pergi selain berniaga secara kecil-kecilan bagi memenuhi masa lapang,” katanya mengakui sering berulang alik antara Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur mengikut suami yang menjalankan perniagaan.

Tambah anak seni yang pernah membintangi filem Nafas Cinta pada tahun 1998 dan Bara tahun yang sama, diikuti drama Tidak Pernah Ku Sesali, kali terakhir dia berlakon drama Bonda pada tahun 2008 dan seterusnya menguruskan alam rumah tangganya.

Biar sudah lama meninggalkan dunia seni namun kata Arni hingga sekarang masih ada peminat yang menegur dan bertanya khabar bila bertemunya.

“Arni akui sekarang banyak muka baru anak-anak seni ini malah mereka semuanya punya bakat baik dalam bidang nyanyian mahu pun lakonan. Ia satu perkembangan yang baik di mana mutu lakonan anak seni semakin dihargai. Tapi Alhamdulillah meskipun Arni lama sepi, masih ada yang menegur dan mengambil tahu perkembangan diri Arni,” jelasnya.

Bahagia melayan kerenah anak-anak
Mempunyai anak-anak yang semakin meningkat remaja, kata Arni hubungannya dan anak-anak tidak pernah renggang meski pun dua anaknya tinggal bersama bekas suaminya.

“Jika ke Kuala Lumpur Arni akan mengambil Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha dan biasanya kami menghabiskan masa di hujung minggu bersama. Anak-anak juga rapat dengan Mu’adz dan sangat mesra. “Lazimnya bila ambil anak di hujung minggu, Arni akan bawa ke tempat yang mereka sukai seperti menonton wayang bersama-sama dan sebagainya. Ada kalanya Arni akan bawa anak-anak mengikuti kuliah agama selain bersembahyang jemaah bersama-sama.

“Mereka juga rapat dengan Mu’adz dan kelihatan gembira bila bertemu. Kalau anak-anak ikut balik rumah, Arni akan memasak apa yang disukai mereka. Biasanya anak-anak tak banyak minta kecuali mereka akan makan apa saja yang Arni masakkan.

“Paling mereka suka ialah spageti selain masakan Terengganu iaitu singgang. Meski pun jauh tetapi Arni tetap mengikuti perjalanan anak-anak kerana Arni mahukan yang terbaik untuk mereka.

“Tahun ini, Aleeya mahu mengambil peperiksaan UPSR dan Arni sentiasa mendoakan anak-anak berjaya dalam pelajaran. Alhamdulillah, buat masa ini hubungan Arni dan bekas suami baik-baik sahaja,” katanya sambil memberitahu tidak pernah bertemu lagi selepas perpisahan terjadi antara mereka.

Menyentuh perihal anak remaja yang terlibat dalam masalah sosial, jelas Arni menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memantau pergerakan anak-anak. “Sebagai ibu bapa, kita perlu mengambil tahu dengan siapa anak berkawan. Kena tahu nombor telefon mereka agar kita dapat pantau. Bagi Arni keseimbangan dunia dan akhirat itu perlu.

“Kita tidak boleh terlalu memilih dunia atau mengejar duit. Tidak dinafikan, duit adalah keperluan tetapi minda dan jiwa anak-anak juga perlu diisi dengan perkara yang baik. Ibu bapa adalah contoh untuk anak-anak. Baik yang mereka lakukan, baik jugalah yang akan anak-anak ikuti,” katanya yang buat masa ini selesa dengan kehidupannya dan tidak menolak andai dikurniakan cahaya mata lagi.

Selesa Dengan Imej Bertudung
Menjawab satu pertanyaan tidakkah dia merindui dunia glamor yang pernah dikecapinya suatu ketika dahulu, kata Arni dia tidak pernah menyesal dengan apa yang terjadi. Malah ada hikmah buat dirinya yang kini tampil bertudung.

“Buat masa ini Arni selesa bertudung. Pakaian juga menutup aurat dan tidak terlalu menonjol. Beginilah keadaan Arni bila di luar,” jelasnya menguntum senyuman. Ditanya perkembangan artis yang memilih bertudung ketika ini ujarnya ia sesuatu yang baik kerana menutup aurat adalah wajib bagi muslimin dan muslimat.

“Arni lihat menutup aurat tidak menjejaskan langsung mutu lakonan mereka. Bertudung bukan bermakna artis ketinggalan dari segi fesyen sebaliknya fesyen bertudung juga banyak yang menarik jika digayakan dengan sempurna.

“Ada artis-artis yang kelihatan manis dengan bertudung malah bagi Arni ia sesuatu yang baik untuk mereka. Mutu lakonan pula bergantung kepada bakat artis itu sendiri. Ia tidak akan terjejas dengan hanya bertudung,” katanya menguntum senyuman.

-mingguan wanita-



besar dah anak lelakinya....comel......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2012 01:08 PM | Show all posts
Klu tak silap, dia pregnant lg...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 01:11 PM | Show all posts
cantik arni nih...bila tgk muka dia cam xpercaya je dulu dia bg ank mkn magi je bak kata bekas kakak ipa nyer
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 01:14 PM | Show all posts
cantik arni nih...bila tgk muka dia cam xpercaya je dulu dia bg ank mkn magi je bak kata bekas kakak ...
m2506 Post at 27-1-2012 13:11



kan...
alah, kalo kasi mkn megi pun da bdk2 minta nk mkn..
bukan satu kesalahan pun bg anak mkn megi..
sedap apa megi
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 01:17 PM | Show all posts
btul...cantik dan sejuk je mata tengok arni skang ni....
kan bagus kalau dia pun jadi duta tudung ariani..nama dah nak sama dah tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.106875 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list