CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38269|Reply: 7

[Jenayah] Pulak dah....

[Copy link]
Post time 23-9-2024 12:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 23-9-2024 04:14 AM

Sambil memuji tindakan polis terhadap Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH), PAS menggesa pihak berkuasa supaya tidak bertindak secara berlebihan.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata parti itu mengikuti rapat perkembangan siasatan terhadap GISBH.

"PAS mengalu-alukan siasatan yang telus, terperinci dan profesional ke atas pelbagai dakwaan terhadap GISBH mengikut undang-undang yang sesuai, sama ada melibatkan aspek kepercayaan dan pegangan keagamaan, mahupun isu-isu lain seperti amalan perniagaan, salah laku seksual, penganiayaan, perbuatan jenayah dan sebagainya.

"Namun begitu, berdasarkan kempen dan naratif negatif berkait kumpulan ini yang banyak tersiar di media sosial khasnya, yang mahu tindakan segera dan tegas diambil, PAS menggesa semua langkah diambil mestilah dibuat secara cermat dan teliti bagi memastikan tidak berlakunya pengabaian hak, ketidakadilan, dwistandard atau tindakan yang berlebihan-lebihan.

"PAS juga menyokong penuh tindakan tegas diambil ke atas pihak-pihak yang didapati bersalah, tetapi keghairahan untuk menghukum mereka tidak seharusnya memberi kesan buruk ke atas kumpulan itu secara keseluruhan, terutama sekali ahli-ahlinya yang tidak bersalah atau aspek-aspek aktiviti GISBH yang sah, patuh undang-undang dan bermanfaat,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

PAS menegaskan terdapat beberapa aspek positif mengenai GISBH seperti rangkaian perniagaannya yang besar.

“PAS percaya sisi-sisi positif kumpulan ini, termasuk jaringan perniagaannya yang luas, hendaklah dipelihara dan dilindungi daripada tindakan terburu-buru dan tidak adil yang mungkin berpunca daripada sentimen melulu, prasangka, persaingan perniagaan atau agenda politik tertentu pihak-pihak yang mahu menangguk di air keruh,” kata Takiyuddin lagi.

Semalam, polis menahan 155 lagi ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dalam serbuan besar-besaran melibatkan pelbagai agensi di seluruh Semenanjung Malaysia pada awal pagi.

MalaysiaKini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2024 08:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
datang dah puak enabler..memalukan agama je
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi amboi amboiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke sebahagian drpd dorang?
Pastu baru gak tau cikgu pasti pun bekerja sukarela ke?
Tp ada yg kata pasti tu takde kena mengena ngn pas.
Ntah la pening iols, dahla kes gisbh ni kurang mendapat perhatian agamawan sebaliknya jd medan gaduh2 plak.
Ustaz2 Pas yg selalu bising gegar mcm pu syed, dusuki dan lain2 diam plak
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 23-9-2024 07:23 AM

Mksud dia mcm jgn pkul rata ,x smua salah, sebilangan je yg bersalah. Mcm tulah kot. Kwan iol kata arqam dlu taksub kat ketua dia. Tapi yg gisb ni dah moderate lah, xmcm dlu. Xtaulah betul ke x.
Btw, pekerja bawah gisb ni dikira sebagai ahli gisb ke bukan. Sebab ada restoran sushi diorang, xdelah nmpak pkai songkok tinggi ke apa.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2024 07:55 AM | Show all posts
yg sbnarnya xder pape pown nak dibanggakan dgan business dorg yg wujud kat pelbagai negara tu sbb dorg berkembang dgan pesat pown dgan sumbangan org ramai + sumbangan dari golongan2 politician..

rasa donation la kot their main source of income.. aku pernah g ke ladang unta dorg kat Hudaibiyah waktu kerjakan umrah awal taun ni.. mmg salah sorg yg berpangkat dalam GISB ni kebetulan ada kat ctu.. die friendly la, layan para pelawat sumer.. chit chat ngan kitaorg.. pastu die gtaw la yg politician2 malaysian byak melawat dorg and bg sumbangan kat company dorg.. ko taw jerla puak2 ni kalo bagi donation xderla seribu, dua... plg koman puluh or ratus ribu.. could be juta...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak heran bekap sesama geng sbb Pas tu sendiri pon Parti Ajaran Sesat dekk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.095578 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list