CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fukadaminchi

BF marah klip3GP mimie. KOMEN PENONTON PG11. +1 Datin Ghairah pulak! PG15

  [Copy link]
Post time 16-10-2011 01:08 PM | Show all posts
aku x salahkan orang yang xnak tgk cite ni dan judge cerita ni sebelum g tengok..maybe feeling international sangat mengangkat karya asing(rumpun jawa katakan) nway, part berani dance lucah2 ni mcm la first time ada kan..cite aku masih dara pown dah tayang noks.. ala2 raba tetek sendiri n pegang cikbab sendiri tergeliat2.(sebab tu finas lepaskan sebab camera cuma tunjuk ekspresi muka jek).n end up atas katil terkangkang2.(part ni pown aku xsuke sgt, tpi part ni sikit jek la, noks)....sebab tu cite ni rated die p13 kan?..jangan ingat filem2 keagamaan tak leh jual dik non, bila cinta bertasbih, di bawah lindungan kaabah sumer box office...syukur 21 ada tgk x dulu?...kalau ustazah pilihan nak nengok pon apa salah..bukan wayang tu untuk orang urban jer..ada lagi Malay movie yang kuality baguz KL drift( mat drift sume ni bagus gak ke?..kelakar la u ni...kalau kl gangster tu baru i setuju..), Nur Kasih, Khurafat etc (sebab mutu filem namapak di situ)....n orang pon tak rasa tertipu ,kalau nengok citer Transformes(3D) ke even tiket mahal (rm10 jugak kot)...memang ada kuality..memang r tak adil nak bandingkan dgn cite omputih...

kesimpulannya sebagai seorang yang tak urban dan x kampung(kelass kau marie), cite ni bagus dan menginsafkan..utk sentiasa berjaga tgk kanan kiri sebab mat skodeng ni ada di mana saje..nway, sapa suruh tgk cite ni dgn anak...rasa nak gelak kuat2 jek depan u sebab awal2 lagi filem ni dah dirated..bukan U..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2011 01:30 PM | Show all posts
aku x salahkan orang yang xnak tgk cite ni dan judge cerita ni sebelum g tengok..maybe feeling inter ...
AppropriateNick Post at 16-10-2011 13:08



    Kesian tol aku nengok ko ni meroyan betul nak pertahan kan cite hampes ni (even bf c mimi pon ada perasaan malu dik non nengok gf dia act mcm tu)...ko nengok akunye nick ko kata aku rumpun jawerr eekk..sian tol r dak ni sorang tak pe aku bagi ko menang je la..ko tak baca ke post aku memula tu..memang aku dah silap beso sebab terjebak tetengok cerita bodoh piang cam tu...tak pe aku bagi je la ko ****1/2 sama dengan citer tu..tak yah  la nak gadoh2..amacm dah puas ati????    Anyway citer 3D leh dapat ke rm10..nati kalau ada yang leh dapat murah cam tu ko bagi tau aku eeek..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 01:51 PM | Show all posts
Reply  hellena

sinetron indon:15minit close up
15minit babak teringat
15minit bercakap dlm hat ...
johnazizul Post at 15-10-2011 23:53


hahaha betul betul betul
aku dulu layan gak sinetron tp makin lama makin gampang citernya
kalo org kurg agama silap2 leh murtad

mana tak nya, kalo yang baik semayang doa tu kemain banyak bala petaka menimpa
lepas eksiden, lumpuh
lepas lumpuh, umah lak terbako
lepas umah terbako, duit org kg bagi derma kne curik plak
LEPAS TU LEH KNE SAKIT JANTUNG PLAKKK!!!

yang jahat macam setan tu tunggu je lah episod last
kejap je kne balasan. kalo tak gile, mati kne patah petir. gitu je lah tak sengsara abis. dalam sinetron tu ada la dalam 15 min je tunjuk. hampeh tol..

anywayyy.. aku suka MIMI. sangat2 seksi, body baekkkkk punye. aku rasa lakonan dalam citer ni memang agak bagus utk 1st timer. tapi citer KLIP 3GP ni adalah cerita sampah. aku caya ramai je mat2 rempit dalam wayang tu tengok citer ni, tangan kanan seluk dalam bra bohsia kat sebelah, tangan kiri dalam suar. balik umah sambung aksi sambil rakam video sendirik..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 01:53 PM | Show all posts
tgk online jek....
kt internet nk g tgk wayang idok ler teman

dh leh agak mcm mane rupe citer nie
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 02:44 PM | Show all posts
Reply 323# setankuning


    ko ni ta baik tau cakap citer klip 3GP ni cam sampah ada orang cakap citer ni menginsafkan..n moral of the story "kena toleh kiri kanan mat sekodeng ada di mana2" lain kali nak menyundel ke g la hotel bajet..jangan wat kat semak, kat tepi tangga, n kalau nak berzina jangan bagi bf rakam... nati kena peras ugut....n mati jadi antu oooo...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 02:46 PM | Show all posts
dah berapa juta laku pelem nih?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2011 07:33 PM | Show all posts
tolong lah...klu ye pun xsuke cite ni..xyahla lebih2..sukati org r nk bg good review...yg nk condemn sgt tu nape? konon2 nk tengok sgt cite2 keagamaan..tp ayat2 xleh bla..tetek la hisap ** bohjan la...byk sgt tgk cite keagamaan la nh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 07:55 PM | Show all posts
sape nk tgk fergie (sile muntah) mesia beraksi tgkla cite nihh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2011 07:56 PM | Show all posts
tolong lah...klu ye pun xsuke cite ni..xyahla lebih2..sukati org r nk bg good review...yg nk condemn ...
princess_mia Post at 16-10-2011 19:33



   Mmmm...ye la..memang aku akui setengah2 ayat tu memang lazer..terelaborate details sangat lupa yang masuk ni terdiri dari berbagai peringkat umur..sorry eek.. tapi jangan la ko ingat aku ni dok layanz cite keagaman bagai..just nak bakup forumer lain yang beri cadangan pada penerbit filem dah tiba masa fikir untuk buat filem2 ilmiah..n luar dari kotak..pada sesiapa yang terasa aku mintak maaf bebanyak eekk... bukan ape terkezut beruk filem Melayu boleh sanggup wat citer cam tu..once again sorry pada sesiapa yang terasa
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 08:34 PM | Show all posts
Aku dah pegi tgk dah film nih..
komen -ve aku:

part2 adegan lucah Mimie tuh memg Nauzubillah sangat..
Dah x nampak mcm org Melayu dah..org Islam jauh sekali la..

komen +ve aku:

Cerita nih menceritakan realiti org kita..satu teguran sinis bahawasanya org Melayu yg merosakkan bangsa sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 09:03 PM | Show all posts
aku x tengok lagi citer nih..aritu g panggung jeling2 ja kat poster filem nih. kalau nk tgok movie bapak aku yg bagi duit pastu wajib dia tanya 'nak tengok cerita apa?' mati laa aku ckp nk tgok klip 3GP. org tua pon tau laa apa tu klip 3gp   aku baca komen2 kat twitter, rasa macam...x mungkin aku tengok filem ni. tp tu pndpt masing2 kan..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 09:12 PM | Show all posts
Dan yg ni komen dari FB.  credit dr rotikaya for entry ini













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 09:19 PM | Show all posts

Komen belog ROTIKAYA:

Filem berjudul Klip 3GP ini akan mula di’tayangkan di’pawagam seluruh negara bermula hari ini dan kami sendiri tidak sabar untuk membaca reaksi orang ramai.

Jika anda membaca beberapa review dari penulis hiburan bebas atau mainstream, kami sendiri agak terkejut apabila mereka memuji kelainan filem ini sedangkan hati kami meronta ingin koyakkan skrin ketika pra tonton tempoh hari.

Pertama sekali konsep keseluruhan filem. Isu penyebaran video 3GP adalah satu fenomena 6 atau 7 tahun dahulu — tetapi filem ini menjadikan ianya sebagai isu semasa. Timeline memang ke laut.

Kedua adalah filem ini memang sengaja & boleh kita lihat ingin menjual adegan seks sebagai pelaris filem ini. Aidilfitri yang merupakan pertama kali menjadi pengarah seakan terdesak untuk memperkenalkan diri ke khalayak peminat filem.

Juga ada adegan tidak masuk akal — eh, hampir semua adegan tidak masuk dek akal kalau kita fikirkan secara logik — tiga anak gadis dari Johor Bahru bertolak ke Kuala Lumpur melalui jalan lama di’tengah malam untuk clubbing.

Susunan plot juga tidak masuk akal — maafkan kami jika tersilap — di’awal cerita ada imbasan tertulis ’6 jam sebelum’ tetapi kisah’nya meleret sehingga seakan akan ’6 bulan sebelum’.

Kami bukan tidak galakkan anda untuk menonton filem ini di’pawagam. Jika tidak mahu mood hujung minggu anda terganggu, sila pilih filem lain yang kami pasti lebih baik & berbaloi untuk wang anda.

Tiada rating. Yeah, that bad — not even deserve a rating from us. Tapi, siapalah kami.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 10:06 PM | Show all posts
haku pon x ingin nk tgk...aku rs org yg nk tgk pon sbb tahu ada aksi ranjang mimi spt yg digembar-gemburkan...

hmmmm..statement ex-pakwe Mimi, "..walau sesosial dan sebebas mana pon sy, kalo nk cr isteri, nk cr yg jaga adab dan tatasusila timur.."

org lelaki mmg suka tgk pompuan sexy but in the end of the day, kalo nk wat bini, cr juga yg stok2 suchi murni gituh :re:

baik aku layan boboiboy dr tgk citer cengginih....main kt tv pon aku x ingin nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 10:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by AppropriateNick at 16-10-2011 22:37
Komen belog ROTIKAYA:Filem berjudul Klip 3GP ini akan mula di’tayangkan di’pawagam seluruh negara  ...
fukadaminchi Post at 16-10-2011 21:19



   hanya ni jek bagi bad review...yg good review sgt banyak ok...ni dia..from blog qarl_haiqal
Salaam & hola to all...

Kesempatan menonton preview filem terbaru Grand Brilliance Sdn.Bhd, Klip 3GP malam Isnin lalu di Pavillion KL tidak Qarl lepaskan since Qarl mmg sgt looking forward utk menyaksikan film ini setelah berulangkali menonton trailernya yg agak menarik di laman YouTube. High expectation? Tidak. Belakangan ini Qarl dah xmau lg meletakkan sebarang expectation sebelum menonton sesebuah filem Melayu sebab takut dikecewakan. Makanya, Qarl dtg bersama seorang lagi teman, Kal sebagai penonton biasa sahaja.

Filem sulung Aidilfitri Mohd Yunos ini secara ringkasnya mengisahkan ketaksuban individu mengaut keuntungan sehingga bergelar jutawan siber dengan cara menyebarkan video-video peribadi individu lain yang mana kesan hebatnya telah menyumbang kepada keruntuhan sosial masyarakat, tekanan jiwa yang hebat dan dipengakhiran cerita segala perbuatan jahatnya itu terbalas. What goes around comes around.Klip 3GP : 1G - Ganas, 1G- Gerun dan 1G- Ghairah.

Mungkin ada yang mengatakan format video 3GP sudah tidak popular lagi dalam masyarakat hari ini. Kenapa perlu filem ini ditayangkan tatkala masyarakat sudah mula taksub dengan kecanggihan HD (High Definition)? Namun hakikatnya, masih ada lagi ribuan klip2 berformat 3GP yang masih boleh diakses, ditonton, dimuat turun di alam maya mahupun secara perkongsian bluetooth. Qarl merasakan seandainya filem Klip 3GP ini terhasil 2-3 tahun yang lalu sudah tentu akan lebih mendapat sambutan yang luar biasa dek kerana pada ketika itu, isu Klip 3GP hangat diperkatakan.

Klip 3GP menampilkan majoriti muka baru dalam dunia lakonan antaranyaOne Nation Emcees, Tasha Shila, Sara Ali, Syafiq Isam dan Sabhi Saddi. Manakala pelakon hebat Zahiril Adzim merupakan peneraju utama filem ini. Tahun 2011 memang tahun murah rezeki Zahiril Adzim nampaknya!
Lakonan sulung MimiFly (One Nation Emcees) memang langsung tidak mengecewakan. Terus terang, Qarl merasakan Mimi berpotensi besar menjadi pelakon yang baik selepas ini. Lakonan Mimi ada attitude, yg kuat adalah mimik muka Mimi yg mmg sgt bersesuaian dengan watak 'bitch' Maya Akhtar. Even though ada yang merasakan aksi Mimi ketika babak di ranjang agak keterlaluan, tetapi hakikatnya, Qarl merasakan lakonan Mimi sgt natural, tak dibuat2. Ini seolah-olah jelas membuktikan Mimi did her homework, research utk memberikan 150% untuk wataknya. Bukan setakat babak diranjang yang menjadi, babak sebagai psychotic di penghujung cerita pun berkesan! Tahniah Mimi!


Pemilihan Zahiril Adzim (Eddy) amat tepat. Wajah yang innocent dan tubuh badan yang kecil, sukar untuk orang percaya dialah dalang disebalik semua kerja tidak murni ini. Namun, dari awal filem lagi, sudahpun diceritakan siapakah Eddy yang sebenarnya. anti climax? Seharusnya penulis skrip bagi ruang kepada penonton untuk berfikir dgn lebih kritikal, menganalisa mungkin, tidaklah penonton hanya di spoon-feed sahaja.

Klip 3GP memaparkan beberapa buah kisah. Kisah 'Gerun' kurang umph sbb terlalu singkat. Rakaman video dengan penampakan sosok entiti (hantu), diganggu hantu, kereta rosak, lari lintang pukang, that's all about it. Pembahagian durasi untuk setiap kisah nampak tak seimbang. Kisah 'Ghairah' sgt menjadi. Gandingan MimiFly si eksekutif terlampau dan Fikhree si gigolo melampau mmg ada chemistry. Begitu juga kisah sahabat karib, Jojo dan Zydee dari One Nation Emcees yang sanggup ambil risiko merakamkan aksi-aksi panas orang lain dan menjual pita rakaman tersebut demi kerana wang. Kisah 'Gerun' juga sampai kepada penonton. Tidak meleret-leret. Babak rogol beramai-ramai, pukul sampai mati berjaya dilaksanakan. Cuma yang agak kurang adalah pengucapan dialog Sabhi Saddi yang kedengaran agak janggal. Kisah terakhir merupakan kisah Eddy sendiri. Apa yang berlaku? Saksikan filem ini sendiri.


Setiap filem yang dihasilkan sudah tentu ada mesej yang ingin dihighlightkan kepada umum. Klip 3GP bertujuan mendidik masyarakat agar sentiasa berwaspada, berhati-hati dan berfikir dalam melakukan sesuatu, jangan terlalu mengikut hawa nafsu etc. Cuma apa yang menjadi kebimbangan dan kerisauan umum adalah paparan aksi-aksi keterlaluan dalam filem ini. Ya, real situation perlu ditonjolkan namun kita takut real situation tersebut akan menjana idea (planting ideas) bagi sesetengah pihak. Klip 3GP hanya sesuai untuk tontonan 18 tahun keatas sahaja. Remember that.

Satu lagi, filem ini juga highlight tentang betapa wang sungguh berkuasa. Kerana wang, maruah tergadai. Kerana wang, manusia diperbodohkan, dipermainkan. Kerana wang, manusia sanggup berbuat apa sahaja. Beberapa kisah yang dipaparkan, semuanya ada kaitannya dengan wang.

Overall, what can I say, every single thing has its own pros and cons. Kalau kita lihat dari sisi yang positif, maka benda-benda yang baik yang kita akan dapat, dan sebaliknya. Tahniah buat team KLIP 3GP especially Tuan Pengarah, Aidilfitri Mohd Yunos untuk filem pertama beliau ini. Selamat menonton
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 10:30 PM | Show all posts
haku pon x ingin nk tgk...aku rs org yg nk tgk pon sbb tahu ada aksi ranjang mimi spt yg digembar-ge ...
jejakajambu Post at 16-10-2011 22:06



  nanti suruh pengarah wat aksi jantan bogel lak...kelas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2011 10:35 PM | Show all posts
Reply 336# AppropriateNick


    hehe...kelllas ko nyah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 10:39 PM | Show all posts
Reply  AppropriateNick


    hehe...kelllas ko nyah
jejakajambu Post at 16-10-2011 22:35



   Klip 3GP - Ganas, Gerun Dan Ghairah
Bagi yang meminati filem berbentuk psycho thriller, jangan lepaskan peluang menonton filem terbaru terbitan Grand Brilliance ini. Filem arahan Aidilfitri Mohd Yunos ini begitu sinonim dengan kehidupan masyarakat kita sekarang yang dilimpahi dengan teknologi-teknologi canggih.
Klip 3GP lain dari yang lain kerana ia memaparkan kisah-kisah benar yang berlaku di sekeliling masyarakat kita. Apa yang uniknya, terdapat tiga kisah menarik yang dipaparkan dalam filem ini dan semua kisah ini mempunyai kaitan antara satu sama lain.
GUA kagum dengan bakat lakonan yang ada pada Mimi. Walaupun ia merupakan filem pertamanya, namun penyanyi kumpulan One Nation Emcees ini berjaya membawa watak sebagai Maya Akhtar dengan bagus sekali. Dalam tiga kisah yang dipaparkan, GUA rasa kisah sekumpulan gadis yang mengambil foto di mana terdapat hantu di belakang mereka tidak perlu ada. GUA tidak pasti mana relevannya kisah itu, kerana GUA rasa pengarah hanya ingin memenuhkan ruang dalam filem ini sehingga kisah itu tidak dikupas dengan baik.
Bagi GUA, kelebihan filem ini terletak pada aksi ghairah Mimi. GUA pasti penonton tidak sabar-sabar untuk menonton aksi panas Mimi dalam filem ini. Aksi ranjangnya memang cukup ghairah!
Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang menonton filem Klip 3GP yang akan mula ditayangkan pada hari ini, 13 Oktober 2011 di pawagam berhampiran anda.
Sinopsis:

Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang eksekutif yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.
Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur.
Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.
Lebih dari itu, Sandra satu hari telah diperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Aksi rogol ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri.
Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet. Dunia mereka kemudiannya bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 10:43 PM | Show all posts
11 Okt - "Lepas tanpa potongan dan lulus bersih". Itulah yang dikatakan oleh pengarah filem "Klip 3GP" Aidil Fitri Mohd Yunos (gambar) ketika ditemui di sidang media selepas tayangan perdana filem itu di GSC Pavilion, Kuala Lumpur semalam.
Filem bergenre psycho thriller ini mengandungi beberapa adegan yang dilihat terlalu ekstrem atau keterlaluan untuk tontonan setiap lapisan masyarakat. Antaranya adalah babak tikaman dilakukan oleh Maya (lakonan Mimie daripada One Nation Emcee) kepada Eddy (Zahiril Adzim) yang dilihat mempunyai tikaman melebihi lima kali serta adegan ranjang antara Maya dan Sunny (Fikhree Bakar).
Kata Aidil Fitri, "Ianya agak mengejutkan dan saya tidak sangka filem ini terlepas daripada sebarang pemotongan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM)."
Sebelum ini, drama "Soffiya" yang bersiaran di TV3 turut mengandungi babak tikaman sebanyak 13 kali telah dipotong menjadi tiga kali sahaja kerana tidak bersesuaian.
Diklasifikasi sebagai PG13, "Klip 3GP" bakal ditayangkan di 71 buah pawagam seluruh Malaysia bermula 13 Oktober ini.
"Klip 3GP" dibarisi Zahiril Adzim, Mimie (One Nation Emcee), Fikhree Abu Bakar, Adeline Anthony, Amanda Misbun, Sara Ali dan ramai lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 10:49 PM | Show all posts
ok.. mek donload tengok kat opis jer arr... keji tak?? tak seram n gerun sangat kalu tgk berjemaah..haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.339590 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list