View: 15075|Reply: 25
|
[Tempatan]
'man jadda wajada':Tiada istilah anak tidak menjadi, Fadhlina kongsi kisah anak sulung 'zero to hero'
[Copy link]
|
|
Pada masa sama, beliau berkongsi kisah kejayaan anak sulung yang digelar sebagai 'zero to hero'.
Katanya, dengan kehadiran enam cahaya mata, setiap mereka memerlukan pendekatan yang berbeza namun teras dan nilai fundamental tetap teguh.
“Ada satu perkara yang saya belajar sungguh daripada anak sulung kami, bahawa dalam apa jua keadaan, kepercayaan kami tetap utuh bahawa anak ini akan bersinar apabila tiba masanya! Maka saya dan suami harus sabar mendukung, mencipta ekosistem dan terus berdoa.
“Barangkali memang ada waktunya anak berasa terpinggir kerana tidak pernah menaiki pentas untuk menerima sebarang hadiah akademik, ketika adiknya saban tahun bergelar pelajar terbaik. Maka bermulalah proses kami menjaga ekosistem psikososial dan sokongan anak-anak dengan lebih kuat.
“Tiada tekanan untuk apa-apa kejayaan, yang ditumpukan adalah 'man jadda wajada' dan kita semua adalah kartika di langit seni masing-masing,” katanya.
Tambah Fadhlina, kecekalan dan 'resilience' memaknai 'man jadda wajada' mula kelihatan ketika keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anak sulungnya, malah keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) juga di luar jangkaan.
“Kelmarin, anakanda berkongsi keputusan peperiksaan beliau dan pencapaian anugerah dekan.
“Saya meminta izin untuk berkongsi sedikit kisah ini daripada anak saya untuk refleksi perjalanan kami yang sentiasa berkongsi semua perasaan bersama.
“Saya fikir, setelah sekian lama, anak sulung saya telah menemui rentak kehidupannya,” katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ya, setengah orang late bloomers. Masa sekolah paling corot tapi after school menyinar bersinar macam iols.. Koh koh koh |
|
|
|
|
|
|
|
Ada je anak yg x menjadi terutama di kalangan anak polis. This is real guys. Karma is around us. |
|
|
|
|
|
|
|
kena bagi tau kepada semua orang apa isi percakapan dia, patutnya wartawan coverlah
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus dia ni
Mmg anak2 akan bloom ikut waktunyaa
Mcm aku waktu belajar result mmg meletop straight As , 4 flat..
Waktu kerja biasa2 je
Husband aku belajar corot
Kerja skang dia level international
Biasa perempuan bijak awal, bodoh pon awal
Laki lambat bijak, tu yg bodoh dia pon lambat
Sbb tu ada peribahasa mens life start at 40
Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
anak aku msa PASTI antra yg dok belakang cakap pun x jelas, pas masuk sekolah tahun 1 ok pulak siap boleh mengaji sendiri, rupanya anak aku jenis belajar pagi2 sbb PASTI tu petang,
tempat aku ini sekolah satu sesi x banyak, sangguplah aku hntr jauh2 sbb nk sekolah situ
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 1-6-2024 08:53 AM
Ya, setengah orang late bloomers. Masa sekolah paling corot tapi after school menyinar bersinar mac ...
Iols excell msa skolah rendah, skolah menengah corot, tp masuk matrik bounce back gtu…msuk U plak jd normal
Tp dlm adik bradik i sorg je yg x pnah merasa naik pentas jd best student dr kecik smpai besar.. kdg2 rsa jugak mcm anak angkat, tp sbb i lbih kt rupa drpd yg lain so i peduli hape…kite enjoyyy!!!…. |
|
|
|
|
|
|
|
Fulbright Scholar jeling makripat..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je yg tk menjadi. Contohnya mat rempit, ahchong jual ayam fresh, muthu pukul anakbini. |
|
|
|
|
|
|
|
ejans replied at 1-6-2024 09:33 AM
Bagus dia ni
Mmg anak2 akan bloom ikut waktunyaa
Mcm aku waktu belajar result mmg meletop straight A ...
Lelaki slalu byk main, berfikiran secara matured pon lambat. Org pempuan ni cepat berfikiran secara matured sbb tu agaknya serius awal, jadi pndai pon awal. Pempuan ni kecik2 lagi dah disuruh buat mcm2 keje rumah vs anak lelaki. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg setiap org ada masanya
Allah's plan is far better |
|
|
|
|
|
|
|
aechae replied at 1-6-2024 10:00 AM
Iols excell msa skolah rendah, skolah menengah corot, tp masuk matrik bounce back gtu…msuk U plak ...
Iols sekolah rendah regular naik pentas...sekolah menengah takde chance..ramai yg hebat2...uni memula iols mcm directionless sekali kena basuh dgn member iols...dia just ckp aik..scholar pun dpt itu coz iols dpt <3 ...sbb iols rs tercabar tiba next sem msk dean list...
So pada iols seme org boleh bloom..dah >18 thn tu kena independent la bw diri...think the best for your ownself... |
|
|
|
|
|
|
|
masalah bdk2 skrg parent pun tak berminat ttg pelajaran anak2. Yg tak menjadi di sklh tu adalah punca dr pengabaian oleh ibu bapa...anak dah mmg mls tmbh pulak mak bapa yg x mendorong maka hasilnya ke laut la. Kalau ibu bapa yg bersungguh2 ni walau anak lemah pun akan ada ada hasilnya nnt. |
|
|
|
|
|
|
|
honeybee1802 replied at 1-6-2024 10:34 AM
Iols sekolah rendah regular naik pentas...sekolah menengah takde chance..ramai yg hebat2...uni mem ...
Tp apapn ibu bapa/ org tua jgn lh sisihkn anak2 yg mcm kurng sket pencapaiannya… iols terasa tauu.
Arwah atok iols pn dlu je jenis bg duit lebih kt cucu2 yg top 3..stiap kali blk kg tnya dpt nombor brapa…
Coping mechanism iols senang je, smpai skang mulut i laju je mintak duit kt family members … biar lh i ada duit sndri pn tp dorg ada dpt lbih kn dr kecik |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak pandai sekolah rendah, sekolah menengah. Tapi skrg ni kt opis ramai pulak yg kena dengar cakap aku |
|
|
|
|
|
|
|
Aiseh hehehe kaka nih. Kaka study apa lepas sekolah menengah?
Ni kisah tentang seorang kenalan. Sheols memang dari kecik tak outstanding. Sekolah rendah, sekolah menengah kelas corot. Tapi lepas SPM dapat pulak biasiswa pi US. Masa pergi US tu, sekolah pun jenis so-so je lah, takde in national rankings pun. Fast forward beberapa dekad, alahai, dah jadi big shot. Muahahaha aiols geleng kepala jah. Itulah dinamakan rezeki.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagi satu, kecemerlangan anak2 ni pelbagai. Ada yg cemerlang akademik, ada yg berbakat dalam jahitan, tenunan, lukisan, memasak, menghibur etc. Tugas parent & maybe guru, utk mengenalpasti potential anak2 ini agar bakat mereka boleh dikembangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 1-6-2024 09:48 AM
anak aku msa PASTI antra yg dok belakang cakap pun x jelas, pas masuk sekolah tahun 1 ok pulak siap ...
Maksudnya otak dia cergas masa waktu pagi
Agaknya sama mcm org yg tgh malam idea dia byk melimpah ruah tu |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 1-6-2024 09:05 AM
Ada je anak yg x menjadi terutama di kalangan anak polis. This is real guys. Karma is around us.
Haze dari rambut hitam jadi putih sekarang hitam semula.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ada satu perkara yang saya belajar sungguh daripada anak sulung kami, bahawa dalam apa jua keadaan, kepercayaan kami tetap utuh bahawa anak ini akan bersinar apabila tiba masanya! Bagi aku tak akan bermain dengan faktor kepercayaan dalam mendidik anak. Aku lebih suka pakai pendekatan saintifik, sebab dan akibat tetapi dalam ruang lingkup realiti, fasa dan proses. Faktor lain spt pressure motivasi minat semuanya patut difahami bersama kerana ianya ada dalam kehidupan nyuata manusia.
selepas menyediakan material support dan keadaan kodusif semampunya ibubapa, pada aku perkara yang menjadi kesalahan besar dalam parenting ialah ibubapa tidak mengajar tentang kehidupan kepada anak mereka. Ajarlah dalam konteks pengetahuan ibubapa itu terhad, dan dia perlu berjalan meniti kehidupan itu sendiri serta mempelajarinya dari guru2 lain, buku2 etc supaya mendapat pengertian
kesalahan kedua ibubapa ialah tidak mengajar kemahiran ibubapa kepada anak-anak. jika kemahiran bapa ialah pengalaman 30 tahun menjadi tukang kayu dia wajib mengajar anaknya kemahnirangn tukang kayu. Wajib mengajar, sebenarnya pengetahuan tukang kayu itu cuma ilmu tambahan, tetapi yang paling penting disitu ialah kemahiran, kemahiran ini boleh diapply dlm banyak aspek kehidupan lain spt kesabaran, cara observation yang betul, cara kita menyelsaikan masalah, cara menjaga supaya tidak ditimpa bahaya ... etc...
kesalahan ketiga ialah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|