CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
 Author| Post time 16-12-2013 09:16 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 16-12-2013 09:11 AM
nak letak RP berapa?

bagi link please... pepagi ni malas nak mencari

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D4

Letak RP empat ke...enam ke... ikutlah...

Thanks Nay!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2013 09:28 AM | Show all posts
Episode 16

The Nicky’s

Kate dan Audrey melangkah masuk ke dalam. Ini adalah pertama kali mereka datang ke sini. Mereka menjangkakan The Nicky’s ini adalah sebuah kelab malam, tetapi, jangkaan mereka silap.Tempat ini terletak di kawasan terbuka. Tiada lampu laser atau bunyi bingit yang menyambut kedatangan mereka. Yang kedengaran hanya alunan muzik dan nyanyian oleh sebuah kumpulan yang sedang membuat persembahan ketika ini.

Penyambut tetamu membawa mereka ke meja tidak jauh dari pentas utama. Setelah membuat pesanan minuman, Kate mengucapkan terima kasih.

We are here. Where are you?


Kate menghantar mesej setelah panggilan ke telefon bimbit Zack tidak berjawab sejak dari tadi.

Sudah hampir lima minit mereka duduk. Bayang Zack langsung tiada.

“Zack chai na li?" Tanya Audrey.*

“Wo bu chi tao.” Kate menjawab tanpa memandang ke arah Audrey. Perhatiannya terarah kepada kumpulan muzik yang membuat persembahan di hadapan.*



“Ha men hen hao wor....” Komen Audrey, merujuk kepada kumpulan yang membuat persembahan. Kate menoleh sebentar ke arah Audrey dan mengangguk, mengiyakan komen Audrey. Matanya kembali ke depan.*

“Ni kan..ni kan. Zack chai na pien.” Kate berkata, kelihatan teruja.*

“Na li?” Soal Audrey.*

Kate menunjuk ke arah pentas utama tanpa menjawab soalan Audrey. Tangannya melambai-lambai, mahu memastikan Zack sedar kehadirannya di situ.

Zack hanya membalas dengan senyuman sambil meneruskan persembahan.

“Ladies and gentlemen. Please allow us to take 15 minutes break and after that, we are going to continue with another session.” Anna, penyanyi wanita utama berkata setelah mempersembahkan empat buah lagu berturut-turut. Pentas utama di kosongkan. Irama muzik alunan piano menjadi pengganti hiburan buat seketika.


____________

*Mana Zack?

*Saya tak tahu.

*Mereka sangat bagus.

*Awak tengok, Zack ada di sana.

*Di mana?

Last edited by Nicki_Meow on 17-12-2013 08:41 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 09:29 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 16-12-2013 09:16 AM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=660563&extra=page%3D4

Letak RP empat ke. ...

okay done Nicki...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2013 09:33 AM | Show all posts
“Zack.” Kate bersuara sambil melambai ke arah Zack sekali lagi apabila Zack datang ke arah mereka.

“Hi Kate.” Zack datang menyapa sambil tersenyum. “Audrey…right?” Zack memandang Audrey ketika, mahu memastikan tekaannya adalah tepat. Audrey hanya mengangguk, tersenyum sedikit. Kurang mesra nampaknya.

Zack menarik kerusi lalu duduk bersama mereka.

“Hey, what a surprise.” Kata Kate. Zack senyum.

“So, this is how you chilling out.”

“Only do it for fun.” Balas Zack, tersenyum lagi.

Zack dan Kate terus berbual-bual. Audrey hanya menyampuk sekali-sekala. Dalam diam, Zack kurang selesa dengan cara Audrey memandangnya.

“I nak pergi washroom sekejap.” Kate meminta diri lalu bangun.

“Sana.” Zack menunjukkan arah.

“Don’t be too long.” Pesan Audrey.

“I won’t be long.” Sambil tersenyum, Kate berkata kepada Audrey lalu bangun. Audrey mengangguk. Zack pula rasa semacam dengan situasi itu.

Kini, tinggal mereka berdua saja. Keadaan yang sedia pelik semakin janggal. Zack berkira-kira untuk meninggalkan Audrey di situ.

“I tak tahu, apa yang istimewa tentang you sampaikan Kate selalu cerita pasal you.” Audrey memulakan bicara dengan bahasa Melayu yang sangat fasih. Namun, suaranya kedengaran dingin.

Zack memandang Audrey tanpa berkata apa-apa. Kefasihan Audrey berbahasa Melayu agak mengejutkan. Jauh lebih baik berbanding Kate yang pelat sana-sini.

“Dia cakap pasal you hampir setiap hari. Zack this…Zack that. Zack bla…bla..bla…” Sambung Audrey.

Zack mengangkat kening. Mula merasakan yang Audrey cemburu. Tidak pernah Zack terfikir perkara begini akan berlaku kepadanya. Dia dicemburui oleh seorang wanita hanya kerana teman wanita kepada wanita itu rapat dengan dia. Kalau Audrey itu lelaki, mungkin Zack takkan rasa sejanggal ini.

“Apa yang dia cerita pasal I?” Zack bertanya, juga dengan nada dingin. Dia memutuskan untuk mengikut saja rentak Audrey.

“Banyak.” Pendek saja jawapan Audrey membuatkan kening Zack terangkat sekali lagi. Last edited by Nicki_Meow on 16-12-2013 10:54 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2013 09:50 AM | Show all posts
“Tapi tak apa. I tak kisah asalkan dia happy.I tak pernah nampak dia happy macam ni sejak Kevin tinggalkan dia.”

“Kevin?” Soal Zack.

“Kate’s boyfriend.”  Jawab Audrey.  

“Oh.” Zack terangguk-angguk.

“She’s stupid. It has been more than a year. Kevin never turn up, not even a phone call. I dah beritahu Kate banyak kali supaya lupakan Kevin. Tapi Kate degil. Kate tetap harap yang Kevin akan balik semula pada dia.”

Zack mula menumpukan perhatian pada Audrey.

“Disebabkan Kevin, hidup Kate jadi tak tentu arah. Dia pernah mabuk. Makin kuat merokok. Honestly, I tak tahu nak cakap apa lagi pada Kate supaya dia lupakan Kevin.” Audrey melepaskan keluhan. Suaranya tidak sedingin tadi.

“Berapa lama Kate dengan Kevin bercinta?” Zack semakin berminat untuk mengetahui kisah Kate.

“I tak ingat. Rasanya, dah lama. Masa I kenal Kate, dia dah bersama dengan Kevin.”

Zack mengangguk lagi.

“Things got worse since six months ago. Kate been diagnose with Rheumatoid Arthritis.”

Zack mengerutkan kening. Penyakit yang disebut Audrey, dia kurang tahu. Untuk ulang sebut pun, Zack teragak-agak.

“Say that again…” Pinta Zack.  

Audrey memutarkan biji mata. “Rheumatoid Arthritis. R.A in short” Ulang Audrey. Zack membuat muka tanda soal.

“Basically, R.A is a penyakit keradangan sendi. Sakit disebabkan tahap keimunan dalam badan you jadi haywire. Jadi, kalau you terkena penyakit ni, sendi you akan sakit. Tangan atau kaki you akan bengkak secara tiba-tiba. Lebih teruk lagi, kadang-kadang you akan jadi lumpuh sementara.” Audrey menerangkan secara ringkas.

Zack terdiam.

“Berapa teruk sakit Kate?”

“Depends. Kalau teruk sangat, Kate tak boleh bangun langsung.”

“Macam mana Kate boleh kena R.A?”

“Susah nak terangkan. Mungkin faktor hormon, genetik, mungkin bakteria. Sampai sekarang pun, susah nak detect apa yang trigure penyakit R.A ni…” Balas Audrey.

Zack tersenyum sedikit.

“Why?” Tanya Audrey apabila melihat Zack tersenyum.

“Cara you terangkan macam doktor.”

“I am a doctor.” Jawab Audrey. Zack tergamam. Melihat penampilan Audrey, dia tak dapat menjangka yang Audrey adalah seorang doktor. Last edited by Nicki_Meow on 16-12-2013 11:31 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2013 09:55 AM | Show all posts
“Kenapa?”” Soal Audrey apabila melihat Zack memandangnya semacam.

“I tak sangka yang you…doktor. I mean, judge from your appearance…”

“Well, don’t judge. Doctors are human too…”

Zack diam.

“She stops drinking since then. Now, I’m trying to persuade her to stop smoking. Smoking can make her condition worse.” Sambung Audrey.

“Err…really?” Tiba-tiba Zack terasa bersalah. Dia selalu merokok dengan Kate. Siap berkongsi pula.

Audrey mengangguk.

“Sekarang ni, Kate addicted dengan painkiller. Kadang-kadang, walaupun tak sakit, dia sengaja makan painkiller.”

Zack terdiam lagi mendengar penerangan Audrey.

“I’m really worried about Kate. She is alone here. Keluarga dia semua di UK. Relatives pun tak ramai di sini. She only got me but then again…I’m going to get married in two months. Siapa nak jaga Kate kalau dia jatuh sakit? I cannot ask her to live together with me and my husband…kan?. Seriously…I tak tahu nak buat apa lagi. Dah banyak kali I suruh dia balik ke UK, tapi Kate tak nak. Dia tetap nak tunggu Kevin balik. Dia takut kalau dia balik ke UK, Kevin tak dapat cari dia lagi. Stupid, right? I mean…kalau betul Kevin sayangkan Kate, takkanlah…”

“Wait…you cakap you nak kahwin?” Zack memotong bebelan Audrey.

“Yes.” Audrey angguk. Zack terkebil-kebil.

“But I thought..you dengan Kate….” Zack tak dapat menghabiskan ayatnya.

“A lesbian couple?” Soal Audrey sambil senyum sinis.

Zack senyum sumbing, mengiyakan kata-kata Audrey. Audrey tertawa kecil.

“I know you will think that way but no. We are not.” Kate menyambung kata, masih tersenyum sinis.   

“But I saw you and Kate…in the club…both of you were…”

“It’s for fun.” Audrey memotong kata-kata Zack dengan pantas.

“Fun?” Kening Zack terangkat.

“I think it’s not necessary for me to explain myself. Like I said earlier, don’t judge. You. Me. Kita semua ada cara masing-masing.”

“Fair enough.” Balas Zack.

Audrey mencapai gelas berisi Coke lalu meneguk isinya sedikit.

“Zack, she’s broken. Sick, wounded and broken. I really don’t know what else I can do about Kate…” Audrey berkata dalam nada perlahan.

Zack mendiamkan diri. Dalam diam, dia turut merisaukan Kate, berbaur dengan rasa simpati. Tapi, apa yang dia boleh buat? Last edited by Nicki_Meow on 16-12-2013 11:33 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-12-2013 09:57 AM | Show all posts
“Hey! Kenapa muka you…and you so serious?” Kate sudah kembali. Audrey hanya tersenyum. Manakala Zack memandang Kate dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

“Audrey…” Panggil Kate, terasa curiga dengan keadaan itu.

"Ni ken wo shuo, ni ken ha jiang shenme? Ni pu yau luan-luan jiang ler." Kate berkata dalam bahasa Mandarin. Mungkin tidak mahu Zack memahami butir perbincangan mereka.*

"Na li you?" Audrey turut menjawab dalam bahasa Mandarin.*

"Ni pu yau pyen wo..." *

"Wo mei you pyen ni ler..." *

Dek kerana tidak memahami butir perbualan mereka, Zack menjadi tiang lampu buat seketika.

Wajah Kate seperti mencurigai sesuatu manakala Audrey pula seperti sedang memujuk Kate. Setelah berbalas kata dalam seminit, barulah Kate ceria semula.

“Kate takut I cakap bukan-bukan pasal dia pada you.” Audrey menerangkan isi perbualan mereka secara ringkas kepada Zack. Zack tersenyum memandang Kate.

“Zack!” Anna, si penyanyi wanita utama memanggil Zack. “Time’s up.”

“Excuse me, ladies.” Zack meminta diri lalu bangun. Untuk seketika, Zack memandang Kate.

“Go ahead. We loves to see you singing…” Kata Kate, pelik dengan Zack yang melihatnya agak lama.

Kata-kata Kate membuatkan Zack tersenyum lalu meninggalkan mereka untuk kembali membuat persembahan.

________________

*Awak beritahu saya, apa yang awak cakap dengan dia? Awak jangan cakap yang bukan-bukan.

*Mana ada.


*Awak jangan tipu saya.

*Saya tak tipu awak.

Last edited by Nicki_Meow on 17-12-2013 08:41 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2013 10:32 AM | Show all posts
“Before we start, I would like to dedicate this song to my friend there, Kate…”

Sedikit tepukan kedengaran daripada pengunjung.

“Kate. I want you to know that whatever happen, life goes on…so be strong.”

Kata-kata Zack menyebabkan wajah Kate berubah lalu memandang ke arah Audrey.

“Ni ken ha jiang shenme?” Kate bertanya tetapi Audrey hanya tersenyum tanpa menjawab.*

“Enjoy this song.” Sambung Zack lalu mula memetik gitar.



Where there is desire
There is gonna be a flame
Where there is a flame
Someone's bound to get burned
But just because it burns
Doesn't mean you're gonna die
You gotta get up and try, try, try

“Thank you.” Ucap Zack setelah habis menyanyi. Tepukan diterima dari para pengunjung. Zack memandang Kate dan buat seketika, pandangan mata mereka bertaut.

Zack mengukir senyuman.

***


*Awak cakap apa dengan dia?
Last edited by Nicki_Meow on 17-12-2013 08:06 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2013 10:37 AM | Show all posts
“Nice show, Zack.” Puji Audrey. Zack tersenyum saja.

“Hey, thanks for inviting us here.” Kata Kate. Wajahnya ceria.

“No problemo.”

“We make a move first. I guess, we’ll see each other again…next week.” Sambung Kate, meminta diri.

“Yup. See you next week.” Balas Zack.

“Bye Zack.”

“Bye ladies.”

Kate dan Audrey meninggalkan Zack untuk pulang.

Telefon bimbit Zack berbunyi dan bergetar. Ada mesej baru masuk.

Farizah Sidek
Sedap suara Zack. Tak tahu pulak yang Zack pandai nyanyi…


Kening Zack terangkat lantas Zack mengangkat muka menoleh ke sekeliling. Namun, dia gagal mencari kelibat Farizah di mana-mana.

Zack Iskandar
Izah ada kat sini ke? Tak nampak pun? Kenapa tak tegur Zack?

Farizah Sidek
Seganlah nak tegur. Lagipun, Zack dengan girlfriend. Nanti ada yang jealous, susah pulak.


Zack tersenyum sambil menggelengkan kepala.

Zack Iskandar
Itu kawan. Bukan girlfriend.

Farizah Sidek
Betul ke?

Zack Iskandar
Betul

Farizah Sidek
Kalau macam tu, bolehlah Izah jadi girlfriend Zack?


Zack terkedu sebentar. Sekali lagi, Zack melilau mencari kelibat Farizah tetapi masih gagal.

Farizah Sidek
Zack cari Izah ke?  

Zack terasa cuak diperhatikan sebegitu.

Zack Iskandar
Izah kat mana ni? Tak nampak pun.

Farizah Sidek
Cuba cari betul-betul.

Zack Iskandar
Izah janganlah main-main. Tak nampak pun Izah kat mana-mana.

Farizah Sidek
Ada

Zack Iskandar
Kat mana?

Farizah Sidek
Dalam hati Zack.


Zack tergamam lagi. Kali ini, dia benar-benar mati akal untuk membalas mesej dari Farizah.

***

“Izzy…”

Farizah menoleh lantas tersenyum.

“Shall we go now?” Soal Aaron. Farizah tersenyum mengangguk. Aaron turut tersenyum lantas membukakan pintu kereta untuk Farizah.

“Are you okay, sweetie?” Soal Aaron yang telah pun duduk di tempat pemandu. Wajah Farizah yang tiba-tiba saja mendung mendatangkan tanda tanya.

“Yes.” Jawab Farizah, pura-pura tersenyum.

“Kenapa tiba-tiba you macam tak ada mood?" Soal Aaron lagi. Farizah hanya menjawab dengan menggelengkan kepala. Aaron mengangkat bahu dan tidak bertanya lagi.

Mazda RX8 meluncur meninggalkan kawasan itu. Last edited by Nicki_Meow on 16-12-2013 10:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 11:21 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 16-12-2013 10:37 AM
“Nice show, Zack.” Puji Audrey. Zack tersenyum saja.

“Hey, thanks for inviting us here.” Kat ...

Nicki ~ kasi entry lebey sket....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2013 11:25 AM | Show all posts
Maka dengan ini, desas-desus yang mengatakan Kate & Audrey adalah pasangan lesbo adalah tidak benar.

Video hanya untuk tujuan visual dan mendapatkan lebih feel. Idoklah Zack tu ghopa mat salleh.


@NaylaArisha Thanks


Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 03:09 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 16-12-2013 11:25 AM
Maka dengan ini, desas-desus yang mengatakan Kate & Audrey adalah pasangan lesbo adalah tidak benar. ...

Berjaya akhirnya khatam dr mula..itu pun setelah dikejutkan oleh cik @UsuFie

thank you nicki! Nak lagi boleh ngeh3
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 07:50 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 16-12-2013 09:06 AM
Ya Allah....

Sellie oi...Apa benda ni? Kucing konyol sume ada....

tulah pasl...kelaut jek terjemah....kucing ngan ko kan berpisah tiada....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 07:54 AM | Show all posts
Thanks @NaylaArisha  syg ngan tacang tuh... info x seberapa jek...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 10:26 AM | Show all posts

nicki...cepat sambung...



Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 10:28 AM | Show all posts
khaizarina posted on 16-12-2013 03:09 PM
Berjaya akhirnya khatam dr mula..itu pun setelah dikejutkan oleh cik @UsuFie

thank you nicki!  ...



Hi khai....

tulah..jgn study jer...sesekali mai lah kat sini...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2013 12:33 PM | Show all posts
UsuFie posted on 17-12-2013 10:26 AM
nicki...cepat sambung...

Jingtian mei you entry. Wo henmang ler.

Mingtian keiyi ma?




Hi @khaizarina    Last edited by Nicki_Meow on 17-12-2013 12:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 02:05 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 17-12-2013 12:33 PM
Jingtian mei you entry. Wo henmang ler.

Mingtian keiyi ma?

ari ni x der entry ke nicki?

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 02:41 PM | Show all posts
takde sambungan lg
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 03:40 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 17-12-2013 12:33 PM
Jingtian mei you entry. Wo henmang ler.

Mingtian keiyi ma?

Why mei yo entry... Yo maa

ramai dok nunggu ni hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.100921 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list