CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58035|Reply: 124

[Jenayah] Sesat lagi menyesatkan, Sultan Selangor titah semua rumah & sekolah GISBH ditutup

[Copy link]
Post time 21-9-2024 10:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 22-9-2024 11:12 AM

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua rumah amal dan sekolah islam dibawah kawalan GISB Holding Sdn. Bhd. (GISBH) diarah tutup segera dan tidak dibenarkan beroperasi di negeri ini.

Baginda menegaskan, ini juga termasuk rangkaiannya yang tidak berdaftar atau disyaki terlibat dengan apa-apa kegiatan jenayah termasuk jenayah syariah.


Titah Sultan Sharafuddin, berdasarkan laporan diterima baginda kebanyakan daripada rumah amal GISBH yang terlibat dalam siasatan telah lama beroperasi di beberapa buah negeri di negara ini khususnya di Selangor tanpa pendaftaran.

“Beta berasa kesal dan kecewa kerana perkara ini telah berlanjutan untuk suatu tempoh yang lama dan tiada tindakan berkesan diambil untuk menangani perkara ini.

“Kita perlu menerima hakikat bahawa kelewatan menangani perkara ini menunjukkan kelemahan dalam aspek pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang oleh agensi-agensi agama terhadap rumah amal dan sekolah agama Islam yang berkaitan dengan GISBH serta rangkaiannya sehingga menyebabkan perkara ini menjadi begitu serius dan tidak terkawal,” titah baginda menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Sultan Sharafuddin bertitah, telah memanggil mengadap Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ketua Polis Selangor dan anggota MAIS di dalam satu mesyuarat bagi mendapatkan maklumat lengkap berhubung perkara itu selain mengenal pasti langkah-langkah segera perlu diambil bagi menangani perkara ini.

Susulan mesyuarat itu, baginda menjelaskan telah menitahkan agar semua agensi agama Islam Selangor iaitu MAIS, JAIS, Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bekerjasama dalam menyiasat secara mendalam bagi memastikan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kesalahan jenayah ini diheret ke mahkamah dan didakwa.

Titah Sultan Sharafuddin, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor juga digesa untuk mengkaji dan meneliti bagi memutuskan persoalan berkaitan amalan GISBH sama ada ia menyeleweng atau bercanggah dengan ajaran agama Islam yang sebenar.- Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2024 10:58 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh buku pun ditanam. apa lagi agaknya yang ditanam selain buku.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Negeri lain dah diarahkan tutup ke belum rumah2 dan sekolah gisbh tu aku baru teringat dalam peti ais aku ada simpan lagi pes ciliboh brand ikhwan ni. Beli pek besar pulak tu belum bukak guna lagi. Terlupa nak buang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tauhu ikhwan yg sedap tu mcmna...
Saya mmg dok beli tauhu ikhwan.

Sedih pulak jd laguni...

Tahu depa asal arqam...ingtkn lepas abuya meninggal, rebranding...jadi ok..

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau korang tgk komen ex gisbh ni sebenarnya walau dorang kata mcm2 kat pengurusan gisbh tu tp dorang masih taasub pada abuya
Aku perasan byk kali dah,konon abuya cuma sesat bab aurat muhamadiah tu jer tp yg puja melebih2 tu ahli bawahan, gisbh ni menunggang nama dia je blablablaaa..
Dia masih hidup kot masa ahli jemaah dia start taasub tu kenapa tak penah nak halang?
Konsepnya sama je mcm artis2 yg jd sembahan peminat dia, artis2 tu tak penah pun tegur peminat2 yg fanatik, yg sanggup gaduh ngn haters semua tu. Dorang biarkan jerr, sapa je tak suka dipujaaa2?

So takyahla nk sucikan plak abuya tu sedangkan dia la punca semua kegilaan ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2024 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 21-9-2024 11:12 PM
Tauhu ikhwan yg sedap tu mcmna...
Saya mmg dok beli tauhu ikhwan.


Makan je dari membazir. Bukannya haram.

Selama ni makan elok je kan? Ke ada nyanyi lagu abuya pbt tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 21-9-2024 11:12 PM
Tauhu ikhwan yg sedap tu mcmna...
Saya mmg dok beli tauhu ikhwan.


Beli yang kok meng pulak..biar kapir asal bukan gisbh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2024 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 21-9-2024 11:12 PM
Tauhu ikhwan yg sedap tu mcmna...
Saya mmg dok beli tauhu ikhwan.


Ko tak membaca ke apa dorang buat kat makanan² tu jadi shedap.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 11:39 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 21-9-2024 11:06 PM
Negeri lain dah diarahkan tutup ke belum rumah2 dan sekolah gisbh tu  aku baru teringat dalam peti ...

Kalau iols buang terus..kot ada air rendaman spender abuya ke atau lelehan yg x sepatutnya..yikes



Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 21-9-2024 11:39 PM
Kalau iols buang terus..kot ada air rendaman spender abuya ke atau lelehan yg x sepatutnya..yikes  ...

Iols lupa nak buang itu hari lepas kebabom pasal kes gisbh ni. Memang sedap ikut tekak iols sebab tak pedas sangat. Mana lagi lepas ni nak cari ciliboh yang sedap. Nak buat sendiri malass.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Sita je harta² diorang lepastu Pejabat Tanah lelong.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah la sesat.. lepas tu mencemarkan alam sekitar pulak
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Walanon mesti taktahu yg abuya tu dulu member baik dgn bapok tua(BT). Mesti kalo abuya still hidup dia akan kecewa gila sbb kena tikam blakang dgn BT...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 22-9-2024 01:16 AM
Walanon mesti taktahu yg abuya tu dulu member baik dgn bapok tua(BT). Mesti kalo abuya still hidup d ...

#bebaskankaabah ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasar ikhwan di Putrajaya..lalalala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
'Pasar Ikhwan di Putrajaya, Siapakah dia Abuya?'

'Abuya seorang yang teliti, sudah tentulah PBT (Putra Bani Tamim)'

'Abuya pasti akan zahir, bilakah Abuya lahir?'

'Di Makkah musim tengkujuh Abuya lahir 37'

'Kekasih Allah Nabi Ibrahim...siapakah dia Lebai Ibrahim'

'Beliau itu pakcik Abuya, juga merangkap guru Abuya'.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2024 01:46 AM | Show all posts
MissYouSayang replied at 22-9-2024 05:16 AM
Walanon mesti taktahu yg abuya tu dulu member baik dgn bapok tua(BT). Mesti kalo abuya still hidup d ...

Ye ke...


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
nape i xpernah jmpa produk ekhwan ni ek
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Imam mahdi dah tulis buku rupanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.237755 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list