CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: acegal

Orang Asli (merged: herman)

[Copy link]
Post time 16-6-2005 07:01 PM | Show all posts
tak tengok la pulakk... :hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2005 07:15 PM | Show all posts
orang primitif ....

kira nyer org yg duduk jauh dr arus pembangunan .......
kira nyer orang primitf masih wujud
terutama di negara2 mundur ..
kat indonesia pun ada gak kot
kat brazil ... hutan amazon
cara kehidupan pun masih primitf
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 17-6-2005 10:46 PM | Show all posts
kat indon jgn cakap
kat bahagian irian jaya tu byk lagi kaum camtu
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2005 03:02 PM | Show all posts
primitif atau x primitif org asli itu ...
bergantung pd sesebuah negara .....
kalau kat indon tu ...
sebb negara indon x cukup duit utk biayai
org2 asli mereka ...

kat m'sia
kita jaga org2 asli
sebb org asli ni ler penduduk asal m'sia
sebelum kedatang kita2 smua
ikutkan kita semua ni bukan org m'sia / melayu tulen ....

org asli yg terpelihara ngan baik
ialah org maori ....
hak puak maori dijaga oleh puak mereka sendiri
mereka x nak puak mereka ditindas
oleh org kulit putih
w/pun mereka dijajah .....

yg paling menyedihkan org aboriginies
di Aussie .......
mereka ditindas n x dijaga ler
mereka di exploitasikan .....

kemungkinan pendudukan org asli ni
agak jauh utk dikesan
terutama yg dok betul2 dlm hutan
n susah nak jejak ...
ni pun leh menyebbkan org2 asli
masih mengamalkan hidup prmitif .....
contoh kat hutan amazon, brazil ........
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2005 04:12 PM | Show all posts

Itu bukan primitif la...

Itulah naturists... berbogel lambang kesemula jadian...

Berbogel helps humankind to adopt naturally with nature...

Jadi marilah kita sama2 berbogel utk menjaga alam semula jadi... ayuh...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2005 07:59 PM | Show all posts
Originally posted by KayPooh at 20-6-2005 04:12 PM:
Itulah naturists... berbogel lambang kesemula jadian...

Berbogel helps humankind to adopt naturally with nature...

Jadi marilah kita sama2 berbogel utk menjaga alam semula jadi... ayuh...



ada gak setengah primitf x berbogel
diorg pakai cawat atau baju buatan sendiri
x smua org primitif ni berbogel ...
kalau govt bantu diorg
surely diorg x berbogel & ketinggalan zaman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2005 12:57 PM | Show all posts
takde orang mention pasal red indian ke.

red indian suku kaum asal kat amerika.keadaan mereka sekarang menyedihkan..takde kuasa..malah kewujudan mereka dibiarkan di dalam zone khusus untuk mereka.semacam bahan pameran .

yg lebih menyedihkan ialah suku kaum indian maya di amerika selatan terutama di area mexico dan peru sekarang.selepas kedatangan penjajah sepanyol yg membawa bersama penyakit,anjing dan sebagainya..ramai orang Indian yg terbunuh bukan sahaja oleh perang,,tetapi juga oleh bawaan penyakit yang mereka takde daya tahan dalam badan untuk melawannya.
kewujudan mereka sekarang hanyalah dipinggir pinggir lembah dan hutan serta menumpang di kawasan orang orang miskin di pinggir bandar mexico.
Reply

Use magic Report

barambang This user has been deleted
Post time 25-6-2005 11:00 AM | Show all posts
Selain orang "Orang Asli" di Malaysia disebut apa ya? "Orang Tiruan" ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


barambang This user has been deleted
Post time 27-6-2005 11:52 AM | Show all posts
Orang primitif sama tak dengan orang asli?  Kalau selain orang "Orang Asli" di Malaysia, dipanggil "Orang Tiruan" ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2005 06:13 PM | Show all posts
org asli kat tempat aku pun samer gak..

kalu gi umah derang kat rps banun..pergh..ada astro tu kat umah...

dasat2..

pastu dapat macam2 peruntukkan..yelah takut undi org asli lari kat lain
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2005 09:34 PM | Show all posts
orang Asli siap ada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tu...kah kah dulu
tok nenek panggil diorang 'wild people' sebab masa tu kebanyakan
diorang amalkan anisme..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2005 01:34 PM | Show all posts

hi all,

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... um&pg=fo_07.htm

Jangan anggap program ilmiah Astro pun aksi `panas'

Saudara Pengarang,

ASTRO dikatakan menyiarkan adegan `panas'.Sebelum ini ada pula yang mengatakan Astro menyiarkan cara hidup orang Afrika di mana mereka memakai pakaian yang terlalu `sedikit'.

Saya juga pernah menonton dokumentari tersebut dalam National Geographic bukan dari saluran Play Boy.

Kita wajar melihat program tersebut secara ilmiah. Betapa masih ada masyarakat yang hidup secara primitif seperti yang disiarkan. Cara hidup mereka tidak banyak berbeza daripada cara hidup orang zaman batu.

Memang betul aksi dalam dokumentari itu terlalu berat, tetapi itu hanya bergantung kepada cara kita menerima.

Ada program dokumentari dalam Astro yang menyiarkan ibu melahirkan anak. Adakah itu boleh dikategorikan dalam kumpulan aksi panas?

Kebanyakan komen mengenai Astro adalah dari pihak kementerian, bukannya pengguna.

Saya tidak menyatakan Astro perlu diberi kebebasan penuh, tetapi janganlah benda yang disiarkan dalam National Geographic pun dianggap `panas'. - INSAN YANG KECEWA, Jerantut, Pahang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2005 08:24 PM | Show all posts
orang asli adalah pribumi/bumiputera yg paling awal sekali hidup di semenanjung malaysia. hak2 mereka mestilah dipelihara.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2005 01:56 PM | Show all posts
pakai baju pun taknak camner nak pelihara hak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2005 04:38 PM | Show all posts
cara berpakaian tu salah satu adat dan amalan kehidupan mrk. memelihara adat mrk dan membenarkan mrk mengekalkan amalan kehidupan mrk juga merupakan satu perlindungan hak asasi mrk. sudah tentu byk lagi yg boleh dibuat demi kepentingan masyarakat kaum org asli yg telah lama terpinggir terutama dari segi aspek soio-ekonomi, pendidikan, kesihatan/perubatan, kebudayaan dan kemudahan asas.

[ Last edited by riccckyyy at 14-8-2005 04:39 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 07:50 PM | Show all posts
Originally posted by herman at 26-12-2004 01:11 PM
Kalau kalian buat kajian, kenaper orang2 asli kulit hitam berada di tengah2 Tanah Melayu dan pada Sumatera pula di barat sekali dan dipulau2 barat sekali....Ini kerana orang asli tersebut sudah ber ...



Opppssss.... orang asli sekarang ni dah banyak perubahan.... yang teruna dah handsome yang gadis dah beautiful.... ramai anak mereka dah masuk U, dan dah ada pun jadi Doktor.... rumah mereka pun dah cantik....  sampai dah tak kenal yang mana satu asli, yang mana satu melayu...  budaya mereka tu adalah aset negara... so sama-sama le kita menghargainya dan menjaganya agar tidak di telan zaman...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2005 09:07 PM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 8-9-2005 07:50 PM



Opppssss.... orang asli sekarang ni dah banyak perubahan.... yang teruna dah handsome yang gadis dah beautiful.... ramai anak mereka dah masuk U, dan dah ada pun jadi Doktor.... rumah mereka  ...

betul2!! student kat kawasan aku..anak org asli..tapi hensem dowh!! mmg hensem..yg kesiannya bila cakap kat dialah..agama dia aper..dia muram jer..cakap x der agama..dia sedih sbb rasa hidup kosong jer..sian dia...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 10:13 PM | Show all posts
Hebat orang Asli ni...ibu tunggal plak tu. orang Melayu pulak , macam mana?

Wanita Jakun dan Mercedes C200

CHOW Gek (dua dari kiri) dan empat ahli keluarganya bergambar bersama Mercedes C200 di hadapan rumahnya di Rancangan Pengumpulan Semula Bukit Serok, Rompin

ROMPIN, 6 Sept. - Ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Tinggal lagi memang agak sukar untuk mempercayai bahawa sebuah kereta Mercedes C200 yang terletak di hadapan sebuah rumah di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Bukit Serok, dekat sini adalah milik seorang wanita Orang Asli suku kaum Jakun.

Bahkan ketika majoriti anak Orang Asli berkaki ayam atau sekadar menaiki basikal, anak wanita itu yang baru berusia 17 tahun memandu kenderaan pacuan empat roda KIA Sportage sendiri untuk ke sekolah.

Bagi Chow Gek a/p Chow Kiat, 42, segala kemewahan itu bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi merupakan satu keperluan hidup yang mampu dimilikinya hasil keberanian serta kesungguhan beliau untuk melakukan perubahan bagi mempertingkatkan ekonomi keluarga.

``Saya beri kereta kepada anak supaya dia boleh ke sekolah yang letaknya kira-kira 10 kilometer dari rumah. Dengan kemampuan yang ada saya terpaksa berbuat demikian kerana kenderaan yang membawa anak Orang Asli di sini ke sekolah sering rosak,'' katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Chow Gek yang kelihatan awet muda kerana solekan, sentiasa berpakaian moden serta mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik mungkin antara segelintir Orang Asli yang paling berjaya, bukan saja di kalangan 151 penduduk RPS Bukit Serok, bahkan juga di kalangan 55,000 Orang Asli di seluruh Pahang.

Semuanya bermula kira-kira 17 tahun yang lalu apabila beliau terpaksa membanting tulang dengan melakukan kerja menoreh getah untuk menyara anak perempuannya, Fei Nyen Tompeng setelah ditinggalkan suami.

Katanya, beliau yang hanya berpendidikan sekolah rendah terpaksa meninggalkan rumahnya di Kampung Gambir, Rompin untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. Fei Nyen terpaksa ditinggalkan di bawah jagaan neneknya.

Pekerjaan awalnya di luar kampung ialah sebagai pembantu di sebuah kedai runcit. Di situlah beliau mendapat idea untuk membuka perniagaan sendiri setelah melihat keuntungan yang dikecapi melalui bidang itu.

Menurut Chow Gek dari situ beliau telah mendalami ilmu dan pengalaman dalam bidang kontrak pembinaan. Selepas beberapa ketika beliau berjaya memenangi beberapa tender projek pembangunan hasil bantuan beberapa orang rakan.

Berkat kegigihannya beliau kini memiliki lesen kontraktor kelas D dan menjadi Pengarah syarikat pembinaan Sri Gambir Trading Sdn. Bhd. yang mempunyai lebih 40 pekerja.

Fei Nyen, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Keratong, berkata dia tidak akan mensia-siakan perjuangan ibunya untuk mempertingkatkan taraf hidup mereka.

Dia yang yakin bahawa pendidikan merupakan salah satu cara untuk mengubah nasib Orang Asli kini menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang kejuruteraan.

Fei Nyen dan ibunya agak terkilan dengan sikap sesetengah masyarakat Orang Asli yang enggan berusaha sebaliknya hanya mengharapkan bantuan daripada kerajaan.

Menurut Chow Gek kebanyakan Orang Asli tidak berminat untuk menceburkan diri dalam bidang lain selain aktiviti tradisional seperti mencari hasil hutan.

Itulah salah satu punca syarikat beliau terpaksa menggunakan pekerja warga Indonesia dan Vietnam.

Tok Batin di perkampungan seluas 427 hektar itu, Chupak Piong, 63, mengakui hakikat bahawa masyarakat Orang Asli tidak mempunyai semangat untuk bersaing dan terkongkong dengan budaya lama.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai guru selama sembilan tahun sejak 1967 berkata, masyarakat Orang Asli terutama golongan remaja lelaki sering kali berputus asa apabila berhadapan masalah kerja terutama di bandar.

``Mereka kadang-kadang tidak akan bekerja lama. Lebih kurang satu hingga dua minggu sahaja dan pulang ke kampung jika ada masalah dengan majikan,'' katanya.

Katanya dengan tahap pendidikan yang rendah remaja terbabit akan kembali melakukan kerja mencari hasil hutan atau menoreh getah dan sering terjebak dengan aktiviti tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah atau minum minuman keras.

Chupak bagaimanapun berkata remaja wanita lebih mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan dan keperluan mengubah sosio-ekonomi mereka.

``Dua daripada pelajar wanita di sini telah melanjutkan pelajaran ke universiti dan beberapa orang lagi memasuki maktab perguruan,'' katanya.

Chupak percaya faktor persekitaran dan ibu bapa yang kurang peka dengan pendidikan menyebabkan kebanyakan remaja lelaki kaum itu kurang berminat untuk meneruskan pelajaran.

Beliau berharap lebih ramai anak buahnya mencontohi kegigihan Chow Gek agar masyarakat Orang Asli di negara ini tidak terus terpinggir. - Bernama

[ Last edited by  riccckyyy at 29-6-2006 06:24 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 11:34 PM | Show all posts
Originally posted by JUSTcircle at 8-9-2005 09:07 PM

betul2!! student kat kawasan aku..anak org asli..tapi hensem dowh!! mmg hensem..yg kesiannya bila cakap kat dialah..agama dia aper..dia muram jer..cakap x der agama..dia sedih sbb rasa hidup koso ...



Tu yang kita tak boleh biarkan...  cerita le tentang Islam pada dia.. ataupun tunjukkan cara sebenar Islam pada dia... biar dia sendiri tentukan sama ada nak peluk Islam atau tidak... Memang le ini kerja orang kemajuan orang asli atau pertubuhan2/persatuan yang berkaitan... tapi apa salahnya kalau kita pun sama2 lakukan tanggungjawab ni kan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 11:44 PM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 8-9-2005 11:34 PM



Tu yang kita tak boleh biarkan...  cerita le tentang Islam pada dia.. ataupun tunjukkan cara sebenar Islam pada dia... biar dia sendiri tentukan sama ada nak peluk Islam atau tidak... Memang  ...

tulah pasal..sian dia..tapi,aku bukan kawan dia..dia [un x kenal aku...budak2 kelas dia ar kena tolong..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.073405 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list