CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saifulms

Al Qur'an Dan Sains (merged: akak72)

[Copy link]
 Author| Post time 25-6-2005 03:51 PM | Show all posts
KURA-KURA TETAP SEEKOR KURA-KURA!


Fosil kura-kura 1000 juta tahun: Tidak berbeza dengan kura-kura moden. (The Dawn of life, Orbis Pub., London 1972)
Sebagaimana, teori evolusi tidak dapat menjelaskan asas kumpulan benda hidup seperti ikan dan reptilia, begitu juga ia gagal menjelaskan asal spesies-spesies di dalam kumpulan-kumpulan ini. Sebagai contoh, penyu, sejenis spesies reptilia, telah muncul di dalam rekod fosil secara mendadak lengkap dengan kulitnya yang unik. Mengikut sumber evolusi "... pada pertengahan Zaman Triassic (sekitar 175,000,000 tahun dahulu), anggota penyu telah pun banyak dan berada dalam keadaan asas karakter penyu. Rangkaian di antara penyu dan cotylosaurs yang merupakan asal penyu, adalah hampir tidak ada sama sekali" " (Encyclopaedia Brittanica, 1971, v.22, p.418)

Tidak terdapat sebarang perbezaan di antara fosil kura-kura purba dan spesies kura-kura yang hidup hari ini. Kesimpulannya, kura-kura tidak pernah "berubah", ia sentiasa menjadi kura-kura semenjak ia diciptakan lagi.:no:


Wassalam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2005 01:28 PM | Show all posts
HAi... kenapa mereka2 ini menburukkan lagi Agama islam... dah la dimedia-media diperburuk - burukkan oleh orang kafir malah diruang intenet forum ni pun mereka bercakap dengan menyebabkan orang bukan islam pun bertambah benci mereka kepada islam
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2005 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 26-6-2005 01:28 PM:
HAi... kenapa mereka2 ini menburukkan lagi Agama islam... dah la dimedia-media diperburuk - burukkan oleh orang kafir malah diruang intenet forum ni pun mereka bercakap dengan menyebabkan orang buk ...


Beginilah akibatnya apabila Islam diberikan gambaran yang buruk akibat segelintir kecil penganut Islam itu sendiri mempersempitkan ajaran murni Islam itu sendiri. Soal-soal remeh temeh seperti kawin 4, jubah hijau, khurafat-khurafat yang mengaku bertemu nabi secara nyata, Imam Mahdi bangsa Melayu dan lain-lain lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2005 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 12-11-2004 15:41:


Beginilah akibatnya apabila Islam diberikan gambaran yang buruk akibat segelintir kecil penganut Islam itu sendiri mempersempitkan ajaran murni Islam itu sendiri. Soal-soal remeh temeh seperti kawin 4, jubah hijau, khurafat-khurafat yang mengaku bertemu nabi secara nyata, Imam Mahdi bangsa Melayu dan lain-lain lagi.

...


Setengah orang islam tak paham tentang islam amalan-amalan islam yang luar biasa hingga diganggap sesat sesetengah pihak, inilah apa yang dikatakan oleh Baginda Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
H.R. Muslim

Mereka telah beri penerangan maka bacalah penerangan mereka itu.. jika anda manusia yang sentiasa megelak untuk melakukan fitnah.

Ampun Maaf.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2005 07:09 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 26-6-2005 04:16 PM:


Setengah orang islam tak paham tentang islam amalan-amalan islam yang luar biasa hingga diganggap sesat sesetengah pihak, inilah apa yang dikatakan oleh Baginda Ertinya:

Daripada Abu Huraira ...



:setuju:

cuma nak buat penambahan sikit...

istilah amalan-amalan islam yang luarbiasa yg dimaksudkan oleh abuyazid ini bukan amalan khurafat yg bertentangan dengan 4 sumber utama fahaman ASWJ iaitu Al quran, hadis, ijmak ulamak dan qiyas. Harap maklum...

Yer ler..bukan tak tau..kat sini ramai yg TERLEBIH CERDIK menggunakan kesempatan setiap kali peluang utk memprovokasi itu wujud...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2005 09:14 AM | Show all posts
by saifulms
       
Kenapa Peralihan Daripada Air Ke Darat Adalah Mustahil?

Evolusionis mendakwa bahawa suatu hari, satu spesies yang hidup di dalam air telah melangkah ke darat dan telah berubah menjadi spesies yang hidup di darat.

Terdapat beberapa fakta yang menjadikan peralihan seperti ini mustahil:

1. Membawa Berat Badan; makhluk yang hidup di air tidak mempunyai sebarang masalah untuk membawa berat badan mereka sendiri. Bagaimana pun, kebanyakan hidupan darat terpaksa menggunakan 40% tenaga mereka untuk membawa badan mereka. Makhluk-makhluk yang membuat peralihan daripada air ke darat perlu membentuk sistem otot-otot dan sistem rangka yang baru (!) untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan pada masa yang sama, yang sememangnya mustahil untuk ia terbentuk melalui proses mutasi.

Kawan ... pernah dengar perkataan Cambrian Explosion tak?

Menurut Saintis, selepas berlakunya Cambrian Explosion, makluk2 dlm lautan sudah mula menghasilkan cekarang yg kuat utk perindungan diri, otok dll. Green-Blue Algae mula terbentuk, menghasilkan Oksijen dan menyatukan diri dgn sejenis algae lain (lupa nama) lalu mengalami proses evolusi menjadi organisma2 yg terdapat hari ini.

Penyatuan dua jenis algae di atas menghasilkan Nucleus dan Mitochondria yg ada pada semua sel2 organisma hari ini. Mitochondria bertanggungjawab menjanakan tenaga yg diperlukan utk kehidupan lautan keluar dr lautan dan hidup di daratan.

2. Penahanan Kepanasan; Di darat suhu dapat bertukar dengan cepat dan ia menggolak kawasan yang luas. Hidupan darat mempunyai mekanisme badan yang dapat menahan perubahan suhu yang mendadak. Bagaimana pun, di dalam air, suhu berubah perlahan-lahan dan perubahan tersebut tidak melibatkan kawasan yang luas. Organisma hidup yang mempunyai sistem badan yang teratur mengikut keadaan suhu laut, tidak berhajat kepada sistem perlindungan yang menjamin kerosakan minimum daripada perubahan suhu di darat. Adalah tidak masuk akal untuk mendakwa ikan telah mendapat sistem seperti itu melalui mutasi secara rawak sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke darat.

Kehidupan darat yg awal hidup di kawasan yg ada air pada sepenuh masa, spt makluk ambifians di zaman sekarang. Dlm peredaran masa, makluk ini menbentuk ketahanan yg diperlukan utk menahan kepanasan di darat.

Sama spt manusia yg berkulit cerah akan menjadi kulit merah dan kehitaman kalau berada di zon tropika utk jangka masa yg lama. Kerana mechanism badan memastikan kepanasan tidak mengugatnya dgn menghitamkan lapisan pigment kulit.

3. Keperluan Air; Bekalan metabolisme, air dan kelembapan perlu digunakan secara terhad disebabkan oleh kesukaran mendapatkan air di darat. Sebagai contoh, kulit perlu dibentuk untuk membenarkan pengurangan air pada keluasan yang tertentu, dalam masa yang sama mengelakkan penyejatan yang melampau. Oleh itu, hidupan darat mempunyai rasa dahaga, suatu rasa yang tidak dimiliki oleh makhluk hidupan laut. Di samping itu, kulit hidupan air juga tidak sesuai untuk habitat tidak berair.

Dahaga adalah mechanism utk menghilangkan kepanasan dlm badan, mechanism "self-regulating" yg diperlukan utk memastikan badan tidak meningkat terlalu panas dan hilang keupayaan.

Oleh itu, keperluan utk makluk air mengalami evolusi tersebut diperlukan utk memastikan kehidupan air boleh hidup di darat. Oleh itu, kehidupan air menbiasakan diri di tepi lautan/air sehinggalah mereka menghasilkan keperluan tersebut.

Dan juga, menurut biologi, kita rasa panas dan dahaga bukan kerana kita berada di ruangan yg panas sahaja, tetapi juga kerana tenaga yg dihasilkan dlm badan oleh Mitochindria menyebabkan ianya menjanakan haba yg perlu disejukan.

4. Buah Pinggang; Organisma hidupan laut dapat menyahkan barang-barang terpakai terutamanya ammonia di dalam badan mereka dengan menapisnya, memandangkan terdapat banyak air di dalam habitat mereka. Di darat, air perlu digunakan dengan lebih jimat. Kerana itulah hidupan ini mempunyai sebuah sistem buah pinggang. Terima kasih kepada buah pinggang, ammonia telah dipungut dengan menukarkannya menjadi air kencing dan penggunaan air dapat diminimumkan semasa pembuangannya. Tambahan pula, sebuah sistem baru diperlukan untuk menghasilkan fungsi buah pinggang. Ringkasnya, untuk membolehkan peralihan daripada air ke darat berlaku, hidupan yang tidak mempunyai buah pinggang perlu membentuknya serta-merta.

Kamu pernah tengok penyu bertelur tak? Ia akan menangis semasa bertelur kerana ianya masa yg sesuai utk menyingkirkan garam dan bahan lain yg dikutipnya dr lautan dulu.

Dlm erti kata lain, buah pinggang bukannya mechanism terulung dan satu2nya organ sahaja yg dpt melakukan kerja menbuang kumbahan.

Manusia juga menghasilkan peluh utk menbuang sisa toksin dr badan (terutama semasa pembakaran kimia dlm badan) semasa bersenam. Adakah kamu nak kata kamu kencing setiap 5 saat bila kamu bersenam?

5. Sistem Respirasi; Ikan "bernafas" dengan mengambil oksigen yang larut di dalam air yang mengalir melalui insangnya. Mereka tidak dapat hidup di atas darat melainkan beberapa minit sahaja. Untuk hidup di atas darat, mereka perlu mendapat sebuah sistem paru-paru yang sempurna serta-merta.

Betul ... beberapa minit di daratan utk satu generasi akan bertambah kpd 5 minit ke generasi seterusnya, 10 minit utk generasi selanjutnya dan seterusnya. Masa berlaku dan kehidupan dulu yg bergantung kpd air akan mula mengalami evolusi dimana process utk hidup di daratan akan menjadi lebih kuat. Insang adalah organ yg dihasilkan dr evolusi tersebut.

Adalah mustahil untuk perubahan fizikal secara mendadak ini dapat berlaku dalam organisma yang sama, pada masa yang sama dan dengan hanya melalui proses perubahan.

Mustahil utk kamu fikirkannya kerana kamu tak faham Sains. ;)


by saifulms

Fosil kura-kura 1000 juta tahun: Tidak berbeza dengan kura-kura moden. (The Dawn of life, Orbis Pub., London 1972)

Sebagaimana, teori evolusi tidak dapat menjelaskan asas kumpulan benda hidup seperti ikan dan reptilia, begitu juga ia gagal menjelaskan asal spesies-spesies di dalam kumpulan-kumpulan ini. Sebagai contoh, penyu, sejenis spesies reptilia, telah muncul di dalam rekod fosil secara mendadak lengkap dengan kulitnya yang unik. Mengikut sumber evolusi "... pada pertengahan Zaman Triassic (sekitar 175,000,000 tahun dahulu), anggota penyu telah pun banyak dan berada dalam keadaan asas karakter penyu. Rangkaian di antara penyu dan cotylosaurs yang merupakan asal penyu, adalah hampir tidak ada sama sekali" " (Encyclopaedia Brittanica, 1971, v.22, p.418)

Tidak terdapat sebarang perbezaan di antara fosil kura-kura purba dan spesies kura-kura yang hidup hari ini. Kesimpulannya, kura-kura tidak pernah "berubah", ia sentiasa menjadi kura-kura semenjak ia diciptakan lagi.


Bila mereka kata tak ada perubahan, ianya bermakna tak ada perubahan dlm bentuk physical Kura2.
Sama spt Ikan ... dr dulu sampai sekarang, tak ada banyak perubahan, begitu juga dgn haiwan lain yg hidup dlm air spt biawak dan buaya.

Process kehidupan dlm air menyebabkan mereka berubah menjadi haiwan yg paling sempurna dlm air. Evolusi juga itu.

[ Last edited by Sephiroth on 27-6-2005 at 09:19 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2005 09:41 AM | Show all posts
Tajuk ini memang bagus.

Allah swt adalah tuhan sekalian alam.
Maksud kalimah Laailahaillallah ialah kita perlu nafikan bahawa selain dari Allah swt bukanlah tuhan dan tidak layak disembah.

Allah swt adalah  tunggal(Satu), Allah swt maha berkuasa, selain dari Allah swt adalah makhluk. Makhluk tidak mempunyai kuasa, hatta jika makhluk hendak menggerakkan satu jari, nescaya tidak akan mampu jika tanpa izin dari Allah.

Untuk mendapat hakikat kalimah Laailahaillallah ada tiga cara, banyakkan bercakap atau mendakwahkan kebesaran Allah, banyakkan mendengar cerita2 tentang kebesaran Allah swt dan sentiasa memikirkan kebesaran Allah. Dengan tiga cara ini insyaallah kebesaran Allah akan masuk dalam hati kita dan kebesaran makhluk akan keluar.

Kita hendaklah yakin bahawa ubat tidak boleh menyembuhkan penyakit, ubat hanyalah asbab, yang menyembuhkan adalah Allah swt. Ramai org yang makan ubat tetapi tidak sembuh, ada yang tak makan ubat pun boleh sembuh ada yang makan ubat tetapi sakit semakin bertambah. Ada org dengan hanya membaca fatihah kedalam air lalu diminum maka disembuhkan penyakitnya oleh Allah. Kita perlu betulkan keyakinan kita, ubat hanyalah sebab dan kita disuruh berubat jika sakit, tiada penyakit yang tiada ubat kecuali maut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2005 09:44 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Rasulullah s.a.w. menjelaskan perkara ini ketika ditanya oleh seorang sahabat 憭 wahai Rasulullah s.a.w. siapakah manusia yang terbaik ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 28-6-2005 03:16 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by halimijuliana at 27-6-2005 09:44 PM:
Assalamualaikum,

Rasulullah s.a.w. menjelaskan perkara ini ketika ditanya oleh seorang sahabat 憭 wahai Rasulullah s.a.w. siapakah manusia yang terbaik ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2005 10:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

nur_amin This user has been deleted
Post time 25-11-2005 12:10 AM | Show all posts
Saintis Barat banyak mengkaji hubungan Al-Quran dengan sains sehingga mereka boleh
buat ramalan bila kiamat akan berlaku, semasa kiamat terjadi kesemua manusia macam
kelkatu yang berterbangan, ibu mengandung keguguran, suria gugur ke bumi, sinaran
bulan gugur di langit dan juga kawasan tandus yang tak berganti...saintis barat
mengatakan kesemua ini adalah disebabkan oleh ketiadaan tekanan dan ini juga ada
kaitan dengan daya graviti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2006 12:51 PM | Show all posts

Mari berkongsi ilmu - air masin & air tawar di lautan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Cerita ini akak72 dpt dari email seorg kawan. Semoga ada yg boleh kita ambil sbg ilmu & pengajaran

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini
tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara
keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)



Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery'
pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan
ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini
sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia
dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk
ditonton di seluruh dunia.


Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut,
tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat
sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang
masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang
membatasi keduanya.


Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk
mencari tahu penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di
tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya
halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu
setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang
memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.


Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim,
kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat
pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat
19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi
"Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa
yabghiyaan..."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara
keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat
Al Furqan ayat 53 di atas.


Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua
lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai,
di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin
dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat
Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan"
ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara
sungai tidak ditemukan mutiara.


Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi
kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di
lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang
hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang
canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.
Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang
silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al
Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang
seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.


Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi
kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al
`Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan
berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang
bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih
kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca
Al Quran."


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu."

"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2006 01:14 PM | Show all posts
i heard about Cousteau (this is the right spelling) after seeing Life Aquatic with Steve Zissou. good movie.

Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi
kelautan.


he converted to Islam?

i think we need more verifiable facts or this will be another Neil Armstrong-type myth

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2006 02:58 PM | Show all posts
Originally posted by akak72 at 28-2-2006 12:51 PM
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Cerita ini akak72 dpt dari email seorg kawan. Semoga ada yg boleh kita ambil sbg ilmu & pengajaran

"Dan Di ...


Saya pun suka tengok channel discovery  Mr.Jacques Yves Costeau masa kecil2 memang menarik, setahu saya dia nie dah meninggal dunia, islam atau tidak wallahuaklam, tak mustahil beliau memeluk islam sebab bidang kerjayanya terdedah kepada alam yang banyak mengandungi tanda2 kebesaran Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2006 03:00 PM | Show all posts
aku rasa toksah la sebar benda yang kite tak leh verify. kang wat malu jek. cam cite Neil Armstrong tu la.
Reply

Use magic Report

amyn This user has been deleted
Post time 28-2-2006 05:38 PM | Show all posts
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh......

aku tak tau la Mr Jacq ni masuk islam ke tidak....kalau masuk
dan dia mati dlm Islam, Alhamdulillah.....

tapi ini la yg aku dapat.......

Jaques Yves Cousteau is not a Muslim.
Original letter of clarification from the Cousteau Foundation
English translation by Dr. William F. Campbell:

                          Fondation Cousteau

                                               Monsieur Charles TUCKER  
                                               11A Chemin de Pennachy
                                               69230 ST GENIS LAVAL


FC/DC
                                               Paris, November 2, 1991

Sir,

We have received your letter and we thank you for your interest in
our activities.

We state precisely to you that Commander Cousteau has not become a
Muslim and that this rumor passes around without foundation.

Very cordially,




Didier CERCEAU
charg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2006 06:29 PM | Show all posts
as a lesson, please, only spread the truth, the verifiable truth, because whatever we spread is our responsibility. because it has to first go through us, our minds, the God given filter. thus it's our decision if the information is good enough to be passed on to others.

of course the action of the few should not reflect the integrity of the whole group. but it may still one way or another harm the image of the religion.

it's true that we dont know for sure what exactly Mr Cousteau's belief is. but we dont have enough to defy the established fact.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 10:52 AM | Show all posts
Baru belajar semester lepas tentang benda2 ni.Memang betul air antara dua lautan tak bertemu.Banyak isi kandungan al Quran terutama berkaitan dengan sains telah dibuktikan melalui kajian dan penyelidikan saintifik.No wonder ramai saintis Barat peluk Islam kerana kagum dengan kebenaran dan keajaiban al Quran.
Tentang Mr. Jacq tu wallahua'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 11:09 AM | Show all posts
Nara nak recommend satu buku yang dikarang oleh my former lecturer in UKM.This is the link:
http://members.fortunecity.com/pasak/
Nara belum beli lagi buku ni,tapi rasanya contents buku ni lebih kurang sama dengan apa yang beliau ajar semester lepas.It's all about keajaiban al Quran,from the perspective of science.

[ Last edited by Nara_Gaara at 1-3-2006 11:11 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2006 08:36 PM | Show all posts
sekali lagi.. kita dibuai dgn cerita2 indah golongan bukan Islam memeluk Islam kerana mendapat "hidayah"...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.512864 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list