CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kerengge

Berita Terbaru Banjir di Pahang

 Close [Copy link]
 Author| Post time 29-12-2006 06:36 PM | Show all posts
makacih picme, mulan.....krn bagik info......tak sempat nak bukak paper....cbuk kat office.....org ramai cuti....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2006 07:44 PM | Show all posts
tak mo raya dlm banjir...ari tu dah merasa sekali.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2006 07:59 AM | Show all posts
terbaru mlm tadik dlm biter TV3.....cuma ader 155 orang jerk mangsa banjir yg masih berada di 3 buah pusat perpindahan di Rompin.....yg lain dah tutup.....Alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 11:14 PM | Show all posts
teruknya la
membuatkan aku tk sabar nk balik ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 07:17 PM | Show all posts
lega kan tak banjir besor thn ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 09:40 PM | Show all posts
Originally posted by LeiLa at 4-1-2007 07:17 PM
lega kan tak banjir besor thn ni


ha ak
aku pun rasa lega juga..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-1-2007 10:45 PM | Show all posts
sekarang nih banjir kat pahang dah okey ker.....syukurlah Pahang tak ada banjir cam Johor tuh.....kome pon lega gak sbb korga kome ader ramai kat pahang nih.....Alhamdulillah sumer selamat.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 04:05 PM | Show all posts
a ah.. alhamdulillah... tp sekarang nih kiter kene gak berjaga - jaga... sedih gak kat negeri2 yg teruk tu ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 04:07 PM | Show all posts
Najib terus pantau ancaman banjir di enam negeri

KUALA LUMPUR 8 Jan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2007 08:17 PM | Show all posts
terengganu, kelantan dan kedah dah dilanda banjir......pahang kener banjir ker dok weh.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 10:58 PM | Show all posts
tkde makcik aku call
dia kata kuantan hujan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 10:34 AM | Show all posts
Banjir seluruh negara kian pulih
Oleh Sazarina Shahrim, Hamid Salleh, Wan Faizal Ismayatim, Safuri Kamarudin dan Syalvia Sulihan

Hanya 220 mangsa di pusat pemindahan


KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di seluruh negara hampir pulih, dengan hanya 220 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan di Dungun, Terengganu, manakala mangsa di Kedah, Kelantan dan Sabah sudah pulang ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun, Jabatan Mateorologi Malaysia menyatakan Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Terengganu Selatan diletakkan dalam amaran peringkat merah iaitu paling tinggi kemungkinan berlaku banjir terutama di kawasan rendah dan tebing sungai.

Sabah turut diletakkan dalam kategori sama terutamanya di Bahagian Pantai Barat, Kudat dan Sandakan (terutama di kawasan lembangan Sungai Kinabatangan).

Jabatan itu menerusi kenyataan semalam, berkata Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami keadaan mendung dan kadang kala hujan sehingga hujung minggu ini, Kelantan dan Terengganu Utara dijangka mengalami mendung dan hujan renyai sehingga hari ini, manakala di Sarawak, hujan diramal berlaku dari semasa ke semasa sehingga hujung minggu ini.

Di BALING, semua 320 mangsa banjir dari tiga kampung di daerah ini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak malam kelmarin apabila banjir surut.

Di KUALA TERENGGANU, banjir di daerah Hulu Terengganu dan Besut pulih, manakala hanya 220 mangsa daripada 47 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan di Dungun sehingga jam 3 petang semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Farid Mahmud, berkata semua mangsa dari Kampung Paya ditempatkan di Dewan Sivik Kampung Batu 48.

Di KOTA KINABALU, semua 295 mangsa banjir dari lima kampung di daerah Beaufort, dekat sini, yang ditempatkan di Dewan Pa' Musa sejak Jumaat lalu kembali ke rumah masing-masing petang semalam.

Di KOTA BHARU, semua 130 mangsa di pusat pemindahan sekitar Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas, pulang ke rumah, semalam

Jurucakap Bilik Gerakan Polis Kelantan, berkata semua jalan utama serta jalan kampung yang sebelum ini ditenggelami air sudah boleh dilalui semua kenderaan.

Mereka adalah dari Kampung Bakalau, Kampung Jampangah, Kampung Batu 54, Kampung Binunok dan Kampung Balibata yang terletak di sepanjang tebing Sungai Padas.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort, Leftenan Muda Matlin Sarudin, berkata pusat penempatan sementara itu sudah ditutup, manakala paras air Sungai Padas turun ke paras 7.93 meter jam 4 petang semalam.

Bagaimanapun, katanya, 39 kampung di kawasan pedalaman daerah Beaufort masih ditenggelami air dan penduduk yang terjejas sudah berpindah ke rumah sanak saudara, manakala lebih 10 jalan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

Di KOTA BHARU, semua 130 mangsa di pusat pemindahan sekitar Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas, pulang ke rumah masing-masing semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Polis Kelantan, berkata semua jalan utama serta jalan kampung yang sebelum ini ditenggelami air sudah boleh dilalui semua kenderaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 10:32 PM | Show all posts
pulih ya
alhamdullilah
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 09:15 AM | Show all posts
pulih.Alhamdulillah.......tak tanya kbr mak abah pun
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 10:28 AM | Show all posts
Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah di Johor, Pahang Tenggara dan Sabah sehingga akhir minggu ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2007 08:36 PM | Show all posts
ari nih...Johor dah banjir semula.....org pahang, terutama yg dok kat rompin kener jaga2 yer weh.....maner taw kot2 air bah semula.....mintok2 tok ler yer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2007 02:18 PM | Show all posts
johor banjir semula...rompin pun terukkan banjir gak semula
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 09:51 AM | Show all posts
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir yang berteduh di pusat pemindahan sementara di Rompin meningkat kepada 2,447 orang apabila paras air di beberapa batang sungai di daerah itu kini berada pada tahap bahaya.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kesemua mangsa yang terlibat ialah penduduk Kampung Kurnia, Kampung Perpat, Kampung Rekoh, Ladang Yayasan, Kampung Bukit Seruk, Batu 8 dan Kampung Garung.

Kesemua jalan utama ke kampung-kampung berkenaan masih ditutup kepada semua jenis kenderaan manakala paras air Sungai Keratong, Rekoh dan Garung kini berada pada tahap bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 10:13 AM | Show all posts
Rompin makin teruk

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara di Pitas dan Kota Marudu di Sabah serta Rompin di Pahang bertambah berikutan peningkatan paras air di kawasan dilanda banjir.

Hujan sejak tiga hari lalu menyebabkan limpahan air sungai di kawasan berkenaan memaksa penduduk berpindah untuk menyelamatkan diri.

Di ROMPIN, jumlah mangsa bertambah kepada 2,075 membabitkan 345 keluarga dari 12 kampung apabila hujan berterusan semalam menyebabkan paras air Sungai Rekoh meningkat kepada 97.4 meter.

Penduduk yang dipindahkan ialah dari Kampung Kurnia, Kampung Perpat, Kampung Rekoh Baru, Kampung Bukit Serok, Kampung Batu 8, Kampung Ladang Yayasan, Kampung Kerpal, Kampung Janglau, Kampung Denai, Kampung Garong, Kampung Leban Condong dan Taman Seri Puteri.

Banjir kali kedua yang melanda Rompin setakat ini menyebabkan 11 pusat pemindahan mangsa banjir dibuka iaitu di Dewan Telok Gading, Balai Raya Kampung Perpat, Balai raya Kampung Rekoh Baru, Dewan Tun Razak, gerai PLB Bukit Serok, Tadika Batu 8 dan Kampung Pontian, rumah kongsi Ladang Endau Rompin, Balai Raya Sepayang, Balai Raya Janglau, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Denai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sarang Tiong.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 12:09 PM | Show all posts
Mangsa banjir tetap dibantu
Oleh Ilham Nusa

Kerajaan Pahang gesa PIBG beri bantuan kepada pelajar seperti yuran sekolah bagi meringankan beban keluarga


KUANTAN: Kerajaan Pahang tidak pernah lepas tangan dan memandang ringan masalah yang dihadapi mangsa banjir di tiga daerah di negeri ini.

Bantuan yang sesuai diberikan dari semasa ke semasa dalam usaha memastikan mangsa banjir tidak terus berdepan sebarang kesulitan secara berterusan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan Masyarakat dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Ishak Muhamad, berkata ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah diingatkan tidak menjadikan banjir sebagai alasan tidak menyediakan keperluan pembelajaran anak mereka.

Katanya, ibu bapa perlu menyediakan keperluan seperti beg, buku, peralatan menulis, pakaian sekolah termasuk membayar yuran sebagai usaha memastikan tumpuan pelajaran anak mereka tidak terjejas.

Beliau berkata, paling penting ibu bapa perlu memberi sokongan kepada anak mereka belajar bersungguh-sungguh walaupun serba kekurangan.

"Selain bantuan banjir Kerajaan Pusat sebanyak RM500, kerajaan negeri dari semasa ke semasa menghulurkan bantuan sesuai mengikut keperluan.

"Selain itu, saya berharap ada pihak terutama sektor korporat atau individu tampil menghulurkan bantuan terutama kepada mereka yang mengalami kerugian harta benda," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian beg sekolah kepada 83 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Isap, di sini kelmarin.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panching, Datuk Abdul Manan Ismail dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Datuk Bakar Mamat.

Ishak berkata, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga perlu lebih prihatin menghulur bantuan sesuai kepada pelajar yang terbabit dalam banjir.

Katanya, PIBG yang tidak mempunyai sumber kewangan kukuh boleh berusaha mencari sumber kewangan atau penaja bagi membantu pelajar.

"Saya berharap bantuan atau sumbangan diterima pelajar mangsa banjir tidak menimbulkan iri hati pelajar lain kerana pelajar terbabit adalah mangsa bencana alam," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.237708 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list