CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sephia_liza

Foto UFO...

[Copy link]
Post time 14-6-2007 12:41 AM | Show all posts
ada kemungkinankah ufo ini adalah dari rakyat jin....
teknologi depa pun dah berapa ribu tahun maju ke hadapan dari manusia....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2008 01:42 PM | Show all posts
Haunebu I - IV (Nazi UFO)




According to Nazi mythology, the SS E-IV (Entwicklungsstelle 4) which was a development unit of the SS occult 揙rder of the Black Sun
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 01:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 09:06 PM | Show all posts
aku rasa UFO nie ciptaan manusia gak....bukan spesis lain ker,makhluk lain ker....
saper lagi yg mampu cipta benda yg bleh terbang cam jet pejuang,kapal terbang,
lagi pun dlm al-quran sendiri kater manusia sajer yg di beri keistimewaan iaitu dikurniakan akal utk berfikir.....mungkin UFO nie digunakan oleh pertubuhan rahsia kot...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 09:46 PM | Show all posts
dah berdekad lak isu ufo..enth wujud ke x
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 08:42 AM | Show all posts
kalau sesapa ada baca buku Muhd Isa Dawud, dia ada ceritakan yang UFO nih asalnya dari cerdik pandai ilmu Dajjal yang berjaya memanipulasi kelebihan "Besi"...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2008 10:49 AM | Show all posts
Angkasawan AS akui makhluk asing wujud




LONDON - Makhluk asing pernah menghubungi manusia beberapa kali tetapi pihak kerajaan menyembunyikan kebenaran selama 60 tahun, kata lelaki keenam yang berjaya berjalan di bulan, Dr. Edgar Mitchell (gambar).

Dr. Edgar yang merupakan angkasawan kapal angkasa Apollo 14,mendakwa mengetahui bahawa banyak objek terbang tanpa dikenali (UFO)melawat Bumi ketika beliau berkhidmat sebagai angkasawan PentadbiranAeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat(AS) tetapi maklumat itu disembunyikan.

Menurut laporan akhbar semalam, beliau membuat dakwaan itu ketika ditemu ramah oleh sebuah stesen radio.

Dr. Edgar berkata, sumber-sumber di agensi angkasa yang mempunyai hubungan dengan makhluk asing menggambarkan makhluk asing itu adalah manusia kecil dan kelihatan ganjil berbanding manusia.

Beliau mendakwa, teknologi manusia tidak secanggih makhluk asing dengan menganggap mereka mempunyai mata dan kepala besar.

Dr. Edgar bersama komander Apollo 14, Alan Shepard memegang rekod sebagai manusia paling lama berjalan di Bulan iaitu selama sembilan jam dan 17 minit pada 1971.

Menurutnya, maklumat berhubung mahkluk asing itu disembunyikan selama 60 tahun tetapi ia kini beransur-ansur dibocorkan dan sebahagian pihak diberikan keistimewaan untuk mendapat penerangan ringkas mengenainya. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 11:18 AM | Show all posts
mende ni mmg wujud pada aku...ilmu manusia terlalu sedikit nak dibandingkan dgn ilmu Allah S.W.T....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2008 02:48 PM | Show all posts
Pernah tgk satu siaran ulangan "Misteri Nusantara" kat tv S'pura.

Ade satu edisi ttg "keranda terbang" dekat airport sabah. Mmg ade rakaman dari mereka yg bertugas di lapangan tersebut. Bentuk dia mmg keranda. Mmg jelas nmpk objek ni terbang. Takl pasti u all ade tgk episode yg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 03:16 PM | Show all posts

Reply #29 edmundo's post

ada tgk rasanya siri yang nih

dah lama kan?

mmg pemes dulu citer pasal keranda terbang nih kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 06:59 PM | Show all posts
Kalau mengikut teori aku ler..

UFO ni adalah piring terbang dari 'masa lalu' yang teknologi mereka lebih canggih dari kita dizaman ni..

Mungkin ianya merupakan sebuah piring terbang pengintip yang dimiliki oleh kaum Ad, Nabi Sulaiman, Kaum Thamud, Bangsa Atlantis, Kaum Maya dan sebagainya... Kecanggihan teknologi mereka begitu lah hebat sekali sehinggakan mereka mampu mencipta sebuah jentera (UFO) yang bisa menembus masa depan. Mungkin jugalah pada zaman tu mereka teringin sangat nak melihat bagaimana keadaannya gaya hidup kita dizaman ni..

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 08:39 AM | Show all posts

Reply #27 Syd's post

Ehhhh mana ada orang pergi bulan....temberang US aje tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 08:50 AM | Show all posts
aku pun tak berapa nak paham sangat tentang ufo ni... ada sesetengah orang kata, ufo ni memang wujud tapi sengaja disembunyikan oleh pihak gereja supaya orang tak mempersoalkan agama alien nih...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 10:05 PM | Show all posts
DUlu ana minat gila pasal UFO ni tapi sekarang dah naik menyampah plak pasal cerita UFO ni naik boring pasal masih tak da bukti kukuh keujudan mereka
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 09:51 AM | Show all posts
Imej terbaik UFO di Turki



IMEJ ini menunjukkan UFO di sebuah lokasi di Turki yang berjaya dirakamkan oleh Yalcin.

LONDON - Satu rakaman video yang dirakamkan pada awal tahun ini di Turki dianggap sebagai imej objek yang tidak dikenali (UFO) paling penting pernah difilemkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut akhbar itu, rakaman itu dianggap penting kerana ia dilaporkan turut merakamkan makhluk asing.

Rakaman itu dibuat olej seorang lelaki Turki, Yalcin Talman pada waktu malam ketika bertugas sebagai pengawal di sebuah lokasi.

Yalcin dan sebahagian penduduk mendakwa beberapa UFO dilihat antara Mei dan September dekat satu lokasi di Istanbul.

Rakaman selama hampir dua setengah jam itu menunjukkan pelbagai jenis objek termasuk jenis kapal terbang mirip piring terbang.

Ia kemudian diserahkan kepada Pusat Penyelidikan Sains Angkasa Lepas UFO di Turki yang menemu ramah sejumlah saksi.

Seorang penyelidik UFO, Haktan Akdogan berkata: "Dalam rakaman video itu, bentuk fizikal UFO dan struktur logamnya boleh dilihat dengan jelas.

"Selepas mengkaji semua analisis, kami membuat kesimpulan bahawa rakaman itu adalah tulen."

"Objek dalam filem itu bukannya akibat kesilapan identiti fenomena alam semula jadi, kapal terbang atau objek astronomi."

Imej itu akan didedahkan dalam persidangan tahunan Majalah Data UFO di Pontefract, West Yorks pada 25 Oktober depan. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:11 PM | Show all posts
Originally posted by Mawlay at 29-7-2008 10:05 PM
DUlu ana minat gila pasal UFO ni tapi sekarang dah naik menyampah plak pasal cerita UFO ni naik boring pasal masih tak da bukti kukuh keujudan mereka



mungkin sebab awak tak penah tengok kut
macam aku ni, dah banyak kali jumpa
tapi banyak pun 3 kali je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 11:06 AM | Show all posts
Di Malaysia ni kurang orang ikuti pasal UFO. Kalau ada keluar paper pun cuma sebagai berita sisispan yang akan dinafikan kemudiannya. Tapi masa aku di New Zealand dulu di sana siap ada majalah mengenai UFO ... membincangkan mengenainya dari sudut saintifik dan lain-lain ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 12:39 PM | Show all posts
Zaman penetik aku terhadap UFO dah lama berlalu...
Skg dah x heran lagik dah...     

Utk para penetik, ni ialah laman web kumpulan UFO kat Malaysia --> MYUFO.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 02:56 PM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 28-7-2008 06:59 PM
Kalau mengikut teori aku ler..

UFO ni adalah piring terbang dari 'masa lalu' yang teknologi mereka lebih canggih dari kita dizaman ni..

Mungkin ianya merupakan sebuah piring terbang pengin ...


aku plak mmg tak percaya ada org bleh pergi ke masa depan atau masa belakang... berdasarkan surah al quran..(demi masa..sesungguh manusia kerugian)  kalau boleh patah balik masa...takde yg kerugian.

takpe..pendapat masing2..nama pon forum
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 03:18 PM | Show all posts
nih yang kes unidentified flying creatures tuh amende plak??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.088453 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list