CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Apoo

[Tempatan] #MahasiswaUiTMBantah: MPP mohon maaf sebab 'terkhilaf'

[Copy link]
Post time 23-5-2024 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bagaikan lalang dalam hal ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2024 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-5-2024 05:28 PM
Aku bagaikan lalang dalam hal ni.

mana boleh...kena ada pendirian,prinsip..nk harapkan Menteri IPT...lama lg PRU...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-5-2024 05:28 PM
Aku bagaikan lalang dalam hal ni.

Ada je lalang cantik warna merah-purple.


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 23-5-2024 09:36 AM
mana boleh...kena ada pendirian,prinsip..nk harapkan Menteri IPT...lama lg PRU...

Dia camni - aiol faham sentimen Melayu/bumis terhadap UiTM tapi dalam masa yang sama faham juga kehendak bidang medik.

So...Aiol jadik lalang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 23-5-2024 09:40 AM
Ada je lalang cantik warna merah-purple.

Merah antara feveret color meols.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-5-2024 05:44 PM
Merah antara feveret color meols.

Masa tgk kat shopee nmpk lawa. African grass kot namanya. Bila sampai lalang rupanya.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2024 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 23-5-2024 06:07 PM
dua_chzy replied at 23-5-2024 05:44 PM
Dia camni - aiol faham sentimen Melayu/bumis terhadap UiTM tapi dalam masa yang sama faham juga ke ...


Kementerian IPT(disingkatkan jer..) dh lama wujud...kenapa tak perati isu ni dr dulu lg..pastu isu ni  boleh dibawa dan dibincangkan kt 'sana' juga.Awat 'main sergah camni'..mesti la ada orng yg akn 'terkejut dan melatah'.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 23-5-2024 04:00 PM
kt fb ada yg mention jgk psl ni
katanya company non bumi tak nk ambik grad dr itm ni

Bukan sekadar boss Cina atau syarikat Cina. Ramai saja boss Melayu yang bekerja dekat syarikat besar macam MNC, GLC atau public-listed companies.

Bukan semua boss Melayu setuju dengan pemikiran 'bubble Melayu'. Dalam alam pekerjaan, terutamanya dekat syarikat besar, pemikiran 'bubble Melayu' ni tak realistic.

Dekat syarikat besar, kena bergaul dengan macam-macam orang. Ada boss Cina, ada staff Cina, ada team mate Cina, ada supplier / vendor Cina. Then, kena juga bergaul dengan orang di luar negara sebab perniagaan multi-billion melibatkan stakeholders di luar negara.

Bila kita tak suka belajar dengan Cina, apa message yang kita cuba sampaikan dekat syarikat?

Memang betul, Cina tak nak hantar anak belajar sekolah kebangsaan. Tapi itu bukan sebab Melayu. Itu sebab kualiti sekolah kebangsaan yang hauk - campur tangan politik, campur tangan Menteri, campur tangan mak bapak bodoh tentang pendidikan, guru tak senonoh, mak bapak tak senonoh, pelajar tak senonoh.

Ada orang Melayu sendiri yang menyampah dengan sekolah kebangsaan kerana masalah kualiti. Orang Melayu hantar anak dekat sekolah Cina dan sekolah swasta.

Ambil contoh University Malaya. Itu adalah universiti kerajaan. Ada ramai Melayu dan Cina. Kenapa Melayu dan Cina tak kisah masuk Universiti Malaya?

Sebab Universiti Malaya adalah universiti yang hebat di Malaysia, Asia dan peringkat dunia. Dalam QS Ranking peringkat dunia, kedudukan Universiti Malaya adalah tempat ke-60. Lebih baik dari sesetengah universiti di US dan UK.

Jadi, untuk Melayu yang realistik, jangan mudah terpengaruh dengan pemikiran bodoh benci Cina. Kita benci orang jahat dan pembunuh. Bukan benci bangsa. Susah hidup kita kalau benci orang sebab bangsa. Kita sendiri yang stress tak pasal-pasal.

Untuk parents pula, jangan develop pemikiran benci orang sebab bangsa. Bila parents benci orang sebab bangsa, pemikiran itu terpalit dekat anak-anak.

Elok-elok anak kita ada peluang untuk grab macam-macam opportunity dekat luar negara, anak kita rasa janggal duduk luar negara. Silap-silap haribulan tak de peluang pun belajar atau bekerja dekat luar negara.

Dekat Malaysia plak, anak kita sendiri janggal dengan Cina. Benci boss Cina atau colleague Cina. Macam mana nak bekerja dengan seronok?

Jadi, waktu bila Melayu perlu mengamuk?

Bila Cina tak bagi Melayu belajar. Bila Cina tak bagi Melayu pandai.

Tapi, dekat Malaysia, Cina sendiri suka kalau Melayu pandai. Sebab apa?

Susah nak duduk dekat negara bila ramai rakyat ada pemikiran yang lemah dan tak senonoh. Orang yang otak lemah ni suka sentap, meroyan dan bergaduh bukan-bukan. Then, nak buat benda produktif dan sophisticated tak pandai. Jadi negara tu nak maju pun susah.

Bila negara lemah, bukan sekadar orang lemah yang hidup susah. Orang pandai pun rasa tak seronok dan susah nak maju. Satu negara terima tempiasnya.

Ambil contoh Malaysia. Negara kita lemah pendidikan. Susah atau senang negara kita nak maju? Susah atau senang negara kita nak ada syarikat hebat peringkat dunia? Susah atau senang negara kita nak mencipta teknologi macam Jepun, South Korea dan US? Susah atau senang rakyat kita nak dapat gaji tinggi macam di negara maju?

Jadi, fokus orang Melayu bukannya benci Cina. Fokus orang Melayu jadi orang pandai.

Bila kita pandai, kalau kita benci Malaysia kerana segala kebodohan dalam negara kita ni, kita ada pilihan untuk berambus. Kita ada pilihan untuk hidup dekat negara lain, dekat negara yang kita suka.

Orang bukannya kisah kita pakai baju hitam atau tidak. Orang nak tengok - kita ada otak hebat atau tidak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2024 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ak tgk elok ja grads uitm keje dgn mnc. yg xleh blah skrg ni #mandarinspeaker only. mana2 iklan pun buh yg tu. jadah betui. xdak sapa pun yg amik tindakan dgn masalah ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 23-5-2024 02:27 PM
ehem, ni memang berlaku di mnc..cakap lebih2 kang orang kecam kita..ytjt kenapa graduan uitm kuran ...

Ko kena tgk hr dia siapa. Ckp lebih2 kang kena kecam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 07:14 PM | Show all posts
Kenapa minta maaf? Sebab baru tahu ada pesakit mati tak dpt rawatan ke?? Atau sebab company non bumi nak boikot UITM?


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 23-5-2024 05:12 PM
so, kesimpulannya, tahap pemikiran MPP UiTM = tahap pemikiran Nerakazen Malaysia ke? ala2 konsep tak ...

Lebih kurang gitu la. Ini masalah sebenar:

Ada tiga benda bodoh yang jelas dari kes doktor Cina ni. Ketiga-tiga benda bodoh ni tak de kaitan dengan doktor Cina dan UiTM pun sebenarnya.

1) Masalah universiti awam yang tak tambah pengambilan program Master untuk doctor.

Malaysia sudah ada masalah kekurangan doktor pakar selama bertahun-tahun. Mungkin belasan tahun atau puluhan tahun.

Satu tahun, universiti awam ambil 1,500 saja doktor untuk program Master.

Doktor apply berkali-kali, kenapa reject? Kenapa tak advise doktor apa sebab mereka kena reject supaya doktor boleh improve?

Kenapa universiti awam tak buat sesuatu supaya program Master dapat ditambah jumlah pengambilannya?

Kementerian Pengajian Tinggi, Menteri atau university awam bodoh, buta atau pemalas? Ini masalah yang dah wujud untuk tempoh yang lama. Sejak zaman UMNO dulu.

+ + +

2) MMC ubah-ubah keputusan sesuka hati.

Program parallel dah lama. Sejak zaman Najib.

MOH menyampah dengan kelembapan universiti awam bertindak untuk produce doktor pakar. Jadi MOH buat program sendiri untuk produce doktor pakar.

Jadi, doktor ada dua cara untuk jadi doktor pakar:

1) Cara lama - Ambil Master dekat university awam.

2) Cara baru - Ikuti program parallel MOH.

Dulu, Ketua MMC adalah Dr Noor Hisham. Ketua Pengarah Kesihatan yang popular waktu zaman Covid.

Waktu Dr Noor Hisham jadi Ketua MMC, program parallel ni dah diluluskan. Kenapa MMC sekarang ubah keputusan dulu?

Kalau keputusan dulu ada kelemahan, kenapa MMC tak suggest apa perkara yang perlu diperbaiki? Bukannya cancel kan terus program parallel ni sebab doctor dah mula belajar melalui program parallel.

MMC kata program parallel menghasilkan doktor yang tak selamat. Nanti patient mati.

MMC ni buta ke apa? Dah lama pun patient mati. Seminggu, 14 orang mati. Sebab apa?

Sebab tak sempat kena bedah. Tak cukup doktor yang boleh bedah jantung.

Waiting list untuk bedah jantung lebih 1,000 orang. Kena tunggu lebih setahun.

Patient bukan mati sebab doktor bodoh. Patient mati sebab tak de doktor. Patient mati sebab pengurusan bodoh.

+ + +

3) Ketua MMC adalah Ketua Pengarah Kesihatan.

Perangai MMC memang buat Menteri Kesihatan Dr Dzul bengang.

Dr Dzul nak bawa perkara ni ke Parlimen in June / July. Dr Dzul nak cadangkan agar undang-undang dipinda. Supaya doktor boleh jadi doktor pakar melalui program parallel MOH.

Tahu apa yang pelik di sini? Kenapa Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan tak sebulu dalam hal ni?

Menteri Kesihatan adalah Boss kepada Ketua Pengarah Kesihatan. Diorang berdua ni bergaduh ke apa?

+ + +

Jadi, kita boleh nampak ada tiga 'pergaduhan':

1) KPT dan MOH

KPT tak tambah program Master. MOH bengang sebab doktor pakar tak cukup.

2) MOH dan MMC

Mula-mula MMC okay dengan program parallel. Kemudian, tak okay pula. Jadi MOH bengang dengan MMC.

3) Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan.

Menteri Kesihatan nak fight untuk program parallel sampai ke Parlimen. Pada masa yang sama, Ketua MMC yang tak bersetuju dengan program parallel adalah Ketua Pengarah Kesihatan sendiri.

+ + +

Dengan melihat the complexity of the situation, apa jadahnya entah orang Melayu sibuk plak nak berbaju hitam.

Apa yang orang Melayu kena fight sebenarnya?

1) Tambah pengambilan program Master untuk doctor dekat university awam.

2) Perbaiki program parallel MOH supaya doktor boleh jadi doktor pakar melalui program parallel.

Sebab apa orang Melayu kena fight untuk perkara di atas?

Supaya orang Melayu dapat lebih ramai doktor pakar melalui program Master and program parallel.

Orang Melayu yang paling ramai hadap / perlukan rawatan kesihatan di hospital kerajaan. Dari T20 sampai B40. Betul?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 07:24 PM | Show all posts
Nfir replied at 23-5-2024 07:18 PM
Lebih kurang gitu la. Ini masalah sebenar:

Ada tiga benda bodoh yang jelas dari kes doktor Cina n ...

thanks for the long sexplanation yach chuols. Ekceli, pelajar uitm protes sebab satu je: taknak open uitm untuk bukan bumiputra, tu je nyah. Nak jaga ketuanan melayu gitulah. Bukan ke memang program postgrad uitm dah sedia dibuka untuk non-bumi sebelum ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 07:52 PM | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 23-5-2024 11:14 AM
Kenapa minta maaf? Sebab baru tahu ada pesakit mati tak dpt rawatan ke?? Atau sebab company non bumi ...

stendedlaa pemikiran Ummah M nie da ludah tahap kahak pastu dijilatnya balik...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
misc replied at 23-5-2024 06:46 PM
Ko kena tgk hr dia siapa. Ckp lebih2 kang kena kecam.

yang buat keputusan untuk hire bukan hr tapi dept head/ team manager yang intvw candidate..head/manager di mnc bukan hanya satu bangsa tertentu sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 23-5-2024 05:00 PM
aritu ada prof uitm sendiri explain, uni lain ada je tawarkan bidang tu, infact semua 10 trainee y ...

Berdasarkan apa iols baca, mcm lain jahh pemahaman iols..
Ada byk details yg tak diketahui oleh org awam.. maka bior le deme bergaduh..

Iols nak dok tepi jahh mkn popcorn

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2024 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 23-5-2024 04:00 PM
kt fb ada yg mention jgk psl ni
katanya company non bumi tak nk ambik grad dr itm ni

Melayu boikot kk...tauke ikut pmx pi obersi.
company cino boikot grad uitm...pmx tak tau pon pasal isu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi course ni sekarang sapa students dia. Students pakai serban ngan tudung ustazah ker? Atau takda students. Nak tunggu students cina ngan keling ker. Geng2 anak lebai ambik course cita2 nanti nak keje dengan Petronas kan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nfir replied at 23-5-2024 07:18 PM
Lebih kurang gitu la. Ini masalah sebenar:

Ada tiga benda bodoh yang jelas dari kes doktor Cina n ...

Yg iols paham, peksa yg diambil kat mesia ialah JSF bkn JSCFE.. sbb tu ada isu kott.. sbb yg diiktiraf oleh badan daftar pakar ialah peksa intercollegiate specialty based exam yg terdiri drp jcie dan jscfe, bkn jsf..

Dlm ertikata lain, patutnya bina program yg diiktiraf isbe, dgn buat program jscfe, bknnya peksa jsf..

Tatau la hang paham ke dak ni..

Utk program UiTM, deme dpt provisional accreditation sampai 2025.. so deme kena tunjuk exit exam deme sama wow dgn isbe atopon buat program yg suited for lokal.. iols tatau la sbb akreditasi ni umpama documentation jahh..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 23-5-2024 07:24 PM
thanks for the long sexplanation yach chuols. Ekceli, pelajar uitm protes sebab satu je: taknak op ...

Isu asal bkn sbb nak bukak UiTM kpd bkn bumi tapi sbb bkn bumi saman MMC pasai tak iktiraf kursus yg deme dah grad, dan nak saman IJN bagai sbb bg deme masuk kursus yg tak diiktiraf.. in other words, kerajaan tgh buat damage control by entering the students into another course (UiTM) yg belum tentu dpt pengiktirafan sbb UiTM akan kena audit 2025 nnt..

Pening tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.076423 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list