CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
Post time 26-4-2013 12:30 AM | Show all posts
suka la ecah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2013 12:52 PM | Show all posts
sang_arjuna posted on 25-4-2013 06:50 PM
ingat nak pergi hari kerja sbb tak tahan nak redah lautan manusia hujung minggu
novel apa yg best ...

Ingat bsk nak turun he he he
novel???????????
Kali ini  beli yg betul2 nak baca
dah siapkan list .......tapi  bila sampai sana...tergoda habis lain yg nak beli
lain pulak yg terbeli
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 12:55 PM | Show all posts
qimi08 posted on 26-4-2013 12:52 PM
Ingat bsk nak turun he he he
novel???????????
Kali ini  beli yg betul2 nak baca

Kak tahun lepas punya pn tak habis baca lagi.


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 12:58 PM | Show all posts
Nice story..we want more..we want more..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 01:02 PM | Show all posts
anieaina posted on 26-4-2013 12:55 PM
Kak tahun lepas punya pn tak habis baca lagi.

Tulah pasal.....
lagi pun tahun ni tgk ada yg best pun otai2 alaf sorang pun x ada novel baru.....
KN - Hani Ramsul / Suri
Js  - Hlovate
FP - Ana sofiyaa / Nadra Yasmina
NB - Yati Brahim....
PTS - tak tahulah novel siapa


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 01:11 PM | Show all posts
qimi08 posted on 26-4-2013 01:02 PM
Tulah pasal.....
lagi pun tahun ni tgk ada yg best pun otai2 alaf sorang pun x ada novel baru.... ...

kak hani ramsul dan kak ana sofiya apa tajuk cita dia.

Bagilah tajuk buku penulis2 nie kak. Last edited by anieaina on 26-4-2013 01:12 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2013 01:29 PM | Show all posts
anieaina posted on 26-4-2013 01:11 PM
kak hani ramsul dan kak ana sofiya apa tajuk cita dia.

Bagilah tajuk buku penulis2 nie kak.


Hani - Biarkan YM Terus berbicara (sbg dari 1st buku)

kak sofi - Sampai bila ( sedutan ada kat blog - 0

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 02:12 PM | Show all posts
qimi08 posted on 26-4-2013 01:29 PM
Hani - Biarkan YM Terus berbicara (sbg dari 1st buku)

kak sofi - Sampai bila ( sedutan ada ka ...

sye pun suka depa....
best... tunggu time hepi hour...hehehehe
semua booth novel ade kat bwh... dekat restoran riverside tu
jumpe di sana

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2013 03:09 PM | Show all posts
iwimz posted on 26-4-2013 02:12 PM
sye pun suka depa....
best... tunggu time hepi hour...hehehehe
semua booth novel ade kat bwh...  ...

Inshaallah booth hang no berapa?

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 03:22 PM | Show all posts
qimi08 posted on 26-4-2013 03:09 PM
Inshaallah booth hang no berapa?

sebelah ariani..depan riverside....
tp hujung minggu ni pi sana
arini dok opis jer
sunyi opis arini hehehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2013 12:52 PM | Show all posts
qimi08 posted on 26-4-2013 12:52 PM
Ingat bsk nak turun he he he
novel???????????
Kali ini  beli yg betul2 nak baca

dah turun hari Jemahat lepas tp kejap jer
sempat beli buku JS - anthem, nyanyian hati, sepatu bunga bunga, bukan hanya ada kita
buku Fixi - KLCC, cerpen Shahz Johar, KL Noir

ingat nak pergi lagi selepas mengundi tp dah tutup plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2013 01:00 PM | Show all posts
mizsnur posted on 26-4-2013 12:58 PM
Nice story..we want more..we want more..

tkasih... sambungan on the way
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2013 01:41 PM | Show all posts
Bab 32

Nurul menunggu dengan tenang sebelum panggilan di jawab. Bila lagu Diamonds yang di lantun Rihanna di ganti dengan suara Elly, pukulan jantungnya tiba tiba deras. Kenapa aku perlu rasa begini sedangkan Elly sahabat aku? Sebab banyak menipu lah tu.

“ Hello”

“ Hello Elly… ini Nurul. Assalamualaikum“ Suara Nurul bergetar.

“ Waalaikumsalam. Yuyu! Kau dah ingat aku? Alhamdulillah! Kau kat mana?” Happy bebenor suara Elly.

Nurul menghela nafas lega tapi dalam masa sama di selubungi rasa bersalah. “ Aku di KLCC. Elly, aku minta maaf sebab keadaan aku tak berapa betul masa kau dan Auntie Lily datang jenguk aku hari tu. I’m so sorry to let you down. Kau tahu lah, memori aku  tak berapa normal. Ada orang kampung ingat aku dah sewel sebab ada kala aku ingat mereka, lepas itu lupa pula. ”

“ Yuyu, I’m so happy you are okay. Janji kau dah ingat aku, yang lain aku tak kisah. Kau kena datang rumah aku sekarang juga. Aku tak sabar nak jumpa kau. I have so much to tell you. ”

“  Okay, aku pergi ke rumah kau. See you soon.” Nurul senyum pada Izreen dan Mike yang sedang mendengar dengan tekun. Pelan berjalan dengan lancar. Telefon bimbitnya di simpan dalam beg Longchamp merah ceri dan dia menghabiskan baki Mocha Frappucino.  Sudah sejam mereka di Coffee Bean, berdiskusi tentang langkah yang perlu di ambil agar Tan Sri Effendy tidak tahu identiti isteri Redza. Kebetulan Redza berada di Bangkok untuk menghadiri upacara anugerah iklan terbaik negara Asean, jadi tentu tidak ada pengintip yang mengekori. Setakat ini rahsianya masih tersimpan rapi.  

“ I really respect you, Kak Yuyu. You are so cool.  Kak Yuyu tak marah dengan Kak Elly sedangkan dia nak kahwin dengan Abang Ja. Pastu bapa dia pula nak Abang Ja ceraikan akak. Kalau Reen, tentu dah mengamuk!” Izreen mengetap rahang.

Nurul menjungkit bahu. “ Entahlah. Mungkin sebab Kak Yuyu dah lama kenal Elly dan Kak Yuyu kasihan kat dia. Walaupun dia kaya tapi hidup dia terumbang ambing. Lagipun Elly tak bersalah pada akak, dia tak tahu pun akak kahwin dengan abang Ja. Akak lagi risau pasal Tan Sri sebenarnya. Kita ikut sajalah apa yang Abang Ja dah pesan. Hopefully everything will be okay. Mike, I pergi dulu ya, takut nanti susah nak dapat teksi. Thanks for helping me out.”

“ No problem, what are friends for? Biar I hantar you ke rumah Elly. Sekarang  baru habis waktu ofis, trafik jam. ” pelawa Mike. Nurul berfikir sejenak. Dia banyak terhutang budi pada Mike sejak Redza terpaksa menjauhkan diri. Mike lah yang menghantarnya ke rumah Aireen, dan ke hospital untuk rawatan susulan. Memang aku banyak menyusahkan Mike tapi  betul katanya, bukan mudah dah dapat teksi di waktu ini.

“ Betul kah I tak menyusahkan you, Mike? I rasa bersalah buat you macam supir I pula.” Nurul menggigit bibir atas. Nasib baik juga Mike belum ada girlfriend. Susah kalau girlfriend dia silap sangka. Apapun aku doakan Mike bertemu jodoh dengan wanita yang solehah dan mudah mudahan rumahtangga yang tenang dan bahagia, tak macam aku dengan Redza.

“ Tak adalah, its on the way jer. I hantar  you ke rumah Elly pastu I hantar Izreen ke Cyberjaya. I dah janji dengan Redza untuk jaga korang.” Mike akui yang Nurul seorang gadis yang kuat semangat. Dia tidak melatah atau merengek walaupun berhadapan dengan masaalah. Mungkin latarbelakangnya sebagai pramugari yang sentiasa berdepan dengan risiko bila di awan biru membuat dia tidak gelabah dalam situasi begini.

Nurul mengangguk lega. Dia dan Izreen menjinjit beberapa shopping beg hasil “retail therapy” di KLCC. Izreen melepaskan stress setelah menyiapkan term project dan Nurul pula menambah koleksi pakaian yang sesuai untuk wanita bertudung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2013 01:43 PM | Show all posts
Hampir sejam kemudian Nurul di sambut oleh Mak Zah, pembantu rumah Elly di pintu utama rumah agam Tan Sri Effendy. Rumah yang berwarna kelabu cair bercirikan architecture antebellum yang biasa di lihat di negeri negeri selatan Amerika Syarikat berdiri gah. Jiran jiran Elly bukan calang calang orang, ada menteri kabinet, tokoh negarawan, pemilik syarikat yang di senaraikan di Bursa Saham. Inilah kawasan The Rich and Famous of Malaysia.

“ Assalamualaikum. Mak Zah sihat?” Nurul senyum lebar. Mak Zah bukan pembantu rumah biasa, dia  di nobat sebagai “ chief housekeeper“ yang menyelia dua orang pembantu  yang lain, seorang dari Indonesia dan seorang dari Filipina. Maklumlah rumah sebesar ini, mana mampu seorang pembantu rumah saja yang mengurus segalanya.  Mak Zah sudah bekerja dengan Tan Sri dan Puan Sri sejak Elly masih kecil dan dia arif tentang  kehendak semua ahli keluarga. Wanita yang bertubuh gempal itu lebih banyak meluangkan masa bersama Elly berbanding Puan Sri dan Tan Sri yang sering ke luar negara.

“ Waalaikumsalam, nak. Mak Zah sihat. Yuyu dah okay? Risau betul Mak Zah dengar Nurul cedera di London.  Masuklah,  Elly ada di atas.  Yuyu nak makan apa? Mak Zah boleh masakkan”

“ Tak payah susah susah, Mak Zah.  Auntie dan Uncle ada?” Rumah ini cukup besar, kalau dua tiga hari tinggal di sini pun dia mungkin tak akan terserempak dengan mereka.  Kadang kadang Elly pun tak tahu mana ibubapanya, sama ada mereka ada di rumah atau pun tidak.

“ Mereka keluar. Puan Sri jumpa wedding planner dan Tan Sri pergi main golf. Tapi malam nanti mereka akan balik makan malam di sini. Yuyu pun makan sini ya”

“ Terimakasih. Dah lama Yuyu tak rasa air tangan Mak Zah” Nurul senyum senang sebelum memanjat tangga ke bilik Elly. Malam ini dia akan bertemu Tan Sri Effendy, seterunya. Bak kata pepatah Inggeris “ Keep your friends close and your enemies closer”. Itulah strategi Redza, jangan sembunyi macam orang bersalah kerana itu akan menimbulkan syak wasangka. Selagi Tan Sri Effendy tidak tahu identiti isteri Redza, aku selamat.

Pintu bilik Elly di ketuk dan sejurus kemudian Nurul di terpa dan di peluk. Kegembiraan Elly yang ketara menyentuh hatinya. Kenapa Tan Sri Effendy menyukarkan keadaan sedangkan aku rela bermadu dengan Elly?

“ Yuyu! I’m so happy to have you back! Kau tinggal dengan aku sampai hari perkahwinan aku, ya? Kalau kau tak dapat jadi pengapit aku pun tak apa, aku faham kau belum sihat 100% tapi aku nak kau ada bersama aku.  Dah lama kita tak share girls talk. Tak ada sesiapa nak dengar aku kompelin.”  Elly yang memakai blaus hitam dan skirt labuh tribal print nampak lebih kurus.

Mereka berdua mengambil tempat duduk di sofa di sudut sebelah tingkap. Roman blinds di tarik dan cahaya matahari petang melimpah masuk ke bilik. Tak lama kemudian, pembantu rumah Filipina bernama Isabel membawa teh Earl Grey serta skon dengan krim dan jam strawberi. Hidangan di atur cantik seperti afternoon tea di hotel 5 bintang, siap dengan kuntuman bunga orkid.  Nurul menghirup teh sambil menikmati pemandangan  tasik yang dulunya lombong bijih timah. Di sekelilingnya pula terdapat padang golf yang landai tempat Tan Sri Effendy menghabiskan masa luangnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2013 01:46 PM | Show all posts
“ Sorry Elly, aku tak dapat tinggal di sini tapi aku akan datang jenguk kau bila aku ada masa. Aku dah dapat kerja di butik kakak  Aireen. Besok aku mula kerja” Nasib menyebelahinya bila pekerja butik pakaian Muslimah kepunyaan Datin Anisa melahirkan anak lebih awal dari tarikh sepatutnya. Datin Anisa yang sudah lama kenal Nurul dengan sebulat hati menawarkan kerja padanya. Bukan mudah nak cari pekerja yang boleh di percayai. Nurul terus  terima dengan besar hati walaupun gaji tidak seberapa. Kalau tidak bekerja tentu dia mati kutu. Lagipun siapa akan syak dia isteri CEO syarikat pengiklanan yang berjaya kalau dia bekerja sebagai pembantu di butik. Selalunya isteri CEO jadi pemilik butik.

“ Tak boring kah kerja di butik? Kau dah biasa terbang merata rata, sekarang nak duduk terperap hari hari layan orang beli baju. Kalau kau nak, aku boleh suruh Daddy cari kerja untuk kau di company dia.”

NO WAY! Tak hingin aku nak kerja dengan Tan Sri Effendy. Kalau rahsia aku terbongkar, mana aku nak cabut?

“ Belum cuba belum tahu. Lagipun aku tak boleh terlampau aktif macam dulu. Dari kerja pejabat , baik aku kerja di butik. Dapat diskaun tau, boleh aku tambah koleksi baju. Eh, aku datang sini nak dengar cerita pasal perkahwinan kau lah. Macam mana dengan persiapan? Aku tengok rumah kau sunyi dan kemas macam selalu.  Tak buat bunga telur lagi kah?  “ Tiada langsung tanda tanda yang majlis gilang gemilang akan berlangsung di rumah itu. Kalau di kampung tentu rumah sudah berselerak dengan bahan untuk bunga telur dan kain pelamin.

“  Mummy pakai wedding planner dan mereka siapkan pelamin, bilik pengantin, hantaran dan bunga telur. Satu hari sebelum nikah baru pasang pelamin dan siapkan bilik pengantin. Baju aku siap dalam dua tiga hari lagi, warna putih untuk nikah dan biru cair untuk bersanding. Mummy dah tempahkan dua pasang baju untuk engkau juga. Bila dah siap nanti kita pergi fitting, kalau tak muat kena alter. Aku cuma agak agak saja saiz kau.”

Nurul terharu. Adakah layanan mereka sebaik ini jika mereka tahu aku isteri Redza? Mustahil. Tentu aku dah kena blend sampai jadi cili boh.

“ Thanks. Kau dan Auntie banyak bersusah payah untuk aku. Aku minta maaf sebab tak dapat jadi pengapit.”

“ Memang kau suka mengelat. Tapi aku faham keadaan kau. By the way, what do you think of Redza? Kau banyak spend time dengan dia di London kan?” Wajah Elly teruja. Lebar senyumannya.  Tompok kemerahan di pipinya membuat dia nampak macam remaja yang sedang di lamun cinta monyet.

Aikkk… lain macam saja aksi Elly. Gedik! Masa dia datang ke kampung dulu, muka muram dan tak ada langsung keceriaan bila nama Redza di sebut. Please… please… janganlah dia jatuh cinta sekali lagi dengan Redza. Itu suami aku!

“ Aku cuma keluar dengan dia untuk belikan hantaran kau. Besok nya, Datin pula ajak aku temankan mereka ke Stoke on Trent untuk beli pinggan. Aku pun tengah letih masa tu so tak banyak berbual dengan Redza. Tapi aku tengok dia okay orangnya. Very loving son, anak emak.  Ceritalah macam mana kau boleh pikat dia? Dulu kau frust separuh mati masa kena tinggal. “

“ Aku tak pikat dia. Its an arranged marriage. Tapi aku redha”

Dengan tenang Elly meluahkan kisah mereka pada Nurul. Biarpun perit tapi Nurul menadah telinga agar Elly tidak mengesyaki apa apa. Mimik muka Elly membuat hati kecil Nurul terusik. Dulu Elly nampak sungguh murung tapi kini dia lebih ceria. Kalau Elly kahwin sekadar mematuhi kehendak keluarga dan untuk menutup aib, aku boleh lagi terima. Tapi kalau aku terpaksa bersaing dengan kawan karib aku untuk memiliki hati Redza…aku nanar! Bertabahlah, wahai Nurul Aishah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2013 01:57 PM | Show all posts
“ Jadi kau dah bersedia nak jadi seorang isteri?”

“ Insyaallah. Aku akan cuba jadi isteri yang baik. Ada kawan bawa aku jumpa seorang nenek yang alim, dia bagi aku banyak petua untuk tambat hati suami. Kau tahu lah, orang macam aku ni Redza tak akan pandang sebelah mata. So I need some extra help. “ Senyuman dan kenyitan mata Elly mengerikan. Meremang bulu roma Nurul. Apa maksud Elly?

“ Elly! Kau… kau guna bomoh? Apa kena kau ni? Kau guna  minyak dagu, minyak senyoyong semua tu? Are you out of your mind? Itu perbuatan syirik!” Nauzubillahiminzalik.  Nurul amat risau. Elly sudah main kotor! Macam mana kalau dia buat Redza bencikan aku? Apa nasib aku nanti?

“Yuyu! Janganlah marah. Aku tak guna minyak senyonyong lah. Aku cuma mandi bunga dan guna petua petua untuk naikkan seri supaya Redza suka kat aku. Ada jampi  yang aku kena baca nanti supaya dia tertarik dengan aku dan jadi suami yang setia. Tapi Nenda Suri kata itu semua ayat Quran. Banyak juga pantang larang yang aku kena ikut. Aku tak boleh makan sebarangan dan tak boleh pakai warna kuning dan hitam. Aku tak boleh tengok cermin waktu senja supaya tak hilang seri. Bilik aku dengan Redza kena selalu ada bunga kembang Cina.”

Huissyyyy! Pelik betul petua yang di beri. Nenda Suri pakai jin Kungfu Hustle ke?

“ Mana kau tahu dia guna ayat Quran? Entah entah ayat jampi puja jin dan iblis. Berdosa guna ilmu pengasih untuk tundukkan suami, Elly. Ini semua khurafat, tak cium bau syurga nanti” tegur Nurul. Dia bertekad untuk memberitahu Redza secepat mungkin. Ya Allah, lindungi lah Redza.

“ Ramai orang guna khidmat Nenda Suri. Masa aku pergi ada politician yang minta doa untuk menang pilihanraya, ada businessman minta pelaris.  Dia bukan duduk dalam gua atau di hutan. Rumah dia besar dan dia pakai kereta Mercedes. Lagipun  yang kena si Redza, kenapa kau nak marah? Aku nak dia layan aku sebagai isteri dia yang sah, itu saja. Aku ingin di kasihi dan di hormati, bukan sekadar bergelar isteri dalam borang nikah.”

Nurul menarik nafas. Sabar…sabar.  Okay,aku cuba jalan lain. “ Tentang hubungan kau dengan Redza, aku tak masuk campur.  Tapi aku marah sebab kau sanggup guna bomoh. Kau tahu tak yang mensyirikkan Allah itu dosa besar? Berbaloi kah kalau kau dapat kebahagiaan sementara di dunia tapi di akhirat yang kekal kau di bakar api neraka? Lepas satu masaalah, kau cari masaalah lain. Kau tak ingat  apa berlaku di London? Kau guna dadah dan arak untuk hilangkan kesedihan. Sekarang kau guna ilmu hitam pula untuk dapat apa kau nak. Berhentilah guna jalan singkat yang membawa padah, Elly. Kau patut banyak berdoa pada Allah. Bertaubatlah.” Bahu Elly di usap lembut.

“Eleh.. macam ustazah lah kau ni. Chill lah” kata Elly tanpa perasaan bersalah. Tak makan saman betul budak ni! Dengus Nurul.

Azan Maghrib berkumandang dan Nurul segera menunaikan solat. Seperti biasa dia berdoa sekusyuknya. Doa adalah senjata seorang mukmin. Makin lama, makin banyak masaalah tapi dia tetap bertahan. Allah tidak akan menduga seseorang umat melainkan apa yang terdaya olehnya, itu sudah termaktub dalam Al Quran, Surah Al Baqarah.

Selesai solat, Mak Zah naik untuk menjemput mereka makan malam bersama Tan Sri dan Puan Sri. Nurul membetulkan tudung sebelum turun mengadap lelaki yang paling di geruni ketika ini.


Last edited by sang_arjuna on 3-5-2013 02:00 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2013 02:06 PM | Show all posts
“ Tambahlah lagi roast chicken, Yuyu. Ini resepi turun temurun dari mak mertua Auntie. Ibu Uncle dulu pakar masakan Barat sebab dia ramai kawan bangsa asing” ujar Puan Sri Lily. Meja makan sarat dengan hidangan. Selain ayam, ada kentang putar, gravy, salad dan roti bawang putih. Tan Sri Effendy dan Elly makan dengan begitu berselera.

“ Cukuplah Auntie. Roast chicken ini memang sedap tapi Yuyu tak berapa lapar sebab baru tadi makan scones. ” Nurul membalas dengan sopan. Waktu makan di rumah Elly memang  berprotokol kalau ibubapanya ada. Kalau cuma dia dan Elly berdua, mereka lebih selesa makan di dapur dengan Mak Zah. Set pinggan makan Wedgewood dan gelas kristal di atur seperti di restoran fine dining. Nasib baik lah aku pramugari yang tahu tata tertib di meja makan. Kalau tidak, dah melayang tulang ayam merata rata.

“ Rugi kau tak tambah Yuyu. Bukan selalu Mak Zah buat roast chicken. Langkah kanan kau hari ni” Elly mengambil peha ayam.

“ Patutlah Yuyu kurus, tak macam Elly. Elly, you better cut down. You are not marrying the owner of Tesco or Giant or Beras Faiza. ” perli Tan Sri Effendy. Riak Elly berubah dan dia menundukkan muka yang merah.

Kasihan Elly, di laser depan tetamu.  Hailaaa… Tan Sri ni pun satu, macamlah dia slim benar. Leher pun dah hilang di telan rahang. Dah Elly anak dia, tentu mewarisi gen dia sedikit sebanyak.

Perbualan di meja makan sejak tadi tertumpu pada persiapan perkahwinan tapi Elly tidak berpeluang bersuara. Sejak Nurul rapat dengan Elly dari zaman sekolah dulu pun Elly jarang membuat keputusan sendiri. Semuanya di atur oleh ibubapanya, tak ubah seperti sekarang. Puan Sri Lily rancak bercerita tentang rekaan wedding planner sementara Tan Sri Effendy lebih mengambil berat tentang kehadiran tetamu VVIP. Setakat ini seorang Sultan, dua pemangku Sultan dan timbalan Perdana Menteri akan hadir. Wow! Gah sungguh perkahwinan Elly dan Redza. Jauh beza dengan perkahwinan aku dulu. Sayu rasa hati Nurul. Tentu Redza kelihatan segak sekali di pelamin yang indah, kemudian beramah mesra dengan orang orang kenamaan yang sekufu dengan keluarganya. Aku cuma pipit yang mustahil menjadi enggang.

“ Yuyu mengelamun tentang siapa? Boyfriend jauh di mata?” tebak Puan Sri Lily membuat Nurul tersentak.

“ Tak adalah Auntie. Yuyu mana ada boyfriend”

“  Itulah, Auntie suruh Yuyu jadi pengapit Elly. Mana tahu, ada yang terpikat?”

“ Tak boleh lah Auntie. Rosak majlis nanti kalau apa apa jadi kat Yuyu”

Tan Sri Effendy mengelap mulut dengan napkin. Ada sesuatu yang perlu di leraikan.

“ Masa di London dulu, Yuyu ada jumpa Redza kan?” Matanya tajam menikam wajah manis gadis yang sudah lama menjadi sebahagian dari hidup anaknya.

Nurul hampir tercekik namun di gagahi juga menelan kentang lenyek dalam mulut.
“ Ada. Kenapa?” Suaranya tenang walaupun jantungnya berkocak.

“ Kawan Uncle nampak Redza keluar dengan seorang perempuan. Yuyu kenal tak siapa perempuan itu?”

“  Wallahualam. Tak ada pun perempuan masa saya jumpa Redza.”

“ Well, my source said that he took this girl shopping all over town. Dari Selfridges ke Bond Street.”

“ I think that was me lah, Uncle. Kita pergi shopping sebab nak beli barang hantaran untuk Elly. Datin Wan Hamidah yang suruh saya ikut sebab Redza tak tahu nak pilih.” Nurul tersengih. Elly dan Puan Sri Lily turut ketawa.

Tan Sri Effendy lega namun identiti isteri Redza masih menjadi misteri. Kemungkinan besar Redza berkahwin di luar negara kerana maklumat pernikahannya tidak di jumpai di mana mana Jabatan Agama Islam. Tapi aku tak akan putus asa, aku akan pastikan dia berpisah dengan isterinya, sama ada guna wang atau paksaan.

“ Tapi kalau dia ada keluar dengan perempuan lain, itu saya tak tahu. Lagipun saya balik Malaysia lebih awal dari Redza dan Datin.” Sambung Nurul. Kasi perangat sikit.

“ Lelaki kacak dan kaya macam Redza tentu ada ramai perempuan nak menempel. Harap harap dia tak ikut perangai bapa dia. Elly, kamu harus pandai layan suami. Elly kena belajar masak dan kemas rumah. Jangan biarkan bibik saja layan Redza bila dah kahwin nanti. Elly kena ambil tahu apa favourite food Redza.” Pesan Puan Sri Lily.

“ Kau tahu tak Redza suka makan apa?” tanya Elly pada Nurul.

“ Manalah aku tahu. Kau ingat dia husband aku ker? ” Dushh! Dushhh!

Selepas menjamah apple crumble dan aiskrim vanilla yang menjadi pencuci mulut, Nurul meminta diri untuk pulang. Matanya mula mengantuk dek kekenyangan. Setiap malam Redza akan menelefon mengguna telefon awam dan dia tak mahu panggilan atau mesej masuk ketika dia di rumah Elly. Susah nak cover nanti. Lagipun Redza harus di beritahu tentang jampi yang Elly guna agar dia berhati hati sebelum terkena. Sorry Elly, I have to do the right thing. Kalau Redza tak ada kena mengena dengan aku pun, aku tak nak bersekongkol dengan kesyirikan

“ Tak selamat naik teksi seorang diri lewat malam begini. Biar Pak Jais  hantar Yuyu pulang. Hujung minggu ini jangan lupa datang, ya. Kita nak pergi fitting baju. Redza dan pengapit dia Mike pun pergi sama. Yuyu boleh tumpang Mike” cadang Elly sambil menjungkit kening. Tak habis habis nak kenen aku dengan Mike!



Last edited by sang_arjuna on 3-5-2013 02:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 04:16 PM | Show all posts
kaka juna.. mintak izin.. nak copy paste cite ni... best la.. best gler..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2013 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya..berdebar2 bc..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 02:36 PM | Show all posts
sambung lg ehh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.075152 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list