CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: manzilla

[MERGED]POLITEKNIK CORNER [Spot-check? blah-blah...]

[Copy link]
Post time 25-4-2010 07:12 PM | Show all posts
btol2.. student poli spatot perlu lebihkn kuota utk msuk u berbanding matrik n stpm.. sbb per student poli ni matang skit.. berbanding matrik n stpm.. ade stengah student matrik n stpm jd kejutan budaya ble msuk u. mane x nyer, suasana diorng berbeza ngn u.. klo dibandingkn ngn student poli kn.. kite dh biase ngn environment.. dilatih mcm mane nk blaja sma mcm cara u blaja.. stpm n matrik mcm skolah jer.. sbb tu ade 1 brita lama dh, mengatakan ade stengah result bdk2 matrik n stpm kt Uni jatuh merudum. ade yg x bleh ikut... ni x, bdk poli mcm diank tirikn.. nk msuk U, last2 je.. bdk matrik n stpm dh abis tapis, bru la nk cari bdk2 poli nih. elok la ada pon x smpai 5 tmpt utk 1 kos. kesiannyer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2010 10:05 PM | Show all posts
lagi satu bile time kerja, kebanyakkan company mmg amek bdk poli tapi untuk kerja2 luar je. bdk u dieorg jadi engineer opis, ble wat kerja luar xtau apa2 tau sebut je.....dari segi pengalaman aku masa praktikal pun, ada sorg bdk u nie x reti apa2 ttg keadaan dkt site projek. die mntk aku tlg ajar die ttg nak baca pelan padahal aku nie bdk sijil je die 2 bdk lepasan diploma
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 12:48 AM | Show all posts
dah kalo semua org nak mintak kesamarataan x pyh la buat univerisiti bnyk2 lg.
kan kerajaan dah umumkan nak buat universiti poli?
masih x puas hati lg?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 05:19 PM | Show all posts
ada kt tmpt praktikal kwn aku, bdk uitm, dgree plak tu.. tp kwn aku yg dip ni plak tolong ajar dia buat keja. kakak aku keje bank nova of scotia.. da bdk U mane ntah, dgree la.. kakak aku pening kapal nk ajar dia. huhu.. mcm xtaw nk wat keje lgsung.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 11:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by super_nova at 26-4-2010 23:35
dah kalo semua org nak mintak kesamarataan x pyh la buat univerisiti bnyk2 lg.
kan kerajaan dah umu ...
otai_g Post at 26-4-2010 00:48



    betul tu bro, tapi kesamarataan kpd politeknik perlu datang sejak dulu lagi, Poli Ungku Omar adalah antara IPT tertua naegara tetapi baru skang ura2 nak naiktaraf poly ke U walhal IPT lain yg lagi muda dari PUO dan asalnya bukan U telah jadik full universiti,adilke?
lagi satu, pengumuman kerajaan nak wat U Poly dalam masa 5 thn lagi, jadik paham2 lar.macam2 bleh jadik..mungkin cakap2 kosong ajer.
banyak masalah sistem dan lepasan Poly ni kerajaan x pandang. Contohnya lepasan Poly dianaktirikan/kurang pengecualian kredit berbanding lulusan lain apabila mereka menyambung pengajian ke Universiti,walhal silibus/sistem Politeknik itu lg lama/establish sebelum sesetengah  Universiti itu sendiri diwujudkan.1 lagi gaji lulusan Sijil Politeknik yg blajor selama 2 tahun termasuk 6bulan latihan praktikal diletakkan pd skim gaji SPM dan rendah dari STPM walhal JPA sendiri meletakkan kelayakan Sijil Poly ini setaraf lulusan STPM(blaja 1.5tahun tanpa ada latihan praktikal dan dibawah Kementrian Plajaran,bukan Kementrian Peng Tinggi)..Jadi, yg heran,nape Kjaan lambat sgt setel masalah ni?mereka yg wujudkan sistem Poly dan kelayakan setara sijil poly tapi gaji dan peluang sbg study utk lepasan Poly kecil..
aku x de niat nak marah pihak U atau lulusan U tetapi aku kecewa kelewatan Kjaan dalam setelkan perkara ini..hampir 40tahun kewujudan Poly tapi maslah2 lama masih x diselesaikan Kjaan.
Baru2 ni, timbul masalah di UNIMAP(universiti teknikal yg ditubuhkan Kjaan tetapi fokus kpd hand on,berbeza dpd Universiti lain yg menawarkan program kejuruteraan/teknikal fokus pd teoritikal). Ijazah Kejuruteraan Unimap ini tidak diiktiraf EAC-BEM walhal JPA,BEM dan Unimap ini adalah bawah seliaan Kerajaan.lulusan Unimap ini x bleh daftar sbg jurutera siswazah BEM dan JPA hanya bg "KUP'-khas utk penyandang bg lulusan UNIMAP ini...nape stail mereka ni 'buat dulu, pikirkan kemudian?' yg susahnya masyarakat khasnya lulusan IPT itu sendiri. Jadi, aku arap kalo betoi jadi Universiti Poly ni, biarlah memudahkan lepasan Politeknik sbg study dengan sistem mereka sendiri dan harap2 kelayakan program2 poly x di double standard oleh mana2 pihak spt lepasan mereka terdahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 11:51 PM | Show all posts
universiti kebangsaan malaysia  pon diwujudkan thn2 70an dulu sebab rasa terpinggirnya lepasan aliran sekolah kebangsaan berbahasa melayu kerana lepasannya sukar dan tidak mendapat tempat di universiti awam ketika itu khasnya di  UM.
aliran skolah vokay dan teknik hanya ada poly dan baru skang nak dinaiktaraf poly  jadik U.
lama sungguh walhal cadangan naiktaraf poly ni dah berzaman disuarakan lepasan Poly..
tapi bagus gak mentri2 ada KPI, disitu kita bleh menilai mereka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2010 09:36 AM | Show all posts
ada kt tmpt praktikal kwn aku, bdk uitm, dgree plak tu.. tp kwn aku yg dip ni plak tolong ajar dia b ...
alin6088 Post at 26-4-2010 17:19


bodoh punya statement.
mn ada org masuk2 keje dah tau buat semua keje.
kat universiti bukan ajar buat keje, kat U adalah pusat kecemerlangan akademik.
mesti la take time utk adopt suasana kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 10:03 AM | Show all posts
Reply 485# super_nova

aku rs ko ada bnyk salah paham kat sini.

walhal IPT lain yg lagi muda dari PUO dan asalnya bukan U telah jadik full universiti,adilke?


soalnya bukan sapa lebih tua patut naik jd U dulu.kalo nak diikutkan dr senioriti aku rs bnyk lg institut lain yg lebih senior dr poli tp masih still dgn identiti mereka.bnyk faktor lain yg perlu dipertimbangkan sebelum up jd U bkn just announce bleh terus naik jd U.antaranya syarat kemasukan pelajar, kredebeliti pensyarah semua tu kena ambik kira. kalo setakat result spm cukup makan lps tu kat sekolah bnyk buat kes disiplin bleh masuk U jawabnya U tu mmg stok cikai la. even sesuatu kos utp dptkan pengiktirafan drp EAC-BEM pun dia akan tgk result SPM bebudak yg masuk kos tu.kalo result math dan sains x cemerlang tp masuk U amik kos engineering, tak usah harap EAC-BEM nak iktiraf kos tu.brp ramai pensyarah poli yg ada master atau phd dlm bidang kejuruteraan?kalo poli jd U, jawabnya pensyarah poli yg skang ni yg just ada degree engineering + maybe master education atau dpli jawabnya x de keje la sbb x layak nak mengajar.

Contohnya lepasan Poly dianaktirikan/kurang pengecualian kredit berbanding lulusan lain apabila mereka menyambung pengajian ke Universiti


at least kalo sijil poli sambung U mmg ada la pengecualian kredit kan.so ko nak lebih mcm mn lg?pengecualian kredit tu adalah berkadaran dgn apa yg ko dah bljr masa sijil.kalo bnyk tu je yg layak x kan senat nak bg ko lebih2.jgn bandingkan bdk sijil drp tempat lain sbb sistem dan silibus mungkin x sama dgn poli.

sistem Politeknik itu lg lama/establish sebelum sesetengah  Universiti itu sendiri diwujudkan


aku akui mmg sistem poli tu dah lama.tp nak kata establish aku kurang bersetuju sbb apa yg aku perasan sistem poli sentiasa berubah2 mengikut citarasa org atas.kalo dulu dia fokuskan kpd skill dan kemahiran teknikal tp skang dah lari dan mula fokus kepada akademik.hasilnya kemahiran teknikal lepasan poly dulu2 (zaman 80 an) x sama dgn lepasan poly zaman skang.dan jgn kata x de yg lepasan poly ada jgk yg x bleh buat keje dlm bidang yg dipelajari.


nape stail mereka ni 'buat dulu, pikirkan kemudian?

sbb tu smpi skang uni poly x tubuh2 lg n terpaksa amik ms 5 tahun lg.bnyk bnd yg pihak atasan perlu pikirkan.mcm ni la msyrkt msia semua nak cepat dan segera.tp bila dah jd masalah salahkan kerajaan balik.berdasarkan pd kes unimap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 11:39 PM | Show all posts
salam, bro. pandangan ko mungkin btoi.sebab tu poly wat primeir poly yg ambil student2 SPM mereka sendiri..dan lecturer poly memang kena sbg master dan phd dalam 5 thn ni. 1 lg,ikut syarat EAC, setiap 1 program ijazah pertama kejuruteraan perlu ada minima 3 orang pensyarah yg ada PE yg mengajar program tersebut.
memang EAC tgk result SPM bebudak yg masuk program kejuruteraan tu sekiranya program tu hendak diakreditasi oleh BEM-EAC(selain mata kredit keseluruhan yg kena ikut Manual akreditasi EAC). aku percaya skang ni pon ramai student Poly result SPM mereka bagus2 cuma x ada tempat di Universiti,kesudahannya sbg kat Poly.tapi laluan mereka ke U sukar sebab tempat kemasukan ke U dimonopoli oleh lulusan Diploma U itu sendiri,STPM,Matrix dan kolej bersekutu dgn U tersebut. jadi memang perlulah University Poly ini ditubuhkan(sepatutnya dari dulu lg dibuat sebab sistem pembelajaran di Poly ngan U sama tapi x serupa),hanya di MTUN saja Poly ada slot 20% utk lepasannya sbg degree.
Itu pon MTUN(Unimap) ada problem sebab EAC yg berhajat masuk WA-Washington Accord x brape setuju penekanan program disana selain passing mark di Unimap 'yg amat berlainan' dgn IPTA lain dinegara ni.Skang ni ada kajian dan cdgan Msia nak sign Sydney Accord yg iktiraf program ijazah handson,tapi perlukan persetujuan pihak2 berkenaan.
Sori bro,aku melalut.apa yg sebenarnya aku nak cakap adalah penubuhan Uni Poly ni sepatutnya dari dulu lagi mereka pikirkan dan buat,bukan sekarang ni sebab antara faktor penubuhan uni poly diwujudkan adalah kerana nak bagi tempat kpd lepasan poly sbg degree mengikut acuan sistem poly mereka sendiri,bukan acuan dan menumpang di IPTA lain dan perkara cam ni patut dari dulu mereka buat sebab IPT lama dalam MTUN ni adalah UTHM(ex-Poly Batu Pahat yg dikeluarkan dari sitem Politeknik menjadi IPT yg berlainan).
Kes Unimap tu pon satu hal, ex org lama BEM(Prof Abang Abdullah) dari dulu2 ada mencadangkan pd kerajaan nak wujudkan perjawatan 'Teknologis' bg perjawatan JPA utk degree2 hands on dari UniKL,UMP,UNIMAP dll, tapi sampai sekarang masih blum direalisasikan walopun dah hampir lebih 5tahun cdgan nya.yg bestnya nape mereka2 kat atas x pikirkan yg dgn menubuhkan universiti bercorak hands on akan memberi implikasi terhadap pengiktirafan EAC-BEM(sebab BEM memang di'wajibkan' memantau kursus ijazah pertama kejuruteraan di Msia).Ptutnya masa setting universiti2 ni, gomen awal2 dah sedar dan kaji implikasi penubuhannya spt contoh menubuhkan badan lain bawah BEM spt EAC tapi hanya mengakreditasi program2 ijazah hands on.Sebab apa aku ckap cam ni sebab mereka ada 'power' dan think thank' mereka sendiri di kementerian dan IPTA. universiti bercorak hands on ni pulak dikatakan x boleh tukar program ijazah hands on ini sebab arahan dan pembiayaan datang dari gomen dan sebarang perubahan corak program akan menyebabkan peruntukan ditarikbalik memandangkan arahan gomen supaya universiti2 spt ini mengeluarkan hands on engineer,bukannya teoritikal/scientific engineer.
Berbalik kes Unimap, bila x diiktiraf EAC-BEM, sape perlu disalahkan? student Unimap(atau student2 yg minat handson berbanding teoritikal)?, salah NC universiti? atau salah gomen sebab x pikir panjang?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 11:48 PM | Show all posts
bodoh punya statement.
mn ada org masuk2 keje dah tau buat semua keje.
kat universiti bukan aj ...
otai_g Post at 27-4-2010 09:36

benda ni subjektif dan susah nak kata.
apa yg aku nak cakap munkin latihan industri memainkan peranan penting utk melatih pelajar  tu boleh wat keje atau x bila mereka diserapkan ke alam pekerjaan. beza latihan industri politeknik adalah selama 6bulan dan di universiti pulak mungkin kurang dari itu.
Jadi,boleh wat kerja atau tidak bergantung pada individu tersebut selain dari pengalaman mereka semasa menjalani latihan industri.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 11:53 PM | Show all posts
bodoh punya statement.
mn ada org masuk2 keje dah tau buat semua keje.
kat universiti bukan aj ...
otai_g Post at 27-4-2010 09:36


universiti sebagai pusat kecemerlangan akademik?
memang btoi lar tu..x dinafikan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 01:46 PM | Show all posts
benda ni subjektif dan susah nak kata.
apa yg aku nak cakap munkin latihan industri memainkan per ...
super_nova Post at 29-4-2010 23:48


btol2.. itu lah mksud aku.. kesan die, ramai student universiti yg menganggur.. mungkin diorng ni x ditekankn kpd praktikal/kemahiran.. mungkin diorng lebih didedahkn n ditekankn dgn akademik.. berbanding student politeknik dimana kedua-dua akademik n kemahiran ditekankan... selain dr praktikal yg lebih pnjg iaitu selama 6bln, selain tu, tempoh pembelajaran di politeknik pun lebih pnjg.. tak hairan la klo kite tgok student U dh cuti, tp student politeknik blum cuti lg, malah blum lg exam final...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 03:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 11:50 PM | Show all posts
btol2.. itu lah mksud aku.. kesan die, ramai student universiti yg menganggur.. mungkin diorng n ...
alin6088 Post at 30-4-2010 13:46


utk pengetahuan ko, ipta yg baru2 skang semua latihan industrinya telah dipanjangkan kpd 1 semester (5 bulan).
so sedikit sebanyak membantu pelajar tu utk mudah dpt keje.

isu sbnr graduan menganggur bukan semata2 sbb skill.
skill maybe penyumbang dlm 10-15% jerk.

pd sy isu sbnr graduan menganggur ialah sikap.
rsnya thread ni bkn topik yg sesuai utk diskas psl graduan menganggur
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 04:48 PM | Show all posts
yup,sikap memainkan peranan paling penting...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 09:05 PM | Show all posts
ok, back to the topic..
dlu msa aku msuk PUO, mmg dok kamsis.. kamsis kt PUO ni islamic skit.. mmg slalu ade sport check. sape yg x tahan mmg dok kamsis 1 sem jer. pstu blah dok umah sewa. mmg agak ketat la.. tp aku dok kamsis tu smpai sem5. huhu.. pompuan kene pkai stoking ble kuar je dr bilik. (tutup aurat). sape x pkai, nnt mak cik guard tahan.. pstu kene naik bilik, pkai stoking.. kdg2 ade sport cek bilik pompuan.. exco cek sape yg bwk pakaian yg kecik2 sendat2, iron 1 bilik 1 je.. klo ada 2 nnt kene rmpas.. n heater x leh bwk. tp aku bwk gk.. pndai2 sorok.. nk harapkn water cooler kt bwh tu.. sekejap ok, sekejap rosak. 1 blok 1 je water cooler.. mane x lingkup bende tuh. psl heater tu penah gk heater aku kene rmpas.. msa tu diorng buat sport cek mengejut. x sempat nk sorok plak. so kene la pi amik kt ofis.. diorng warning soh bwk balik umah.. tp aku x bwk balik pon.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2010 12:55 PM | Show all posts
Politeknik dinaik taraf universiti

Oleh FAUZI JAAFAR
Utusansarawak@tusan.com.my

SIBU 6 Mei - Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan semua politeknik di negara ini dinaik taraf menjadi universiti politeknik pada tahun 2015 bagi meneruskan kecemerlangan institusi kemahiran itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, buat masa ini pihaknya dalam perancangan untuk memastikan institusi kemahiran itu mampu menawarkan diploma, diploma lanjutan, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana sehinggalah kepada Doktor Falsafah (Ph.D).

''Sekarang ini politeknik hanya menawarkan diploma sahaja. Apabila mereka sudah tamat pengajian, mereka terpaksa melanjutkan pengajian ke universiti.

''Perancangan kita ialah kita mahu mereka ini meneruskan pengajian dari diploma sehingga ke doktor falsafah. Negara memerlukan siswazah yang mempunyai kemahiran yang tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kemasukan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled menyerahkan surat tawaran kepada 211 orang lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dari Sibu yang mendapat tawaran ke politeknik dan 190 orang yang mendapat tempat ke IPTA.

Selain itu, beliau menyerahkan pendahuluan pinjaman PTPTN sebanyak RM1,500 untuk persediaan ke IPTA dan politeknik kepada anak-anak yang pendapatan keluarganya kurang daripada RM3,000 sebulan.

Mohamed Khaled berkata, selain menaik taraf politeknik, turut mendapat perhatian ialah cadangan menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa untuk mereka yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama di IPTA dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

''Cadangan ini akan dilakukan pada tahun ini dan kita menjangkakan tiga peratus mahasiswa IPTA dan IPTS akan mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama yang membabitkan pinjaman bernilai RM70 juta setahun," katanya.

Sementara itu, pada majlis berasingan, beliau berkata, pengumuman kerajaan untuk menaik taraf Kolej Laila Taib (KLT) sebagai universiti kolej menjelang tahun 2012 tidak seharusnya dijadikan isu pada kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu tidak lama lagi.

''Adalah bernasib malang jika ada pihak cuba menggunakan isu menaik taraf KLT menjadi universiti kolej sebagai isu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu,'' ujar beliau.

Katanya lagi, sekiranya perkara itu turut dijadikan isu dan pertikaian, maka tiada lagi sebarang perkara yang boleh dikongsikan bersama untuk memajukan Sibu.

Mengenai dengan KLT itu pula, Mohamed Khaled berkata, kementerian tidak mempunyai sebarang masalah untuk menaiktarafkan KLT sebagai universiti, malah menjangkakan ia mungkin boleh dilakukan lebih awal daripada sasaran tahun 2012.

Mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) antara KLT dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di kolej tersebut hari ini, beliau memberitahu, MoU berkenaan bagi membolehkan lulusan KLT menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di Unimas.

KLT diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wong Kee Yew, manakala Unimas pula oleh Naib Canselornya, Prof Dr. Khairuddin Ab.Hamid.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 01.htm&arc=hive
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 03:37 PM | Show all posts
otai otai...nk tnya skit..my nephew dpt offer poli kedah tp nk mtk tkr campus bole ke?dpt course civil engineering diploma.20jun lpor diri
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 11:27 PM | Show all posts
otai otai...nk tnya skit..my nephew dpt offer poli kedah tp nk mtk tkr campus bole ke?dpt course civ ...
nitty Post at 10-5-2010 15:37



   boleh..
http://www.politeknik.edu.my/keputusanpermohonan/umum/menu.asp
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 06:35 PM | Show all posts
UNIVERSITI POLITEKNIK 2015
Agenda Transformasi Politeknik
Mencari identiti UNIVERSITI POLITEKNIK


1. UNIPOL atau Universiti Politeknik adalah sebahagian dari pengisian agenda Transformasi Politeknik yang telah dilancarkan pada bulan Februari 2010. Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah berhasrat untuk mengeluarkan graduat pertama UNIPOL pada tahun 2015.

2. Pencarian identiti bermula dengan renungan mengenal diri. Apakah identiti yang patut di ketengahkan oleh UNIPOL? Selama ini kekuatan Politeknik Malaysia berfokus kepada pendidikan dan latihan yang beteraskan kepada kehendak industri. Latihan Industri selama 5 bulan serta pendekatan pendidikan untuk ‘practitioners’ adalah ‘DNA’ bagi Politeknik Malaysia. Adakah ini sebenarnya kekuatan kita? Adakah pendidikan secara ‘Application Oriented Education and Training’ atau Hands-on ini sebenarnya kekuatan yang patut UNIPOL tonjolkan?
Komen, Ide atau Cadangan?


UNIVERSITI POLITEKNIK 2015
(1) Terlebih dahulu jutaan terima kasih di atas sambutan serta komen-komen yang telah di beri setakat ini. Untuk pengetahuan saudara/saudari blog ini dirancang dan bina oleh Jawatankuasa Perancangan UNIPOL BPPK, JPP dengan tujuan untuk mendapat cadangan dan komen mengenai konsep UNIPOL (nama sebenarnya belum diputuskan lagi) yang akan dibina tidak lama lagi. Di fasa awal ini, kami ingin mendengar serta mengumpul suara-suara warga Politeknik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rancangan yang konkrit.

(2) Blog ini akan mengenegahkan beberapa isu untuk dikomen oleh semua. Ia tidak bertujuan untuk menjawab soalan-soalan yang diketengahkan, sebaliknya blog ini bertujuan untuk bersama-sama mencari jawapan melalui ide dan komen yang positif dan bernas, ini bermaksud bahawa blog ini memberi peluang kepada semua warga Politeknik Malaysia untuk berkongsi ide dan pendapatuntuk merekacipta halatujunya.

(3) Antara topik-topik yang akan diketengahkan nanti adalah: P & P di Unipol, Perhubungan Industri, Peranan Pensyarah dan Staff Sokongan, Peranan Pengurusan, Budaya Kerja UNIPOL, ISO dan Kualiti dll. Setiap bulan akan melihat sekurang-kurang satu/dua isu diketengahkan untuk perbincangan warga Politeknik.

(4) Topik minggu ini masih lagi mengenai identiti ‘Hands-on’ UNIPOL (sila lihat posting pertama). Jadi sama-samalah kita gunakan peluang yang diberi ini untuk memberi pendapat/cadangan/komen/saranan untuk merekacipta UNIPOL yang kita idamkan.

Komen, Ide, Cadangan?

sila ke : http://unipoljpp.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.706005 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list