CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
Post time 20-7-2013 11:23 PM | Show all posts
igtkan dah ade ending citer ni..
tiap2 hr check in...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 10:20 PM | Show all posts
alaaaaaaaaaaa...lepas raya la kot ending nya
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 01:24 PM | Show all posts
smiley bila nak sbg ni.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 12:27 PM | Show all posts
calling for akak smiley....nak n3 plsss....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps raya kot sambungan dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 04:17 PM | Show all posts
kaka...bila nak sambung...

penat tunggu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2013 03:22 PM | Show all posts
ingatkan dah ada n3....lamanyaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 10:51 AM | Show all posts
Cite ni memang takde sambungan ke kak juna. ingat lepas cuti bersalin dapat la baca sampai abis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2013 08:24 PM | Show all posts
Setia menunghu. Ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 08:58 AM | Show all posts
Bila nak sambung penat dah tunggu........................
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 02:46 PM | Show all posts
akak smiley mmg dah taknak sambung ke citer ni...?rindu dkt ecah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 03:04 PM | Show all posts
Kakak Juna... xde sambungan lagi ke... dh nak masuk raya haji dh ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 11:43 AM | Show all posts


Kak Arjuna, boringlah camni....nak sambung ke tidak ni?

apa kata post something kat sini bagai tau kami semua yg tertunggu2 ni..

harap kakak sihat2 saja....

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 08:34 AM | Show all posts
sang_arjuna posted on 6-7-2013 11:28 PM
“ Minta ampun, Mama. Ini semua silap Ja, bukan salah Yuyu langsung. Ja suruh Papa dan Makcik Ila pe ...

salam inc...

tak ada sambungan lagi ka...

sudah sgt2 rindu ni.....takkan nak tunggu ramadhan akan datang...huuhuhuhuhuu..

kaka incanto....bang arjun.......tolongggggggggggggggggggg
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 09:50 AM | Show all posts
ui.... lamenye nak ade sambungan.......................... hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2013 09:32 PM | Show all posts
OH MY LALING LALING PORUMMER
minta ampun dan maaf bnyk bnyk sebab biarkan cerita ni tergantung sampai berkeladak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2013 09:44 PM | Show all posts
sori kalau sambungan ni ada bnyk silap sbb lama noo tak sambung sampai dah lupa jalan cerita sendiri
....
........................................................................................................................................................



Bab 41

Beberapa tahun kemudian

“ Tengok tu! Tadi tak berhenti membebel suruh kita mandi dan pakai baju Melayu tapi dia sendiri tengah seronok layan internet. Apalah…” dengus Redza sambil mencubit pipi Nurul. Isterinya bukan main kusyuk melayari internet.

Nurul  tersengih sambil menepis jari suaminya. Tangannya di depa untuk menyambut si kecil dalam dukungan Redza. Aiman Hakim, permata hati mereka yang berusia setahun setengah sedang rancak bertutur dalam bahasa uniknya.

“  Mamaa ..aga ....aaa…gaga… yayayaya…. aaaa” Aiman Hakim berceloteh dengan ibunya. Gasaklah kalau tak ada yang faham, janji dapat lontar suara. Ada potensi nak jadi ahli politik atau peguambela anak aku ni. Ataupun pelakun. Sudahlah nama pun macam hero drama Vanilla Cokelat, kenan kot!

“ Kasi lah peluang Abang dukung Aiman. Dari Isnin sampai Jumaat, Ecah pulun. Abang dapat masa weekend saja. Ini saja masa Abang nak bonding dengan anak kita. Betul tak, my little buddy?” Pipi tembam Aiman di kucup. Redza gembira tak terhingga bila mendapat cahaya mata, lebih lagi seorang anak lelaki. Mana tidaknya,  sudah lama dia di kelilingi kaum Hawa; kakak, adik, ibu dan ibu tiri. Kelahiran Aiman anugerah  Allah yang tak ternilai. Dia tertegun melihat ketabahan Nurul bertarung selama enam jam untuk menghadiahkan bayi yang cukup sempurna di matanya. Airmata lelaki Redza gugur ketika melaungkan azan di telinga Aiman. Hebatnya kurniaan Allah!

Prioriti hidup Redza sudah berbeza sejak berkahwin dan mempunyai anak. Tujuan dia bekerja cuma untuk mencari rezeki yang halal demi menjaga amanah Allah, iaitu anak dan isteri.  Gaya hidupnya kini sudah banyak berubah, tiada lagi party dan hiburan lagha. Iklan yang di terbitkan pun lebih konservatif dan banyak job yang tidak menepati syarak di tolak olehnya. Seriau juga bila teringat yang dia kena “ menjawab” di akhirat nanti. Cukuplah kalau mereka sekeluarga hidup selesa, tidak perlu bermewah sangat. Lagipun Nurul bukan jenis yang suka meminta itu ini, gadis yang sudah biasa hidup sederhana dan menanggung keluarganya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada. Setiap hari Redza tak sabar nak balik rumah untuk berjumpa Aiman dan Nurul. Redza kagum dengan Nurul yang serba boleh – dia ibu yang penyayang dan bertanggungjawab, wanita bekerjaya yang berwawasan, dan paling penting tetap menjadi kekasih dan teman setia untuk aku! Menaiki Business Class dalam penerbangan MAS dari Bali lebih lima tahun lalu adalah langkah yang terbaik dalam hidup ini. Syukur pada Allah yang mengatur sebaik baik perjalanan hamba Nya. Alhamdulillah!

“ Hamaigadd! You are so not going to believe this! ” Suara Nurul memetir, membuat Aiman terdiam dalam dukungan Redza. Jari Nurul melekap pada tetikus. Dia memincing mata pada skrin. Ada beberapa gambar yang di “ tag “ dengan namanya. Gambar pertama di “klik” dan di telek.

“ Apa dia?” Redza membongkokkan badan. “Muka buku” Auntie Sofi yang menjaga Nurul di London dulu, di amati. Matanya membulat.

“ Speechless nampak? Kecewa sebab Elly dah dapat pengganti? Atau terpesona dengan kecantikan dia? She looks gorgeous, kan?” usik Nurul. Dia sendiri cukup teruja. Gambar dalam album maya di buka satu persatu, ada enam semuanya. Sungguh tak di sangka!  Pengantin perempuan sungguh cantik dan anggun, jauh beza dengan Elly yang di kenali dulu. Tubuhnya yang lampai di saluti gaun perkahwinan yang sudah tentunya rekaan haute couture pereka fesyen antarabangsa. Kalau ikut tarikh dalam FB Auntie Sofi, majlis berlangsung lebih seminggu lalu. Tentu sekarang Elly tengah seronok berbulan madu  bersama suami tercinta. Perasaan Nurul berbaur, ada gembira, sayu dan hampa. Elly terus lesap dari hidup Nurul, tiada langsung khabar berita sejak dia di halau dari Prince Court  tiga tahun lalu. Persahabatan mereka yang akrab hanya tinggal kenangan. Tipulah kalau dia tidak rindu tapi dia terpaksa akur dengan kehendak Elly. Orang dah tak sudi, apa nak buat? Lagipun siapa lah aku. Selepas Tan Sri Effendy mendapat serangan jantung, Elly sebagai pewaris tunggal mengambil alih empayar perniagaan bapanya. Nurul pun cuma membaca berita mengenainya melalui surat khabar dan internet.  Elly kini berulang alik antara New Zealand dan London untuk menguruskan konglomerat miliknya, dan jarang pulang ke Kuala Lumpur. Terlalu banyak kenangan pahit agaknya.

“ The groom looks familiar. Siapa dia ekk? Ecah kenal tak?”

“ Nama dia Shah. Dia kerja di London. Rasa rasa you pernah jumpa dia di sana.” Nurul mengimbau kembali kenangan lama. Pengantin lelakinya Ungku Shahrulzaman Aidrus Shah yang Elly cuba kenenkan dengannya, yang sama sama cedera dalam letupan di Ministry of Sound dulu. Tak sangka Shah jodoh Elly rupanya. Kecilnya dunia… pi mai pi mai, tang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 09:51 PM | Show all posts
sang_arjuna posted on 29-12-2013 09:44 PM
sori kalau sambungan ni ada bnyk silap sbb lama noo tak sambung sampai dah lupa jalan cerita sendiri ...

Yeay! More please
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2013 09:52 PM | Show all posts
“ Oh ya, baru Abang ingat. Kita jumpa kat Wellington Hospital. Well, good for her. Alhamdulillah. ” Hujung bibir Redza terjungkit. Selamat aku! Nyaris nyaris aku beristerikan Elly dan berbapa mentuakan Tan Sri Effendy. Mimpi ngeri!

“ Aiman… auntie ini hampir jadi mak tiri Aiman.” Jari telunjuk Nurul ke tuju pada wajah Elly di skrin laptop sambil menarik anak nya ke riba. Senyuman nakal di hadiahkan pada Redza.

“ Aiman , jangan dengar cakap Mak. Mak Aiman ni nakal tau!”  Rambut Nurul yang di ikat ekor kuda di tarik.

“Siapa sangka ini Elly yang selalu rasa rendah diri?  Tengok … dah cantik dan slim Elly sekarang. And she looks so confident, like a totally new person.” komen Nurul. Gambar majlis perkahwinan yang di adakan di Dorchester Hotel memang menakjubkan. Very elegant and classy! Tentunya Tan Sri Effendy dan Puan Sri Lily nak yang terbaik buat Elly, satu satunya zuriat mereka. Kebanyakkan tetamu berbangsa asing memakai gaun malam dan tuxedo. Tapi yang buat Nurul sedih, ada gelas kristal berisi cecair kekuningan di tangan masing masing, termasuklah pengantin. Apa lagi kalau bukan champagne, minuman wajib di majlis perkahwinan orang Barat.

“ Kalau ikut deria penglihatan Abang, sama ada gambar sudah kena edit atau Elly buat plastic surgery.  Kalau hidung Melayu jati tiba tiba jadi mancung tercatuk , itu bukan sebab air wuduk. ”

“ Jangan bersangka buruk. Make up artis di sana hebat, mungkin teknik mekap.“ tingkah Nurul walau dalam hati dia akui kata Redza ada benarnya. Wajah Elly jauh beza dari Elly yang aku kenal dulu. Kalau aku jumpa dia di tengah jalan belum tentu aku kenal BFF aku…. Ooops, ex BFF.  Apapun aku tetap berdoa semoga Elly bahagia di samping Shah hingga ke anak cucu.

“ Ya lah tu. Cik Ecah sayang, cepatlah siap. Dah solat Dhuha? Kita ada tugas penting hari ni. Cukup cukuplah tenung gambar tu.  Lepas apa yang Elly lakukan pada Ecah, tak payah lah nak rindu rinduan. Dia tak layak jadi kawan Ecah. ”

Kenangan kami berdua sejak remaja tak mudah di lepaskan. I still miss her, bisik hati Nurul. Tanpa memberi respon, Nurul bingkas bangun.  Ralit dia melayar internet hingga sudah hampir habis waktu afdhal. Selesai solat mengambil baju kurung kain tenun warna jingga cair yang tergantung di pintu almari. Tak sampai 10 minit kemudian, dia sudah siap berdandan. Pewangi DKNY di sembur di pergelangan tangan. Taraaa! Siap! Dia mencebik bila mata terlekat pada suami dan anak yang sedang berkuntau atas katil.  Adoiyai! Sedikit pun tak boleh nak lepa.

“ Haisssyyy!  Habis keromot baju Melayu Abang.” Nurul membulatkan mata sambil mencekak pinggang.

“ Hissyyy!” ajuk si kecil Aiman Hakim sambil membuat aksi yang sama dengan ibunya. Tersembur tawa Redza dan Nurul. Adeh! Nak marah pun susah sebab masing masing terpesona dengan gelagat comel Aiman.

“ Abang! Jom lah kita pergi. Rombongan lelaki  sampai pukul 11. Marah pula Papa dengan Makcik nanti. Orang yang tinggal paling dekat lambat sampai”

“ Okay sayang, Abah kena keluar. Be a good boy. Jangan menyusahkan Oyang.” Redza mencempung dan menghayun anaknya yang ketawa mengekek. Tok Nah tersenyum lebar menyambut cicitnya. Wah ! Cicit tu! Alhamdulillah aku di panjangkan umur sampai dapat menimang cicit. Kini Tok Nah tinggal bersama Nurul di Kuala Lumpur sementelahan Zahid pun sudah tamat  pengajian di USM dan bekerja di sebuah firma akitek di Damansara. Meskipun tidak tinggal bersama kakaknya tapi setiap hujung minggu Zahid pasti datang bertandang. Kedua cucunya lebih selesa jika Tok Nah pindah ke sini, senang untuk mereka tengok tengokkan. Setelah sekian lama Tok Nah menjaga mereka, kini tiba masa untuk Nurul dan Zahid membalas jasa. Namun mereka sekeluarga tetap balik kampung bila ada cuti untuk melepaskan rindu pada kampung halaman. Lagipun Aiman Hakim harus di beri pendedahan dengan suasana kampung. Redza bimbang kalau anaknya jadi budak bandar yang cuma kenal ayam KFC tapi tak pernah tengok ayam hidup.

“ Aiman tinggal dengan Oyang ya. Mak dengan Abah nak pergi rumah Tok Mak,” kata Tok Nah sambil mengusap kepala Aiman. Aiman berlari terkedek kedek ke arah bilik permainan.

“ Tok jangan dukung Aiman. Biar dia main dalam bilik. Betul Tok tak nak ikut kita? Bibik Siti boleh jaga Aiman.” Redza mempelawa.

“ Bukan Tok tak nak pergi tapi kaki Tok lenguh kalau kena duduk lama lama. Nanti lepas rombongan lelaki dah balik, Tok pergi jenguk sekejap.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2013 10:02 PM | Show all posts
Majlis pertunangan Izreen berjalan dengan lancar di rumah Puan Fazilah yang berhadapan dengan rumah Nurul dan Redza. Majlis yang sederhana tapi tetap mengikut adat di hadiri oleh sanak saudara, sahabat karib dan jiran jiran. Izreen kini bergelar tunang kepada Abdurrahman Abdullah @ Mike dan pernikahan mereka akan berlangsung tiga bulan lagi, selepas Hari Raya Aidil Fitri. Keluarga Mike merestui hubungan mereka dan ibu Mike bukan main sayang lagi dengan bakal menantunya. Cincin berlian antik warisan keluarga Nyonya Melaka tersarung indah di jari Izreen. Yang paling gembira selain pasangan yang bertunang, tentulah Redza. Siapa sangka best friend aku akan jadi adik ipar? Kemelut yang melanda Nurul- Redza- Elly dulu rupa rupanya telah mencetus bibit cinta dalam hati Izreen dan Mike. Kerapkali mereka bergabung bersama dalam usaha melindungi Nurul dari konco Tan Sri Effendy, sedar tak sedar masing masing makin serasi dan mula ada getaran dalam hati masing masing. Ada juga hikmah di sebalik rancangan kotor Tan Sri Effendy.

Namun di sebalik senyum tawa pada hari bahagia, tercalit juga kesayuan dan kepedihan. Pemergian Datin Wan Hamidah ke rahmatullah tiga tahun lalu meninggalkan kelohongan dalam hidup mereka sekeluarga. Beberapa hari selepas kembali dari menunaikan umrah, Datin Wan Hamidah menghembuskan nafas terakhir selepas solat Subuh. Pemergiannya tidak di jangka kerana sewaktu menunaikan umrah dan ziarah, Datin Wan Hamidah amat bersemangat.  Walaupun ada kalanya Datin Wan Hamidah tidak begitu sihat namun di gagahi juga untuk melakukan tawaf dan saei , solat di MasjidilHaram dan Masjid Nabawi, menziarah makam Rasulullah dan berdoa di Raudhah. Nurul lah yang menjaga ibu mertuanya sepanjang waktu. Jika Datin Wan Hamidah tak larat berjalan, Nurul menolak kerusi rodanya meredah lautan manusia. Walaupun tidak berpeluang mencium Hajar Aswad tapi mereka dapat solat dan berdoa di Hijr Ismail. Nurul dan Redza bersyukur yang hajat terakhirnya untuk ke Tanah Suci dapat di tunaikan. Sekembalinya dari Tanah Suci, orang pertama yang menziarahinya ialah madunya. Datin Wan Hamidah menerima kedatangan Puan Fazilah dengan hati terbuka dan masing masing saling bermaafan. Datin Wan Hamidah sempat berpesan supaya Puan Fazilah menjaga anak anak dan suaminya, seolah tahu yang ajalnya sudah hampir.

“ Mike tak datang ke?” Nurul meninjau kearah  ruang tamu selepas ibu Mike, Auntie Mei dan saudara mara Mike meninggalkan bilik setelah selesai upacara menyarung cincin dan bertukar hantaran.

“ Tak. Makcik kata tak manis kalau Mike datang masa tunang. ” Balas Izreen sambil membelek cincin di jari.  Izreen nampak ayu dengan tudung yang di ikat stail Hana Tajima. Sejak bercinta dengan Mike, dia mula menutup aurat.  Kalau ikutkan Mike, dia ingin berkahwin lebih awal tapi Datuk Aminuddin bertegas yang Izreen harus menamatkan pengajian sebelum bergelar isteri. Kalau dah jodoh, tak lari gunung di kejar.

“ Betul kata Makcik. Trend majlis bertunang sekarang dah over sangat, siap pakai baju sedondon, ambil gambar atas pelamin. Padahal baru tunang, belum nikah. Habis, masa bernikah nanti dah anti klimaks.” Sampuk Alia. Cuma mereka bertiga yang tinggal dalam bilik setelah selesai sesi bergambar bersama kedua belah keluarga. Tetamu lain sedang menjamu selera dengan nasi beriani yang di masak sendiri oleh Makcik Fazilah dengan bantuan ahli keluarga dan jiran. Kalau setakat lima puluh orang tetamu, Makcik Fazilah tak ada masaalah untuk menyajikan makanan tanpa perlu mengguna katerer. Inilah yang bagusnya bila semua ahli keluarga tinggal di Saphire Hills, setiap kali ada kenduri atau majlis keramaian mereka akan merewang macam di kampung. Memang bagus perancangan Dato Aminuddin ketika memberi sebuah rumah untuk setiap orang anaknya kerana kini semua tinggal berdekatan dan dia dapat melihat cucu cucunya membesar di depan mata. Tidaklah rasa kesunyian di usia emas.  

“ Reen tak lapar? Mesti dari pagi tadi tak makan sebab nervous. Kak Yuyu boleh ambilkan nasi beriani” ujar Nurul bila perut Izreen berkeriut.

“ Tak payah Kak Yuyu. Reen dah jamah sikit tadi lepas Makcik masak. Lagipun Reen nak jumpa Mike di KLCC petang ni. Kak Yuyu dan Kak Lia nak ikut sekali?” Kasihan Mike kerana tak di benarkan hadir masa bertunang. Tapi Mike pun faham pendirian Makcik Ila.

“ Humph.. tak sabar sabar! Ingat pesan Makcik, cincin tunang bukan cop halal Jakim. ” Nurul mengulum senyum sambil memberi amaran. Cehh! Macam lah aku ni baik sangat dulu.

“ Sorry, I can’t go sebab budak budak kena pergi swimming petang ini. Akak keluar dulu cari Maira dengan Qal. Kalau tak di suruh, budak budak tu tak makan.” balas Alia sambil mengangkat punggung.

“ Kak Yuyu pun dah lama tak pergi KLCC. Tapi akak kena tolong Makcik Ila kemas rumah. Petang nanti kita nak bawa Aiman ke taman permainan. Tengoklah, kalau ada masa.”

“ Kak Yuyu, Reen nak tanya sikit. Kalau Abang Redza tak masuk meminang dulu, mungkin akak kawin dengan Mike kan?” Mata Izreen memaku wajah Nurul. Soalan yang tidak di duga. Kenapa tiba tiba Izreen bertanya, siapa pula yang tukang cucuk  ni? Tak ada angin, pokok boleh bergoyang? Nurul menggeleng dengan senyum segaris.

“ Tak mungkin. Jodoh akak dengan Abang Redza sudah tertulis sejak azali. Mike seorang lelaki yang baik. Dia banyak berbudi pada akak tapi dia ikhlas, tak ada prawn behind the mee. Dan akak sendiri pun memang suka Mike tapi sebagai kawan, dan syukur sekarang dia bakal adik ipar. He is a good person and a good Muslim dan untung Reen dapat suami macam Mike untuk membimbing Reen. Tapi bagi akak, Abang Redza is the….”

“ Cinta mati, belahan jiwa, soulmate, love of your life?” potong Izreen. Nurul ketawa kecil dengan mata bersinar. Sungguh, siapa sangka?

“ Lebih kuranglah. He is the perfect one for me. Akak dengan dia tak sempurna tapi kami terima kekurangan masing masing. Reen pun tahu, awal perkahwinan kami banyak dugaan dan penuh tipu helah.  Tapi  Allah dah tetapkan jodoh kita, akak terima aturan hidup seadanya dan  minta pada Allah supaya dapat menjadi umat yang lebih baik dan isteri yang solehah. Makin lama kita kahwin makin akak sayang Abang Ja. Abang Ja dah banyak berubah dan kami sama sama bertatih untuk mencari redha Allah. He makes me happy. Mudah mudahan kebahagiaan ini kekal.”

“  Aamiiin, Aamiin!” Suara Redza di sebalik pintu yang tidak di tutup rapat membuat Nurul tergamam. Redza masuk dan terus menarik sila di sebelahnya.

“ Cheh! Ada orang  pasang telinga! Teringin jadi spy kah? Nasib baik tak kutuk” Nurul menggutil peha suaminya  dan Redza pantas menangkap tangannya.

“ Kalau kutuk pun tak hairan, Abang tahu Ecah sayang abang separuh mati dalam hati tapi tak nak ngaku. Its okay, I love you like crazy too.” Jemari Nurul di kucup.

“ Issyyy…. Cheesy nya korang ni! Pergilah balik rumah sendiri kalau nak projek!” getus Izreen sambil membaling kusyen kecil ke arah abangnya.
………………………………………………………………………………………………………………………………………
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.590200 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list