CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: sakinahmawaddah

Soalan saya yg tak berapa pandai: Minta pendapat

[Copy link]
Post time 24-4-2006 09:24 PM | Show all posts
Originally posted by sakinahmawaddah at 20-4-2006 02:00 PM
k seri, ada tak rujukan ayat manusia yg Allah tempelak dalam wahyu tu?

:love:thanks in advance


ada dalam al quran dan juga hadis...dulu ana ada htr artikel pasal AKAL dalam BERAGAMA...tp tah dlm thread mana...rujukan?..ana blh dapatkan tapi sejak dua menjak ni krg sihat sikit,bab mencari ni jadik lembap pulak...buka PC kat ofis jer, kt rumah tgk PCpun tak larat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2006 09:39 PM | Show all posts
Asas dalam pendidikan ialah merujuk kepada ayat Al-Quran yangpertama diturunkan Tuhan iaitu Iqra拝.atau maksudnya ialah Bacalah dgnnama Tuhanmu yang menciptakan. Apa yang Tuhan maksudkan dari ayat ini? Adadua tuntutan daripada ayat ini.

Pertama, Bacalah! Di sini Tuhan menyuruhkita membaca. Dalam ertikata lain, Tuhan memberitahu agar kita menuntut ilmu. Sebab perkataan bacalah itu juga membawa maksud tuntutlah ilmu. Juga membawa maksud persiapkanlah akalmu untuk menerima ilmu.

Kedua, Tuhansambung lagi, dengan nama Tuhanmu..Tuhan tak hentikan setakat bacalah.Tetapi Tuhan sambung lagi menjadikan ia bacalah dengan nama Tuhanmu. Apakehendak Tuhan di sini? Tuhan memberitahu agar kita menuntut ilmu tetapi dalam menuntut ilmu, Tuhan tidak boleh dikesampingkan. Tuhan tidak boleh dipinggirkan. Kena terhubung dengan Tuhan dalam proses kita menuntut ilmu.


Kesimpulan dari ayat ini, Tuhan mengajar kita erti pendidikan.Dalam proses kita menuntut ilmu dan mendidik diri atau keluarga, kenalahkita mempersiapkan akal untuk menerima ilmu dan hubungkan ia dgn Tuhan.

Justeru apa yang kita faham dari ayat ini ialah:

1.
Apa? Apa yang kita hendak isikan akal kita. Ilmu apa?Bila dikaitkan dgn ilmu, kenalah belajar ilmu mengenal Tuhan dahulu.Awaluddin makrifatullah atau awal-awal agama mengenal Allah. Apa yangdahulu, perlu didahulukan. Ilmu fardhu ain, fardhu kifayah seterusnya yangsunat. Ilmu dunia juga tidak boleh diketepikan tetapi kena tahu prioriti.Kena juga pastikan ilmu ini dikaitkan dgn Tuhan.

2.Siapa?
Siapa yang mengajar. Bila dikaitkan dgn Tuhan, tak boleh sebarang orangmengajar kita dgn ilmu. Guru kenalah jadi role-model. Guru kenalah lebihbaik daripada murid sebab Guru itu adalah contoh kepada murid. Walaubelajar agama sekalipun, tetapi kalau guru tidak mengamalkan ilmunya, ilmutidak berkat dan tak memberi bekas kepada peribadi murid.

3.
Bagaimana? Cara mana kita belajar kenalah ikut syariat.Ikut kaedah Islam. Tak boleh ikut kaedah sekular. Ada juga setengah orangbelajar agama, tetapi metod atau sistem belajar ikut sekular. Jadi kitakena pastikan sistem belajar kita menepati kehendak Tuhan.

4.
Untuk Apa? Niat kena betul. Tak boleh kita atau anak kitabelajar dikeranakan dunia. Sebab nak makan gaji bila besar, atau tujuanjawatan, glamour, untuk dapat nama dan sebagainya. Tetapi niat kenadibetulkan supaya belajar kerana Tuhan, untuk cari keredhaan Tuhan danmemperjuangkan agama Tuhan.

Begitulah hendaknya asas kepada proses pendidikan kita.
Sekian.


Minda Abuya

[ Last edited by  serihartatie at 24-4-2006 09:40 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2006 11:02 PM | Show all posts
thanks k seri
tentang ayat IQRA' tu sy setuju sgt :setuju:

IQRA' bismi rabbika sahaja yg membolehkan kita mengetahui hakikat dan falsafah manusia dan tujuan penciptaannya

sbb tu walaupun european, japanese yg lebih banyak IQRA' tapi masih lagi mereka tidak dapat memahami hakikat
sebab pandangan mereka tentang alam dan manusia tidak terpandu
dan mereka wujudkan sendiri ideologi dan falsafah hidup manusia mengikut kehendak sendiri
akhirnya kemanusiaan menjadi rendah, lebih hina dari haiwan yg tidak dikurniakan akal
sebahagian keperluan mereka, keperluan intelektual dipenuhi
tapi keperluan spritual tidak, dan jadilah mereka manusia yg kosong
patutlah soal bunuh diri tak jadi hal di sana (Jepun, dan banyak lagi negara membangun)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2006 11:06 PM | Show all posts
bolehkah kita simpulkan sikap kawan saya tu tidak wajar? tapi hukumnya apa ya?
sbb ayat pertama pun suruhan membaca, suruhan menuntut ilmu.
so ada tak makanisme yg boleh mengubah pandangan kawan saya, sbb saya rasa amatlah waste jika mereka yg punya kemampuan yg tinggi dari segi intelektual mengambil sikap acuh terhadap agama
padahal mereka punya jangkauan yg sgt dekat dengan generasi muda yg berinteraksi dengan mereka.
mohon pencerahan dan komen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2006 10:38 AM | Show all posts
quotation dari laman Ustaz Firdaus

揝iapa saja yang ingin mendalami agama, dia pasti boleh melakukannya asalkan niatnya ikhlas. Jangan sekali-kali mendalami agama untuk tujuan lain seperti mendapat gelaran, sanjungan dan sebagainya, sebaliknya mestilah dengan niat untuk beramal dan berkongsi ilmu itu dengan orang lain. Insya-Allah kita akan dibantu oleh Allah. Ini adalah lebih baik daripada orang yang berguru, tapi tersalah pilih guru,
Reply

Use magic Report

bob This user has been deleted
Post time 14-5-2006 07:16 AM | Show all posts
Originally posted by sakinahmawaddah at 25-4-2006 10:38 AM
quotation dari laman Ustaz Firdaus

揝iapa saja yang ingin mendalami agama, dia pasti boleh melakukannya asalkan niatnya ikhlas. Jangan sekali-kali mendalami agama untuk tujuan lain seperti mend ...

human brain will find a reason..samada logik atau tidak manusia perlukan satu sebab yang rasional supaya kita merasa satisfied. Quran adalah satu reference dan kebanyakannya reference umum. maka timbul lah mazhabs sebab people put a lot of emphasis on guide to live. pada saya, kita tak payah nak memeningkan kepala dengan kritikal terhadap perkara-perkara yang remeh. tak sempat pun..tup tup dah nazak. what we should do ialah focus on perkara yang membawa kepada kebaikan
- education for childre
- protection for women
- wealth distribution

e.g. kita kritikal terhadap stoning, kaji sana, kaji sini last last kita berjaya memecahbelahkan masyarakat islam atas nama islam. why? kenapa nak emphasize stoning when patutnya kita emphasize pelajaran dan kebajikan pada masyarakat yang ada potensi untuk zina. umpamanya pelacur, kalaulah kita so kaya and can provide RM2k per month tu all the pelacur in malaysia and tell them they have to stop their activities in order to get this money. dah tentu tak ada pelacur atau rate pelacur akan naik tinggi sampai orang tak dapat melangganinya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-5-2006 04:00 PM | Show all posts
setuju jer ngan pendapat bro Bob

dah namanya manusia, memang kepuasan yg mereka cari pelbagai
ada yg cukup bila dapat memanfaatkan sabahagian dari sumber yg ada untuk kemaslahatan ummah
ada yg satisfied bila dapat keyakinan dalam beragama, sebagai motivasi melaksanakan segala perintah, dan mencegah/membatasi apa yg terlarang

ada gak org percaya bahawa segala aktiviti terlarang (cth: pelacuran) atas dasar kurangnya pengetahuan agama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2006 04:07 PM | Show all posts
saya ronda2 lagi cari hujah yg berguna utk persoalan rakan saya ni
ada kesempatan waktu terdekat ni sy dpt berbincang secara informal dgn rakan yg berauthoriti bercakap soal agama (ustaz)

saya rasa kawan sy berkeyakinan soal agama boleh ditaklid kepada ustaz ustazah yg dia belajar lama dulu
kerana itu futher knowledge is not needed (bg dia) kerana soal2 fardhu ain sudah pun dia belajar (syahadah, solat,  puasa, zakat, haji) dan juga sedikit soal fardhu kifayah. Mungkin bagi dia tanggungjawab dia dah selesai.

Berbalik dgn perbincangan sy ngan ustaz tadi, ustaz tu menjelaskan bahawa
taklid dibolehkan dalam soal fekah
tapi tidak boleh dalam soal aqidah
saya minta penjelasan lebih jauh, tapi nampaknya tak cukup masa utk berbincang
nak jugak saya tanya kat mana rujukan pasal benda ni, nanti dicop plak sy ni tak caya cakap dia
but anyway, tu jelah yg sempat saya discuss dlm kesempatan yg sedikit

macamana pulak pendapat lain?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.083772 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list