CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Syd

Perbezaan mazhab dalam Islam bawa rahmat

[Copy link]
Post time 4-10-2006 11:48 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 4-10-2006 09:51 PM
As for those who divide their religion and break up into sects, thou has no part in them in the least; their affair is with God; He will in the end tell them the truth of all that they did (Al-An'a ...

Thanks 4 the ayat sis , tp 2 those yg brtanggungjwb buat bnda2 precahan ni , mmg x takut ya:nerd:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 11:51 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 4-10-2006 09:51 PM
As for those who divide their religion and break up into sects, thou has no part in them in the least; their affair is with God; He will in the end tell them the truth of all that they did (Al-An'a ...

Lupa nak bg ayat di atas , tp dlm bahasa melayu spy crystal clear


Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu) dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).

[ Al-An'Am - Surah 6 - Ayat 159 ]


No komen , hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 11:58 PM | Show all posts
Originally posted by ikhwan66 at 4-10-2006 11:01 PM

1. Masalah di sana bukan lagi 70th tetapi lebeh 1000 tahun dah.

2. Kesan yg nampak sekarang la ni...Kalau tak dapat bantuan chek lah dalam diri jangan duk tengok di luar yg tak betul.  

3. Perpecahan keatas umat ku 73 pecahan satu jua yg diterima...Ikut wasiat nabi ....baca sejarah dan fine tuning...sehingga hilang syirik....pandangan saya saja...itu lah rahmat bagi org yg mau berfikir.
..


1. Yg aku nak kaitkan ialah psl BANTUAN ALLAH yg kau ckpkan tu, tu fokus aku , tu yg aku tnya kau , mana bantuan Allah tu, x akan x ada SEORANg pun pun org2 palestin yg
zuhud or very religious n brdoa pd Allah mohon bantuan, tp nape Allh x tolong , Allah x dgr atau x tahu ke , thats the question:hmm:

2.Sape yg nak cek tu , kalau aku suruh kau cek DIRI KAU SENDIRI pun , msti kau ckp kau betul pnya , so whats the different ?

3. Sape boleh UMUMKAN ATAU BG STATEMENT , dr 73 golongan tu , GOLONGAN
" INILAH : YANG BETUL , adakah sesape dlm dunia ni blh bg clarification tu ? Kalau x ada , salah sape ?
Reply

Use magic Report

alibabas This user has been deleted
Post time 5-10-2006 07:43 AM | Show all posts
Bantuan Allah SWT ada dalam pelbagai bentuk dan tidak semestinya dapat kita lihat dengan mata sendiri. Jadi sekiranya kita tidak nampak Allah SWT adakah kita boleh meragui kewujudanNya? Kenapa Allah tak tolong? Kenapa? Adakah kita pasti Allah SWT tak tolong? Adakah Allah SWT berjanji setiap doa orang alim akan termakbul dengan serta merta?

Tanya diri selama ini adakah kita ikut apa yg Allah SWT perintah dan tinggalkan segala laranganNya?

Golongan yg 'satu' itu adalah golongan yg BENAR2 berpegang kepada ajaran AL QURAN dan Sunnah Rasulullah SAW sebab ini janji Rasulullah SAW kepada umatnya, dan Rasulullah SAW TAK PERNAH BERBOHONG!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 11:44 AM | Show all posts
Originally posted by alibabas at 5-10-2006 07:43 AM
Golongan yg 'satu' itu adalah golongan yg BENAR2 berpegang kepada ajaran AL QURAN dan Sunnah Rasulullah SAW sebab ini janji Rasulullah SAW kepada umatnya, dan Rasulullah SAW TAK PERNAH BERBOHONG!!  


Golongan yang mana tu??? Golongan wahabiah kaa!
Reply

Use magic Report

alibabas This user has been deleted
Post time 5-10-2006 12:04 PM | Show all posts
Pengikut2 imam wahabi TAK pernah mengaku bahawa ajaran itu dari wahabi. Tetapi segala ajaran hanyalah dari rasulullah SAW dan mereka tak pernah taksub untuk mengelarkan mereka 'mazhab wahabi'. Yang selalu beri gelaran tersebut adalah orang yg kurang ilmu (belajar tak habis) menyangkakan itu adalah mazhab baru!! Padahal segala apa yg dibuat merupakan tata cara Rasulullah SAW mengerjakan ibadah tanpa ada sebarang tokok tambah dari imam/ ulama' yg dianggap hebat oleh mereka2 ni dan seringkali menolak apa yg diajar oleh Rasulullah SAW. Mereka menyangkakan apabila setiap ibadah itu ditokok tambah dengan niat kebaikan maka ibadah itu akan lebih dinilai oleh Allah SWT! Hehehehe lupakah kamu siapakah KEKASIH Allah SWT? Selaku KEKASIH, Allah SWT telah memberikan yg TERBAIK kepada Rasulullah SAW!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
ikhwan66 This user has been deleted
Post time 9-10-2006 01:33 AM | Show all posts
Semua golongan mengaku berpegang dengan Quran dan Hadith-tentu sekali mengaku sendiri yg benar. Semua mengaku umat Muhammad...tak kira golongan mana. setengahnya
sendiri perasan hebat... Ahli Sunnah Waljamaah. Benar kata Nabi    iaitu jamaah ku. Siapakah ahli sunnah. Siapakah yg membenarkan kita ahli sunnah sepetimana Allah berkehendak mensucikan Ahlil bait Nabi..itulah Ahli sunnah yg tulen .
Terbaca saya artikal tentang Pembebasan Masjidil Aqsa iaitu perjuangan Salahuddin Al Ayubi  dlm Utusan Sabtu lepas - adalah dari cetusan dan rentetan perjuangan  Imam Al Ghazali kalau tak salah yg saya baca kalau salah minta maaf..
Tentu tuan2 sudah  maklum tentang kehebatan beliau.  .Pertolongan Allah janganlah dipersoalkan ..tanyalah diri sendiri.angin masuk lubang hidung pun besar rahmatnya ..dimanakah kita..itu pandangan saya saja ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 02:36 AM | Show all posts
Originally posted by alibabas at 5-10-2006 07:43 AM
1. Bantuan Allah SWT ada dalam pelbagai bentuk dan tidak semestinya dapat kita lihat dengan mata sendiri.


Boleh huraikan maksud bantuan allah tu "dalam berbagai bentuk" tu ? Kalau kau teraniayai dan golongan kau kna bunuh beramai2, so apa doa kau sbnarnya, x akan kau berdoa mintak emas lak kan , mesti kau mintak kat allah selamatkan kau dr dibunuh spt golongan kau yg lain kan ?
So let say , after prmohonan kau tu , allah turunkan hujan , adakah bermaksud allah dah toong kau tp dlm bentuk yg lain pulak:hmm:
Tolong jelaskan dan bg rujukan sekali ya





2.Jadi sekiranya kita tidak nampak Allah SWT adakah kita boleh meragui kewujudanNya? Kenapa Allah tak tolong? Kenapa? Adakah kita pasti Allah SWT tak tolong? Adakah Allah SWT berjanji setiap doa orang alim akan termakbul dengan serta merta?


2. Aku x prnah meragui allah , bkn point tu pun kita bincangkan dlm thread ini , so jgn melalut

Ok , mari aku bg kau sedikit analogi. Spt yg kita ketahui , umat palestin telah dibunuh , dibuli dan dianayai oleh org2 yahudi lbh dr 70 tahun. SPt yg kita ketahui nabi muhammad saw wafat pd umur 63 tahun, kalaulah masa nabi muhammad tu brdoa
dan 70 tahun lpas tu baru allah makbulkan, kau boleh bayangkan tak apa yg dah berlaku pd nabi muhammad dan org2 islam di mekah pd masa tu , u tell me

Dgn aku jgn citer kosong je bro , tlg kaitkan dgn kehdiupan manusia yg sbnarnya

Allah sndiri berfirman dlm quran :


Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

[ Ghaafir - Surah 40- Ayat 60 ]




Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan.

[ Ibrahim - Surah 14 - Ayat 39 ]


Takde plak dlm firman allah ni dia ckp , berdoa tu utk org2 alim je , atau nabi je boleh brdoa:hmm:

Ada ke , boleh tunjuk kat aku ke ?

Lg 1 , klau kau brdoa hari ini, psl akau akan dibunuh hari ini , kmudian allah perkenankan esok doa kau tu , ada makna ke:hmm:

Psl kau dah mati pun



3. Tanya diri selama ini adakah kita ikut apa yg Allah SWT perintah dan tinggalkan segala laranganNya?


Tanya mana2 golongan pun , mereka pasti berkata , kamilah yg paling betul , prsolannya betul ke mereka yg betul , kau boleh confirmkan, atau sape boeh confirmkan ? Hanya alah boleh confirmkan




4. Golongan yg 'satu' itu adalah golongan yg BENAR2 berpegang kepada ajaran AL QURAN dan Sunnah Rasulullah SAW sebab ini janji Rasulullah SAW kepada umatnya, dan Rasulullah SAW TAK PERNAH BERBOHONG!!

ALlah je tahu jawapan ni, so x yah lah nak claimed apa2 ya, salma n take care

[ Last edited by  Bateesta at 12-10-2006 02:37 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2006 02:39 AM | Show all posts
Originally posted by ikhwan66 at 9-10-2006 01:33 AM
Pertolongan Allah janganlah dipersoalkan ..tanyalah diri sendiri.angin masuk lubang hidung pun besar rahmatnya ..dimanakah kita..itu pandangan saya saja ...


Knp x boleh tnya pulak, psl kau takut nak tnya , kau nak paksa org lain pn sama mcm kau ke:hmm:

Itu ke maksud kau , org lain pun msti berfikir mcm kau ya:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 10:41 AM | Show all posts

salam

Tidak menjadi kesalahan bagi seseorang ahli fiqah sekiranya bercanggah pendapat dengan orang lain. Perkara ini membawa kepada kewujudan lebih daripada satu pandangan di dalam satu-satu masalah. Ia merupakan hasil daripada bilangan mujtahid yang terlalu ramai.

Para ulama tidak terikat dengan pendapat orang lain yang bukan pendapatnya selagi mereka masih memiliki keahlian untuk berijtihad dan mengistimbat hukum hakam. Kebebasan ini terjamin untuk para ulama dan juga orang ramai.

Sepertimana seseorang ulama itu dibolehkan berijtihad dan beramal dengan hasil ijtihadnya maka seperti itu juga mereka yang bukan golongan ahli ijtihad. Mereka boleh meminta fatwa daripada sesiapa sahaja dari kalangan mujtahid yang mereka kehendaki.

Tidak menjadi kesalahan bagi mereka untuk beramal dengan pendapat mana-mana mujtahid.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 12-10-2006 10:41 AM
Tidak menjadi kesalahan bagi seseorang ahli fiqah sekiranya bercanggah pendapat dengan orang lain. Perkara ini membawa kepada kewujudan lebih daripada satu pandangan di dalam satu-satu masalah. Ia  ...


masalahnya ciri-ciri dan kelayakan org yg boleh BERMUJTAHIDpun orang buat tak kisah...cthnya dalam forum ni, senang ajer forumner bg fatwa, mengikut PENDAPAT aku ler, begini begitu yg aku faham tafsiran hukumnya, mengikut AKAL aku ler, makna ayat Al Quran dan hadis ni begini begitu maksudnya...maka saya rasa beginilah cara yg seharusnya...bla, bla...

kebykan  org nak mengaku atau terasa dia ahli fekah....hermmm....lagi parah, bila rasa akal dah cukup utk tafsir wahyu bersandarkan logik sendiri....

memang parah......
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 08:46 AM | Show all posts
Tajuk thread ni sebenarnya mengelirukan.

Sebab org awam selalu tersilap mendefinisikan MAZHAB.

Depa samakan MAZHAB hukum sama dengan MAZHAB fahaman/iqtikad.

Sabda RSAW,

hadis 1
Berselisih fahamnya umat aku itu menjadi RAHMAT

hadis 2
Akan berpecah2 umatku menjadi 73 puak. Kesemuanya dimasukkan ke dalam neraka kecuali satu puak sahaja.

Hadis 1

Perselisihan faham dari hadis 1 dibenarkan oleh syariat. Ia merupakan perselisihan fhm dlm perkara2 furuk atau perkara cabang2 yg ad dlm ajaran islam. perselisihan ini tdk menyentuh soal2 aqidah atau soal2 asas di dalam islam.
dlm hal ini ASWJ menganggap perselisihan ini mesti kita terima dgn sikap toleransi dan lapang dada. Sesiapa yg hdk berpegang kepada satu2  khilafiah, maka dia berhak dibenarkan utk berpegang dgn khilafiah tersebut.
Cuma yg tdk faham sesempurnanya sahaja, yg sanggup kafir mengkafir dan bunuh membunuh dlm hal khilafiah ini, TETAPI TOLONG JGN SALAHKAN IKTIKAD ASWJ. Ini bukan ajaran dan tuntutan ASWJ.

Hadis 2

Manakala hadis ini merujuk kepada fahaman/iktikad yg telh menyentuh soal pokok dlm ajaran islam iaitu akidah. Jika tersilap memilih mazhab/fahaman yg betul, kita akan dilempar ke dlm neraka.

RSAW mengingatkan,

Bahawasanya siapa yg hidup diklgn kamu selepasku, maka dia akan melihat byk perselisihan. maka wajiblah kamu berpegang dengan pejalananku dan dgn perjalanan khulafa yg boleh memberi petunjuk dan yg rasyidin. hendaklah kamu berpegang dgnnya dan gigitlah ianya sekuat2 dgn geraham.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 12-10-2006 10:41 AM
Sepertimana seseorang ulama itu dibolehkan berijtihad dan beramal dengan hasil ijtihadnya maka seperti itu juga mereka yang bukan golongan ahli ijtihad. Mereka boleh meminta fatwa daripada sesiapa sahaja dari kalangan mujtahid yang mereka kehendaki. Tidak menjadi kesalahan bagi mereka untuk beramal dengan pendapat mana-mana mujtahid.



Siapakah kalangan mujtahid yang boleh kita meminta fatwa darinya? Apakah ciri-cirinya (kalau ada yang hidup sekarang ini) yang menjadikan beliau seorang mujtahid yang boleh diikuti??

Didalam dunia sunni sekarang ini tidak ada lagi mujtahid yang hidup kerana menganggapkan segala persoalan dan permasalah dalam agama telah diselesaikan oleh mujtahid-mujtahid terdahulu. Justeru sampai satu peringkat pernah dikatakan bahawa pintu ijtihad itu telah tertutup. Yang ada dalam dunia sunni sekarang ini hanyalah fatwa-fatwa dari pelbagai kalangan ulama mujtahid dahulu sahaja yang dipusing-pusingkan saja pengambilannya. Ulama-ulama sunni pula mendakwa memang susah nak disamakan keilmuannya dengan ulama-ulama mujtahid terdahulu, yang mereka akui sudah sempurna dan cukup hebat sehingga tak boleh diatasi lagi sekarang ini.

Hanya dikalangan pengikut ahlul-bait saja yang mengikuti imam mujtahid yang masih hidup serta bebas mengeluarkan fatwa. Itu pun setelah mereka melalui peringkat-peringkat ujian sehingga sampai ketaraf Imam Marja'e dimana orang awam boleh bertaklid kepada mereka ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2006 11:41 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 13-10-2006 01:06 PM


Siapakah kalangan mujtahid yang boleh kita meminta fatwa darinya? Apakah ciri-cirinya (kalau ada yang hidup sekarang ini) yang menjadikan beliau seorang mujtahid yang boleh diikuti??

Didalam ...


DAKWAAN GRAVEDIGGER

SUNNI
Yang ada dalam dunia sunni sekarang ini hanyalah fatwa-fatwa dari pelbagai kalangan ulama mujtahid dahulu sahaja

SYIAH
dikalangan pengikut ahlul-bait saja yang mengikuti imam mujtahid yang masih hidup serta bebas mengeluarkan fatwa


bagi kami yg tidak terdedah dgn ajaran WAHABI ini, ttp berguru dgn ulamak ASWJ, kami tahu apa CIRI2 ulamak mujtahid, dan tidak ada masalah utk mengikut fatwa2 ulamak2 mujtahid walaupun ia sudah ratusan tahun kerana dari MATAN mereka itu, boleh dikeluarkan FATWA2 yg bersesuaian dgn situasi semasa.

MATAN dari ulamak  mujtahid ibarat dalam ilmu moden spt TEORI ENSTEIN yg diperkembangkan kajian2 dan penemuan2nya oleh pelbagai saintis. Ia bukan boleh dikeluarkan setiap tahun kerana ia memerlukan org luarbiasa utk mengeluarkannya.

Kerana itu pak grave kena buat kajian dulu ttg TARAF2 ILMU itu...sbg contoh Imam Syafei adalah mujtahid maka ia telah mengelaurkan teori USUL FIQH di dalam mengeluarkan HUKUM. Maka daripada teori beliau itu, maka ulamak2 lain menjadikan ia MATAN, dan dpt pula menghasilkan berpuluh2 dan beratus2 buku berdasarkan MATANnya itu.
Adakah kita boleh katakan ulamak yg mengikut MATANnya itu lebih pandai dari Imam AsSyafei? Jika pak grve orgnya pernah mendpt ilmu secara ilmiah maka sy kira pak grave tahu siapa yg lebih pandai dlm hal ini.

Apa yg dilakukan dlm Syiah sama sahaja apa yg berlaku dalam Sunni.

Tetapi mereka menipu dgn mendakwa bahwa mereka ada ulamak mujtahid...itu hanya sekdr ulamak yg bertaraf boleh memberi FATWA seperti di dalam SUNNI sahaja... bezanya mereka DAKWA, marjae mereka ulamak MUJTAHID... hehehe..bukan semua org bodoh utk ditipu...

[ Last edited by  serihartatie at 14-10-2006 11:44 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2006 06:02 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 14-10-2006 11:41 AM
Kerana itu pak grave kena buat kajian dulu ttg TARAF2 ILMU itu...sbg contoh Imam Syafei adalah mujtahid maka ia telah mengelaurkan teori USUL FIQH di dalam mengeluarkan HUKUM. Maka daripada teori beliau itu, maka ulamak2 lain menjadikan ia MATAN, dan dpt pula menghasilkan berpuluh2 dan beratus2 buku berdasarkan MATANnya itu.


Inilah contoh sikap orang yang bertaqlid buta kononnya mengikuti pendapat-pendapat imam syafei atas dasar teori yang dikemukakan beliau namun pada hakikatnya begitu banyak penyimpangan yang berlaku dari pandangan imam Syafei sendiri. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya anda cuma mengikuti ulama-ulama Sfafe'iyah saja yang adakalanya pendapat mereka itu sendiri bertentangan dengan imam Syafei sendiri...namun bagi orang yang bertaklid buta maka apakah yang dapat mereka lihat melainkan telah tertutup pemikiran kepala otak mereka dengan kebenaran.

Tetapi mereka menipu dgn mendakwa bahwa mereka ada ulamak mujtahid...itu hanya sekdr ulamak yg bertaraf boleh memberi FATWA seperti di dalam SUNNI sahaja... bezanya mereka DAKWA, marjae mereka ulamak MUJTAHID... hehehe..bukan semua org bodoh utk ditipu...


Berbeza dengan ulama mujtahid dalam aliran syiah, mereka telah terbukti dengan pelbagai keilmuan mereka sehingga mencapai taraf mujtahid. Mereka perlu melalui proses-proses yang ditetapkan supaya baru mendapat pengiktirafan dan itu pun setelah melalui pelbagai-pelbagai ujian. Keilmuan mereka bukan setakat boleh menulis sajak-sajak sampah yang tiada kualiti ataupun mahir dalam haid dan nifas saja tapi mencakupi segala bidang keilmuan yang lain termasuk sains,matematik,politik,perundangan dll lagi. Sebab itu lah dilihat dulu Imam Khomeini begitu mudah mengalahkan segalah hujjah-hujjah dari pihak yang menentangnya temasuk kominis,sosialis,kaffirin,munafikin dll.lagi apabila di beri peluang berhujjah secara berdepan. Kalau nak bandingkan dengan abuiya....huk eleeh macam langit dengan bumi. Rasanya isteri-isteri abuya yang lebih layak ke hadapan sebab selalu sangat mewakili abuiya yang terkecut tak berani nak ke depan. Setakat malam baca sajak agaknya barulah beliau berani ke depan kot?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 02:00 AM | Show all posts
menarik gak ler kau orang berdebat...nak join lak.:gado:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2006 11:05 AM | Show all posts
Bermazhab tanpa fanatik rahmat kepada umat Islam

RAMAI yang agak keliru dengan fahaman mazhab. Pelbagai anggapan yang wujud acap kali persoalan bermazhab diajukan. Ada yang menganggap bahawa mazhab merupakan faktor kepada perpecahan umat Islam.

Ada juga yang beranggapan bahawa pegangan mazhab adalah salah dan sesat kerana tidak berpegang kepada al-Quran dan sunah. Namun ada juga yang memandang serong kepada golongan yang tidak bermazhab.

Pensyarah Jabatan Bahasa al-Quran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Petaling Jaya, Mohammad Nidzam Abd. Kadir cuba menjernihkan kekeruhan yang timbul dalam satu wawancara bersama wartawan ZUARIDA MOHYIN dan jurufoto, NAZERI ABU BAKAR baru-baru ini

UTUSAN MALAYSIA: Apakah sebenarnya mazhab dan bermazhab?

Mazhab adalah perkataan Arab daripada lafaz zahaba. Ia membawa maksud 'pergi'. Oleh itu, mazhab secara mudah boleh diertikan sebagai tempat pergi. Dalam pengertian umum, mazhab bermakna pendapat, fatwa, cara pengambilan hukum dan yang seumpamanya. Apabila disebut mazhab Maliki, ia bermakna pendapat Maliki, fatwanya, cara pengambilan hukumnya dan sebagainya.

Bermazhab pula bermakna mengikut al-Quran dan sunah berdasarkan kefahaman seorang ulama muktabar. Umat Islam yang bermazhab Syafii bermakna mengikut al-Quran dan sunah sebagaimana yang difahami oleh Imam Syafii. Sebagai manusia, sudah tentu Imam Syafii bukanlah seorang yang maksum (terpelihara daripada dosa dan kesilapan). Mungkin ada pendapat, kefahaman, fatwa dan huraian Imam Syafii terhadap al-Quran dan sunah kurang tepat. Oleh itu, sebagai umat yang sedar akan hakikat ini, kita sepatutnya meninggalkan pendapat Imam Syafii yang mungkin kurang tepat atau kurang sesuai untuk diamalkan.

Sebagai contoh, dalam masalah pembayaran zakat fitrah, Imam Syafii tidak mengharuskan penggunaan wang sebaliknya menekankan soal makanan asasi. Namun pendapat ini mungkin kurang sesuai diamalkan maka umat Islam telah berpindah kepada pendapat Imam Hanafi.

Apakah apabila bermazhab Syafii bermakna kita tidak mengikut Quran dan sunah dan begitu kepada mereka yang bermazhab Hanbali?

Jika benarlah ada tuduhan begini, ia satu tuduhan yang tidak berasaskan ilmu dan keinsafan. Sebenarnya, semua mazhab yang empat mengikut Quran dan sunah. Ini satu perkara yang tidak boleh dinafikan. Sumber-sumber pengambilan hukum setiap mazhab meletakkan al-Quran diikuti sunah sebagai sumber tertinggi.

Jika ditanya kenapa rukun wuduk enam perkara, ada dalilnya daripada al-Quran dan sunah. Jika dicari kenapa rukun solat tiga belas perkara, ada dalilnya daripada al-Quran dan sunah. Setiap masalah pasti ada dalilnya.

Bagi yang ingin mendalami masalah ini, mungkin boleh cuba membaca buku Fiqh dalam empat mazhab berjudul, al-Fiqh a'la al-Mazahib al-Arbaa'h. Manakala bagi mereka yang ingin meluaskan perbincangan, boleh juga merujuk kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (Fiqh Islam dan dalil-dalilnya). Kitab ini telah pun diterjemahkan. Sementara itu, bagi yang bermazhab Syafii, antara kitab yang baik ialah kitab al-Fiqh al-Manhaji a'la al-Mazhab as-Syafii. Ia juga telah diterjemahkan.

Jika semuanya mengikut al-Quran dan sunah kenapa umat Islam itu perlu bermazhab?

Secara ringkas, kesemuanya bersandarkan al-Quran dan sunah. Oleh itu, kembali kepada persoalan, kenapa bermazhab jika mengikut al-Quran dan sunah? Secara logik, ia boleh diibaratkan sebagai menghormati kepakaran seseorang. Sudah tentu tidak ada seorang manusia pun yang mampu menguasai ilmu pengetahuan. Jika sakit, kita akan berjumpa doktor. Apa sahaja ubat yang diberikan oleh doktor, biasanya kita akan terima dan mengambilnya. Apakah perlu kita mempersoalkan ubat yang diberikan?

Jika kereta rosak, kita akan menghantarnya kepada mekanik. Biasanya apa sahaja yang diperbaiki oleh mekanik, kita akan akur. Begitulah mazhab di mana tidak semua orang mampu menganalisis setiap ayat al-Quran dan hadis. Oleh itu, kita menghormati kepakaran seorang sarjana Islam yang telah menghabiskan masa, umur dan tenaga mengkaji hukum Islam.

Oleh itu adakah menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang itu bermazhab?

Sebenarnya tidak salah untuk bermazhab khususnya mazhab yang muktabar dan terpelihara. Antaranya mazhab yang empat dalam Ahli Sunah iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali. Keempat mazhab ini mempunyai pengikut yang ramai dan ulama muktabar selepas mereka. Ulama-ulama ini bertanggungjawab menyusun dan menapis setiap pendapat dengan dalil dan hujah.

Namun ada satu penyakit dalam masalah mazhab iaitu fanatik kepada mazhab. Fanatik ini disebut sebagai taksub. Fanatik akan menyebabkan banyak masalah dan musibah.

Oleh itu, kemungkinan besar antara punca perpecahan umat Islam ialah fanatik mazhab bukan bermazhab. Sekadar bermazhab tanpa fanatik merupakan satu rahmat kepada umat Islam.

Fanatik mazhab akan melahirkan perasaan bahawa mazhab anutannya sahaja yang betul manakala mazhab lain adalah salah, mengakibatkan orang tidak mahu bersolat dengan imam yang berbeza mazhab, menjadikan perkahwinan antara orang berbeza mazhab tidak sah. Akhirnya umat Islam hidup dalam perpecahan.

Apabila menyebut tentang perbezaan bermazhab, medan yang sering mewujudkan kecelaruan ialah semasa berlangsung ibadat haji. Boleh ustaz jelaskan bagaimana kesatuan umat mampu dicapai dalam perhimpunan tahunan ini?

Contohnya pandangan berbeza di antara Mazhab Syafii dan Mazhab Hanbali tentang doa qunut dalam solat Subuh di mana satu mengatakannya sunat dilakukan dan jika tertinggal disunatkan melakukan sujud sahwi berlainan dengan Mazhab Hanbali yang tidak ada doa qunut.

Perbezaan ini terhapus jika kita kembali kepada roh bagi menyatukan umat. Selain berpegang kepada hadis yang bermaksud: Sesungguhnya dijadikan imam agar ia diikuti. (Riwayat Bukhari)

Selain itu, wuduk batal apabila bersentuhan tapak lapik lelaki dan wanita. Mengikut Mazhab Syafii, wuduk batal. Ini mungkin agak menyusahkan. Apa salahnya jika dia bertaqliq (mengikut) kepada mazhab yang lain seperti Hanafi dan Hanbali. Perpindahan ini sedikit sebanyak menghapuskan fanatik mazhab.

Begitu juga dalam tata cara ibadat haji iaitu terdapat tiga cara; haji Ifrad, Tamattu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 11:59 AM | Show all posts
Apakah sebenarnya mazhab dan bermazhab?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.073497 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list