CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: estrella

ANEKA BBQ & MAKANAN SAMPINGAN

[Copy link]
Post time 24-9-2005 06:35 PM | Show all posts
boleh rujuk kat sini tuk cari resepi2 hidangan yg disukai..klik ler pd mana2 tajuk yg disukai. pastu cariler yg mana berkenan.Lokasinyer..pd page pertama bod Food And resepi ni..bhg atas sekali ada tulis  Food and Recipe Archive

http://forum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=174


Harap dapat membantu ......

[ Last edited by Index at 24-9-2005 06:43 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2005 09:04 PM | Show all posts
betui saperti Index tulis tu..
cuba klik :dia: KOMPILASI MASAKAN AYAM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

cik_hazz This user has been deleted
Post time 21-11-2005 02:22 PM | Show all posts

bbq resipi

akum...sume2,...xtau dh ade ke belum topik ni...

ekcelli sy tgah mencari resipi utk wat barbeque ayam....

ape bahan2 utk perak tu n so n so..

harap sume chef2 bleh kasi yer,,

p/s kalo topik dh ujud...merge jer ler..

tnkiyu:love:
Reply

Use magic Report

RHB This user has been deleted
Post time 21-11-2005 06:27 PM | Show all posts
Barbeque Ayam Berempah

Bahan-bahannya

1 kg ayam @ 1kg kepak ayam
4 sudu besar serbuk cili
5 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
4 cm halia
4 cm lengkuas
10 batang serai(dihiris halus)
2 sudu besar jintan manis (blender kering)
1 1/2 sudu besar jintan putih (blender kering)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Serbuk perasa

caranya

Bersihkan ayam kemudian toskan airnya. Masukkan semua bahan ke dalam blender termasuk jintan yang telah diblend kering.
Perap ayam selama 2-3 jam sebelum dibakar. (Lebih lama perap lebih sedap) .cuba la.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2005 07:00 PM | Show all posts
Originally posted by cik_hazz at 21-11-2005 02:22 PM
akum...sume2,...xtau dh ade ke belum topik ni...

ekcelli sy tgah mencari resipi utk wat barbeque ayam....

ape bahan2 utk perak tu n so n so..

harap sume chef2 bleh kasi yer,,

p/s kalo t ...



selamat datang ke bod FnR..
mmg dah ada sebelum nie thread2 sebegitu..
kebanyakannya dah diarkib pun [archieve]
boleh jugak klik sini :-

ARCHIEVE


[ Last edited by Kacip_Fatimah at 21-11-2005 07:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2005 12:10 AM | Show all posts

nak tambah resepi yg sedia ada:

BBQ AYAM/DAGING

Bahan
*sekor ayam potong 4 atau 8 ikut suka
*bawang merah
*bawang putih
*bawang besar
*halia
*serai
*kunyit/serbuk kunyit
*1 sudu makan lada hitam
*sedikit cili kering(kalau mahu)
*sos tiram
*sedikit gula


Cara
*semua bahan (kecuali ayam) di blend
*gaul rata pada ayam dan perap beberapa jam
*bakar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2006 03:08 PM | Show all posts

BBQ Party

Hi..
nak mintak tolong forumer sekalian..
camna nak sediakan BBQ...??
bahan2 yang diperlukan apa hah...??
then apa yang kita leh wat BBQ tu..??
ayam..?? daging..?? ikan..?? sotong..?? udang..??
kalau ikan lak.. ikan jenis apa yang sesuai..??
rempah ratus dan cara penyediaan dia macam mana..??


sorry lah kalau dah ada dalam posting terdahulu..
dah try searching tadik.. server lak tak berapa elok..
so terus post kat sini..
tolong ekk...
tq very much..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2006 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by Zeeqa at 7-4-2006 062:42 PM


Assalamualaikum Kak Liza,

nak tanya kalau ada resepi cam makan kat Kenny Rogers tu....sedap sungguh la....kalau buat sendiri bleh makan ulang2....kalau ada bleh share tak?

mekasih ye.....




waalaikumusalam...
kak liza selalu buat..served ngan sos lada itam..
kalau nak sos cendawan atau sos rempah pun sedap...



ROASTED CHICKEN aka AYAM PANGANG

Bahan:
1 ekor ayam (anggaran 1.5 kg atau 1.7 kg)
2 s/b madu
1 s/b air limau kasturi
2 s/b BBQ sos

1 labu bawang besar - belah 4 tapi tidak putus
2 kuntum bunga lawang ]
5 kuntum bunga cengkih ] bahan A
2 biji buah pelaga ]
2 inci kulit kayu manis ]
5 biji kentang kecil - buang kulit

Cara
1. Bersihkan dan tos sehingga ayam kering.
2. Gaulkan madu, air limau dan BBQ sos.
3. Lumurkan ayam dengan bahan yg digaulkan dan perapkan
selama 3 atau 4 jam.
4. Masukkan bahan [A] kedalam perut ayam.
5. Masukkan juga bawang besar yang telah dibelah tidak putus.
6. Susun ayam dan kentang dalam loyang tahan panas.
7. Bakar dalam oven selama 1 jam 15 minit pada suhu 200 C.
8. Bila sudah masak 30 minit terbalikkan ayam
dan bakar lagi sehingga masak dan lembut.
9. Setelah masak, susun daun salad dalam pinggan
dan letakkan ayam diatasnya.
10. Sediakan sos lada hitam.

GRAVY LADA HITAM

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besartepung jagung bancuh ngan 1/2 cawan sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam kukus atau ayam bakar atau pun chicken chop]


SOS CENDAWAN

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar lada hitam
1 tin mushroom sup
1/2 cawan mushroom [cincang halus]
1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.

SOS REMPAH

bahan
2 s/b majerin
2 ulas bawang putih ]
2 ulas bawang merah ] cincang halus
1 s/b rempah kari
1/2 cawan stok ayam
1 s/k tepung jagung [bancuh ngan sikit air]
100 gm cendawan butang [cincang]
1 s/b sos tomato
garam

cara
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan rempah dan stok.
3. Masukkan sos tomato, cendawan dan garam.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Tutup api dan siramkan pada ayam.


[archived]

[ Last edited by  NoorMasri at 3-11-2006 07:18 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2006 06:45 PM | Show all posts
Terima kasih kak Liza,

asben saya beria-ia sangat nak buat ayam ni...tungguu!! tengah datang angin rajin la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 06:15 PM | Show all posts


CHICKEN WING BBQ

bahan
1 kg chicken wing [kepak ayam]
minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit]

Bahan Perap [mesin halus]
5 cm halia
3 batang serai
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
10 tangkai cili kering
1 s/b kicap
madu/gula
kunyit serbuk
garam



Cara.
1. Perapkan kepak ayam bersama bahan yg dimesin selama beberapa jam.
2. Bakar gunakan arang sehingga masak dan garingsambil renjiskan minyak menggunakan seai ketuk.
3. Hidangkan bersama salad dan juga cili sos


[archived]

[ Last edited by  NoorMasri at 3-11-2006 07:20 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 12:38 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 11-4-2006 06:37 PM




waalaikumusalam...
kak liza selalu buat..served ngan sos lada itam..
kalau nak sos cendawan atau sos rempah pun sedap...

http://i38.photobucket.com/albums/e122/hanieliza10/RoastedChick ...


thanks kak liza...
nampak senang nak buatnya ye...
insyaAllah sy try weekend ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2006 12:01 PM | Show all posts

Ayam Tandoori

Kak Lieza....Kita dah try resipi kak lieza... Sedapnyeee... tak sangka senang je buat tandoori ni.Mekacih ye...

Ayam Tandoori...[hanieliza]
1 ekor ayam (sederhana besar)..potong 4 dan bersihkan

Bahan Perap:
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
1 cawan yogurt
1 ici halia............................]
1 labu bawang besar............]
3 ulas bawang putih.............]
2 biji tomato buah................]mesinkan dan gaul rata semua ini
1 pokok daun ketumbar........]
1 sudu besar madu/gula........]
1 sudu besar minyak.............]
garam secukupnya................]

1. Perapkan bahan ni bersama ayam dan bakar dalam oven 200 C sehingga masak (1 jam).
2.  Hidangkan bersama salad dan roti atau nasi.



tapi akak jgn marah ye..diba dah ejas sikit resipi akak tu sbb yogurt takde, cili mesin pun tak de...

Ayam Tandori main hentam versi Diba
bahan2:
1 ekor ayam (potong kecik2)

1 1/2 cwn full cream milk
3 biji limau nipis - perah jus nye
6 - 7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
4-5 sudu besar serbuk cili
2-3 sudu besar serbuk kari (apa2 pun boleh)
1/2 genggam daun ketumbar - diracik halus
Garam / Gula secukup rasa

*Mula2, tuang susu n jus limau - kacau sampai sebati (nanti rupa dia akan jadi ala2 susu masam)
* letakkan pula serbuk cili dan serbuk kari
* letakkan bawang merah, bwng putih n halia yg telah ditumbuk / blend
* garam & gula secukupnye
* masukkan pulak daun ketumbar.

Bahan2 diperap dengan ayam selama 2-3 jam, pastu bolehla dibakar dengan suhu 180 selama 30-40 minit ( agak2 jesbb ayam kita ptg kecik je)



Kita perap lama2 sampai rasa dia menusuk kalbuku..hehehe

[ Last edited by  Diba_79 at 13-6-2006 08:20 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2006 01:11 PM | Show all posts

Barbeque marinated recipe

saya dah selak² tp tak jumpa....

saya nak tanya sapa² kat sini terror/tahu camana nak buat barbeku marinated herbs tu tak? apa² bahan yg dia guna tuk marinated ayam/daging/lamb tu ...

and olso camana nak buat sauce dia ek?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 08:08 PM | Show all posts

CHICKEN WINGS

Okay, last2 dpt jugak resipi ni dr. Puan Nurmimie. Harap Maisya nampak thread. Nanti kejap lagi nak pm dia.

Chicken Wings Panggang Sabah

Bahan2nya:-

Chicken wings
Serai
Ketumbar biji or ketumbar serbuk
Jintan putih
Jintan manis
Madu
garam to taste

Cara2 membuatnya:-

1. Bahan2 spt serai, ketumbar, jintan putih+manis digiling hingga lumat. Lepas tu lumur kat chicken wings bersama garam. Baru masukkan madu. Madu ni yg buat ayam tu manis.

2. Perap ayam mcm biasa - dlm 1 - 2 jam. Lepas tu baru panggang mcm biasa hingga masak.

PS. Pandai2lah agak bahan2 dia sebab Puan Nurmimie kasi resipi mcm tu je. Anyone yg dah cuba buat boleh paste kat sini.

[archived]

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 5-11-2007 10:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 08:43 PM | Show all posts
saya pernah buat resepi macam nie tapi without the jintan tapi tak panggang fry.Ini ada jintan mesti lagi sedap.Can't wait to try........
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 09:12 PM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 11-8-2006 08:08 PM
Okay, last2 dpt jugak resipi ni dr. Puan Nurmimie. Harap Maisya nampak thread. Nanti kejap lagi nak pm dia.

Chicken Wings Panggang Sabah

Bahan2nya:-

Chicken wings
Serai
Ketumbar biji or  ...



Bai tengok jer bahan2 dah buat I terliur dah..
hmmmm mesti harummmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2006 09:16 PM | Show all posts
memang bila tengah masak tu harummmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 09:51 PM | Show all posts
PuanSri & Cranko, saya tak pernah cuba lagi. Baru je dpt resipi ni dr Puan Nurmimie. Bila tengok resipi memang betul, gerenti sedap chicken wings panggang/bakar ni. PuanSri, Puan Nurmimie cakap resipi yg dia bagi utk bakar punya. Kalau goreng bolehlah tapi lagi sedap kalau dibakar. Dahlah nak dekat bulan puasa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2006 06:19 AM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 11-8-2006 09:51 PM
PuanSri & Cranko, saya tak pernah cuba lagi. Baru je dpt resipi ni dr Puan Nurmimie. Bila tengok resipi memang betul, gerenti sedap chicken wings panggang/bakar ni. PuanSri, Puan Nurmimie cakap ...


nanti saya akan cuba bakar.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2006 08:43 AM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 11-8-2006 08:08 PM
Okay, last2 dpt jugak resipi ni dr. Puan Nurmimie. Harap Maisya nampak thread. Nanti kejap lagi nak pm dia.

Chicken Wings Panggang Sabah

Bahan2nya:-

Chicken wings
Serai
Ketumbar biji or  ...


TQ Bai...:love: nanti boleh saya beri resepi ni pada my sis yg mintak tu..... kalau my sis dah try nanti nak suruh dia kasi report...he..he..thank you so much!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.082475 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list