CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 29-1-2013 11:09 AM | Show all posts
yessssssss...akhirnya hati shaz mula lembut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2013 11:59 AM | Show all posts
suria74 posted on 29-1-2013 11:09 AM
yessssssss...akhirnya hati shaz mula lembut...

hati org pompuan keras mne sangat..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2013 12:04 PM | Show all posts
fatehana posted on 28-1-2013 02:13 PM
hati sahz dah pun lembut nampaknya
dak aqil kenalah beralah

kesian aqil.. x de jodoh nak wat cm ne
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 12:10 PM | Show all posts
misssakura posted on 29-1-2013 12:04 PM
kesian aqil.. x de jodoh nak wat cm ne

apa susah
dak farah kan ada, kawenkan aje aqil dgn farah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2013 12:16 PM | Show all posts
fatehana posted on 29-1-2013 12:10 PM
apa susah
dak farah kan ada, kawenkan aje aqil dgn farah

elok lah tu.. sme2 putus cinta.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 12:36 PM | Show all posts
misssakura posted on 29-1-2013 12:16 PM
elok lah tu.. sme2 putus cinta.

mohtippppp diaorg putus cinta
x hokeh sbb cinta diaorg x disambut oleh org yg diaorg suka
dgn kata lain diaorg main tepuk tgn sorang2 jer kejam giler statement akak
jd lg afdhal klu kita bg diaorg nie main tepuk sama2 supaya x kacau shaz dan aliff
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-1-2013 12:42 PM | Show all posts
fatehana posted on 29-1-2013 12:36 PM
mohtippppp diaorg putus cinta
x hokeh sbb cinta diaorg x disambut oleh org yg diaorg suka
dgn ka ...

entahnya.. kejam yg amat statement tu.. penat Farah buat jahat last2 tak pernah bersambut pon cintanya. tp x pe dah insaf pon kan.. sakura nak sambung tp petang sikit kot. nak pergi wat keje jap...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 12:44 PM | Show all posts
misssakura posted on 29-1-2013 12:42 PM
entahnya.. kejam yg amat statement tu.. penat Farah buat jahat last2 tak pernah bersambut pon ci ...

klu camtue akak jenguk balik mlm nnt ajelah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2013 02:29 PM | Show all posts
Aliff mara ke dalam pagar sekolah setelah berbual kosong dengan pengawal keselamatan.. Kenalah berbaik-baik untuk memudahkan dia berulang alik ke sekolah tersebut bak sekolah sendiri. tangannya menjinjit satu beg kertas yang mengandungi kek pavlova yang  dibuat khas untuk cinta hatinya, Shazrina.

“assalamualaikum...” sapa Aliff mesra kepada Shazrina yang dalam perjalanan menuju ke keretanya. Dia sudah dapat menghafal waktu Shazrina pulang dari sekolah. Terdengar rengusan kasar dari mulut Shazrina tanpa menjawab salam. Shazrina menonong meninggalkan Aliff tanpa mempedulikan jejaka itu.

“Shaz...”teriak Aliff namun tidak kuat. Cukup untuk didengar dia dan Shazrina sahaja. Kakinya pantas menyaingi langkah Shazrina yang laju meninggalkan dirinya.

“awak...tunggulah saya dulu.” Jerit Aliff lagi apabila Shazrina masih enggan mempedulikannya.

“berapa kali saya nak cakap jangan datang sini lagi... dah pergi sekarang.” Marah Shazrina apabila langkahnya dihadang Aliff.

“kalau tak datang sini kat mana lagi nak cari awak? Ajak keluar bukan awak nak pon.”ujar Aliff selamba. Wajahnya tersenyum nakal apabila melihat Shazrina menjuihkan bibirnya.

“saya tak nak jumpa awak... paham tak? Tolong jangan nak paksa saya boleh tak...” bentak Shazrina.

“dah ke tepi sekarang...” arah Shazrina apabila Aliff masih lagi berdiri tegak didepannya..

“Shaz....”panggil Aliff lagi apabila Shazrina berura-ura meninggalkannya lagi. Shazrina berhenti melangkah. Kepalanya didongakkan untuk memandangkan Aliff yang setia tersenyum manis. Dijungkitkan kening untuk meminta Aliff menyambung bicaranya.

“saya tak akan paksa awak jumpa dengan saya tapi sekurang-kurangnya terimalah pemberian tak seberapa ni...” luah Aliff sambil mengunjukkan beg kertas yang dibawa. Shazrina menjeling beg kertas yang dihulurkan kepadanya sebelum matanya kembali terpanah pada wajah Aliff. Aliff membuat isyarat mata seolah-olah mengharapkan Shazrina menerima pemberiannya.

“saya tak nak!” tegas Shazrina lalu cuba untuk meninggalkan Aliff sekali lagi.

“Shaz... saya tahu awak bencikan saya.. awak masih marahkan saya tapi takkan awak tak boleh terima pemberian ikhlas saya ni.. saya buat khas untuk awak. Please sayang.. ambil paper bag nih.” Rayu Aliff lembut. dipandang Shazrina dengan wajah penuh harapan agar terbuka hati gadis itu untuk menerima hadiah kecil darinya.

“saya kata tak nak... tak nak la.. kat celah mana awak tak faham ayat saya tadi tu?”tengking Shazrina dengan wajah yang bengis.

“Shaz....... to”

“hello bro... bukan ke Shaz cakap dia tak nak.. kau apa hal nak paksa-paksa dia?” jerkah Aqil yang kebetulan belum lagi pulang. Dia menapak laju apabila melihat pertengkaran antara Shazrina dan Aliff.

“kau sape nak sibuk-sibuk urusan aku dengan Shaz?” balas Aliff sambil menolak keras badan Aqil yang berada diantaranya dan Shazrina. Matanya menyorot kearah Aqil yang cuba berlagak hero. Rasa cemburu mula bertingkah didalam dadanya. Cikgu Aqil inilah yang tidak habis-habis cuba mengayat Shazrina selama ini.

“aku kawan..........”

“cikgu Aqil boyfriend saya....” pintas Shazrina sambil memandang kearah Aliff. Jelas riak terkejut terukir dikedua-dua wajah pemuda yang berada dihadapan Shazrina.

“jom abang Aqil kita balik... jangan dilayan dia ni.” ajak Shazrina lalu kakinya mula melangkah pergi kearah kereta. Aqil yang masih terkejut dengan jawapan Shazrina sekadar mengekor gadis itu manakala Aliff masih kejung ditempat asalnya tanpa sebarang pergerakan. Beg kertas yang kemas dalam genggamannya terlepas lalu jatuh menghempap bumi. Setitik demi setitik mutiara hangat mula menuruni pipinya. Air mata lelakinya jatuh lagi untuk insan bernama Shazrina. Hatinya hancur lumat mendengar pengakuan itu dari mulut Shazrina sendiri.
Last edited by misssakura on 29-1-2013 02:35 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2013 02:36 PM | Show all posts
“saya minta maaf yer cikgu....” minta Shazrina serba salah. Setelah kejadian yang hampir menyebabkan pergaduhan itu tadi, Aqil dan Shazrina bersama-sama ke restoren berdekatan. Semua itu atas permintaan Shazrina yang ingin berterima kasih kepada Aqil diatas bantuannya tadi.

“kenapa pulak Shaz?” Tanya Aqil lembut. hatinya cukup riang dan gembira mendengar jawapan daripada Shazrina kepada Aliff seketika tadi walaupun dia tahu Shazrina tidak serius dengan kata-katanya itu. Kata-kata gadis itu seolah-olah memberi harapan kepadanya.

“saya dah gunakan cikgu tadi... kalau saya tak buat macam tu, saya risau cikgu dengan Aliff bergaduh pulak.” Luah Shazrina. Dia berharap Aqil faham dan tidak salah mengerti kata-katanya sebentar tadi. Sememangnya tadi bunga-bunga pergaduhan sudah pon berputik apabila ada adegan tolak menolak antara Aliff dan Aqil.

“tapi saya sangat berterima kasih atas bantuan cikgu tadi. Kalau cikgu tak ada entah macam mana saya nak tinggalkan dia tadi tu..” sambung Shazrina lagi. Aqil yang tadi riang gembira agak tersentap apabila mendengar luahan Shazrina. Perlu ke Shazrina menerangkan situasi yang sememangnya dia faham? Tak boleh ke Shazrina membiarkan dia bermimpi sendiri dalam angan-angannya?

“Shaz memang tak boleh terima saya ke?” soal Aqil ringkas. Matanya dihalakan pada wajah Shazrina yang kelihatan terkesima dengan pertanyaan itu. Terdiam dia sekali lagi apabila Aqil mula membicarakan tentang hati dan perasaannya.

“saya sayang sangat kat awak, Shaz... saya sanggup terima awak walaupun awak masih cintakan dia. saya sanggup lakukan apa saja asalkan awak terima cinta saya, awak sudi jadi kekasih dan isteri saya.” tambah Aqil lagi. hati Shazrina makin resah melihat kesungguhan Aqil. Dia tidak cintakan Aqil! Itu sahaja dihatinya saat ini.

“er saya... saya...” tergagap-gagap Shazrina untuk meneruskan kata. Aqil masih setia menanti balasan dari Shazrina.

“maafkan saya cikgu... saya tak bersedia lagi untuk bercinta semula... lagi pon, saya hanya anggap cikgu sebagai kawan. Tak lebih dari itu.” Sambung Shazrina lembut. sememangnya dia rasa amat bersalah kepada Aqil kerana tidak mampu membalas cinta lelaki itu malah dia sudah banyak terhutang budi dengan Aqil. Tak patut rasanya untuk dia kecewakan hati Aqil.

“takpe Shaz... awak fikir dulu tentang kata-kata saya tadi tu... jawapan tadi saya anggap tak pernah terima dari awak. Saya tak akan paksa awak terima saya dengan segera.” Janji Aqil yang sememangnya tidak boleh menerima penolakan dari Shazrina.

“cikgu.....” Shazrina menekankan sedikit nada suaranya. Kurang senang apabila Aqil masih belum berputus asa. Dia tidak mahu melukakan hati Aqil. Aqil patut dapat wanita yang lebih baik dan semestinya wanita yang mencintainya. Bukan dia!

“takpe Shaz... awak jangan risau. Saya tak akan paksa awak untuk terima saya. itu janji saya! tapi, saya mintak sangat awak fikirlah perasaan saya ni. Saya teramat cintakan awak dan mungkin tak ada lelaki dalam dunia ni mampu mencintai awak lebih daripada saya. percayalah Shaz.” Shazrina mengeluh kecil mendengar jawapan dari Aqil. Dia serba salah untuk berkeras dengan Aqil memandangkan lelaki ini seniornya. Malah, Aqil juga sudah banyak membantu dia selama ini. serba-salah untuk menolak Aqil mentah-mentah.

“saya akan fikirkan perasaan cikgu terhadap saya namun dengan syarat....”

“apa dia Shaz?” soal Aqil laju. Hatinya teruja apabila Shazrina berjanji untuk menimbang sama ada mahu menerima atau tidak perasaannya. Shazrina menarik nafas dalam.

“beri saya masa 3 bulan untuk buat keputusan dan kalau dalam masa 3 bulan ni saya masih belum ada apa-apa perasaan untuk cikgu, saya harap cikgu faham kalau saya menolak perasaan cikgu. Cikgu juga mesti buka hati cikgu untuk perempuan lain. Jangan hanya tunggu jawapan dari saya sahaja. Dan yang terakhir... saya harap persahabatan kita tak akan hancur sekiranya kita tiada jodoh... boleh cikgu?”minta Shazrina. Dihalakan pandangan ke wajah Aqil yang khusyuk mendengar satu persatu syaratnya.

“okey..tak de hal..” Aqil menyatakan persetujuannya. Baginya syarat yang diutarakan oleh Shazrina bukanlah sukar untuk dilaksanakan dan yang penting kini Shazrina sudah bersetuju untuk memikirkan tentang hati dan perasaannya.

Last edited by misssakura on 29-1-2013 02:41 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2013 02:41 PM | Show all posts
“Aqil...mak nak mintak tolong sikit nih.” Sapa puan Fatihah dibelakang Aqil yang sedang menonton televisyen. Aqil berkalih pandang kearah emaknya yang membawa satu beg kertas yang agak besar saiznya.

“apa dia mak?” soal Aqil. Diubah kedudukan supaya lebih selesa. Puan Fatihah melabuhkan punggungnya yang agak lebar disebelah satu-satu anak lelakinya yang masih teruna. Adik beradik yang lain semuanya sudah berumah tangga.

“ni hah... mak ada beli 3 helai kain pasang. Ingat nak buat baju kurung.”

“dah tu? Mak nak suruh Aqil jahit ke?” sempat Aqil berseloroh disaat emaknya sedang serius. Satu pukulan hinggap pada bahu Aqil.

“kamu ni... daripada suruh kamu jahit baiklah mak jahit sendiri.” sela puan Fatihah geram.

“kamu pergi butik yang mak selalu pergi tu boleh? Butik Beautiful and Classy. mak selalu tempah baju kat situ.” Sambung puan Fatihah sambil memberikan beg kertas yang mengandungi kain pasang yang dibeli 2 minggu yang lepas. Aqil mengambil beg kertas itu tanpa banyak soal. Sempat matanya mengerling kain pasang yang terlipat kemas didalam beg kertas tersebut.

“ukuran baju macam mana? Mak dah letak ke contoh baju kurung mak dalam ni?”Tanya Aqil dengan menunjukkan beg kertas yang di pegang.

“butik tu dah ada ukuran mak.. mak dah biasa sangat pergi tempah baju kat sana. Ukuran kamu pon ada!”

“oooo...”balas Aqil dengan menanggukkan kepalanya.

“dah Aqil tunggu apa lagi.. pergilah!” arah puan Fatihah sambil bingkas berdiri. Dia masih ada urusan yang belum selesai di dapur.

“hah? Sekarang ke? Esok-esok je lah mak.”

“tak de esok-esok.. pergi sekarang. Mak dah tak sabar nak pakai baju baru nih.”Gurau puan Fatihah. Aqil tergelak mendengar celoteh emaknya. Kepalanya digeleng-geleng mendengar jawapan emaknya.

“yelah-yelah!” akur Aqil perlahan. Badannya yang malas cuba dirajinkan. Dia bingkas berdiri dan menggeliat semahunya sebelum beredar ke bilik untuk menukar pakaian yang lebih senonoh.


Last edited by misssakura on 29-1-2013 02:44 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2013 02:45 PM | Show all posts
Aqil melangkah masuk butik Beautiful and Classy setelah menolak pintu tertera OPEN. Matanya melilau mencari pekerja di butik berkenaan setelah melihat tiada kelibat manusia di kaunter. Kakinya melangkah kearah wanita yang sedang sibuk membetulkan baju pada patung yang menjadi model di butik berkenaan. Hatinya yakin lagi pasti wanita itu merupakan pekerja dibutik berkenaan.

“assalamualaikum....”tegur Aqil perlahan pada wanita yang jelas tidak sedar kehadirannya dibutik ini.

“waalaikummussalam...”jawab Farah sedikit tersentak. Tangannya yang ralit membetulkan baju yang baru sahaja dipakaikan pada patung itu terhenti. Terus badannya dipalingkan untuk mengadap pelanggan.

“Aqil...”

“Farah...” serentak Farah dan Aqil menyeru nama masing-masing. Farah tersenyum mesra melihat kehadiran Aqil.

“awak datang sini nak tempah baju ke?” soal Farah mesra. Di ajak Aqil ke ruang yang lebih selesa untuk membincangkan tentang tempahan yang bakal diterima. Memandangkan tiada pelanggan lain pada waktu ini memudahkan dia melayan Aqil.

“yup...for my mum.” Jelas Aqil sambil mengekori Farah ke tempat rehat. Farah mengangguk tanda mengerti.

“mak awak dah biasa ke hantar baju kat sini atau baru pertama kali?” Tanya Farah lagi.

“dah banyak kali...”


“ooo..kalau macam tu awak tunggu dulu kat sini, saya pergi ambil buku tempahan sekejap. Nak minum apa-apa?” soal Farah ramah.

“takpe.. baru lepas minum.” Tolak Aqil sopan. Farah berlalu ke kaunter untuk mengambil buku tempahan yang mengandungi maklumat tempahan dan pelanggan.Terkedek-kedek dia menghampiri Aqil yang sedang membaca majalah yang diletakkan diatas meja.

“sorry...lama pulak pergi ambil barang.” Mohon Farah dengan senyuman simpul. Dia melabuhkan diri dihadapan Aqil lalu buku yang dibawa diletak diatas riba.

“takpe...” jawab Aqil senang.

“apa nama mak awak?” soal Farah yang sudah membelek-belek buku tempahan. Spek mata yang dibawa disarung, baru jelas rasanya untuk membaca data-data yang tertulis dalam buku berkenaan.

“Fatihah binti Mad Deris.” Farah mencari nama yang disebut melalui ruangan huruf yang bermula dengan F. Matanya mula menangkap nama wanita yang sudah beberapa kali menempah baju di butiknya.

“ooo..awak anak mak cik Tihah rupanya... mak cik Tihah memang pelanggan tetap butik ini pon.” ujar Farah sambil mengambil beg kertas yang mengandungi kain pasang itu.

“ni nak buat baju macam mana? Kebaya? Kurung moden? Jubah atau baju kurung biasa?” soal Farah sambil menghalakan pandangan kearah Aqil.

“kebaya??Awak biar betul... mak saya tu dah nak masuk 60 tahun...” seloroh Aqil. Tergelak dia mendengar pertanyaan dari Farah. Farah turut sama ketawa kecil.

“mana la tahu kot-kot mak awak ni vogue gitu.” Gurau Farah senang.

“takde maknanya vogue... buat baju kurung biasa je. Dia selalu puji sedap pakai baju kalau tempah kat butik ni..”

“alhamdullilah...”ucap Farah yang bersyukur mendengar komen dari emak Aqil. Kembang jugak hidungnya mendapat pujian begitu.

“errm bila boleh ambil baju ni?”

“awak datang ambil next week.. hari selasa. Kalau ada apa-apa hal saya akan telefon awak. Awak tulis nombor telefon awak kat sini.” Aqil menulis nombor telefonnya ditempat yang ditunjukkan Farah.

“itu je. Apa-apa nanti saya beritahu awak kemudian.” Ulang Farah sekali lagi. Beg kertas dan buku tempahan dibawa ke kaunter. Aqil mengangguk lalu turut sama bingkas berdiri untuk beredar.

Last edited by misssakura on 29-1-2013 02:50 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2013 02:51 PM | Show all posts
“Farah....” panggil Aqil disaat dirinya mahu beredar dari butik Beautiful and Classy. kelihatan beberapa pelanggan mula menyerbu masuk ke butik ini dan dilayan pekerja lain. Farah mengangkatkan keningnya untuk mendengar celoteh seterusnya dari Aqil.

“saya minta maaf pasal hari tu... saya tak patut marah awak. Mungkin saya sedikit emo hari tu.” Minta Aqil lembut. kelihatan Farah melebarkan senyuman manis lalu menampakkan giginya yang tersusun rapi.

“tak de apa-apalah  Aqil. Saya faham. Lagi pon memang salah saya pon hari tu. Tak patut saya minta bukan-bukan dari awak. Saya tak ada hak nak halang awak bercinta dengan Shaz.” Balas Farah dengan riak yang tenang.

“kira serilah kan...” ulas Aqil dengan senyuman mesra. Farah mengagguk kepalanya tanda setuju.

“kalau macam tu saya balik dululah... next time kalau ada masa kita boleh keluar sama-sama..” cadang Aqil.

“insyaAllah..kalau tak ada hal bila-bila boleh. Semoga awak berjaya dapatkan cinta Shaz.”Luah Farah pula. Sempat memberi sokongan moral kepada Aqil yang jelas amat mencintai Shazrina.

“awak pon semoga berjaya dapat kemaafan dari Aliff dan Shaz. Allah akan sentiasa bantu orang yang ikhlas.” Balas Aqil pula. Senyuman mesra ditebarkan kepada Farah yang memandang kearahnya.

“saya pergi dululah... Assalamualaikum.”

“waalaikummussalam...”jawab Farah sambil melambai ke arah Aqil. Jejaka itu turut sama melambai kearahnya. Farah kembali ke butiknya untuk menyelesaikan segala tempahan dan fesyen-fesyen baru yang masih tertunggak.

Last edited by misssakura on 29-1-2013 02:55 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 03:04 PM | Show all posts
huhuhuhuhu maaf sakura...adehhhhh mcm x cukup je nk baca...anyway tq dear...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2013 03:07 PM | Show all posts
suria74 posted on 29-1-2013 03:04 PM
huhuhuhuhu maaf sakura...adehhhhh mcm x cukup je nk baca...anyway tq dear...

same2... bce dulu ye yg ni.. selebihnya esok pulak.. tngh pelan2 nk buat ending ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 05:04 PM | Show all posts
Tengkiu TT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2013 06:57 PM | Show all posts
misssakura posted on 29-1-2013 03:07 PM
same2... bce dulu ye yg ni.. selebihnya esok pulak.. tngh pelan2 nk buat ending ni

dah nk ending ke sakura

semoga semua hepi hendaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 08:55 AM | Show all posts
Cik_Andak posted on 29-1-2013 05:04 PM
Tengkiu TT...

sme2 cik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 08:56 AM | Show all posts
fatehana posted on 29-1-2013 06:57 PM
dah nk ending ke sakura

semoga semua hepi hendaknya

a'ah. citer ni dh dekat dgn penghujung
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 09:30 AM | Show all posts
misssakura posted on 30-1-2013 08:56 AM
a'ah. citer ni dh dekat dgn penghujung

ok akak setia menanti akhirannya

xnak selit bibit cinta farah dgn aqil ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.096978 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list