CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rienn

Sesi borak-borak Three Leaf Clover

[Copy link]
Post time 15-8-2006 02:24 PM | Show all posts
sape yg kasi duit w30 juta dalam akaun nenek die?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2006 02:33 PM | Show all posts
bodoh tul tv2 ni tuko time...menyampah tul...adess td tak sempat nk tgk kat opis..lupe laks...alah kalo tgk pun 1/2 hour aje...mencikkkkkkkkkkkkkk ............................ ptg2 citer tamil tu kalo besh takper le jugak..ni tah apa2...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 02:35 PM | Show all posts
Originally posted by exmjb2002 at 15-8-2006 02:24 PM
sape yg kasi duit w30 juta dalam akaun nenek die?


mak diaorg...atau dlm kata lain mak seken heroin..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 02:35 PM | Show all posts
Originally posted by Hana_Hirokawa at 15-8-2006 02:33 PM
bodoh tul tv2 ni tuko time...menyampah tul...adess td tak sempat nk tgk kat opis..lupe laks...alah kalo tgk pun 1/2 hour aje...mencikkkkkkkkkkkkkk ............................ ptg2 citer tamil tu k ...


hana..ko tgk je la cite tamil tu..bole belajar bahasa tamil skali ekekekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 02:51 PM | Show all posts
umur hyori ni bape agaknye...
die mcm lg tua dr seken heroin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2006 02:57 PM | Show all posts
sorry.. lama korang tunggu yer :bgrin: hari ni takder screencaps:

chengyu pergi perhentian bas tmpt biasa chengyu dan zhenya dan duduk situ.. dia teringat balik masa zhenya peluk dia dari belakang... kenangan...

zhenya beredar tinggalkan shiyoung utk balik.. dia jalan kaki.. shiyoung pandang jer dari dlm rumah..  tgh jalan jumpa yanji tgh dlm perjalanan ke rumah rehat.. yanji turun terus tampar zhenya.. zhenya tak cakap apa-apa.. pun tak balas balik.. yanji kata dia berdoa org tu bukan zhenya.. walaupun skrg hati shiyoung tak pada dia lagi, dia tetap berdoa org tu bukan zhenya.. lepas tu yanji pergi..

shiyoung masih kat rumah rehat.. mungkin fikir pasal zhenya dan apa dia nak buat lepas ni.. yanji patah balik dan tengok zhenya kat perhentian bas sesorang ( bukan perhentian bas yg ada chengyu tu ).. yanji turun, cuba bercakap ngan zhenya.. apa harus dia buat sekarang? zhenya kata perkara ni takkan berulang.. zhenya ulang ayat tu 2 kali kalau tak silap.. cuba yakinkan yanji...

chengyu masih lagi kat perhentian bas tadi.. abg zhenya balik tanya chengyu tunggu zhenya ker? chengyu kata tak... lepas tu abg zhenya ajak chengyu makan, dia belanja...

chengyu dan abg zhenya pergi makan-makan dan minum-minum.. chengyu puji abg zhenya baru kali ni berlagak cam abg, pergi bawak makan... abg zhenya kata nanti zhenya balik dia akan belasah dan kurung zhenya... tergamak zhenya buat camtu... chengyu kata jgn la perbesarkan hal ni.. bagi ruang kat zhenya... zhenya akan kembali sebelum chengyu cari... terharu dengar chengyu cakap camni... baik betul... chengyu kata jgn cakap hal ni lagi, sekarang dia cuma nak makan sbb ni kali pertama abg zhenya belanja... abg zhenya kata tu pun tak pasti cukup tak duit... ampehhsss.. chengyu cuba senyum dlm duka...

zhenya balik jumpa chengyu kat tangga... zhenya mintak maaf kat chengyu... chengyu kata dia kecewa dengan perbuatan zhenya tapi siapa yg harus dia maafkan, zhenya atau diri dia sendiri sbb biarkan zhenya buat camtu??? sebelum ni zhenya pernah berjanji tapi mungkiri, apa boleh dia buat? zhenya kata benda ni takkan berlaku lagi... chengyu kata jgn berjanji lagi... bukan dia takut zhenya tak penuhi janji, cuma dia takut nanti menghampakan...

chengyu bawak zhenya masuk.. chengyu duduk antara zhenya dan abg dia... biar cakap sama-sama katanya... abg zhenya marah zhenya.. abg dia kata skrg dia dah berubah tapi zhenya pulak jadi macam ni.. dia suruh zhenya letak jawatan esok... zhenya patuh... lepas tu abg zhenya mintak handphone zhenya tapi zhenya tak bagi... abg zhenya dah nak pukul zhenya tapi chengyu halang... zhenya masuk bilik dan tulis surat letak jawatan...

shiyoung balik tgk dinding yg zhenya pernah spray dulu, buaian kaler putih yg dia dan zhenya sama-sama cat dan katil tempat zhenya pernah baring dan dia selimutkan dulu....

abg zhenya tunggu kat luar pintu kilang.. bila "makcik kilang" yg minat dia tu sampai dan tegur dia, terus dia serahkan surat perletakan jawatan zhenya.... abg zhenya mmg panggil dia tu makcik...

kat pejabat, shiyoung muram jer.. shiyoung kata dah tak boleh buat apa-apa pasal perjanjian tu so diorg kena teruskan jer.. shiyoung suruh staff dia gi jepun buat bantahan.. diorg dah beradang nak amik rakan kongsi lain.. nak amik rakan kongsi amerika, yanji kata diorg tak macam jepun.. teknologi pun ketinggalan... shiyoung kata diorg mesti keluarkan produk sebelum danyi (syarikat yg rampas perjanjian semlm) keluarkan produk diorg.. lepas mesyuarat tamat, yanji luah rasa hati kat shiyoung.. yanji tanya takleh ubah ker? (lebih kurang camtu ler dia tanya) shiyoung diam... yanji cakap shiyoung takleh pandang dia ker? dia dah abiskan masa 20 tahun utk shiyoung tapi shiyoung jatuh hati kat zhenya dlm sekelip mata jer...

ayah zhenya jumpa makcik shinyoung utk batalkan perkahwinan.. ayah zhenya kata shiyoung ada pompuan lain iaitu zhenya.... makcik shiyoung terkejut...

shiyoung terima surat letak jawatan zhenya.. dia rasa hampa.. kemudian dia suruh PA dia cari kedai utk zhenya dan abg zhenya jalankan bisnes.... PA shiyoung mintak shiyoung berhati-hati sbb ayah yanji dah mintak fail zhenya.. shiyoung kata zhenya dah berenti pun dan suruh PA dia jgn bimbang...

"makcik penyelia" jumpa abg zhenya kat pusat snooker.. dia tanya abg zhenya tak gi kursus lagi ker asik kat pusat snooker jer... taknak buat bisnes dengan dia lagi ker? abg zhenya cakap dia taknak keje dengan org, nak keje sendiri... makcik tu pun mula ler tunjuk gedik ngan abg zhenya.. pegang-pegang.... abg zhenya tanya naper suka kat dia? makcik tu cakap sbb abg zhenya hensem... abg zhenya keluar dari tmpt tu, makcik tu ikut.. abg zhenya kata lagi, dia tahu ler dia hensem ( ;) ) tapi dia tak suka kat makcik tu.. dia nak buat makcik tu marah... bila dah marah, senang la dia blah dari situ... so bila makcik tu dah marah, abg zhenya kata "ha, pandang macam tu la..." mula ler makcik tu ugut taknak buat bisnes dengan dia.. tapi abg zhenya bukannya kisah sgt pun...

makcik shiyoung datang pejabat tanya shiyoung naper jadi camtu.. dia suruh shiyoung berhati-hati dengan ayah yanji.. ayah dia dulu pun bila buat bisnes mmg berjaga-jaga dengan ayah yanji ni... makcik shiyoung suruh teruskan rancangan perkahwinan... shiyoung tak setuju, hati dia tak ikut apa dia cakap.... makcik shiyoung keluar dari pejabat shiyoung... yanji kat situ so makcik shiyoung terus pegang tangan yanji tanpa cakap apa-apa then beredar...

zhenya gi jumpa mak yanji serahkan tempahan online yang dia dapat.. mak yanji suruh yanji website.. zhenya kata dia tak yakin.. mak yanji kata cuma berkaitan tempahan, yg lain biar dia urus.... zhenya senyum, tak bermaya....

abg zhenya cari zhenya dlm bilik.. zhenya takder.. so dia beralih cari buku akaun nenek.. jumpa buku tu atas almari.. masih ada 71 ribu won.. bila updatekan terkejut dia dlm akaun ada 30 juta won.. ada nama situ.. rasanya dia tahu tu nama mak dia..

zhenya makan dengan mak yanji... bila nak makan makanan yg ada sayur tu, dia tak jadi makan.. mungkin teringatkan yanji... tapi rienn rasa kalau dia teruskan makan, mungkin mak dia dapat cam...

makcik shiyoung jemput pengurus kilang ke rumah.. makcik shiyoung bercerita pasal ayah yanji.. pengurus kilang kata mmg dia tak bersetuju dengan benda yg shiyoung buat, dan shiyoung tak sepatutnya bertunang dengan yanji.. makcik shiyoung mintak pengurus kilang jgn jual saham dia pada ayah yanji.. pengurus kilang kata dia takleh nak cakap pasal benda tu... ntah la rienn rasa dia pun dah lost hope kat shiyoung....

abg zhenya tanya kat kerani bank pasal sapa yg letak duit kat akaun tu... kerani tu kata susah nak tahu sbb tuan punya akaun takder... abg zhenya demand gak sampai mengamuk dlm bank dan dihalau pengawal...

shiyoung mintak PA dia bawak kawan zhenya jumpa dia.. mula-mula kawan zhenya takut.. takut shiyoung tanya dia pasal mogok hari tu.. rupanya tak.. shiyoung nak kawan zhenya tawarkan kedai yg shiyoung dapat tu pada zhenya.. shiyoung bawak kawan zhenya ke rumah zhenya.. kawan zhenya masuk dlm dan offer kedai tu kat zhenya.. kawan dia kata kedai tu kakak sepupu dia yg punya.. zhenya kata kena bincang ngan chengyu dulu.. kawan zhenya dah takut dah.. risau rahsia bocor.. so dia mintak zhenya jgn gitau chengyu kedai tu kakak sepupu dia punya..

shiyoung dlm bilik dia belek-belek cincin tunang kat jari... lepas tu tanggalkan.. yanji pun belek-belek cincin tu kat bilik dia tapi tak tanggalkan.. ayah yanji masuk dan kata dengar khabar staff-staff dah ke jepun.. yanji kata yer.. ayah yanji kata dah terlambat dan suruh umumkan saja kepada para pelabur.. ayah yanji suruh yanji tinggalkan shiyoung.. yanji taknak dan nak berusaha dapatkan shiyoung semula.. yanji mintak ayah dia lepaskan syarikat shiyoung.. ayah yanji kata dia taknak yanji jadi macam dia.. mak yanji yg nak antar makanan pada yanji, terdengar dari luar pintu bilik.. ayah yanji terus bercerita, dulu dia yg bersusah payah bina syarikat tu bersama ayah shiyoung tapi sekarang apa dia dapat? dia pun dah lakukan banyak perkara keji utk bersama mak yanji tapi hanya luarannya jer yg berada di sisi sedangkan hatinya ntah ke mana.. sekarang dia boleh miliki apa saja selain manusia.. yanji merayu kat ayah dia kata dia boleh putuskan pertunangan tapi jgn usik syarikat tu.. rayuan yanji tak dipedulikan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-8-2006 03:00 PM | Show all posts

Reply #705 zeleia's post

zhenya 26... yanji 24-25 gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 03:07 PM | Show all posts
tenkiu.....nampak nye cite makin berdebar niiih.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2006 03:08 PM | Show all posts

Reply #707 rienn's post

oic...betul tekaan aku hyori tua sket...
aku ingat abg zhenya nak kua kan duit 30 juta tu...
rupe2nye die tau lak yg mak die kasi duit tu...
pelik tul korea ni kan...
leh kua kan duit org lain pakai buku akaun jer...
siap tulis lg dlm buku akaun name org yg bank in duit...

[ Last edited by  zeleia at 15-8-2006 03:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 03:21 PM | Show all posts
nanti seken heroin akan tumpang duk rumah zhenya bila dia marah kat mak dia...abg dia memula x boleh terima dia...lelama hati dia sejuk gak...cuma zhenya je yg amik masa lama lagi nk terima seken heroin sbg adik dia...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 03:32 PM | Show all posts

Reply #706 rienn's post

rienn.....tq my fren :hug:
dpt gak bayangkan mcm mana jln citer
tp kalu dpt tgk lg syok
eeeiiiiiii.....ni sumer RTM nyer psl laa nih
membara jer smlm tgk ada biter tamil jam 6.30PM tuh :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 03:45 PM | Show all posts
:tq::tq::tq: rienn <hug><hug>
xde sreencaps pun tak pe...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 04:10 PM | Show all posts

Reply #706 rienn's post

rienn...
bel tlg tambah sikit2 ya..

Originally posted by rienn at 15-8-2006 02:57 PM
sorry.. lama korang tunggu yer :bgrin: hari ni takder screencaps:

shiyoung terima surat letak jawatan zhenya.. dia rasa hampa.. kemudian dia suruh PA dia cari kedai utk zhenya dan abg zhenya jalankan bisnes.... PA shiyoung mintak shiyoung berhati-hati sbb ayah yanji dah mintak fail zhenya.. shiyoung kata zhenya dah berenti pun dan suruh PA dia jgn bimbang...


yg ni...PA dia x layan pun pun masa bapa Yanji nak tau psl zhenya...PA dia gitau yg bapa Yanji pegi sendiri cari butiran zhenya kat Personnal Department...time ni shiyoung semakin geram dan terus kata kat PA dia x yah bimbang gi sbb zhenya dah x ada dlm syarikat tu...

abg zhenya cari zhenya dlm bilik.. zhenya takder.. so dia beralih cari buku akaun nenek.. jumpa buku tu atas almari.. masih ada 71 ribu won.. bila updatekan terkejut dia dlm akaun ada 30 juta won.. ada nama situ.. rasanya dia tahu tu nama mak dia..
abg zhenya tanya kat kerani bank pasal sapa yg letak duit kat akaun tu... kerani tu kata susah nak tahu sbb tuan punya akaun takder... abg zhenya demand gak sampai mengamuk dlm bank dan dihalau pengawal...



yg ni pula bel rasa dia langsung x tau yg tu mak diorg..cuma dia terus naik hairan sbb wang tu dimasukkan sehari selepas nenek diorg meninggal dan dia pun sebut nama org sambil berkata siapa org yg mskkan duit tu...pastu bila dia try tanya kat kounter nak tau siapa pengirim dan alamat org tu tapi kerani tu x nak bagitau dan since account tu dibawah nama nenek dia..kerani tu suruh dia pegi buat report polis dulu mengesahkan bahawa nenek dia betul2 mati baru dtg balik...tu yg dia mengamuk sakan kat kounter tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 04:17 PM | Show all posts
Originally posted by sarahsofiyah at 15-8-2006 02:35 PM


hana..ko tgk je la cite tamil tu..bole belajar bahasa tamil skali ekekekeke...


bahasa korean n jepun pun tak abish katam ..nak ckp tamil .. :ketuk:
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 04:46 PM | Show all posts
aku tau vannakam jer yg lain tu tuh ......hehehe....kem salam je lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 04:52 PM | Show all posts

Reply #715 budakbaru's post

:lol pandai pun hang..tu pacai aku marah giler.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2006 05:34 PM | Show all posts

Reply #713 isabel's post

thanks bel sbb jelaskan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 05:49 PM | Show all posts
alamak pukul 12 tadi tak sempat tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 06:05 PM | Show all posts

Reply #718 HangPC2's post

takpa......rienn dah tlg buat sinopsis tuh :clap: jgn sedih&#178; yer
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 06:23 PM | Show all posts
limau tak dpt tengok sebab sgt sibuk ari nie......... ........ limau sokong hero......!!

[ Last edited by  limau at 15-8-2006 06:49 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.071169 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list