CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katakpuruz

Adat Perpatih

[Copy link]
Post time 27-12-2006 12:17 PM | Show all posts

Reply #60 pee3's post

The photos are good quality. Thanks. Perhaps if you can show us some of the pemandangan-pemandangan di Minangland. I have seen them myself and confess they were stunning and beautuful. The b'band is too sluggish today ...susah nak download.:geram::geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2006 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 27-12-2006 12:17 PM
The photos are good quality. Thanks. Perhaps if you can show us some of the pemandangan-pemandangan di Minangland. I have seen them myself and confess they were stunning and beautuful. The b'band i ...


Used the Digital Camera Olympus 5 Megapixel and i used Super High Quality that's why the photos are looked good quality. But tak boleh guna utk ambil gambar yang banya coz limited bila kita guna Super High Quality & cuma boleh guna less than 100 exp only.
Ok no prob.
Insyallah bila aku berkesempatan aku akan pastekan gambar Kampung Pariangan iaitu di percayai antara kampung yang tertua di Tanah Minang.
Ada lagi gambar2 yang awak & forumner lain boleh tengok. Click di bawah

http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=5

[ Last edited by  pee3 at 27-12-2006 02:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 04:26 PM | Show all posts

Reply #62 pee3's post

Thanks Pee.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 05:10 PM | Show all posts
Kampung Pariangan yang di percayai antara kampung yang tertua bagi masyarakat Minang & berlatarbelakang Gunung Merapi.


Masjidil Ula di percayai masjid yang berusia lebih dari 100 tahun yang terletak di Lubuk Bauk, Batipuh Baruh.






Pasentran yang berusia lebih dari 100 tahun yang terletak di Lubuk Bauk, Batipuh Baruh


Pasentran ini mempunyai ramai pelajar dari Malaysia yang terletak di Padang Panjang


Pandai Sikek


Pusat tenun songket yang berkualiti tinggi yang di miliki oleh Hajjah Sanuar turun-temurun di Pandai Sikek


[ Last edited by  pee3 at 27-12-2006 05:17 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 05:16 PM | Show all posts
sori menyampuk jap...one of my friend who is Sumatera Minang girl tell me that not every Minang women will get harta2 ni,depend pada suku2 yg mengamalkan adat2 perpatih ni...dan cerita perempuan2 Minang yg jenis pegang harta buat lelaki2 luar takut nak meminang diorg...tak silap gak my friend ada cite about satu suku Minang kat Sumatera dimana kalu nak kawin dgn lelaki suku ni kena bagi hantaran sepertimana bagi hantaran kat pihak perempuan kat sini...hmm...tu je yg kita dpt tau from kawan Minang kita ni...:hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 10:51 AM | Show all posts
Sumber di ambil dari buku Tambo Alam Minangkabau oleh H. Datoek Toeah.
Asal tempat 12 suku yang terdapat di Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

a. Sekalipun mereka yang datang itu dari berbagai negeri di Lubuk Tanah Datar seperti Sumanik, Sungai Tarab, Pagarruyung tetapi di N9 mereka hanya berkaum dgn suku 'Tanah Datar'.

b. Batu Hampar tentu ialah anak kemenakan Datuk Lelo Batang dan yang datang kemudiannya.

c. Yang di maksudkan dgn Seri Lemak di sini barangkali maksudnya ialah Serilamak tetapi kedatangan mereka dari dua jurusan yang pertama dgn melalui Pahang dan lainnya langsung dari Minangkabau

d. Yang di maksudkan dgn Seri Malanggang mungkin Simalanggang (Payakumbuh)






e. Yang di maksudkan dgn Tiga Batu    ialah Tiga Batur Padang Berangan (Lubuk Batingkap dan Gurun)

f. Kurang jelas mana yang di maksudkan dgn Tigo Nenek di sini.

g. Dan ada pula suku Anak Aceh & kemungkinan juga mereka berasal dari suku Aceh yang di singkirkan dari Siak oleh orang Johor atau dengan cara yang lain-lain.

h. Suku Biduanda/ Waris berasal dari penduduk asal Tanah Minang

[ Last edited by  pee3 at 28-12-2006 10:56 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2006 11:59 AM | Show all posts
lawonye istana tu..kat sumatra kan?
istana menanti kat negeri sembilan tu ade lawa macam tu tak?aku tak penah sampai lagi istana menanti
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 08:28 AM | Show all posts
Originally posted by amir1976 at 30-12-2006 11:59 AM
lawonye istana tu..kat sumatra kan?
istana menanti kat negeri sembilan tu ade lawa macam tu tak?aku tak penah sampai lagi istana menanti



Istana tu di Sumatra Barat.
Istana Pagarruyung lebih besar & cantik dari Istana Sri Menanti tapi latar belakang pemandangan yang berbukit bukau lebih kurang sama saja bagi kedua-dua istana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2007 01:30 PM | Show all posts
Sudah banyak kita bincang tentang Minangkabau dan Adat Perpatih dan munkin ramai yang tidak tahu dimana 'cradlel' atau pusatnya. Disini saya tampalkan kedudukan kelompok Minangkabau di Sumatra.

Dari segi agama, boleh dikatakan 100% Islam dan disini satu contoh dimana adat dan agama saling berganding dan tidak bercangaah. ' Adat menurun. Agama mendaki' begitulah kata-kata orang di sana. Islam tesibar luas hasil dari perang Padri. Munkin anda pernah dengar protagonistnya Imam Bunjul. Begitu kuatnya  Imam ini dalam usaha proselytisenya( menukar agama) hingga 100% orang Minang di perdalaman dan di pergunungan Barisan memeluk agama Islam.
Kalau ada usha yang sama di Sumatra Utara munkin semua orang Batak juga akan beragama Islam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 01:42 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 3-1-2007 01:30 PM
Sudah banyak kita bincang tentang Minangkabau dan Adat Perpatih dan munkin ramai yang tidak tahu dimana 'cradlel' atau pusatnya. Disini saya tampalkan kedudukan kelompok Minangkabau di Sumatra.
ht ...



Sepanjang saya berada di Padang/Bukittinggi saya dapati banyak masjid2 di dirikan bukannya masjid yang kecil tapi besar.
Ketika di sana saya dapati kaum perempuan terutama kaum ibu akan berduyun ke masjid bila tiba masuknya waktu solat terutama ketika azan sedang berkumandang berbanding di Malaysia masjid2 hanya akan di penuhi oleh kaum wanita bila tiba bulan Ramadhan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 01:48 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 3-1-2007 01:30 PM
Sudah banyak kita bincang tentang Minangkabau dan Adat Perpatih dan munkin ramai yang tidak tahu dimana 'cradlel' atau pusatnya. Disini saya tampalkan kedudukan kelompok Minangkabau di Sumatra.
ht ...


Makasih tamrong...wah, system dah boleh tempek gambar sekarang!

Hami suka bidalan yang disebutkan itu...Kepada Hami, yang interesting dalam adat perpatih ini adalah "empowerment" bagi kaum perempuan. Rata2 Hami perhatikan bahawa di kampung2 Melaka dan N9 orang2 perempuan mereka tak janggal bersuara...........Ada sesiapa yang berpendapat yang serupa??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 01:54 PM | Show all posts

Reply #70 pee3's post

Pee! Baru sekarang dapat tengok gambar-gambar yang di hantar. Munkin restoration/ re-routing trafik sudah berjalan lancar. 'Terkonang kampung non jauh, dausanak sabar menanti...kok beranak ompet den tunggu jugo'.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 11:06 AM | Show all posts
Masa aku jengah BOD Negeri Sembilan aku jumpa link ni berkenaan Adat  Perpatih. Credit tu forumner Intan-Adlina

http://members.tripod.com/skypin/rencana/renc83.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 11:10 AM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 5-12-2006 12:21 PM
adat perpatih harata pusaka tak bagi ikut faraid yerk?


Sumber di perolehi dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat_Perpatih

Adat Perpatih

Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.
Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang majoritinya adalah keturunan Melayu Minangkabau. Mereka itu terbahagi kepada beberapa puak yang dipanggil suku. Perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan adalah satu-satunya warisan Adat Perpatih. Begitu juga dengan perlantikan Undang Luak yang empat iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu semuanya adalah berteraskan kepada Adat Perpatih.
Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilbeberapa angan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.
Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan amalan demokrasi. Contohnya ialah perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di mana bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Empat undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja Pagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa.Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan demokrasi.
Pada masa ini Adat Perpatih di Negeri Sembilan hanya diamalkan pada urusan-urusan tertentu sahaja sperti nikah kahwin, pemberian pusaka dan perlantikan pemimpin. Selain daripada itu amat kurang adat ini dipraktikkan.

Pembahagian harta

Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

[ Last edited by  pee3 at 17-1-2007 11:20 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 12:17 PM | Show all posts
http://en.wikipedia.org/wiki/Min ... _Minangkabau_people

Notable Minangkabau people
Mohammad Hatta, Indonesian nationalist and first vice president of Indonesia
Mohammad Hatta, Indonesian nationalist and first vice president of Indonesia

    * Abdul Muis, Indonesian writer, journalist and nationalist
    * Lieutenant Adnan Bin Saidi, World War II hero
    * Chaerul Saleh, former Indonesian government minister
    * Chairil Anwar, poet
    * Buya Hamka, Islamic scholar and author
    * Prof Dr Emil Salim, economist and former Indonesian government minister
    * Haji Agus Salim, former Indonesian government minister
    * Mohammad Hatta, former Indonesian government prime minister and vice president
    * Mohammad Natsir, former Indonesian government prime minister
    * Muhammad Yamin, former Indonesian government minister
    * Rasuna Said, Indonesian nationalist political leader, first female minister of Indonesia
    * Rohana Kudus, women's activist and author
    * Sutan Sjahrir, former Indonesian government prime minister
    * Tan Malaka, Indonesian nationalist activist and communist leader
    * Tuanku Imam Bonjol, leader in the Padri movement
    * Tuanku Nan Renceh, leader in the Padri War
    * Yusof Ishak, half-Minangkabau descent, first President of Singapore
    * Zubir Said, Composer of Majulah Singapura, National Anthem of Singapore
    * Hasyim Ning, well-known enterpreneur in the Sukarno era
    * Ahmad Boestamam, the fiery radical Malay nationalist in Malaysia, leader/founder of API, PKMM and Parti Rakyat Malaya.
    * Elly Kasim, well-known singer
    * Masayu Anastasia, well-known soap opera actress

ramai orang Minang famous ... HAMKA pun orang minang eek, even Leftenan Adnan tu pun minang, even bapak aku cerita dulu2 memang orang Minang terkenal dengan penulisan/pendidikan sampai dah jadi lumrah lelaki minang travel keluar utk jadi guru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 01:17 PM | Show all posts
Bagus ....banyak info yg berguna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2007 01:52 PM | Show all posts
satu lagi tentang orang minang, silat pun berasal dari tanah minang
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 04:50 PM | Show all posts
Prinsip-prinsip Adat Perpatih

Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.

   1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.

   2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.

   3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.

   4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.

   5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 04:53 PM | Show all posts
Adat Perpatih


Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.

Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 05:38 PM | Show all posts
Pembahagian harta

Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19671 Replies : 97
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 201083 Replies : 4737
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9992 Replies : 53
เว็บแทงบอลยูโร เดิมพันบอลยูโร สมัครแอดไลน์ @UFADEAL แทงบอลบนมือถือ บอลเต็ง ...
khawjaw67เว็บแทงบอลยูโร เดิมพ
Views : 0 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 91310 Replies : 633
แทงบอลยูโร เว็บแทงบอลยูโรอันดับ 1 สมัครแอดไลน์ @UFADEAL ฝากถอนระบบออโต้ ไม่...
khawjaw67แทงบอลยูโร เว็บแทงบอ
Views : 0 Replies : 0
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27226 Replies : 108
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 192315 Replies : 1713
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5101 Replies : 11
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73704 Replies : 323

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.100945 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list