CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Syd

Di sebalik nama taufan

[Copy link]
 Author| Post time 22-9-2008 02:38 PM | Show all posts
Taiwan keluarkan amaran darat dan laut
22/09/2008 12:38pm

TAIPEI 22 Sept. – Taiwan telah mengeluarkan amaran darat dan laut hari ini ketika taufan kelima musim ini sedang menuju ke kawasan pesisiran di selatan negara ini selepas hampir membadai utara Filipina.

Taufan Hagupit kini terletak 410 kilometer dari tenggara Taiwan setakat pukul 8.30 pagi tadi, dijangka melanda Taiwan dan sebahagian kawasan di Filipina malam tadi dengan angin selaju 144 kilometer sejam dan tiupan kencang sehingga 180 kilometer sejam.

Taiwan turut mengeluarkan amaran tiupan angin kuat dan hujan lebat.

Menurut perkhidmatan ramalan kajicuaca, Tropical Storm Risk, Hagupit dijangka bertukar menjadi ribut kategori 3 dalam skala Saffir-Simpson dan akan melalui selatan China termasuk Hong Kong pada Rabu ini.

Minggu lalu, Taufan Sinlaku yang membadai Taiwan telah meragut 12 nyawa sementara 18 Julai lalu satu lagi taufan mengorbankan sekurang-kurangnya 20 penduduk.

“Ini bukan perkara luar biasa. Taiwan terletak begitu hampir dengan kawasan pembentukan taufan,” kata Pengarah Seksyen Ramalan Kajicuaca Biro Cuaca Pusat Taiwan, Hsieh Ming-chang. – Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2008 07:08 PM | Show all posts
Tak silap aku nama-nama taufan, yang nama perempuan, contoh hurricane betty etc, tu kebanyakannya nama2 isteri pada pekerja2 kat Hurricane / Disaster center tu.  I pernah baca somewhere.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2008 12:01 PM | Show all posts

Reply #62 rikiruj's post

You will get the opportunity to see how Atlantic and Eastern Pacific storms are named by the people at the National Hurricane Center as well as go through history, and learn about the destruction from hurricanes past.


sedutann.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2009 08:38 PM | Show all posts
Taufan Chan-Hom landa Labuan, 16 rumah rosak

LABUAN: Selepas melanda perairan Vietnam semalam, taufan tropika Chan-Hom pula berlaku di Labuan pada awal pagi ini, yang memusnahkan 16 rumah kayu.

Pada kejadian itu, bumbung 16 rumah di kampung Bebuloh Laut di sini itu diterbangkan angin kencang yang menyebabkan beratus-ratus penduduk kampung tersebut lari meninggal rumah untuk mencari perlindungan.

Bagaimanapun tidak ada kes kematian dilaporkan akibat kejadian itu.

Jabatan Meteorologikal sudah mengeluarkan amaran angin kencang kategori kedua dan ombak yang dibawa oleh taufan tropika berlaku di perairan Labuan sehingga Khamis ini dan keadaan ini adalah merbahaya untuk aktiviti perkapalan dan pantai, pekerja pelantar minyak, perikanan serta perkhidmatan feri.

Angin kuat dan laut bergelora mula berlaku sejak petang Ahad.

Beberapa kampung di pulau itu seperti Kampung Lubok Temiang, Kampung Layang-layangan, Pohon Batu, Manikar, Patau-Patau dan Membidai juga mengalami angin kencang tetapi tidak ada kerosakan dilaporkan.

Seorang mangsa, Sidub Mat Sarudin, 49, ketika ditemui berkata, beliau dan keluarganya sedang tidur apabila taufan itu melanda rumahnya.

"Saya terbangun kerana bunyi kuat dan dengan segera terkejut apabila menyedari bumbung rumah saya diterbangkan.

“Angin sangat kuat pada masa itu dan keadaan menjadi lebih buruk dengan bekalan api terputus," katanya.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal, yang diiringi Pengarah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zaharil Kassim dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan melawat kampung terbabit.

Beliau berkata, peruntukan segera RM55,000 diluluskan kepada keluarga terbabit untuk memperbaiki rumah mereka yang rosak.

"Kita harap mangsa terbabit supaya bersabar kerana kerajaan akan membantu mereka. Daripada 16 rumah itu, lima dalam keadaan teruk. Setiap rumah ini akan menerima bantuan wang RM8,000 sementara rumah yang tidak teruk diberikan sumbangan antara RM1,000 dan RM3,000 dan bergantung kepada kerosakan yang dialami," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2009 10:40 AM | Show all posts
600 dikhuatiri maut kerana Taufan Morakot


BEBERAPA penduduk cuba menangkap ikan di sebatang kawasan berair yang berlaku akibat Taufan Morakot di daerah Kaohsiung, selatan Taiwan semalam.

TAIPEI - Seramai 400 penduduk Taiwan terputus hubungan akibat tanah runtuh yang terjadi selepas pulau bergunung-ganang tersebut dilanda Taufan Morakot, kata seorang pegawai polis semalam.

Sebuah akhbar semalam turut melaporkan seramai 600 orang dikhuatiri mati tertimbus akibat Morakot yang membawa hujan lebat.

Morakot yang kini bergerak ke China turut menyebabkan hampir sejuta penduduk di tanah besar terpaksa dipindahkan setelah ia melanda Filipina.

Seorang pegawai polis Taiwan yang mahu dikenali sebagai Wang berkata, seramai 100 orang dari perkampungan Shiao Lin diselamatkan dengan menggunakan sebuah helikopter tentera.

Seorang mangsa yang berjaya diselamatkan, Lin Chien-chung berkata, dia percaya seramai 600 orang mati ditimbus lumpur.

"Runtuhan tanah itu menyebabkan sebahagian besar kampung termasuk sebuah sekolah rendah dan rumah tertimbus," katanya.

Kampung berkenaan masih terputus hubungan akibat kejadian itu semalam selepas banjir memusnahkan sebuah jambatan.

Angka rasmi kematian akibat Taufan Morakot sehingga kini disahkan seramai 14 orang manakala 51 lagi hilang, tidak termasuk penduduk di Shiao Lin. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 11:54 AM | Show all posts
nasib baik la kat mesia ni terlindung daripada ribut taufan ni
takutnye..
kat sini kalau banjir besar sikit, angin kuat sikit sampai terbang atap pun aku dah takut dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2009 12:16 PM | Show all posts
66# fariepari
Sesekali terkena jugak...taufan yang dah downgrade jadi tropical storm.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2009 10:17 AM | Show all posts
Malapetaka timpa Taiwan

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my


KEADAAN sebuah hotel yang ranap akibat taufan Morakot.

TAUFAN Morakot yang menyebabkan hujan lebat melanda Taiwan pada pertengahan minggu lalu telah mencetuskan fenomena banjir besar yang menenggelamkan sebahagian besar kepulauan itu.

Tragedi hitam itu menyebabkan air naik melimpah sehingga dua meter. Ia juga merupakan bencana banjir terburuk di negara itu dalam tempoh lima dekad.

Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou yang membuat pemeriksaan di kawasan operasi bantuan di daerah Tainan berkata, Amerika Syarikat (AS), Jepun, China dan Singapura masing-masing menawarkan bantuan kewangan.

"Kami mengalu-alukan semua bentuk bantuan dan kami juga sangat memerlukan peralatan terutama helikopter untuk membawa segala keperluan ke lokasi kejadian," kata Ma.

Hujan lebat yang berhenti seketika membolehkan helikopter tentera berulang alik membawa keluar mangsa-mangsa yang terselamat dari kawasan perkampungan ke Cishan.

Bagi seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Yu, katanya, dia begitu risau berhubung keselamatan ahli keluarganya yang masih terperangkap di kediaman masing-masing.

"Ahli keluarga saya masih ramai terperangkap di sana. Mereka tidak boleh menunggu lama. Bila hujan nanti, bukit-bukau di sekitar kampung akan runtuh," katanya yang berasal dari Kampung Kaochung.

Sementara itu, pihak tentera melaporkan, terdapat kira-kira 1,000 perkampungan di Shiao Lin mengalami kemusnahan paling dahsyat sejak berlakunya ribut taufan tersebut.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 300 orang dari kawasan itu berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat tentera udara, kata jurucakap operasi bantuan, Kolonel Chang Kua-bin.

Pasukan penyelamat telah dikerah ke tempat kejadian dengan mengharung sungai bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap setelah jambatan di Kampung Hsinfa, Kaohsiung runtuh.

Taufan Morakot mula membadai Filipina sebelum menuju ke Taiwan dan kemudian bergerak ke timur laut China yang mula terbentuk sejak 2 Ogos lalu.

Rumah dan hotel tenggelam

Kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat yang dibawa oleh taufan Morakot itu menenggelamkan tujuh buah rumah di timur Taiwan. Dalam kejadian itu, dua orang dilaporkan terbunuh.


KEPALA patung Buddha hanyut dibawa arus deras banjir.

Selain itu, daerah Shanghai menerima hujan lebat selepas Morakot melanda pantai tenggara China yang menyebabkan pemindahan hampir sejuta orang dengan seorang terbunuh.

Bagaimanapun, taufan itu diturunkan kepada tahap ribut tropika ketika menghampiri Shanghai, tetapi masih dianggarkan akan membawa hujan melebihi 90 milimeter setiap jam di bandar terbesar China itu serta utara wilayah Zhejiang, Jiangsu, Shandong dan Anhui.

Lebih 3.4 juta penduduk Zhejiang kehilangan harta benda ekoran banjir melanda di beratus-ratus perkampungan dan lebih daripada 1,800 rumah runtuh, lapor agensi berita Xinhua yang memetik sumber dari Kawalan Banjir Wilayah dan Ibu Pejabat Bantuan Kemarau.

Lebih memeranjatkan, sebuah hotel enam tingkat tumbang ke dalam sebatang sungai akibat hakisan banjir semasa taufan Morakot melanda Taiwan.

Beberapa pegawai berkata, seramai 300 penghuni hotel yang terletak dalam wilayah Taitung itu selamat selepas mereka berjaya dipindahkan sebelum ia runtuh.

Taufan terburuk ini turut melanda kawasan pantai timur China selepas hampir satu juta penduduk sekitarnya dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Di China, pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan lebih daripada 21,190 orang dari rumah masing-masing di wilayah Fujian, tenggara China sebelum negara itu dilanda taufan Morakot.

Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 473,300 penduduk di wilayah pesisiran pantai Zhejiang dipindahkan, sementara 480,000 lagi dipindahkan ke wilayah Fujian.

Lebih daripada 35,000 kapal pula diminta kembali ke pelabuhan ekoran ribut semakin hampir dengan membawa hujan lebat serta angin kencang, lapor Xinhua yang memetik sumber dari ibu pejabat kawalan banjir wilayah, Zhejiang.


DUA penduduk melihat kayu yang hanyut akibat banjir besar daripada taufan Morakot.

Beberapa lebuh raya di wilayah itu turut ditutup sebagai langkah berjaga-jaga. Begitu juga, beberapa bahagian di Fujian dilaporkan mencatat jumlah hujan sebanyak 30 sentimeter sejak awal taufan Morakot membadai.

Pusat Biro Cuaca di Taiwan menjelaskan mata taufan itu kini berada 220 kilometer di tenggara daerah Yilan, timur Taiwan dengan angin selaju 144 kilometer sejam dan bergerak ke arah barat dengan kelajuan 15 kilometer sejam.

Ragut nyawa pelancong

Taufan Morakot yang menggoncang Manila turut melibatkan dua pelancong Perancis, antara sekurang-kurangnya 10 orang yang terbunuh apabila hujan lebat daripada taufan itu meruntuhkan daik.

Ia seterusnya menyebabkan tanah runtuh serta banjir besar di bandar-bandar serta perkampungan di utara Filipina.

Kumpulan pelancong Perancis dan Korea Selatan itu sedang mendaki Gunung Pinatubo dengan menaiki tiga buah kenderaan apabila tanah runtuh menutup laluan sehingga memerangkap salah sebuah kereta mereka.

Kawasan kaki gunung di wilayah Zambales, barat Manila itu adalah yang paling teruk terjejas.

Taufan ini menyebabkan kerosakan pertanian kira-kira NT$7.2 bilion (RM787.5 juta) serta menyebabkan hampir 30,000 rumah terputus bekalan elektrik dan 750,000 lagi terputus bekalan air bersih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2009 10:18 AM | Show all posts
Taufan adalah ribut tropika


KELAJUAN angin kencang akibat taufan mampu menerbangkan apa sahaja objek.

TAUFAN atau siklon tropika adalah ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya meluwap.

Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika manakala putarannya melawan jam di hemisfera utara.

Kawasan-kawasan yang berlainan mempunyai nama tersendiri untuk fenomena taufan. Sebagai contoh, ribut tropika dikenali sebagai hurikan di Atlantik Utara.

Manakala siklon tropika atau taufan dinamakan di Asia Tenggara, Chubaso di Filipina dan Willy Willies di Australia.

Walaupun takat suhu lautan dan kekuatan taufan tiada kadar secara langsung, namun impak yang nyata disebabkan oleh kesan rumah hijau.

Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi, Saw Bun Ling, taufan sering berlaku di kawasan tertentu yang terdedah pada suhu lautan Pasifik melebihi 26 darjah Celsius.

"Taufan yang berlaku di tengah lautan menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta ombak besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal.

"Di darat pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda sehingga menyebabkan objek terbang sekali gus membahayakan penduduk.

"Selain itu, taufan juga mengakibatkan banjir besar," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Tambah Bun Ling, terdapat beberapa peringkat perkembangan dalam pembentukan taufan. Peringkat pertama gangguan tropika itu adalah sistem ribut petir yang tertumpu di kawasan bertekanan rendah dengan kelajuan angin kencang kurang daripada 60 km/j.

Manakala ribut tropika adalah sistem ribut petir kuat dengan kitaran permukaan tertentu serta kelajuan angin maksimum antara 60-120 km/j.

Sungguhpun siklon sudah mula terbentuk, tetapi mata taufan biasanya masih belum terbentuk.

Seterusnya taufan pula adalah ribut tropika dengan angin kencang melebihi 120 km/j. Ketika ini, mata taufan mula terbentuk sekali gus memudahkan taufan dikesan melalui imej satelit.

"Ribut tropika pula dikategorikan sebagai ribut taufan apabila kelajuan angin maksimum meningkat melebihi 120 km/j berikutan pengurangan dalam tekanan permukaan," jelasnya.

Selain itu, saintis mendapati dua pertiga daripada peningkatan suhu lautan, yang boleh menyebabkan taufan, disebabkan oleh tindakan manusia.

Catatan tahun lalu menunjukkan telah berlaku peningkatan yang serius dalam kejadian ribut kategori empat dan lima di seluruh dunia.

Kategori yang membawa kemusnahan teruk itu adalah yang terkuat dan paling kerap berlaku sepanjang sedekad lalu.

Laporan penyelidikan oleh Kerry Emanuel dari Institut Teknologi Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa tempoh masa, kelajuan angin maksimum dan pelepasan tenaga yang disebabkan oleh ribut tropika telah meningkat di Atlantik Utara dan lautan Pasifik Utara sejak pertengahan tahun 1970-an.

Peter Webster dari Institut Teknologi Georgia, AS, mencatatkan kejadian ribut kategori empat dan lima berlaku sebanyak 171 kali sepanjang tempoh 15 tahun dari 1975 hingga 1989, tetapi kejadian bencana itu meningkat kepada 269 kes dalam tempoh 15 tahun berikutnya.

Menurut Webster, peningkatan intensiti tersebut berkait rapat dengan kenaikan suhu laut, yang diakibatkan oleh pemanasan global.

Pada Jun lalu, saintis Kevin Trenberth dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan AS telah mengenal pasti kemunculan musim ribut yang ketara di kawasan Atlantik Utara.

Menurutnya, lebih 50 peratus daripada punca peningkatan itu disebabkan aktiviti manusia.

AS terus berwaspada dengan ancaman ribut selepas taufan Katrina membawa kemusnahan teruk di sekitar New Orleans pada Ogos 2005.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.104166 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list