CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akak89

Merged : All about PASU

[Copy link]
Post time 4-12-2006 01:24 PM | Show all posts
Originally posted by noor_hannah at 1-12-2006 11:17 PM
alamak.. sapa2 yg nak tepek gambar tu.. sila quote gambar sendiri atau org.. sebab kalau sendiri punya.. kak noro bagi extra kledek lah.. penat berbaloi.. kalau org nya or dari tenet ke.. kak noor  ...


Balik nanti bolehlah ambil gambar kat rumah, nak claimn keledek dari kak noor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 03:19 PM | Show all posts
Originally posted by Julia06 at 1-12-2006 03:27 PM
Ni ruper pokok heliconia...cantikkan ?








oooo pokok niii.... ada tanam kat kg warna kuning... tp semut suka duduk... ari tu balik habis tebang semua sebab semut dah buat busut kat tgh2 pohon2 bunga ni... nak biar tumbuh pokok baru... senang hidup dan senang jaga
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 10:44 AM | Show all posts
heliconia gambor no 1 tu kat rumah Teh Banyakkkkkk...
dah berkali2 buang...tumbuh balik..sbb ubi/akar dia mmg tertanam jauh dlm tanah..

kalo tak silap nama dia Heliconia Golden Torch..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 10:45 AM | Show all posts
Teh dulu peminat setia Heliconia, ada 4/5 jenis di laman rumah..
oleh kerna laman kecik, hubby tak berkenan, tu yg Teh sapu bersih..
Skang cuba jinak2 dgn pokok lain lak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 10:48 AM | Show all posts
ni sumer abis dah Teh buang..
termasuk le dgn temulawak tu...



psst Kak Noor
ni gambor sendiri, tu pasai tak semenggah
10 ketui keledek ek..hikkhikk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 10:48 AM | Show all posts
luper nak habaq..
yg berjuntai tu Heliconia Rostrata namanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2006 11:53 AM | Show all posts
Originally posted by tehbunga at 6-12-2006 10:48 AM
ni sumer abis dah Teh buang..
termasuk le dgn temulawak tu...



psst Kak Noor
ni gambor sendiri, tu pasai tak semenggah
...



so dah buang.. skrang tinggal apa Teh ??
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2006 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by tehbunga at 6-12-2006 10:45 AM
Teh dulu peminat setia Heliconia, ada 4/5 jenis di laman rumah..
oleh kerna laman kecik, hubby tak berkenan, tu yg Teh sapu bersih..
Skang cuba jinak2 dgn pokok lain lak..



Kenapa tak spare sikit dalam pasu ? Yang 4-5 jenis heleconia.. tu sexy pink ada ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


jati This user has been deleted
Post time 8-12-2006 12:14 PM | Show all posts
Anda semua pakai baja apa yer....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 01:29 PM | Show all posts
ini tips pokok berpasu...

Tip taman berpasu


MEWUJUDKAN taman berpasu sebagai langkah mudah untuk mendapatkan taman idaman dalam kawasan terhad. Ia mudah ditanam, dijaga dan dialihkan terutama bagi mereka yang cepat berubah cita rasa dan mood.





Ia seharusnya bermula dengan mengumpul beberapa set dekoratif dan pokok berbunga sebagai langkah awal membina taman berpasu ini.


Elak guna pasu yang mempunyai muncung mulut yang sempit kerana akan menyukarkan aktiviti menanam, membaja dan menyiram.


Bagi kesan tanaman lebih subur dan cantik, pasu seramik polos adalah antara pilihan bijak dengan dilengkapi beberapa lubang kecil. Pasu plastik menyerap masuk pancaran matahari manakala pasu terracotta (tanah liat) menyebabkan kadar serapan air keluar lebih cepat.


Bagi yang sedia ada memiliki sebuah taman atau koleksi pokok pasuan, pasu berwarna sangat menarik.


Pokok pasuan bukan saja terhad pada pasu jenis terracotta berbentuk bulat. Jika kreatif, dalam penggunaan barangan kitar semula seperti tab mandi lama juga boleh digunakan menggantikan pasu jenis itu.


Perhatikan penggunaan pokok dan pasu yang bersesuaian. Saiz pasu yang kecil akan mengehadkan kadar pertumbuhan dan sebaran akar seterusnya tidak tahan lama. Pokok yang mempunyai akar serabut memerlukan pasu besar dan tinggi.


Berhati-hati menggunakan pasu kayu atau rotan kerana cepat reput dan tidak tahan lama. Gunakan kayu kalis air dan tahan cahaya matahari serta tidak perlu kaedah varnis kerana kandungan kimia akan merosakkan pokok.


Kelebihan menggunakan pasu kayu ialah boleh dibentuk dalam pelbagai saiz dan bentuk sesuai mengikut lokasi keadaan.


Amalkan menggunakan pecahan pasu terracotta atau carikkan helaian surat khabar sebagai asas dasar pasu sebelum memasukkan tanah bagi mengelakkan aliran tanah keluar melalui ce-lah lubang.


Bagi pokok yang tahan cahaya matahari, gunakan pasu yang berwarna cerah bagi mengurangkan serapan haba dan pertumbuhan yang berlebihan.


Amalkan meletak pokok pasuan di atas kayu atau pelapik batu bagi ruang laluan air dan pertumbuhan akar lebih selesa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 02:28 PM | Show all posts
Pasu naikkan seri laman
Oleh Norakmah Mat Youb
norakmah@bharian.com.my






Rahimah letak pelbagai bentuk tempayan untuk wujudkan kelainan berbanding taman kediaman lain

MENGUNJUNGI rumah banglo dua setengah tingkat di sebuah kelab golf terkemuka di Shah Alam, mata pasti terpaku dengan deretan tempayan unik di tengah taman yang dibina hasil usaha dan idea sendiri.

Idea pemiliknya, Datin Rahimah Mohd Yusuff, meletakkan pelbagai jenis dan bentuk tempayan di taman yang mempunyai keluasan besar, berjaya mewujudkan satu kelainan berbanding taman kediaman lain di situ.

Keindahan landskap yang menarik menerusi susunan pelbagai jenis tempayan lama dan baru menjadi dominasi kepada keindahan laman rumah tanpa menghiraukan pandangan orang lain yang pelik melihat tempayan berada di tengah laman.



Walaupun mempunyai laman luas, ternyata jiwa pemiliknya gemarkan sesuatu yang ringkas dan tidak keterlaluan untuk menghias taman kerana baginya ia perlu berfungsi kepada keluarganya bukan sekadar untuk dilihat saja.

Susunan pokok berdaun pelbagai warna yang teratur dan senang diselenggarakan serta bersesuaian dengan cuaca di negara ini, menampakkan laman yang sedia luas bertambah luas serta menyerlahkan kreativiti pemiliknya.

Sebagai halwa telinga, beberapa kolam yang dihiasi pokok menjalar dan berwarna-warni di penjuru taman dan tepi tangga dibina elemen air mengalir.

揓ika diikutkan, saya boleh mengupah pakar landskap tetapi apabila memikirkan lebih puas hasil tangan sendiri, saya tanam pokok sendiri. Tambahan pula saya tidak bekerja dan hanya menghabiskan masa dengan persatuan badminton serta kelas agama.

揝aya memang berminat mengumpul tempayan. Apabila sudah terlalu banyak, saya mula mengerah otak memikirkan di mana tempayan ini boleh diletakkan sesuai dengan keluasan taman sedia ada,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 02:28 PM | Show all posts
jangan beli pasu tp tak isi dengan pokok yg ditanam...nnti ada yang dapat demam denggi plak
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 08:16 AM | Show all posts
hehehhe...mmg ada pasu yg kosong pun.. bukan tadak pokok yg nak ditanam...cuma bertangguh nk p beli tanah baja...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2007 10:50 AM | Show all posts
Pasu bunga penghias landskap
Oleh Norakmah Mat Youb (Norakmah@nstp.com.my)


Aksesori bersesuaian dengan keluasan kawasan jadikan taman lebih semula jadi


KAWASAN landskap seperti dek, patio, balkoni atau anjung rumah pasti kelihatan lebih cantik dengan kehadiran pasu bunga hiasan berukiran indah, memberi cerita menarik yang tersendiri kepada ruang landskap berkenaan.

Pasu bunga dan pokok yang ditanam di dalamnya menjadi aksesori untuk ruang landskap supaya lebih kelihatan 揾idup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 04:57 PM | Show all posts
Saya suka beli pasu kat gudang penyimpanan pasu dekat Batang berjuntai. Pegi gudang tu, bwk keta masuk, ambik je mana yg kita minat terus ke bonet keta, dah penuh bonet pegi bayar kat depan gudang tu kira lumpsum je satu bonet . Bagilah dia RM50 ke...he..he...

Pasu2 kat gudang tu adalah utk eksport so jarang jumpa kat kedai. Rekaannya cantik, lain dr yg lain. Dan yg paling penting boleh beli dgn harga yg murah....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 08:24 AM | Show all posts
boleh x berikan size pasu
dan pokok apa yg sesuai mengikut sizenya...

TQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2007 11:22 AM | Show all posts
ni je pasu yg mampu dibeli stakat ni...
yg mahal blom agik..

beli dlm 7 biji ...lain-2 jenis & saiz

RM8 x 2 pcs


RM3.50 x 2 pcs


RM 3 x 3
pokok kladi tu



[ Last edited by  4u2luv at 6-9-2007 11:29 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 12:06 PM | Show all posts
luv....yg pokok keladi pic no 2....kalau bole luv cari pasu yg lagi besar....sebab dia akan lebih merimbun.....(pengalaman sendiri)
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 12:57 PM | Show all posts
Originally posted by Mas916 at 6-9-2007 12:06 PM
luv....yg pokok keladi pic no 2....kalau bole luv cari pasu yg lagi besar....sebab dia akan lebih merimbun.....(pengalaman sendiri)



tu la pasal...
nanti klau dia besau skit...luv carikan pasu besau...
tp ari tu beli 2 je pasu besau...  rugi plak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 12:56 PM | Show all posts

Rak pasu bunga

alloo ...

sapa sini pernah buat rak pasu, alaaa...rak yang panjang tuh ...then letak pasu
banyak2 atas rak tuh. ada yang bertingkat tingkat...
Sapa2 ada pengalaman buat - or ada link cara2 buat rak pasu ..ilustration etc ..
or kat mana ada jual (susah kot - sebab panjang) mind to share

thanks
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.464568 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list