|
Hajah Datin Seri Dato' Siti Nurhaliza bakal berimej tudung litup?
[Copy link]
|
|
Reply #838 eddysheddy's post
ada....selagi tak tido....ada....
lagipun malam ni anak2 busy tengok tv....chanel 615....
tengah tunggu hubby balik dari sandakan....jap lagi out la kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #839 PoSh78's post
ahahahahha biasa la....pasal TU memang sesapa pun leh gaduh....
aku lak lepas kes yang aku habaq tadi....dah kureng baik ngan dia...tah la...dia yg jauhkan diri....nasib la...apa sangat la dunia porem ni...huhuhuhuhu.....
tapi aku memang giler porem...cuma hang lagi hebat...
ok posh....sambung lagi len kali |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove07 at 4-1-2008 08:51 PM
bkn ape...mcm takde kuar dlm paper je kepulangan dia.selalu dpt informasi psl dia dari paper je la...
baguslah senyap2.. kan raaaaaaaamai org kat sini suke senyap2 |
|
|
|
|
|
|
|
ok la eddy....
nak logout....anak2 aku dah mula memerintah rumah...
bye assalamualaikum |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #847 eddysheddy's post
|
|
|
|
|
|
|
oh nonaku ajijah... |
|
|
|
|
|
|
|
ntah la....
dulu,die ade kate nak pki tudung after buat haji....
so,cakap mesti lah serupa bikin.... |
|
|
|
|
|
|
|
AKU DAH TENGOK GAMBAR DIA KAT PAPER MCM DAH PAKAI TUDONG....TAPI TU BUKAN PAKAI TUDONG....ITU NAMANYA MCM NAK PERGI SIDAI BAJU KAT AMPAIAN BELAKANG RUMAH...ATAU NAK PERGI PETIK KUNYIT KE....SERAI KE...KAT BELAKANG RUMAH.....KOSER NYA..... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi pendapat aku.. cukup2 la dia menyanyi lepas dah kejerkan haji ni. Aper lagik dia nak..??? Laki dia dah cukup kaya and terlebih mampu. Tumpukan jer la kat rumahtangga dia... CT.. CT... sedih btul kalau compare kan dia dari dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
BERITA HARIAN 08/01/08
'Insya-Allah inilah imej baru Siti'
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
KEMUNCULANNYA di khalayak ramai memang ditunggu-tunggu. Peminat, terutamanya, ingin sekali melihat gaya baru Datin Seri Nurhaliza apabila artis tersohor ini pulang daripada mengerjakan ibadat haji, 27 Disember lalu. Maklum saja, perdebatan mengenai bagaimana Siti akan mengenakan tudung apabila bergelar Hajah agak hangat juga sebelum wanita berusia 28 tahun ini bertolak ke Makkah.
Lalu, kehadirannya pada majlis meraikan hari lahir Chef Wan di Starhill Gallery, Ahad lalu tidak terkecuali daripada menjadi tumpuan ramai sebaik saja dia melangkah masuk ke restoran Tarbush bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa. Lensa kamera jurugambar yang membuat liputan majlis keraian itu juga beralih arah seketika, tatkala artis jelita itu tiba.
Tidak hairanlah, apabila majlis terbabit menjadi kemunculan pertama Siti bersama imej baru selepas pulang dari Tanah Suci. Ulasan spontan yang kedengaran, selain ucapan tahniah dan kesyukuran kerana dia dan suami sudah pun selamat kembali ialah betapa penyanyi ini kelihatan manis dan sopan dengan penampilan barunya.
"Insya-Allah, inilah imej baru Siti setelah agak lama mencari-cari penampilan yang sesuai selepas mengerjakan haji. Tudung yang Siti kenakan ini ialah hasil perbincangan Siti bersama pereka, Datuk Bernard Chandran. Siti memilih gaya begini kerana ia bersifat sederhana dan mudah untuk digayakan," katanya.
Siti juga tidak memilih untuk mengenakan tudung penuh yang melitupi keseluruhan rambut kerana berasakan perubahan secara perlahan-lahan itu bersesuaian dengan hakikat dia masih lagi aktif menyanyi.
"Jika diizinkan Tuhan Siti akan kekal bertudung. Namun, biarlah perubahan ini Siti lakukan secara perlahan-lahan. Biarlah Siti selesa dengan tudung ini dulu sebelum memikirkan gaya tudung lain pula selepas ini," katanya yang memberitahu, dia juga mungkin akan meminta beberapa pereka tempatan lain menyediakan rekaan tudung sesuai untuknya.
Mengenai kemungkinan wujud kalangan peminat yang tidak menyenangi gaya bertudung ketika ini, penyanyi itu berkata, dia memang tidak dapat lari daripada komen orang ramai. Begitupun dia tidak mahu terkesan dengan ulasan yang bersifat negatif.
Yang nyata, selepas penampilan sulungnya ini, tentu ada kalangan peminat yang ingin menjadikan gaya terbaru Siti sebagai ikutan. Siti sendiri bagai mengalu-alukan peminat yang ingin 憁eniru |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #858 alibnmat's post
....lawak ler |
|
|
|
|
|
|
| |
|