CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: irish_cayunkku

Anwar & sahabatnya

  [Copy link]
Post time 11-11-2008 04:40 PM | Show all posts

Balas #839 ayinanaz\ catat

sangkut lutut takper...jangan tersondol blakang budak kofe sendri udah ler...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2008 07:56 AM | Show all posts



Papan tanda: Kenapa Anwar membisu seribu bahasa?

KETUA Pembangkang Anwar Ibrahim adalah seorang bekas pejuang bahasa, rakan karib kepada penulis dan sasterawan, pencinta dan pembaca sajak, menghayati dan menjiwai hasrat serta semangat pejuang-pejuang Bahasa Kebangsaan di negara ini.

Kejayaannya dalam pilihan raya lalu adalah disokong kuat oleh imejnya sebagai pejuang rakyat dan dengan itu beliau membawa bersamanya tidak sahaja harapan akar umbi bukan Melayu, tetapi perasaan dan hati nurani orang Melayu di akar umbi terutama di Pulau Pinang yang berada dalam perasaan terhina.

Yang ada pun pada orang Melayu di Pulau Pinang ialah simbol-simbol yang mendaulatkan kedudukan mereka seperti masjid dan kedudukan Bahasa Kebangsaan.

Adalah mengejutkan dalam soal yang berkaitan dengan kedaulatan sekalipun hanya merupakan simbol tidak diambil berat oleh beliau. Anwar membisu seribu bahasa terhadap langkah kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP untuk memasang tanda pelbagai bahasa di kawasan tapak Warisan di George Town.

Apakah sebagai Ketua Pembangkang beliau tidak mempunyai kuasa untuk menasihatkan sekutunya supaya jangan melakukan sesuatu yang boleh menghakiskan pengaruhnya sendiri (Anwar) di Pulau Pinang?



Tidakkah ini membayangkan sikap beliau sekiranya menjadi Perdana Menteri kelak.

Setelah kejayaan cemerlang parti pembangkang yang menghapuskan kuasa dua pertiga kerajaan Barisan Nasional, Anwar berazam untuk menggulingkan kerajaan BN dan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Rakyat telah turut serta dalam keghairahan beliau ini dan sekalipun 16 Sepetember telah mencatatkan sejarah hitam dalam karier politiknya sebagai seorang yang tidak dapat menunaikan janjinya kepada mereka, namun sebahagian besar masih mempercayainya..

Sentimen politik, ketaksuban kepada kepimpinan dan kelemahan berfkir secara rasional, terpenaruh dengan karisma pemimpin, telah membutakan mata rakyat terhadap kemungkinan yang akan berlaku kepada kepentigan bangsa, agama dan negara jika Anwar Ibrahim menjadi Pedana Menteri.

Apakah beliau akan dapat mengawal sentimen dan dasar parti-parti yang meletakannya sebagai Ketua Pembangkang atau akan lebih mementingkan untuk membuat penyesuian bagi mengekalkan kuasa.

Tidak ada pejuang bahasa, tidak ada penulis dan sasterawan, tidak ada badan-badan bahasa yang sanggup melihat pencerobohan, penghinaan dan provokasi yang senghaja dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengisi sentimen penyokong-penyokongnya atau untuk kepentingan politik dengan menghina kedudukan Bahasa Kebangsaan.

Anwar Ibrahim seolah-olah langsung tidak merasai perasaan ini yang telah bergegar di seluruh negara termasuk di kalangan ahli-ahli partinnya sendiri..

Terlalu merendahkan taraf pemikirannya jika Anwar Ibrahim dianggap turut percaya dengan strategi DAP meletakkan tulisan jawi untuk menjustifikasikan penggunaan pelbagai bahasa lain di papan tanda di Pulau Pinang. Apakah tulisan rumi yang bersifat tulisan antarabangsa tidak difahami oleh kebanyakan pelawat luar negara yang memahami bahasa Inggeris.

Kenapakah DAP menggunakan tulisan jawi di papan tanda di Pulau Pinang sedangkan seorang anggota Parlimen DAP mahu menghapuskan tuklisan jawi di Bukit Bintang Kuala Lumpuir? Tidakkah ini menghina kemampuan berfikir orang Melayu?

Apakah Anwar Ibrahim membisu kerana beliau percaya kepada matlamat menghalalkan cara?

Semua ini adalah membayangkan kepada orang Melayu tentang dasar dan cara kepimpinan Anwar Ibrahim sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai seorang Melayu dan Islam, melihat kepada tindak tanduknya terutama selepas pilihan raya, saya yakin bahawa Anwar bijak sebagai seorang seniman jalanan untuk mencapai matlamat dengan menghalalkan cara tetapi dalam jangka masa cara dihalalkan, banyak sudah matlamat dan maruah yang berkaitan dengan dasar nasional dan keagamaan dihancurkan..

Saya bersukur Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008.


sumber - Malaysia Aktif

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 07:58 AM | Show all posts


JIL, CIA, Asia Foundation rancak serang Muslim Indonesia

Oleh: Thoriq
Penulis adalah mahasiswa Syari'ah Islamiyah Unive**s Al Azhar Cairo Mesir

Dari segi idea besarnya, JIL (Jaringan Islam Liberal) lebih mirip menyambung lidah imperalisme Barat ke atas dunia Islam. Dari segi politiknya, ada sambungan tali temali benang merah dengan CIA. Benarkah begitu ?

Setelah beberapa tahun JIL mendeklarasikan kewujudannya -didirikan sekitar Mac 2001 (tahun akhir Gus Dur menjadi Presiden Indonesia)梜ini, mulai nampak tanda-tanda keberhasilannya.

Setidak-tidaknya, fenomena baru ini sudah nampak semakin jelas - yang pada mulanya sembunyi-sembunyi
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:01 AM | Show all posts
Warisan Imperialis Barat

Secara jujur, sebenarnya, idea-idea besar JIL dapat dipahami dalam kerangka warisan imperalisme Barat ke atas Dunia Islam. Kalau kita amati tentang agenda-agenda JIL, maka kita akan menemukan perkaitan antara imperialisme barat dan agenda JIL.

Luthfi Asy-Syaukanie, salah satu aktivis JIL pernah menyebut secara jujur, empat agenda utama lahirnya Islam Liberal. Pertama, agenda politik, Kedua, agenda toleransi agama, Ketiga, agenda emansipasi wanita, dan Keempat, agenda kebebasan berekpresi (menyuarakan pendapat).

Dalam agenda politik, kaum muslimin 揹iarahkan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:02 AM | Show all posts
JIL Asia Foundation dan CIA

The Asia Foundation adalah yayasan raksasa yang markas besarnya di San Fransisco. Yayasan ini memiliki 17 cawangan di seluruh Asia, termasuk Washington, D.C. Pada tahun 2003, The Asia Foundation menyumbangkan bantuan sebanyak 44 juta USD dan menderma 750 ribu buku dan risalah pendidikan yang nilainya sekitar 28 juta USD di seluruh wilayah Asia.

Sebagaimana yang dipetik dari website rasmi kerajaan AS, http://usinfo.state.gov, Oktober lalu 朾eberapa hari menjelang pilihanraya di Afghanistan- The Asia Foundation, menjalankan program The Mobile Theater Project, tayangan filem keliling. Dengan alasan pendidikan demokrasi -atau lebih tepat lagi sebagai propanganda demokrasi
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:03 AM | Show all posts
PM bukan Melayu, apa kata Anwar ?

oleh anakmuda_selangor

Rupa-rupanya kemenangan calon Demokrat Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 bukan sahaja mengujakan kaum kulit hitam di Amerika, tetapi turut mengujakan kaum kulit putih di Malaysia.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap kejayaan Obama seorang kulit hitam sebagai Presiden Amerika Syarikat seharusnya dijadikan teladan politik di Malaysia.

Mereka ini berpendapat Amerika Syarikat telah menunjukkan kepada dunia bahawa kaum minoriti mempunyai peluang bersaing dengan kumpulan majoriti malah telah mengatasi halangan besar bagi memenangi jawatan tertinggi negara itu.

Apakah ini bermakna, secara diam-diam selama ini, Lim Kit Siang bercita-cita untuk menjadi PM ? Sebelum ini tidak diluahkan secara terang, tetapi setelah kemenangan Obama, wakil kaum kulit putih di Malaysia pun secara terbuka mengumumkannya.

Sebelum ini yang kencang menawarkan diri bukan Lim Kit Siang tetapi Anwar Ibrahim dengan segala perancangan yang kononnya rapi, target 16 September, tetapi tidak menjadi kenyataan.

Apa pula perasaan Anwar apabila seorang lagi rakan pakatannya menawarkan diri menjadi PM ? Sudah tidak percaya dengan kewibawaan Anwar kah, hingga terpaksa calon alternatif berkulit putih pula menawarkan diri ?

Begitulah resam pakatan rakyat, sentiasa mencari peluang untuk kepentingan diri. Walau nampak manis di depan, tetapi di belakang belum tahu. Walaupun pada permukaan bersetuju melantik Anwar sebagai bakal PM, tetapi di dalam hati, di belakang belum tentu.

Siapa tidak mahu jadi PM, semua orang politik tergila-gila jadi PM, walaupun tidak layak.

Anwar Ibrahim sendiri, sudah menawarkan diri jadi PM sejak tahun 1998. Ketika itu, satu tangga lagi, nak sampai ke takhta PM, tetapi jatuh tergolek terpaksa menjadi 'PM' di Sungai Buloh.

10 tahun berlalu, tetapi cita-cita Anwar mahu jadi PM tidak pernah luput. Beritahu semua penyokong bahawa akan jadi PM pada 16 September. Beritahu seluruh dunia, 16 September yang lepas sepatutnya telah jadi PM, tetapi masih seperti dahulu, cita-cita hanya tinggal cita-cita, masih tidak kesampaian.

Ada orang berkata Anwar tidak boleh jadi PM, kerana terlalu angkuh, kerana mengambil kuasa Tuhan boleh menentukan tarikh bilakah akan jadi PM. Kata orang lagi, jika Anwar tidak angkuh dan mampu bersabar serta berserah kepada Tuhan, mungkin 10 tahun lepas, dia telah menjadi PM.

Ketika Anwar laungkan mahu jadi PM, 16 September, orang yang tidak menyokongnya ialah Ibrahim Ali. Sepatutnya Ibrahim Ali menyokong Anwar jadi PM, 16 September kerana mereka berdua pernah berkawan baik dan sama-sama dipenjarakan di Kemunting.

Sepatutnya orang yang pernah sama-sama berdemonstrasi, sama-sama menginap di Kemunting akan lebih kenal mengenal dan saling bantu membantu kerana dulu perjuangannya sama. Sama berdemo, sama dipenjara, sama masuk UMNO, sama dipecat UMNO, sama pandai berpidato, tetapi tidak sama tentukan siapa bakal PM.

Jadi kalau kawan baik sendiri seperti Ibrahim Ali, tidak sokong Anwar jadi PM, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dalam fikiran kawan baiknya itu, tetapi tidak diluahkan, demi menjaga air muka.

Secara lantang, Ibrahim Ali melaungkan dia akan sokong Haji Hadi jadi PM, walaupun dia tahu, Anwar dan para penyokongnya menobatkan pemimpin defacto PKR itu jadi PM.

Haji Hadi lebih bijak, walaupun disokong Ibrahim Ali jadi PM, tetapi Hadi membalas dengan tersenyum, "Saya tak mahu menjadi PM Mat Jenin".

Obama menawarkan diri jadi Presiden Amerika buat pertama kali dan terus berjaya, tetapi Anwar mengambil masa 10 tahun dengan beberapa kali percubaan tetapi masih gagal. Setelah Anwar masih gagal, muncul pula Obama II berkulit putih, Lim Kit Siang pula menawarkan diri.

Bolehkah Anwar memberi laluan kepada Obama II berkulit putih dari Malaysia itu menjadi PM, sedangkan Anwar siang malam bermimpikan istana Putrajaya ?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2008 08:04 AM | Show all posts
Anwar sudah songsang tidak releven

Beberapa jam sebelum 13 Mei 1969, orang-orang Melayu yang prihatin di Kg. Baru memenuhi rumah Datuk Harun Idris, berkumpul untuk bersatu hati, menghadapi ancaman DAP yang mahu meMalaysiankan Malaysia.

Di Johor Bahru, pasukan Selendang Merah sudah bersedia ke Kuala Lumpur untuk jihad mempertahankan agama Islam dan tanah air daripada kerakusan DAP yang ketika itu didalangi oleh PAP.

Perarakan demi Perarakan yang dibuat oleh DAP di segenap jalan di Kuala Lumpur menidakkan Ketuanan Melayu ketika itu, bandar Kuala Lumpur ketika Perarakan DAP itu sudah umpama bandar Hong Kong dan Singapura.

Penamatnya, dengan berkat perpaduan bangsa Melayu yang kemudiannya menyatukan pula Tun Razak dengan Datuk Asri, maka terselamatlah bangsa Melayu & umat Islam daripada tersingkir, dihina dan diusir daripada tanah airnya sendiri.


Ketika itu di mana Anwar? Anwar sibuk membuat demonstrasi membantah Papan Tanda dan Iklan di Kuala Lumpur yang dipenuhi oleh tulisan Cina & bahasa Inggeris. Hari ini kenapa Anwar tidak membantah isu Tulisan Jawi, Bahasa Melayu yang dipermain-mainkan oleh Teresa Kok dan DAP?


Anwar juga sibuk membuat memorandum bantahan kerana Pencerobohan Russia ke atas Afghanistan. Hari ini Amerika menceroboh Iraq, Israel menceroboh Palestin dan Lubnan, Amerika nak serang Syria dan Iran...mana Memorandum bantahan daripada Anwar Ibrahim? Sanggupkah Anwar membuat Demostrasi menentang Keganasan & Pencerobohan Amerika di Iraq, Israel di Palestin dan Lubnan?

Yang mana pilihan Anwar, menyakiti hati rakan-rakan Amerikanya atau menyakiti hati umat Islam di Iraq,Iran, Syria, Lubnan dan Palestin. Dan...Kenapa Anwar Ibrahim hadir dalam Perjanjian Mienapollis tentang penjajahan di Iraq dan Timur Tengah oleh Amerika? Apakah nak tunjuk sokongannya kepada Yahudi Amerika terhadap dasar-dasar Yahudi Amerika di Timur Tengah? Bacalah buku " Mereka Berani Bersuara" oleh seorang mantan ahli Republikan Amerika tentang peranan Yahudi Amerika (American Jewish) di seantero benua, termasuklah J. Biden yang menyokong Anwar baru-baru ini.


Tatkala Haji Hadi Awang dan Nik Aziz (Kepimpinan Ulama) Menentang Forum Memeluk Islam, kenapa Anwar memilih jalan SongSang menyokong Forum itu? Adakah Irene Fernandez yang pernah menjemput Anwar dalam satu Forum IFC (agama semua sama rata) telah mengikat suara Anwar daripada mempertahankan kesucian agama Islam. Apa perasaan anda jika dalam forum itu ahli forum bertanya kepada ahli panel benda-benda yang sensitif terhadap hukum hakam, halal haram , dosa pahala,dan sebagainya. Siapa lebih berkredibeliti soal agama Islam, kenyataan Anwar atau Kenyataan Hj Hadi/Nik Aziz? Anwar ulamakah?


Anwar tahun 1970 dengan Anwar tahun 1980 amat jauh berbeza, jika Muzakarah UMNOPAS 1986 Allahyarham Hj Fadhil Nor mengatakan Anwar penyebab utama Menggagalkan Muzakarah itu? Muzakarah UMNOPAS 2008 tatakala Hj Hadi sudah bersetuju dan Kepimpinan Ulama PAS dah bersetuju, orang kuat Anwar dalam PAS Kamarudin Jaafar dan Husam menentang keras. Dan amat memalukan Ketua Penerangan PAS memohon ampun dan maaf, tidak pernah dalam sejarah PAS! Betapa cacamerbanya PAS sekarang.


Anwar tahun 1990 dengan Anwar tahun 2008 sangat jauh berbeza, malah Anwar tahun 1970 dengan Anwar tahun 2008 sangat jauh berbeza, sudah tiada Roh Islam (tak kisah menyokong Forum Memeluk Islam ) walaupun Haji Hadi/Nik Aziz dan majoriti orang Islam membantah, sudah tiada Roh Melayu (DEB hapuskan dan tukar kepada AEM). Anwar yang ada hari ini sangat kaya raya, sangat berbeza dengan zaman demonstrasi kemiskinan Baling dahulu. Apakah kita nak gadaikan seluruh kepentingan bangsa dan agama kita untuk menjayakan cita-cita orang yang kaya raya nak jadi PM?


Kesimpulannya, mari kita pandang 20 tahun akan datang. Dengan keadaan dan tekanan dari dalam dan luar, bangsa Melayu dan umat Islam semakin tersepit di tanah air ini. Anwar sudah 60 tahun, Anwar sudah tidak Relevan lagi. Mari kita cari Pemimpin baru yang lebih Relevan untuk memimpin negara ini. Pemimpin yang boleh mengembalikan rasa hormat-menghormati antara kaum (Cina/India/Melayu ) tanpa merampas hak-hak masing-masing.

Suara Politik


sumber - mykmu.net

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:10 AM | Show all posts


Setelah "Reformasi" tumbangkan "diktator" : Berjayakah projek liberalisme di Indonesia ?

*Liberalisasi menjadi jalan bagi penguasaan seluruh kekayaan alam Indonesia sekaligus menghadang politik Islam tampil memimpin negeri ini.*

Ada seorang perempuan muslimah taat beragama di Jakarta. Pakaiannya panjang sampai mata kaki dan longgar (jilbab). Tudungnya pun panjang ke bawah dan lebar. Ibadahnya rajin. Siapa yang bertemu dengannya pada saat itu tentu akan mencitrakan dirinya sebagai seorang muslimah yang taat.

Namun, siapa sangka dalam beberapa waktu kemudian dia berubah 360 darjat. Pada mulanya dia mengubah gaya pemakaian menjadi trend terkini. Memakai jeans dan baju ketat. Tudungnya pun tak lagi panjang dan lebar. Lama-kelamaan ditanggalkan tudungnya. Bajunya pun mulai memperlihatkan bahagian-bahagian tertentu tubuhnya. Siapapun yang melihat, pasti mencitrakannya bukan lagi sebagai muslimah yang taat.

Perubahan itu terjadi secara mendadak setelah dia menyertai NGO Hak Asasi Manusia (HAM) di Jakarta. Perempuan itu didoktrin (dibrainwash) dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia (HAM) ala Barat yang mengagungkan kebebasan serta membebaskan manusia dari aturan Ilahi. Sedikit demi sedikit pemahaman Islamnya luntur diganti dengan pemikiran sekular. Seperti aktivis-aktivis HAM lainnya, kini dia menjadi pejuang HAM yang mendewakan Barat dengan segala kebebasannya.

Kisah perempuan itu hanya satu contoh kecil dari proses serangan pemikiran kepada kaum Muslim. Liberalisasi dalam segala bidang berlangsung secara meluas pelbagai bidang; melalui pendidikan di sekolah formal, media massa, dan ceramah-ceramah oleh kalangan aktivis sekular-liberal di pelbagai tempat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2008 08:10 AM | Show all posts
Liberalisasi Politik

Liberalisasi politik berlaku secara besar-besaran sejak reformasi pada tahun 1998. Pilihanraya umum yang biasanya hanya disertai oleh tiga parti sejak tahun 1971 telah berubah. Sekarang individu mudah menubuh parti politik. Parti politik yang dulu wujud pada era Orde Baru telah berpecah-belah. Parti-parti politik baru pun tumbuh bak cendawan di musim hujan. Mereka menikmati keseronokan reformasi. Pilihanraya pertama di era reformasi pada tahun 1999 disertai 48 parti politik. Pujian demi pujian pun datang dari Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.


Selepas zaman reformasi, Gus Dur dinaikkan oleh Amerika melalui proksinya Amin Rais menjadi Presiden Indonesia dari tahun 1999-2001. Foto di atas Gus Dur menghadiri World Economic Forum Annual Meeting Davos 2000.


Proses pilihanraya tersebut didahului dengan proses perubahan undang-undang politik. Di sinilah proses liberalisasi politik bermula. Barat mengawal proses ini dengan serius.

Menteri Luar Negara Australia, Alexander Downer, mengutarakan agenda tersebut dalam pernyataannya di depan World Economic Forum, di Davos, Swiss tahun 1999, 揫i]Hal ini (Pilihanraya akan datang), secara fundamental, merupakan suatu jangka waktu yang sangat penting untuk Indonesia. Pilihanraya mendatang di Indonesia harus berjaya. Pilihanraya itu selayaknya menjadi 慳lat keselamatan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:11 AM | Show all posts
Liberalisasi Ekonomi


Yang paling menonjol dari perubahan tersebut adalah liberalisasi ekonomi. Undang-undang Dasar Indonesia 1945 yang baru membuka peluang seluas-luasnya kepada masuknya pelabur asing. Tak menghairankan jika kemudian lahir Undang-Undang Migas(minyak dan gas), Undang-undang Kelistrikan (eletrik), Undang-undang Sumber Daya Air, dan undang-undang Penanaman Modal sebagai kesan langsung daripada pindaan Undang-undang Dasar 1945. Pihak asing boleh menguasai sektor-sektor yang sebelum ini milik rakyat (bumiputera).

Liberalisasi ekonomi ini wujud atas kesepakatan kerajaan Soeharto  dengan IMF (International Monetary Fund) sebagai jalan penyelesaian menangani krisis ekonomi Indonesia sejak 1997. Resepi IMF itu adalah: Menghentikan subsidi harga, subsidi kerajaan, dan dilucutnya segala halangan yang sebelum ini menyukarkan pelabur asing.

Jelas liberalisasi ekonomi yang paling ketara kepada rakyat adalah kenaikan harga bahan bakar minyak (BBM). Berdasarkan Undang-undang Migas No 22 Tahun 2001, harga BBM disesuaikan dengan harga pasar BBM dunia. Pertamina (Perusahaan Tambang Minyak Negara) tidak boleh lagi menjadi penentu tunggal di sektor hilir. Kesannya, perlahan-lahan kerajaan mencabut subsidi BBM.

Tahun 2005, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menaikkan harga BBM hingga 125 persen. Tahun ini kerajaan menaikkan lagi sekitar 30 persen. Rancangan kenaikan itu akan terus dilakukan hingga harga BBM dalam negera sama dengan harga BBM internasional.

Bahkan Bappenas (Badan Perencanaan dan Pembangunan Nasional) telah menyusun jadual untuk menaikkan harga BBM ini setiap bulan. Jika harga BBM sudah sesuai dengan harga pasaran internasional, pihak asing akan turut serta dalam perniagaan BBM.

Ini sesuai dengan kenyataan Menteri Energi Sumber Daya Mineral, Purnomo Yusgiantoro, 揕iberalisasi sektor hilir migas membuka kesempatan kepada pelabur asing untuk terlibat dalam perniagaan migas匩amun, liberalisasi ini menaikkan harga BBM yang disubsidi kerajaan. Sebab, kalau harga BBM masih rendah kerana disubsidi, pelabur asing enggan terlibat"(Kompas, 14 Mei 2003).

Walaupun harga BBM masih belum selaras dengan pasaran antrabangsa, namun para pelabur asing telah meminta izin untuk membuka stesen pengisian bahan bakar untuk umum (SPBU).

Menurut Dirjen Migas Dept. ESDM, Iin Arifin Takhyan, terdapat 105 syarikat yang sudah mendapat keizinan untuk menjalankan perniagaan di sektor hilir migas, termasuk membuka stesen pengisian BBM untuk umum (SPBU) (Trust, edisi 11/2004). Di antaranya adalah perusahaan migas raksasa seperti British Petroleum (Amerika-Inggris), Shell (Belanda), Petro China (RRC), Petronas (Malaysia), dan Chevron-Texaco (Amerika).

Masuknya syarikat multinasional ke sektor hilir migas kian menambah cengkaman asing di sektor itu. Sebelum ini mereka hanya menguasai sektor hilir (eksplorasi dan penambangan). Hingga tahun 2008, berdasarkan data dari Syarikat Pekerja Pertamina, syarikat asing menguasai sekitar 90 persen migas Indonesia. Bahkan penguasa tambang emas terbesar di dunia di Timika, Papua, adalah Freeport Mcmoran (AS).

Di sektor lain, kerajaan melalui Undang-undang Sumber Daya Air memberikan kesempatan kepada pelabur asing masuk ke dalam penguasaan air di Indonesia. Privatisasi air ini dimulakan dengan wujudnya dua syarikat asing di Ibu kota negara, iaitu Thames (Inggeris) dan Lyonase (Prancis).

Beberapa syarikat asing lain telah menjalin kerjasama dengan PDAM (Perusahaan Daerah Air Minum) di daerah. Bahkan Perusahaan Air Kemasan terbesar di Indonesia kini telah jatuh ke tangan Danone dari Prancis.

Syarikat-syarikat asing telah berjaya menguasai Indosat iaitu perusahaan yang mengendalikan satelit dan seluruh bidang komunikasinya. Hutan-hutan Indonesia pun menjadi milik mereka, termasuk perkebunan kelapa sawit. Beberapa perusahaan simen milik kerajaan juga telah berpindah kepada asing.

Terakhir, syarikat asing mahu memiliki Krakatau Steel, salah satu perusahaan strategik dan syarikat baja terbesar di Indonesia.

Proses liberalisasi ekonomi ini menjadi semakin ketara dengan pindaan Undang-undang Penanaman Modal. Undang-undang itu tidak lagi menghalang siapa pun yang mahu menjalankan perniagaan di Indonesia, lokal mahupun antarabangsa. Malah, dengan Undang-undang itu, pihak asing boleh mendapatkan hak guna usaha (HGU) selama 95 tahun! Padahal pada zaman VOC (Vereenigde Oostindische Company)- zaman pemerintahan Belanda lagi hak guna usaha ini semaksima 75 tahun sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:12 AM | Show all posts
Liberalisasi Sosiol


Tidak cukup hanya bidang politik dan ekonomi, liberalisasi pun menjalar di bidang sosiol. Ini nampak jelas daripada penentangan terhadap Rancangan Undang-Undang Antipornografi dan Pornoaksi (RUUAPP). Lebih dari 7 tahun RUUAPP itu tidak berjaya disahkan menjadi undang-undang. Di kalangan liberal tidak mahu Indonesia menjadi lebih baik. Mereka berharap Indonesia bebas sehingga semua produk pornografi dan pornoaksi boleh masuk ke Indonesia dengan berleluasa.


Majalah Playboy Indonesia pernah ditentang hebat oleh Muslim Indonesia

Perlu diingat, produk ini merupakan salah satu barang yang paling besar keuntungannya di dunia. Bahkan survey yang dilakukan oleh pejabat berita Associate Press (AP) menunjukkan, Indonesia berada diurutan kedua setelah Rusia yang menjadi syurga untuk pornografi. (Republika, 17/7/03).

Beberapa waktu lalu, kalangan sekular telah menggugat undang-undang Perfileman. Mereka mahu lembaga penapisan filem dihapuskan kerana dianggap menghina kreativiti insan perfileman. Para pendokong kebebasan itu menginginkan filem Indonesia seperti filem di Amerika, tidak ada tapisan. Selama ini mereka kesal kerana adegan-adegan lucah dipotong oleh lembaga penapis filem.

kebelakangan ini muncul pula kempen penggunaan kondom. Bahkan beberapa mesin ATM kondom didirikan di pusat membeli belah di kota-kota besar. Sesetengah pihak berpendapat ini bukan sekadar kempen penggunaan kondom semata-mata, tetapi lebih dari itu, merupakan kempen seks bebas di kalangan remaja.

Menurut budayawan Taufik Ismail, semua itu terjadi kerana Indonesia sedang dikepung apa yang disebutnya sebagai Gerakan Syahwat Merdeka (GSM). Gerakan ini menyebabkan hilangnya rasa malu rakyat Indonesia. Dia khuatir hilangnya rasa malu ini lambat laun meruntuhkan bangunan bangsa.

揫i]Gerakan Syahwat Merdeka ini tak berupa organisasi rasmi dan jelas tidak berdiri sendiri, tetapi bekerjasama, bahu-membahu melalui jaringan dunia, dengan kapital raksasa yang menajanya. Ideologi gabungan yang menyokongnya, dan banyak media massa sama ada cetak dan eletronik menjadi lidah suaranya,
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:12 AM | Show all posts
Liberalisasi Agama


Satu perkara lagi yang menjadi serangan kaum liberal, adalah liberalisasi agama, khususnya Islam. Pelbagai usaha dilakukan agar Islam boleh menerima penafsiran baru yang datang dari luar Islam. Mereka membawa Islam ke arah 慖slam moderat抂/b], yakni Islam yang lebih pro-Barat dan tercabut dari akar pemahaman Islam yang sebenarnya.


Buku perancangan membina rangkaian Muslim Moderat yang diterbitkan Rand Corporation. Menurut strategi Rand Corporation sekiranya lebih ramai rangkaian Muslim Moderat berjaya dibina, dengan sendirinya Muslim Fundamentalis yang dilabel Muslim Radikal berjaya ditumpaskan. Di dalam kata pengantar, Rand Corporation mengucapkan terima kasih kerana semua pendokong Islam Liberal Indonesia dan Malaysia yang telah menyumbangkan pemikiran untuk menjayakan penerbitan buku itu.. Nama wakil Malaysia yang disebut dalam buku itu ialah Anwar Ibrahim. klik di sini

Munculnya Ahmadiyah merupakan salah satu jalan untuk menggugat pemahaman Islam. Dengan pelbagai cara, kaum liberal mendukung kewujudan aliran sesat ini, termasuk aliran sesat lainnya seperti Salamullah (Lia Eden), Bahai, dan Al-Qiyadah (Mosadeq). Ini adalah projek besar. Jika Ahmadiyah diakui sebagai sebahagian dari Islam, maka ini menjadi pintu masuk untuk merosak bahagian-bahagian Islam lainnya.

Projek liberalisasi agama ini muncul dari cendekiawan yang telah dididik di Amerika dan Barat. Pemahaman menyimpang itu masuk melalui beberapa perguruan tinggi Islam dan program biasiswa kepada anak bangsa yang belajar ke Amerika dan Barat. Aktiviti mereka didukung sepenuhnya oleh media massa.

Akhirnya, kesan dari projek liberalisasi di segala bidang itu, maka berjayalah penjajahan Barat di negeri-negeri Muslim. Mereka menciptakan situasi yang kondusif agar mereka boleh berleluasa mengaut sumberdaya alam Indonesia tanpa dihalang.

Selain itu, Amerika dan Barat berusaha mencegah Islam politik tampil ke permukaan sebagaimana jatidiri Islam yang sebenarnya. Dokumen Rand Corporation makin memperjelaskan tujuan itu.

Pemerhati intelijen Wawan Purwanto, menegaskan, Barat tak ingin Islam wujud di Indonesia secara kaffah, kerana kalau itu terjadi, kekuatannya tidak dapat dihalang. Inilah yang sangat ditakuti oleh Barat. [Mujiyanto]

Diterjemah artikel dari website musliminsuffer.wordpress.com. Artikel asal klik di sini

[ Last edited by  shamsadis at 13-11-2008 08:16 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:18 AM | Show all posts
FATWA ISLAM DIPERMAINKAN....




....Perlu diingatkan bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dibuat setelah diadakan muzakarah dan perbincangan mendalam di kalangan mereka yang ahli dalam permasalahan sosiol pengkid ini dan para 'ulama-'ulama.
Apa jua keadaan pun, golongan bukan Islam tidak ada hak sama sekali untuk turut mencampuri urusan hukum-hakam umat Islam. Andaikata ada kesilapan atau kelemahan dalam fatwa tersebut, ianya adalah untuk mereka yang berkenaan menyelesaikannya.


Apabila segelintir golongan bukan Islam mula mempertikaikan
secara terbuka institusi Islam saperti Mahkamah Syariah, Majlis Fatwa dan lain-lain, ianya secara langsung akan membangkitkan rasa tidak puas hati dikalangan umat Islam yang lain. Saya cukup yakin penganut agama lain juga akan tidak puas hati jika perihal agama atau institusi keagamaan mereka dipertikaikan secara terbuka.


Kepada segelintir golongan ini, saya ingin tegaskan bahawa kalau kamu dan rela anak perempuan kamu menjadi pengkid atau terlibat dalam kegiatan lesbianisma..persilakan. Tetapi jangan sekali-kali kamu heret umat Islam ke kancah kehancuran peradaban dan akhlak kamu.

Kami yakin dengan agama kami, dan kami yakin dengan cara hidup kami. Kami yakin Allah itu Tuhan Yang satu, dan kami yakin kebenaran risalah Islam. Please don't meddle in our life..



Kalau kamu memilih untuk terus menerus menghina kami dan memperlekehkan agama kami, saya berikan amaran kepada kamu akan ada dikalangan umat islam yang akan bangkit mempertahankan kesucian dan kemurniaan agama kami.


Lakum diinukum waliyadiin.. for you your way of life..for us our way of life..

http://zul4kulim.blogspot.com/

agak2 PAS mesti cakap...'ko cakap mcm UMNO'...UMNO sajer ker yang mempertahankan ISLAM....?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:52 AM | Show all posts
Nizar & Kebebasan Akhbar



Nizar Jamaluddin dikatakan oleh ahli PAS Perak sebagai seorang yang mempunyai budi pekerti yang tinggi dan sanggup bersusah-payah membantu rakan separti yang dalam kesusahan. Contohnya menukar tayar kereta sahabatnya yang tayar keretanya pancit ketika melintasi negeri ini.

Oh! Itu dulu. Sekarang, hidungnya lebih tinggi dari Piramid Giza. Pemikirannya lebih senget dari Menara Pisa. Emosinya lebih tak stabil dari plat tektonik di Parit Sunda.

Begitulah sifat seorang Menteri Besar yang mana akhlaknya dibunuh oleh golongan yang merayakan sesuatu dengan 'beer-tossing'. Berdiam pada isu yang mungkar, dan mempertikaikan isu rakyat yang lebih makruf. Berskandal dengan isu dan polemik yang memalukan diri. Juga berisi dendam kesumat yang membarah serta cuba mencedok fahaman Barat mengenai demokrasi sementara isi hati bercampur baur dalam memberi erti sebuah percaturan politik yang beliau sendiri bingung menangani.

Tindakan meminta memory card dari jurugambar Utusan Malaysia kelmarin merupakan satu lagi pertunjukkan emosi beliau.

Mengapa Pakatan Rakyat takutkan Utusan Malaysia sehingga terpaksa menyalahkan Utusan Malaysia dalam banyak perkara? Kerana seruan DAP? Kerana seruan Anwar Ibrahim? TIDAK! Ini kerana mereka sedar, hanya pengikut totok mereka yang menyahut seruan mereka memboikot akhbar Utusan Malaysia!

Utusan Malaysia kekal menjadi bahan bacaan sebahagian besar rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang mahukan kupasan dari pemerintahan Pakatan Rakyat di satu sudut yang tidak terlihat. Memboikot Utusan Malaysia bererti menutup mata rakyat pada buruk laku mereka. Sedangkan akhbar mereka seperti Suara Keadilan dan Harakah tidak pernah diboikot walaupun bersikap bias, penuh tohmahan keji dan langsung tiada berita masyarakat melainkan politik semata-mata.

Sebenarnya, akhbar mana yang bertaraf sampah sarap? Dan pada sudut lain, mengapa paranoid sangat?

[ Last edited by  shamsadis at 13-11-2008 08:55 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:58 AM | Show all posts
PERAK BUMI MAKSIAT DI BAWAH PAS


PENJUAL MARUAH ISLAM DI PERAK.AS SHEIKH MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN.ISLAM DIPERKAKASKAN OLEH DAP KERANA PAS SENDIRI MENGHINA ISLAM.


Perak digesa batalkan lesen GRO asing

Nov 11, 08 1:44pm


Polis menggesa kerajaan Perak dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membatal lesen pengusaha pusat hiburan yang menggunakan wanita-wanita asing sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO). Ketua polis negeri Datuk Zulkefli Abdullah berkata, cadangan itu berikutan pihaknya banyak menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada suri rumah yang mengadu suami mereka sering menghabiskan wang dan masa di luar dengan mengunjungi premis-premis hiburan. "Kita tidak boleh mengabaikan aduan yang dibuat oleh suri-suri rumah berkenaan kerana nanti dikatakan pihak polis tidak berbuat sesuatu tetapi saya berharap pihak PBT juga turut membantu menangani masalah ini," katanya selepas majlis perhimpunan bulanan ketua polis Perak hari ini. Beliau berkata sepanjang tempoh Januari hingga September 2008 seramai 983 wanita warganegara asing telah ditahan dalam 305 serbuan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri ketika bekerja di premis berkenaan.

"Kebanyakan wanita pekerja asing itu, berasal dari China, Indonesia dan Vietnam, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau menggunakan visa melancong untuk bekerja di premis berkenaan yang merupakan satu kesalahan. "Saya berharap kerajaan negeri atau PBT dapat membatalkan premis-premis terbabit yang dikesan sering mengambil pekerja asing tanpa sebarang dokumen bekerja di premis mereka kerana ia turut menggalakkan perbuatan maksiat," katanya. Zulkefli juga meminta syarat lebih ketat diletakkan bagi permohonan lesen itu memandangkan ada bilik-bilik khas atau tempat persembunyian GRO terbabit ketika pihak polis menjalankan operasi di pusat-pusat hiburan berkenaan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:59 AM | Show all posts
YB PARLIMEN BALIK PULAU PEMALAS DAN TIDAK BERJIWA RAKYAT

YB YUSMADI (KIRI SEKALI) DI BELAKANGNYA ADALAH DAP YANG MENYUSUN PERGERAKAN DI BALIK PULAU.YUSMADI MENANG KERANA MENDAPAT UNDI CINA SECARA TOTAL.JADI, YUSMADI MEMBAWA MESEJ PERJUANGAN BANGSA CINA DI BALIK PULAU.BANGSA MELAYU DIKESAMPINGKAN.

SUMBER :BLOGGER IBNU HASYIM

KENYATAAN RAKYAT BALIK PULAU.

揘i.. satu lagi masalah. Wakil parlimen kita la ni tak pernah nampak muka pun, bersama-sama dalam majlis rakyat. Dah 7 bulan lebih jadi wakil rakyat, Masjid Kampung Perlis pun tak pernah pijak lagi.. Dia nampaknya, tak minat nak berkawan dengan orang-orang masjid.. seronok berkawan dengan mat-mat rempit.. keanak-anakan sikit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2008 07:57 AM | Show all posts
Projek 16 Sept: Perwakilan PKR akan tuntut penjelasan

Projek 16 Sept: Perwakilan PKR akan tuntut penjelasan
Jimadie Shah Othman | Nov 13, 08 10:54am

Kongres Nasional Tahunan PKR yang akan berlangsung hujung bulan ini dijangka menjadi medan bagi para perwakilan untuk mendapatkan penjelasan mengenai projek peralihan kuasa 16 September yang diusahakan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia akan menjadi landasan bagi memulihkan keyakinan rakyat yang agak kecewa dengan projek 16 September," kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu Khalid Jaafar.

Menurutnya, penjelasan tersebut penting bagi menangani persepsi rakyat apabila rancangan untuk mengambil alih kuasa pada tarikh tersebut, tidak menjadi kenyataan.

Projek mengambil alih kuasa itu, menurut Khalid, telah menjadi wacana dalam masyarakat dan terdapat tuntutan supaya perkara itu disegerakan.

"Selama ini mereka prnah bincang tentang proses (peralihan kuasa). Sekarang ini, bukan saja berbincang tentang proses (mengambil alih kuasa), tetapi kalau boleh hendak cepat," kata Khalid yang juga bekas setiausaha akhbar Anwar.

Kira-kira 2000 perwakilan PKR daripada lebih 160 bahagian akan bersidang pada 29 dan 30 November ini di Stadium Melawati Shah Alam.

Kongres kali ini menjadi tumpuan kerana ia adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum Mac lalu.

Gerak tenaga parti

PKR adalah parti dominan dalam gabungan Pakatan Rakyat yang memerintah di lima negeri yang dimenanginya dalam pilihanraya umum lalu.

Dihubungi Malaysiakini semalam, Khalid berkata, peralihan kuasa dalam Umno juga dijangka turut disentuh dalam ucapan Anwar.

"Saya difahamkan Anwar akan buat beberapa pembaharuan dalam aspek tema dan cara organisasi parti.

"Kongres ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi mesti menggerakkan tenaga parti kerana kita akan menghadapi suasana getir Mac 2009 di mana berlaku peralihan kuasa dalam Umno.

"Saya percaya, bukan sahaja PKR, ia turut memberi kesan terhadap parti-parti lain dalam Pakatan," katanya yang juga ketua bahagian Bukit Katil, Melaka.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung PKR, Abdul Halim Mohamed Yusof berkata kongres bertemakan "Harapan Baru" itu akan memfokuskan isu pemantapan parti dari aspek keahlian.

Katanya, perkara itu menjadi keperluan bagi menghadapai kemungkinan pembubaran Parlimen apabila peralihan kuasa kelak.

Beberapa pindaaan teknikal terhadap cawangan juga akan dibuat, tambahn Abdul Halim.

sumber-Malaysiakini
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 08:01 AM | Show all posts
Elizebeth Berpacaran Dengan Tian Chua di Taiwan

[size=130%]

[size=130%]Master baru pulang dari Taiwan. Menginap seminggu di hotel tempat di mana ahli-ahil PKR menginap. Syhhh..ada berita panas di Taiwan. Master dapat cerita dari pelayan hotel di sana, Tian Chua dan Elizebeth Wong amat intim di Taiwan. Patutlah acara lompat melompat ahli parlimen BN tidak jadi. Rupa-rupanya dalam diam diam Tian Chua pergi berbulan madu di Taiwan dengan Elizebeth Wong. Jadi andartu lah Elizebeth sampai ke tua, macam Teresa Kok juga.
[size=130%]


[size=130%]
[size=130%]sumber : .masterdedah.



[ Last edited by  shamsadis at 14-11-2008 08:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 08:05 AM | Show all posts
DAP Pula Baca Ayat Al-Quran


(Baca kenyatan Harakahdaily ini). Sebelum kita pernah mendengar Gobalakrisnan (Ahli Parlimen PKR Padang Serai, Ketua Kelab Penyokong PAS Kaum India) membaca ayat Al-Quran dalam majlis PAS. Pada 13 November, Wong Kar Woh (ADUN Canning, Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Perak) membacakan dua ayat dari Surah Al-Hujurat (ayat ke-12) dan Surah Ali-Imran (ayat ke-10). Inilah padahnya bila Nizar melantik Speaker bukan Islam dalam Dewan Undangan Negeri. Dewan sudah tidak boleh dikawal lagi.


(Gambar: Wong Kah Woh ketika Majlis Berbuka Puasa di Taman Cempaka Surau At Tabiyyah. DAP sudah jadi adik beradik PAS? Hinggakan ke kawasan surau dan masjid mereka datang untuk meraih undi dari orang Islam. Namun bila berkuasa mereka tidak hirau sensitiviti umat Islam)

Wong Kar Woh menyatakan bahawa berdasarkan tafsiran ayat 12, Surah Al-Hujurat, "kita semua adalah adik beradik". DAP sudah jadi adik beradik PAS? Kalau sudah jadi adik-beradik, tak perlu lah PAS langkah mayat DAP dulu untuk buat Negara Islam. "Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar". Bagaimana pula dengan gesaan agar negeri Perak membatalkan
lesen GRO luar negara dan ungkapan seks sebagai satu sedekah?


Sebagai seorang lulusan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Wong Kar Woh seharusnya lebih faham dan sensitif dengan umat Islam. Apakah kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro M) di UIA yang dimonopoli oleh We Unite for Islam (WUFI) tidak mengajarkan perkara ini kepada Wong?. Tindakan Wong ini telah mempermainkan agama Islam. Sila minta maaf segera. Apakah Nizar tidak kisah ayat suci Al-Quran dipermainkan oleh kafir harbi ini? Orang PAS bangga? Hinggakan menyiarkan berita ini dalam Harakahdaily. Mufti Perak perlu membendung tindakan biadap DAP ini. Ternyata saranan Sultan Perak pada 5 November agar jangan lagi mengguris hati orang Melayu tidak diambil perhatian pun oleh DAP.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 12:46 PM | Show all posts
Sikap kasar MB Perak dibidas

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Beberapa persatuan wartawan hari ini membidas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang bersikap kasar terhadap seorang jurugambar Utusan Malaysia di Ipoh semalam.
Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Datuk Azman Ujang berkata, ini adalah pertama kali seorang menteri besar di negara ini bertindak sedemikian dan ia tidak menggambarkan kebebasan media.
"Seorang menteri besar tidak harus berbuat demikian kerana sebagai pemimpin, beliau harus bersikap terbuka dalam cara beliau berurusan dengan media," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mohammad Nizar dilaporkan memaksa jurugambar Mohd. Najib Mohd. Nor, 28, menyerahkan kamera dan memadamkan gambar menteri besar itu diberi surat tuntutan maaf daripada seorang peguam.
Menteri Besar itu juga dilaporkan telah mengherdik Mohd. Najib dan memanggil jurugambar itu dengan panggilan "woi" bagi meminta diserahkan kad memori kameranya.
Azman berkata, sebagai seorang menteri besar, Mohammad Nizar sepatutnya memahami bahawa tugas dan peranan pihak media ialah membuat liputan tugasan rasminya bukan soal peribadinya.
Beliau berkata, sebagai seorang wakil rakyat dari Pas yang memegang jawatan di negeri di bawah Pakatan Rakyat, Mohammad Nizar harus belajar daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sentiasa berhemah dalam menjalinkan hubungan dengan media.
Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ), Norila Md. Daud turut melahirkan rasa terkejut bahawa seorang pemimpin besar boleh bertindak keterlaluan.
Katanya, beliau telah menasihatkan jurugambar berkenaan membuat laporan polis kerana Mohammad Nizar telah menghalang tugasnya.
"Tugas seorang jurugambar sama seperti tugas penjawat awam atau polis yang tidak patut ada sesiapa yang melarang menjalankan tugas mereka, kecuali di negara yang bukan demokrasi," katanya.
Presiden Kelab Wartawan Kebangsaan, Mokhtar Hussain berkata, sebagai seorang ketua bagi sebuah kerajaan negeri, Mohammad Nizar sepatutnya menjalin hubungan baik dengan media kerana kedua-dua pihak mempunyai peranan masing-masing terhadap rakyat.
Di Ipoh, Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak, Samad Majid berkata, sikap yang ditunjukkan Mohammad Nizar itu tidak mencerminkan budaya yang baik bagi seorang pemimpin dan ia sangat memalukan.
"Jurufoto berkenaan mempunyai pas yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Perak bagi membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri dan sekadar menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau," katanya.
Samad berharap Mohammad Nizar akan memohon maaf secara terbuka berhubung tindakannya itu.
Mohd. Najib pula berkata, beliau berasa amat terhina dengan kejadian yang berlaku itu.
"Apa yang berlaku terhadap saya benar-benar memperlekehkan media. Saya berasa terhina kerana seolah-olah telah melakukan satu kesalahan," katanya.

[ Last edited by  shamsadis at 14-11-2008 12:47 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.256025 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list