CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: puteri-jelmaan

ACHIK SPIN MENINGGAL AKIBAT KEMALANGAN JLN RAYA-AL FATIHAH

  [Copy link]
Post time 20-4-2010 05:56 AM | Show all posts
wifee acik ni kerabat ke.. sbb name wifee start wit HM (H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof)..ade sesape yg tauu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2010 07:46 AM | Show all posts
ya allah, kenapa aku asyik teringatkan arwah.....
shahza Post at 19-4-2010 19:41



motif?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 07:50 AM | Show all posts
alfatihah bt family arwah
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 07:50 AM | Show all posts
rata orr malaysia neh boodh noks especially org melayu  islam...
bila ada kes2 cam gini depa le ...
Selma_Jeskova Post at 19-4-2010 15:52



khennn iols pelik noks..setiap kali ada org menghadap ilahi mentaliti macam sorat khabar metro neh pon mula la keluar..sibuk nak cari petanda bagai, kempunan nak makan pape x, perubahan sikap segala..dr menggelupur cari petanda baiklah sedekahkan fatihah dan baca yassin jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 08:13 AM | Show all posts
Dia tak pakai belt agaknya sampai terhumban jauh
cmf_blingblings Post at 18-4-2010 15:59


tapi klu dia pakai seatbelt, ade kemungkinan dia rentung..kesian jugak kan..al fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 08:17 AM | Show all posts
al-fatihah kt arwah.....................br nk up blk ngan nanakan?redha jelah:cry:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2010 08:32 AM | Show all posts
al fatihah...takziah utk family arwah....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 08:34 AM | Show all posts
motif?
zaarania Post at 20-4-2010 07:46


tiada motif apa2, cuma entahlah mungkin kerana memikirkan usianya yang muda dan meninggalkan anak2 yang masih kecil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2010 08:44 AM | Show all posts
takziah utk family arwah..
semoga tabah n dikuatkan semangat...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 08:45 AM | Show all posts
wifee acik ni kerabat ke.. sbb name wifee start wit HM (H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof)..ade s ...
jessiffa Post at 20-4-2010 05:56



    a'ah, kawe pun nak tahu apa makna HM tu yer...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 08:47 AM | Show all posts
sblm ni aku tak pernah tgok Hizt 1, menatang apa citer pun aku tak tau
tgh dok tukar2 cenel, bila t ...
cik_puan Post at 19-4-2010 16:49


mesti nana sedih kan lepas dia ingat balik ape yg dia ckp..tp sume tu kebetulan je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 08:48 AM | Show all posts
tp kalau pakai seatbelt,tp kete terbakar,x selamat jgk kn..yg peliknye mmg byk kes accident lately kete terbakar..tu kene siasat jgk tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 09:36 AM | Show all posts
aku tgk berita smlm tak de pun
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 09:42 AM | Show all posts
Reply  mamaSarah

mamaSarah..birthday awak lewat sehari jerk...dzara on 16/4..Anyway..takziah bua ...
dzaraa Post at 19-4-2010 12:53 PM


my wife 15/4 .... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 09:44 AM | Show all posts
Arwah accident disebabkan angin rintang kat highway tersebut kan? Nak tahu jg brapa kuat angin tu smpi bleh wat keta terbabas. Aku ingt highway ke Melaka je ada angin rintang, kat nilai pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 09:58 AM | Show all posts
Hilang teman duet

Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my

PERTEMUAN menjadi penghujung pertemuan. Siapa sangka, pertemuan penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau Nana, 26, dengan rakan duetnya, Achik, 27, berlokasikan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Angkasapuri, Kuala Lumpur 17 April lalu, menjadi momen penghujung mereka bersua mata.

Selang beberapa jam, Nana menerima perkhabaran buruk merentap jiwanya. Tidak pernah terduga, wajah Achik atau nama sebenarnya Adillah Murad Md. Shari yang baru ditatap, pergi buat selamanya menhgadap Tuhan.

Achik sebenarnya baru pulang menjayakan program Gah 1 di TV2 terbitan RTM sebagai tetamu jemputan bersama Nana. Mereka sempat melagukan single terbaru, Mencari Ketenangan kemudian Achik pula muncul solo dengan Engkau Yang Ku Cinta.

Tidak lama kemudian, berita pemergian Achik mula bertebaran lantas diketahui umum. Perginya anak kelahiran Felda Sendayan, Negeri Sembilan itu tanpa pesan. Tidak sempat mengucap salam perpisahan buat semua, kepada peminat, sahabat seperjuangan mahupun keluarga tercinta.

Tidak dinafikan, Nana menjadi antara insan paling terkesan dengan pemergian Achik yang sebelum ini memenangi gelaran Bintang Harapan Lelaki pada Festival Filem Malaysia ke-17 pada tahun 2004.

"Tidak sangka lawak saya dalam rakaman sebuah program baru-baru ini kononnya menyampah berduet dengan Achik menjadi petanda awal kami benar-benar berpisah setelah 14 tahun mengenali antara satu sama lain.

"Pemergian Achik cukup menyedihkan saya. Sekarang Achik betul-betul tiada lagi depan mata. Biarpun hadir beri penghormatan kepada Allahyarham di rumah dan tanah perkuburan, saya tetap tidak ada kekuatan menatap wajahnya untuk terakhir kali.

"Malah, sampai sekarang saya masih tidak percaya dia sudah meninggalkan kita buat selama-lamanya," jawab Nana dalam lontaran suara sarat hiba dan tersekat-sekat mengenang kembali kenangan bersahabat dengan Achik sejak berada di bangku sekolah menengah lagi.

Sambung Nana, Allahyarham merupakan seorang lelaki yang baik hati dan gemar bercanda. Kalau diikutkan jelas Nana, dia dan Achik cukup akrab sekali gus memahami kerenah dan perangai masing-masing.

"Sepanjang hidup ini, memang Achik sentiasa bersama saya kerana kami selalu berduet menjayakan pertunjukan pentas bersama. Malah, syarikat rakaman kami, FMC sering mengadakan pelbagai perancangan untuk kerjaya seni saya dan Achik.

"Ada waktu kami lama tidak berjumpa disebabkan kurangnya menyanyi bersama di atas satu pentas. Tetapi saya tidak pernah merungut kerana dalam apa-apa hal, suka mahupun tidak, saya dan Achik pasti akan bertemu semula.

"Kini bila Allahyarham sudah hilang di depan mata, barulah saya tahu bagaimana besar rasanya kehilangan dia," jelasnya yang tetap berhubung dengan Achik menerusi talian telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) jika terlalu lama tidak berjumpa.

Sementara itu, penyanyi Erneelya Elyana Emrizal atau Elyana yang menggelarkan Allahyarham sebagai Abang Achik sejak lapan tahun lalu cukup terkejut apabila disahkan pihak FMC tentang kemalangan yang merenggut nyawa vokalis kumpulan Spin itu.

"Kali terakhir saya jumpa Allahyarham sewaktu menghadiri majlis buka puasa tahun lalu di Ampang. Kami bagaimanapun tidak sempat berborak walaupun duduk di meja sama. Saya sekadar berbicara dengan isteri Achik pada waktu itu.

"Berada di bawah label rekod sama, saya, Allahyarham, Siti Nordiana dan ramai lagi artis ada banyak kenangan manis bersama. Paling diingati apabila kami menaiki van sama ke luar daerah menjayakan persembahan.

"Achik merupakan insan paling banyak bercakap sepanjang perjalanan kami. Bahkan, dia tidak henti-henti buat lawak dan menghiburkan hati kami," ungkap Elyana yang memuji sikap merendah diri menebal dalam diri Achik biarpun dikurniakan populariti besar dan ramai peminat termasuk dari Singapura.

Pada waktu sama, gadis berusia 23 tahun itu sempat memberi kata perangsang kepada isteri Allahyarham: "Saya harap kakak terus kuat dan cekal menempuh dugaan berat ini. Yang pergi, tetap pergi. Kita harus optimis meneruskan hidup ini."

Komposer, Aidit Alfian yang pernah menciptakan lagu Paling Comel dan Tatasuria untuk Achik dan Nana berpendapat tidak sukar bekerjasama dengan Allahyarham semasa hayatnya masih dikandung badan.

"Achik cukup bersungguh-sungguh dan tidak malas sewaktu bekerja. Senang cakap, dia komited dengan apa yang dilakukan. Walaupun tidak rapat dengan Allahyarham, saya tahu dia ada karakter sangat disenangi oleh orang lain," terangnya yang tidak dapat menghadiri pengebumian Achik disebabkan seorang temannya juga meninggal dunia.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Kita itu terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dinaiki bersama seorang rakan terbabas lalu terbakar dan meletup di kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Seremban, Negeri Sembilan kelmarin.

Dalam kemalangan ngeri itu, individu pernah memegang watak utama menerusi filem Diari Romeo pada tahun 2003 mengalami kecederaan di kepala dan badan selepas kenderaannya terlanggar tiang papan tanda.

Achik bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian manakala kawan Achik, Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29, hanya cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Jenazah Achik yang siap dimandi dan dikafankan kemudian dibawa pulang ke kediaman mertuanya di Taman Desa Ros, Ampangan sebelum disemadikan di Makam Tuan Haji Said, Seremban kira-kira pukul 1 petang kelmarin.

Achik meninggalkan seorang isteri, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 29, dan dua cahaya mata, Sofia, 3, dan Safia 10 bulan. Allahyarham sebelum ini punya seorang cahaya mata sulung, Puteri Rania. Tetapi bayi perempuan itu meninggal dunia pada tahun 2007 akibat demam panas.

Disahut panggilan Ilahi tanpa mengundang banyak keresahan keluarga, peminat dan rakan-rakan, Achik sekelip mata pergi meninggalkan semua. Sepantas kilat nafasnya diambil semula oleh Allah. Biarpun pemergiannya diratapi dan ditangisi, hakikatnya, Achik pergi dan tidak kembali lagi.

kredit to Kosmo Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2010 10:01 AM | Show all posts
Alfatihah untuk Acik dan Din Beramboi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.. Amin...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 10:03 AM | Show all posts
angin rintang bukan kalau ade bukit kiri kanan ke? but theory aku rase arwah mengantuk.. bayangkan dia dah bertolak dari jb kul 7 pagi.. then ke kl.. then pulang lak ke seremban.. petang2 camtuh mmg kekadang mata tetibe terlelap which aku pon selalu gak terjadi.

However, sedekahkan alfatihah pada arwah.. hanya Tuhan dan arwah yang mengetahui apa sebenarnya yg terjadi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 10:16 AM | Show all posts
Reply 897# carly_lah


    nana mmg teringat balik ape yg dia ckp dlm gah1..menyampah duet dgn acik..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 10:16 AM | Show all posts
uhuhuhuh...
aku tk dngr lagi lagu yg mencari ketenangan tu..ada yg dh dngr?
puteri-jelmaan Post at 20-4-2010 00:16



    aku pon nak dgr...ada sesapa ada link lagu ni tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.291770 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list