CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

All about Zoo Negara : Latest -Orang Utan from Sumatera

 Close [Copy link]
Post time 9-8-2007 09:45 AM | Show all posts

Selangor tiada kuasa warta, tapak zoo hak bank

Selangor tiada kuasa warta, tapak zoo hak bank
Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak mempunyai kuasa untuk mewartakan Zoo Negara kerana tanah seluas 48 hektar itu dimiliki HSBC (Malaysia) Trustee Berhad (HSBC Trustee).

Ketika mendedahkan perkara itu semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata kerajaan negeri menyerahkan kawasan itu kepada HSBC Trustee sebagai tanah anugerah pada 1982.



"Saya tidak tahu atas alasan apa tanah ini dianugerahkan kepada HSBC Trustee kerana ketika itu saya masih belajar di sekolah menengah.

"Tetapi saya percaya, tanah itu diberikan kepada keluarga Hudson selaku pengasas penubuhan Zoo Negara dan kemungkinan keluarga Hudson ada hubung kait dengan HSBC," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini.



Dr Mohamad Khir bagaimanapun berkata sehingga kini surat hak milik tanah itu tidak dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) kerana HSBC Trustee belum membayar baki cukai tanah seluas 10 hektar dan bayaran pendaftaran hak milik.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid, yang mahu kerajaan Selangor mewartakan segera Zoo Negara bagi mengelak kawasan itu dibangunkan dengan projek pembangunan.

Azmi berkata, kelewatan mewartakan kawasan itu menyebabkan Zoo Negara semakin mengecil dan sehingga kini lapan hektar daripada 48 hektar tanah di situ sudah dibangunkan dengan projek perumahan.

Persatuan Zoologi Malaysia sebelum ini memohon kerajaan negeri memberi geran dan mewartakan Zoo Negara sejak lebih 20 tahun lalu tetapi setakat ini tiada tindakan diambil bagi menyelamatkan kawasan itu.

Dr Mohamad Khir berkata, walaupun tanah itu dimiliki HSBC Trustee, sebarang penjualan atau aktiviti lain di kawasan itu perlu terlebih dulu mendapat kebenaran kerajaan negeri.

Katanya, apa pun alasan yang mungkin diberi, kerajaan negeri tidak akan membenarkan Zoo Negara dicemari kerana ia termasuk dalam kawasan taman negeri.

"Walaupun kita tidak boleh wartakan kawasan ini, kerajaan negeri boleh menghalang sebarang penjualan atau pembangunan yang membahayakan orang ramai, seperti termaktub dalam perjanjian ketika tanah ini diberi kepada HSBC Trustee," katanya.

[ Last edited by  acura at 9-8-2007 09:47 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2007 09:48 AM | Show all posts
kerana apa tanah diberikan tak tahu kaa??
takan tak ada dokumen...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 09:50 AM | Show all posts
Diorang ni kan mmg lengai.... buat kerja memain... apasal nk wartakan pun amik masa 20 tahun???? mcm mana tanah zoo sudah jd kawasan rumah??? musykil aku

patutla ada kes katanya haiwan zoo terlepas pg kawasan perumahan... agaknya sbb kawasan perumahan tu dok kt dlm tanah zoo tu kot....

[ Last edited by  alangGIRL at 9-8-2007 09:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 10:02 AM | Show all posts

Reply #1 acura's post

dentist nih tawww ka trustee tuh utk apa?

Trustee companies pegang amanah berdasarkan kpd mandate. Jadi belek ler dulu apakah mandate kpd trustee tuh.

HSBC trustee is not the beneficial owner.

tolol.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 10:18 AM | Show all posts

Reply #4 kabukiman's post

yapppp...aku setuju... nama pun sah2 'trustee'... maksudnya pemegang amanah la....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 10:39 AM | Show all posts

Reply #1 acura's post

khir toyo siap mention kata masa tu dia skola menengah..kekununnye mmg dia tataw pe2 laa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2007 10:41 AM | Show all posts

Reply #6 millennium girl's post

nak tunjuk konon2 die naif la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 10:56 AM | Show all posts

Reply #6 millennium girl's post

Dia nak cuba salahkan menteri besar terdahulu ler tu....

Apa ler punya banggang anak toyo nih...takkan taktau maksud trustee....

Sama jugak dengan kes harta pusaka yg di pegang oleh Amanah Raya sebelum harta itu di bahagi2 kan...kan pada masa tu Amanah Raya akan menjadi trustee.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2007 11:02 AM | Show all posts
sonang yo jwpn ek, saya x tau atas dasar apa, masa tu sya skolah lagi...erk,
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 11:13 AM | Show all posts
puak umno ni apa yang depa tau sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 11:14 AM | Show all posts
NOVADEAD...... kerajaan selangor pun tak de zooo....... hu hu... tak majulah gamaknya selangor ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 12:24 PM | Show all posts
aik bertahun tak bayor cukai tanah dibiar je ke...? kalau tanag org kg tak bayar cukai 2 tahun pun bukan main ugut hantar notis  nak dirampas bagai.... tak adil betul:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 12:34 PM | Show all posts
guna ler kuasa veto sultan.. agong.. x bleh ka..
tanah arwah atuk aku kena ambik kerajaan.. BOLEH JEEEEE suka hati dorang.. :@
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 12:40 PM | Show all posts
Originally posted by lipsofanangel at 9-8-2007 11:02 AM
sonang yo jwpn ek, saya x tau atas dasar apa, masa tu sya skolah lagi...erk,


jawapan yg paling bernas
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by kabukiman at 9-8-2007 10:02 AM
dentist nih tawww ka trustee tuh utk apa?

Trustee companies pegang amanah berdasarkan kpd mandate. Jadi belek ler dulu apakah mandate kpd trustee tuh.

HSBC trustee is not the beneficial own ...


MB sgor ni tatau baca BI kot mcm x-mb yg lepas
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 12:51 PM | Show all posts
khir toyo ni kadang2 seronok jadi toyol kot... ehehe

tanah tu dah dielineated kat keluarga hudson... tentu ada syarat dan sekatan. Bang on that jer ler...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2007 12:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 12:56 PM | Show all posts
patutnya dia pi study dulu atas dasar apa...bukan pakai kata tak tahu...

family hudson tu sape? Datuk Ismail hudson ke?
Originally posted by lipsofanangel at 9-8-2007 11:02 AM
sonang yo jwpn ek, saya x tau atas dasar apa, masa tu sya skolah lagi...erk,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2007 01:27 AM | Show all posts
a sign that we need to ponder somehow --
think of the animal wellfare sometimes, will ya --


Reply

Use magic Report

iwalyN This user has been deleted
Post time 20-8-2007 01:45 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 20-8-2007 01:27 AM
a sign that we need to ponder somehow --
think of the animal wellfare sometimes, will ya --

http://i87.photobucket.com/albums/k138/dexa318/zoo.jpg


last time i visited Zoo Negara around bulan July. Kat area primates ada pengunjung yg beri makanan kpd monyet di situ, tak jauh dari situ ada petugas zoo melihat saja perbuatan pengunjung tu. Saya tak pasti kenapa dia tak tegur perbuatan pengunjung yg tak reti membaca signage di situ. Mungkin dia pun dah letih dengan kelakuan pengunjung.

Berhubung kondisi Zoo Negara yg menyedihkan sejak beberapa dekad kebelakangan ni, saya fikir mostly berpunca daripada masalah kewangan yg berkait langsung dengan kutipan tiket yang tidak memberangsangkan. Saya rasalah, penduduk Malaysia terutama di Lembah Kelang semakin take for granted anugerah alam iaitu flora dan fauna. Maksud saya, minat mereka untuk melihat haiwan-haiwan liar ini sudah tidak sama sebagaimana beberapa dekad sebelum itu. Mungkin kerana jiwa mereka lebih terhibur dengan perkara-perkara lain seperti shopping complex, konsert dan sebagainya.

Oleh itu, kempen menggalakkan orang ramai mengunjungi Zoo Negara perlu dijalankan secara bersungguh-sungguh dan tidak bermusim. Kalau boleh biarlah mendapat perhatian langsung dari Kerajaan sendiri. Mungkin Pak Lah sendiri boleh mengadakan mesyuarat menteri kabinet di dalam Zoo Negara untuk menarik perhatian masyarakat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.098483 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list