CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: unekspekted_II

Untold History : Kiyai Salleh dan 13 Mei Tidak Bersangkutan

[Copy link]
Post time 1-2-2011 02:15 PM | Show all posts
entah... x tahu la plak... rasanya.. klo kt dmnsara... naqsyabandi haqqani... yg dibwa oleh syeikh nazim..... sbb dulu ader kwn citer dier p sana....kt bukit dmnsara rasanyer kot..
ni mungkin yg lain... walaupun asasnyer sama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2011 09:14 PM | Show all posts
Reply 81# anonymous


   yupz, bukit damansara.. kat situla aq dudok.. aq dengar citer ni pun mse tingkatan 3 dulu heboh org kat ctu cakap tu ajaran sesat bab jemaah dy masuk masjid pakai 'kasut kulit'.. padehal tu setakat sarung cam stokin jer cume bwt dr leather.. so far aq tengok takde sesat mane pun cume ade certain2 ritual org melayu kiter payah terima mcm tarian whirling dervishes tuh yg org melayu tengok pun pelik dbwtnyer.. dulu2 pengamal sufi stakat buat silat jer sbg aktiviti riadah tp xdela buat menari pusing2 tuh.. huhu,
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 09:15 PM | Show all posts
Reply 81# anonymous


   baru aq perasan.. gambo avatar ko tu la whirling dervishes.. hahaha.. adooii xperasan aq memuler td ek..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2011 02:04 PM | Show all posts
unekspekted_III Post at 29-1-2011 01:14



INI ADALAH SELAWAT AT-TAFRIJIYYAH / AN-NARIYYAH

* barangsiapa yang beramal dan banyak membacanya

* Dapat menghilangkan kesempoitan hidup dengan izin ALLAH

* Dijauhkan dari gangguan dan persaingan

* Dapat menghasilkan suatu pekerjaan yang dihajat atau hendak menolakkan bala yang datang

* Tidak putus rezeki dan ia akan mencapai darjat yang tinggi

* Dapat menghilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang yang berkebajikan dan dikasihi pula oleh orang ramai.

(dipetik dari Kitab Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub, disusun oleh Asy-Syeikh 'Ali Abdul Rahman Al-Kalantani)
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 11:08 AM | Show all posts
baru faham..........
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 11:20 AM | Show all posts
Salleh ni diberi pangkat "Panglima" oleh sultan Johor...

hari tu baru aku perasan.. lepas Kiyai Salleh.. ade lagi sorang diberi pangkat "Temenggung".. tapi tak tau dari sultan mane = Temenggung Kanang Anak Langkau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2011 12:47 PM | Show all posts
dekat Johor Memang ada Kampung orang Iban kat kalau tak silap.............
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 03:45 PM | Show all posts
ade dgr cite2 orng2 tua dulu yg Kiyai Salleh Hitam tu katenyer tidaklah hebat tetapi isterinya yg hebat dlm ilmu kebatinan ni... betul ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2011 05:55 PM | Show all posts
Perang yang melibatkan antara Panglima Salleh dan Komunis dianggil Perang Parang Panjang.

Dalam projek jalan jalan cari bahan raya baru nie banyak yang bercerita yang setiap rumah diberi air daripada masjid oleh Kiyai Salleh. Tak pasti Salleh yang mana satu.

Bapa mat indera ada mengambil air tersebut tetapi di tempelak oleh aruah dengan berkata "dah tak percaya dengan Allah sampai guna air untuk minta perlindungan".

Mat Indera seguru dengan Salleh, tidak pasti Kiyai Salleh atau Panglima Salleh
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 06:16 PM | Show all posts
ramai jugak org hebat2 dr Johor yea, dari dulu smpai skarang...

dulu zaman perang, ramai tokoh2, pendekar2 pejuang2 dari johor...

skrg zaman artis pun ramai artis2 dari Johor ..he.he.

kira nye Johor ni lahir ramai org yg hebat2 la...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 07:02 PM | Show all posts
Ada lagi yang hebat masa kini peringkat antarabangsa lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 07:21 PM | Show all posts
Reply 91# ranjer


    Sape tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 09:38 AM | Show all posts
Reply 92# s@s@

Dato' Shake
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 11:48 AM | Show all posts
Reply 54# sekngucing

komunis, nasionalis, demokrasi semuanya adalah ideologi.

yg membezakan ialah ideologi komunis menolak agama sedangkan nasionalis dan demokrasi boleh selari dgn agama. Which one is good, which one is bad?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 07:43 PM | Show all posts
Temenggung Kanang Anak Langkau


Gelaran Temenggung iaitu gelaran pembesar sistem Empat Lipatan negeri2 Melayu lama (Sultan Johor sekarang berketurunan Temenggung selepas mangkat Sultan Mahmud Mangkat dijulang yang bersalsilah keturunan diraja Melaka) berbeza dengan gelaran Temenggung kat Sarawak.

Temenggung di Sarawak berkait dengan sejarah keturunan Datu Merpati Jepang, yang menjadi pembesar2 / bangsawan Melayu pesisir Sarawak yang bergelar Datu Patinggi, Datu Temenggung, Datu Bentera & Datu Bandar dari zaman penguasaan Kesultanan Brunei  ke atas Sarawak & diteruskan di bawah Dinasti Rajah Puteh Brooke.

Di zaman Dinasti Rajah Puteh Brooke, gelaran Temenggung diberikan kepada ketua2 peribumi & kaum di Sarawak,  & diteruskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak hingga sekarang. Setiap kaum & etnik ada Temenggung masing2, termasuk kaum Cina Sarawak.

Contoh:

1. Temenggung Jinggut anak Atan
2. Temenggong Vincent Lau
3. Temenggung Jugah anak Barieng
4. Temenggong Datuk Oyong

Selain Temenggung, gelaran lain sperti Pemanca turut diberikan pada ketua masyarakat atau adat. Gelaran seperti Kapitan Cina / Ketua kampung / Ketua kaum adalah di bawah hierarki Temenggung & Pemanca.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 07:50 PM | Show all posts
yg membezakan ialah ideologi komunis menolak agama sedangkan nasionalis dan demokrasi boleh selari dgn agama. Which one is good, which one is bad?


Ada sepupu sepapat komunis iaitu sosialis tapi percaya agama. Ada fahaman sosialis dicampur dengan nasionalis cam Pak Ereb seperti Baath Iraq/Syria (rejim Saddam/Assad), Mesir (rejim Sadat/Mubarak) dan Libya (rejim Gaddafi).

Heleh, stakat fahaman ideologi tu, campur2 sedia ada je, jadi fahaman baru. Cam China, dulu memula fahaman komunis-Marxistme-leninisme, tukar kiblat jadi komunis-Maoist pastu revise balik jadi komunis-bau2 sosialis-sikit2 Maoist-ala2 kapitalis borjuis-rasis/cap nasionalis Han. Ngehhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2011 03:18 PM | Show all posts
Gelaran Temenggung iaitu gelaran pembesar sistem Empat Lipatan negeri2 Melayu lama (Sultan Johor ...
robotech Post at 7-9-2011 19:43



Selepas mangkat Sultan Mahmud Mangkat di Julang yang dari susur galur raja raja Melaka pada 1699, Kesultanan Johor di pegang oleh keturunan Bendahara sehingga berpindah kepada keturunan Temenggong sekarang bermula dari Temenggong Ibrahim(Daeng Ronggek) 1855.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 05:22 PM | Show all posts
bini kiyai sallaeh kan.... bukan kiyai salleh ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 12:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by KhatamSulaiman at 22-10-2011 12:15

Ada ramai Kiyai Salleh. Kiyai Haji Salleh Panglima Bin Karim adalah keturunan mamak penang dan kemudian diambil oleh Mufti Johor iaitu Syeikh Haji Fadil Bantan sebagai anak angkat dan anak murid setelah beliau bersara sebagai Mufti Johor. Kiyai Salleh 41 tahun tak makan, tak minum dan tak tidur. Bila dia buat kenduri dia panggil orang datang makan tapi dia tak makan. Bila orang lain buat kenduri dia datang tapi tak makan. Kiyai Salleh ni selalu menggunakan basikal untuk ronda-ronda di kampung. Kebanyakan orang yang datang berguru dengan Kiyai Salleh ni kebanyakannya orang-orang tua. Kalau dekat Johor tu orang-orang yang sudah bergelar Kiyai. Kiyai Haji Salleh Panglima bin Karim ada sembilan puluh lebih orang murid. Kebanyakan murid Kiyai Salleh orang-orang tua.

Kalau disebelah johor orang-orang yang sudah bergelar KIYAI yang banyak jadi anak murid kiyai Salleh.Yang muda tak ramai. Kalau ada anak murid Kiyai Salleh yang masih hidup sekarang ni umur diaorang 90 tahun keatas. Kiyai Salleh mempunyai pandangan makrifat yg sangat kuat. Pernah satu kapal terbang menjadi kaku diudara.. tidak bergerak kerana dipandang oleh Kiyai Salleh menggunakan pandangan makrifat.. Bila dilepaskan oleh Kiyai Salleh barulah kapal terbang itu terbang semula. Pernah satu ketika anak murid Kiyai Salleh duduk bertentangan dengan Kiyai Salleh dan ketika itu muka kiyai Salleh menunduk ke bawah. Apabila Kiyai Salleh mengangkat mukanya dan memandang ke arah anak muridnya. Anak muridnya terpelanting ke belakang kerana kekuatan pandangan makrifat Kiyai Salleh.

Semasa zaman komunis, iaitu sebelum merdeka( 1945) komunis bermaharajalela. Banyak rumah dibakar komunis, siapa yang menentang dibunuh, imam-imam masjid yang menentang dibunuh. Ada yang dimasukkan dalam sangkar **** dan ditikam ketika dalam sangkar ****, ada yang dimasukkan dalam guni dan dicampak dalam sungai. Tapi rumah Kiyai Salleh tidak dibakar sebab rumah Kiyai Salleh rumah buruk. Ketika itu Sultan Ibrahim johor sedang berada diluar negara dan komunis telah memasuki istana johor. Kiyai Salleh bersama 9 orang anak muridnya bangkit memerangi komunis di Batu Pahat.

Semasa perang Kiyai Salleh telah menangkal kain merah dan dicarik oleh isteri Kiyai Salleh. Kain tersebut telah diagihkan oleh isteri dan murid Kiyai Salleh kepada penduduk kampung untuk dijadikan selendang. Semasa perang komunis telah menyerang hendap Kiyai Salleh dan pengikutnya dari atas bukit ketika Kiyai Salleh dan pengikutnya melalui kawasan lurah. Kiyai Salleh terbang macam burung dan memancung komunis-komunis tersebut. Semasa perang baju-baju murid Kiyai Salleh belulang disebabkan dipenuhi darah. Semasa perang dengan komunis Kiyai Salleh memakai pakaian berwarna putih tetapi tiada setitik darah pun pada pakaian kiyai Salleh. Sedangkan pakaian anak-anak murid Kiyai Salleh dipenuhi darah. Hinggakan baju yang mereka pakai keras kerana darah pada pakaian mereka. Apabila mereka pergi ke sungai. Sungai jadi merah kerana darah pada pakaian mereka. Semasa perang badan-badan murid Kiyai Salleh kebal kecuali seorang yang melanggar pantang telah ditembak. Seorang anak murid Kiyai Salleh yang lain terpaksa memikul anak murid Kiyai Salleh yang telah ditembak itu balik kerumah. Anak murid kiyai Salleh kebal, semasa perang parang-parang musuh yang menetak tubuh mereka sumbing kerana kekebalan tubuh mereka. Pihak komunis menggunakan senapang, bom tangan, parang dan sebagainya sedangkan kiyai salleh menggunakan pedang.

Salah satu pedang Kiyai Salleh ialah pedang berwarna hitam. Markas komunis dimusnahkan dengan jurus dari jarak jauh oleh Kiyai salleh. Duduk dalam markas mati duduk luar markas pun mati. Komunis telah menangkap Datuk Onn dan mengugut akan membunuh Datuk Onn sekiranya Kiyai Salleh tidak berhenti perang. Kiyai Salleh bersetuju untuk berhenti perang. Jika tidak kerana hal ini sudah pasti kawasan yang diperang oleh Kiyai Salleh akan menjadi lebih besar.

Keadaan masa perang tu teruk, istana sultan pun dah dimasuki komunis masa tu Sultan Ibrahim kat luar negara. Siapa yang bangkit membela? Kiyai Sallehlah yang bangkit membela. Gelaran PANGLIMA diberi oleh Sultan Ibrahim di atas jasa beliau.Sekembalinya Sultan Ibrahim dari luar negara. Baginda mencari siapa kepala yang menentang komunis ni. Selidik punya selidik dapatlah Kiyai Salleh. Sultan Ibrahim punya daulat pijak jambatan pun senget. Kiyai Salleh ni kecil je orangnya tapi bila Sultan Ibrahim peluk beliau, baginda tak terangkat badan Kiyai Salleh.

Pihak komunis juga telah mengupah 3 orang raden dari indonesia yang mempunyai ilmu yang sangat tinggi untuk bertempur dengan Kiyai Salleh. Tetapi kesemuanya telah tewas ditangan Kiyai salleh. 3 orang Raden dari Indonesia yang datang untuk bertempur dengan Kiyai Salleh kesemuanya kebal. Walaupun mereka kebal pada pedang biasa tetapi tidak kebal pada pedang Kiyai Salleh. 2 orang Raden tumpas dimata pedang Kiyai Salleh. Cuma seorang yang memiliki ilmu kebatinan yang terlalu hebat tidak tumbas dimata pedang. Batin lawannya batin juga. Didalam pertempuran batin tersebut Raden itu tumpas di tangan Kiyai Salleh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 02:24 PM | Show all posts
Ada ramai Kiyai Salleh. Kiyai Haji Salleh Panglima Bin Karim adalah keturunan mamak penang dan kemud ...
KhatamSulaiman Post at 20-10-2011 12:14


seperti soalan aku sebelum nih.... 2 tahun yg dia makan tu mase bile? 2 tahun selepas lahir? atau sebelum ninggal?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.065002 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list